Sejarah Hari Raya Aidilfitri SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.” Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama. Sumber: http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hari-raya.html Hari Raya Aidilfitri Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Hari Raya Aidilfitri Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: ' ال فطر ع يدAyd al-Fiṭr Juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki) Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim Jenis Perayaan Agama Keutamaan Selepas berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa Tarikh 1 Syawal Tarikh 2009 21 September Tarikh 2010 10 September Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita Amalan Solat Berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian Sebahagian dari siri berkaitan Islam Rukun Iman Allah · Kitab · Malaikat · Nabi Hari Akhirat · Qada dan Qadar Rukun Islam Syahadah · Solat · Puasa Zakat · Haji Kota Suci Makkah · Madinah Baitulmuqaddis Hari Raya Aidilfitri · Aidiladha Hukum Quran · Sunnah · Hadis Sejarah Garis Masa Sejarah Islam Khulafa al-Rasyidin Khalifah · Khilafah Tokoh Islam Nabi Muhammad s.a.w Ahlul Bait · Sahabat Nabi Mazhab Ahli Sunah Waljamaah Hanafi · Syafie Maliki · Hanbali Budaya Dan Masyarakat Akademik · Haiwan · Seni Takwim · Kanak-kanak Demografi · Perayaan Masjid · Dakwah · Falsafah Sains · Wanita · Politik Lihat juga Kritikan · Islamofobia Glosari Portal Islam p•b•s Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ' ع يد ال فطرAyd al-Fiṭr "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. Isi kandungan [sorok] 1 Zakat fitrah dan takbir 2 Simbol 3 Persiapan 4 Amalan lazim 5 Pakaian 6 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi 7 Festival lain 8 Pautan luar [sunting] Zakat fitrah dan takbir Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam. [sunting] Simbol Gambar ketupat yang dianyam dari riben. Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya. Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri. [sunting] Persiapan Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besarbesaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancanganrancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. [sunting] Amalan lazim Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1] Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga riwayat dari Umar ( )هنع هللا ىضرmenyebutkan bahawa: "Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [3] Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. [sunting] Pakaian Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. [sunting] Aidilfitri dalam Kalendar Masihi Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari. Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan. 2008: 1 Oktober 2009: 21 September 2010: 10 September 2011: 31 Ogos 2012: 19 Ogos 2013: 8 Ogos 2014: 29 Julai 2015: 19 Julai Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari. [sunting] Festival lain Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya". Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku" [sunting] Pautan luar Cara solat hari raya Hari Raya Aidilfitri Haram merayakan perayaan orang-orang kafir. Retrieved 19 October 2009. / Replace "Haram merayakan perayaan orang-orang kafir". Retrieved Nov. 2, 2005. "Malaysia feasts after the fast, but clerics disapprove". (Nov. 2, 2005). AFP. 1. ↑ Tiga perspektif berbeza malam tujuh likur 2. ↑ SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG SOHIH 3. ↑ SOAL MALAIKAT MUNKAR NAKIR, DAN AZAB/NIKMAT KUBUR. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri" Kategori: Perayaan Islam | Perayaan berskala besar Pandangan Rencana Perbincangan Sunting ▲ Sejarah Alatan peribadi Cuba Beta Log masuk / buka akaun Pandu arah Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak Perhubungan Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi Cetak/eksport Cipta buku Muat turun sebagai PDF Versi boleh cetak Gelintar Khas:Gelintar Pergi Cari Alatan Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Pautan kekal Petik laman ini Bahasa lain Deutsch English தமிழ் Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:50, 11 Februari 2010. Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License; syarat tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk perincian. Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian MAKNA HARI RAYA AIDILFITRI Posted on 19 Oct 2009 MAKNA HARI RAYA AIDILFITRI Apa itu hari raya? Pada lughah atau pada bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan raya ialah jalan yang besar atau utama. Pasaraya ialah pasar yang besar. Bandaraya pula ialah bandar yang besar dan utama. Begitu juga dengan lebuhraya dan sebagainya. Oleh itu hari raya bermaksud hari yang besar atau hari yang utama. Benarkah hari raya itu hari yang besar dan utama? Kalau benar, di manakah letak kebesaran atau keutamaannya. Apakah hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana patut kita menyambutnya. Apakah yang patut kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita mengisinya? Adakah pada setiap hari raya kita perlu tukar langsir, perabot dan permaidani? Adakah setiap sempena hari raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru? Kita menjamu selera dengan bermacammacam kuih-muih dan juadah yang enak dan lazat. Atau adakah di hari raya patut kita berseronok dan bersuka ria dengan majlismajlis hiburan lengkap dengan muzik, nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita adakan atau kita tonton pertunjukan atau show hiburan hari raya. Atau kita bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Atau adakah cukup hari raya itu disambut hanya dengan bersembahyang hari raya, mengirim kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera dan bermaaf-maafan. Bagi orang melayu, eid fitr dinamakan hari raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam hal ini sangat mudah. Ia dinamakan hari puasa kerana ia disambut selepas bulan puasa. Senang dan mudah. Ini sebenarnya mudah yang sudah terlebih. Sudah over. Cara Pages: o o o o o o o o o o o o ೡ£awatan di §üⁿĢкǻı°ੈ 《新年的传说》 o 中秋节的起源 o 新年的传统习俗 Blogroll o WordPress.com o WordPress.org Categories: o 2009 Archives: o March 2009 Meta: o Login o RSS o Comments RSS o Valid XHTML o XFN o WP o $About The Club$ Bulan Patriotik - Jalur Gemilang Coming Soon... ERTI KEMERDEKAAN Hari Deepavali Hari Raya Aidilfitri MAKNA HARI RAYA AIDILFITRI Senarai AJK untuk tahun 2009/2010 Senarai Aktiviti Kelab Geografi & Sejarah °AJK Persatuan Sejarah & Geografi ° (2008/2009) °ੈPerancangan Tahun 2009° mudah memberi nama ini tidak memberi gambaran atau maksud yang sebenar. Maksudnya tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan orang Melayu terutama yang tidak mengaji agama tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyambut hari raya. Mereka juga tidak tahu bagaimana hari raya patut disambut. Mereka kira hari raya itu ialah hari untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria. Hari untuk berbelanja, membazir dan bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan geram setelah sekian lama disekat dan dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya. Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru, perabot baru atau permaidani baru. Bagi yang lebih tua, hari raya jadi hari nostalgia dan hari melayan perasaan. Ingat anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari raya. Sambutan hari raya sudah tidak lagi menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar menjadi adat dan istiadat. Dengan openhousenya, hari raya get-togethernya dan berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa ini. Para artis dan penghibur pula sibuk dengan show hari raya dan album hari rayanya. Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah. Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tarimenari, show, album dan sebagainya. Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan. Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Kerana kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya sudah rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka. Puasa itu mampu membersih dan menguatkan fitrah. Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya. Puasa yang ada rohnya. Bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum dan bersedap-sedap dengan isteri di siang hari; mata kita, telinga kita dan lidah kita pun ditahan dari melihat, mendengar dan berkata perkara-perkara yang mungkar. Akal kita ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati kita ditahan dari merasakan perkara-perkara yang ditegah seperti marah, hasad dengki, buruk sangka, berdendam dan sebagainya. Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu gilakan dunia. Di samping puasa, ada banyak lagi amalanamalan lain di bulan Ramadhan untuk membantu membersihkan lagi fitrah kita. Ada solat terawihnya, ada membaca atau tadarrus Qurannya, ada zakat fitrahnya dan berbagaibagai lagi amalan sunat yang sangat digalakkan di bulan Ramadhan seperti beriktikaf dan memberi makan orang yang berbuka puasa. Di sini kita dapat lihat bahawa fokus eidil fitri ialah pada amalan puasanya di bulan Ramadhan dan bukan kepada hari rayanya yang disambut pada 1 Syawal. Yang dibesarkan ialah latihan rohaniah secara berpuasa yang dilakukan dan bukan hari berbukanya, iaitu hari rayanya. Bulan Ramadhan adalah bulan berkat dan penuh rahmat. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Bulan syaitan dibelenggu. Bulan di mana pahala amalan dan ibadah dilipat gandakan dan doa diterima. Ia adalah bulan maghfirah dan keampunan. Malahan Tuhan memberi pahala terhadap ibadah puasa tanpa hisab. Kalau dalam ibadah lain, pahala yang Tuhan beri itu ada sukatan dan skalanya, tetapi bagi ibadah puasa ini, pahalanya ikut suka Tuhan. Justeru itu, 1 Syawal sebenarnya ialah hari murung dan hari kesedihan. Hari berakhirnya bulan berkat dan bulan rahmat. Hari berakhirnya bulan keampunan. Hari terbuka semula pintu neraka dan bebasnya para syaitan. Bermula pada 1 Syawal, dunia akan mula mengkeronyok dan merobek-robek fitrah kita; mengotori, mencemari dan merosakkannya hinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. Belum tentu kita dapat temuinya kalau ajal tidak mengizinkan. Kalau begitu, kenapakah kita gembira sangat pada hari raya. Tidak ada apa-apa sebenarnya yang kita hendak gembirakan. Tidak ada apaapa yang kita hendak sambut. Tidak ada apa-apa keistimewaan di hari raya kecuali kita disuruh berbuka dan diharamkan berpuasa. Yang ada hanya berbanyak-banyak syukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan. Kalau hari raya disambut dengan penuh pembaziran dan kemewahan, tambahan pula kalau dalam menyambutnya ada pula kelalaian, maksiat dan kemungkaran, maka pada hakikatnya, puasa kita selama sebulan itu tidak ada makna apaapa. Tidak ada apa-apa kebaikan yang kita dapat. Jelas bahawa fitrah kita masih kotor dan rosak. Jiwa kita masih lemah kalaupun tidak mati. Kalau pada 1 Syawal pun, fitrah kita sudah lemah dan rosak, bagaimanakah mampu kita selamat dalam mengharung dan menghadapi dunia ini selama sebelas bulan lagi sebelum tiba Ramadhan akan datang. Kalau hari raya disambut pula dengan bersuka ria, berpesta, berhibur dan bermewah-mewah, jelas bahawa itu adalah atas tuntutan nafsu, bukan tuntutan fitrah. Bagaimana pula sebaik selesai kita berusaha membersihkan fitrah, nafsu kita pula yang mengamuk dan menguasai diri kita. Sebagai umat Islam yang inginkan kebaikan dunia dan akhirat, kita perlu ubah fahaman dan pegangan kita tentang hari raya puasa ini. Kalau boleh kita tukar istilah hari raya puasa ini kepada istilah yang lebih tepat mengikut kehendak agama. Kita tukar kepada hari raya fitrah, contohnya; yang selalu juga kita gunakan, yang bermaksud hari besar fitrah; iaitu hari kita membesar dan mengutamakan fitrah kita. Setelah kita benar-benar faham apa sebenarnya erti Eidil Fitri, mungkin kita boleh menyambutnya dengan cara yang lebih tepat dan sesuai. Hari raya fitrah patut diisi dan dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur, bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan. Ia patut disambut dengan segala kebaikan yang berpunca dan yang didorong oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan bersih. Pada hari raya fitrah, kita patut membantu dan memberi makan fakir miskin. Merapatkan silaturrahim. Berziarah dan memberi hadiah. Bermaafmaafan. Bertolong bantu. Berkasih sayang dan sebagainya. Hari raya fitrah bukan hari untuk memuaskan nafsu. Oleh: Nur Fairuz Powered by 2Blog Sejarah Hari Raya Aidiladha/Korban Submitted by mazuki on Thursday, 4 December 20084 Comments | 1,421 views| Share mymalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha, sememangnya mempunyai pengertian yang sama. Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 08 hb December 2009 pada tahun ini saya ingin mengucapkan: “Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger,rakan-rakan forum, rakan-rakan forum terutamanya di forum wangcyber sekalian yang beragama islam. Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya(Internet)” Mungkin ada di antara kita yang telah lupa mengenai Hari Raya Korban ini, maklumla di negara kita Aidilfitri lebih meriah dari Aidiladha. Jika soalan bilakah tarikh Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar islam saya rasa budak darjah satu pon tahu jatuh pada setiap 1Syawal. Namun, saya kira mesti ramai yang terlupa bila pula Hari Raya Aidiladha mengikut kalendar islam? Ai bang, garu-garu kepala nampak . Jika mengikut kalendar islam Hari Raya Aidiladha bermula pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun dan disambut seluruh dunia oleh umat islam. Majlis korban pula hanya bermula setelah khatib selesai membaca khutbah JUMAAT Aidiladha (Jangan lupa khutbah selepas sembahyang yea) sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah. Sejarah Hari Raya Korban Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“. 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah. Sumber rujukan :: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha p/s: Jangan lupa untuk subcribe di blog saya kerana tutorial-tutorial yang akan berguna untuk semua saya akan sediakan di blog ini. Jadi dengan memasukkan email di sini Subscribe to selangor2u.com by Email anda terus mendapat update/tutorial saya ke email anda. Mekasih!!! Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di selangor2u@yahoogroups.com Go! Home Berita Posts filed under 'SIAPAKAH YANG LAYAK MENYAMBUT HARI RAYA?' SIAPAKAH YANG LAYAK BERHARI RAYA? Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya. Tuhan tahu bagaimana menguatkan yg lemah dan bagaimana menyuburkan yg kuat. Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka. Memang Tuhan ada bekalkan kepada manusia benih baik ada benih jahat. Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat. Hatilah wadahnya yg boleh menerima kebaikan dan kejahatan. Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran. Cabaran itu seperti sekatan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia.Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan. Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang negatifkepada jiwa kebanyakan orang. Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan, jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan. Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan. Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya, Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan dan kerosakan manusia setahun dengan hanya sebulan. Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan. Seperti kereta yg sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul. overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan dia ntara satu sama lain kuat menguatkan Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dgn membaca Al-Quran Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yg menambah kesedaran Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan Larangan itu sama ada yg lahir mahupun yg batin kenalah tinggalkan Mujahadah ertinya memaksa, terseksa , membencikan, menjemukan, meletihkan Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan, Pemangkin ialah puasa yg hati dan fikirannya puasa, sembahyang yg dapat dihayati, didikan Al Quran yg difaham dan dijiwai Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan. Daripada 3 pakej didikan yg utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun kuat Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan drpd 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa Ertinya manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya Lahirlah manusia yg luar biasa, iaitu manusia yg benar2 rasa kehambaan Manusia yg tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati Inilah dia orang yg menang dan berjaya didikan Ramadhan Selepas Ramadham manusia itu kembali suci spt fitrahnya yg semulajadi Orang ini sahajalah yg layak berhari raya Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni Kalau fitrah yg suci murni ini kekal sepanjang tahun, Ramadhan yg akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul Begitulah didikan Ramadhan ramai org yg gagal, sedikit sgt yg berjaya Add comment 19 September 2009 Posted by Haniffah Yusoff at 11:26 PM Labels: Perayaan Hambarnya Hari Raya tanpa ketupat dan lemang Hambarnya Hari Raya tanpa ketupat dan lemang SEPANJANG Syawal ini, selepas Aidilfitri disambut pada 20 Sept, Malaysia akan tetap meriah dengan majlis rumah terbuka. Pada majlis-majlis ini, yang dianjurkan sama ada di rumah kediaman, pejabat, malahan hotel, antara yang dicari tetamu dan menjadi hidangan wajib ialah ketupat dan lemang. Bagi masyarakat Melayu, mereka merasakan sambutan Hari Raya mereka tidak lengkap jika tanpa ketupat dan lemang di dalam menu. Rendang ayam dan daging atau serunding di meja tidak akan terusik kalau tiada ketupat dan lemang untuk dimakan bersama. Begitulah sinonimnya ketupat dan lemang dalam perayaan Aidilfitri. KETUPAT, LEMANG Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh. Untuk memasukkan beras pulut dan santan itu memerlukan kepakaran bagi memastikan isinya tidak tumpah bila buluh dibakar dan mengembang. Membakar lemang juga memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa berjamjam lamanya kerana api tidak boleh terlalu besar dan menghanguskan lemang, atau lemang tidak masak dengan rata, jika bara api tidak sekata. Untuk mengeluarkan lemang yang sudah dimasak, batang buluh perlu dibelah dan isi lemang yang panjang, dibiarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dengan mudah. Ketupat pula ada dua jenis - ketupat daun palas dan ketupat nasi (daun kelapa). Kedua-dua ketupat ini memerlukan kepakaran menganyam daun kelapa atau membungkus dan menyimpul daun palas. BERNIAGA LEMANG DAN KETUPAT Kepakaran yang diperlukan untuk membuat lemang dan ketupat ini dan faktor masa, membuatkan kini, ramai yang mengambil kesempatan sepanjang sambutan Syawal sebulan ini untuk berniaga lemang dan ketupat. Bagi penjual lemang Salim Bakar, bulan Syawal ialah musim durian runtuh. "Saya mula menjual lemang seminggu sebelum Hari Raya. Permintaan memang banyak. Sepanjang bulan ini saya jangkakan dapat menjual 100 batang lemang sehari kerana ramai yang telah membuat tempahan untuk majlis rumah terbuka mereka," katanya. Salim menjual lemangnya di bawah pondok kayu di Batu 5, Jalan Rawang-Batang Berjuntai dekat sini. Beliau menjual sebatang lemang dengan harga RM8. Kalau dikira jualan 100 batang, jumlahnya RM800 sehari. Banyak tempat di Lembah Klang kini menjual lemang dengan harga RM10 sebatang. Bagi bekas ahli korporat Datuk A. Ahmed, Hari Raya beliau tidak lengkap tanpa lemang. "Ia menjadi satu kemestian bagi orang Melayu semasa Hari Raya, umpama kuih bakul semasa perayaan Tahun Baru Cina," katanya. Beliau berkata lemang merupakan makanan tradisi berasal dari masyarakat Minangkabau. "Dan lemang atau lamang memang dikaitkan dengan identiti Negeri Sembilan," katanya. HARGA MAHAL TIDAK TENTU SEDAP Kerani sebuah syarikat swasta, Rohaya Harun berkata beliau pula amat berhati-hati dalam membeli lemang kerana tidak mahu membawa balik lemang mentah, lemang yang terlalu lembik atau keras dan tidak masak rata. Biasanya beliau akan membeli di beberapa gerai yang sama hampir setiap tahun. "Adakalanya mereka yang berniaga lemang ini bukan pakar, kerana memasaknya sekali atau dua kali setahun, jadi lemangnya tidak dimasak betul. "Rugi rasanya kalau lemang yang dibeli mahal, tidak dapat dimakan dengan sempurna," katanya. Bagi ketupat pula, mereka yang tidak pandai menganyam daun, akan memilih untuk merebus nasi impit segera atau menanak pulut sahaja. Namun yang bersikap sentimental dan menganggap nasi impit atau pulut tanak tidak boleh menggantikan ketupat nasi atau ketupat palas, akan sanggup membeli sarung ketupat di pasar, walaupun harganya agak mahal, asalkan bau segar ketupat bersalut daun, dapat dinikmati mereka. TIDAK RUGI BELAJAR Bagi mereka yang tidak pandai menganyam, tidak rugi jika meluangkan masa sedikit untuk mempelajari teknik menganyam ketupat, kerana keenakan ketupat daun ini tidak ada tukar gantinya dengan nasi impit segera yang banyak dijual sekarang. Begitu juga lemang. Kalau masih ada kampung dan kawasan lapang, tidak salah untuk mencuba membakar lemang sendiri, kerana selain dapat merasa lemang yang sempurna masaknya, gotong-royong menyediakan dan membakar lemang itu, dapat mengeratkan kemesraan keluarga dan jiran serta memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya.BERNAMA Awards Showcase Total Awards: 1 __________________ If you want something,you just go for it.. if you get it, you won..but if you don't get it, you don't lostat least you have tried..it's never a shame to lost after trying..but it is a shame if you lost without trying.. sit back..and thinks about my words..and you will know..that i'm not lying" "Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down" Bookmarks Digg Google Facebook Technorati Tags dan, hambarnya, hari, ketupat, lemang, raya, tanpa « Previous Thread | Next Thread » Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests) (View-All) Members who have read this thread : 9 (View-All) Members who have read this thread : 9 aboyz1121, headpux, jundak, lpfan182, monogha, sboyz_249, somutmerah, Ultraman Thread Tools Show Printable Version Email this Page Display Modes Linear Mode Switch to Hybrid Mode Switch to Threaded Mode Rate This Thread Excellent Good Average Bad Terrible guest 71481 10 1 Vote Now Posting Rules You may not post new threads You may not post replies You may not post attachments You may not edit your posts BB code is On Smilies are On [IMG] code is On HTML code is On Trackbacks are On Pingbacks are On Refbacks are On All times are GMT +8. The time now is 08:29 PM. Powered by vBulletin® Version 3.7.3 Copyright ©2000 - 2010, Jelsoft Enterprises Ltd. 2005 - 2010 Ehoza EnterpriseAd Management plugin by RedTyger http://myart.wanwma.com/tag/kad-raya Apa-apa pun, selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua! wanwma.com/images/Kad%2520Raya%2...5201.jpg Resolusi: 400 x 300 Saiz fail: 155KB Jenis fail: jpg AIDILFITRI/PUASA/FITRAH/LEBARAN 17 09 2009 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia, 1 Silam dan Salam Aidilfitri Syukur kehadrat Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah lagi Maha Agung, Selawat Ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan tabiin, kaum muslimin dan muslimat. Setelah kita menjalani IBADAH PUASA selama hampir sebulan, dengan berpuasa bermula dari waktu solat subuh hingga waktu solat maghrib menahan lapar dan dahaga,menahan hawa nafsu,menjaga adab dan disiplin mata,telinga,mulut,tangan,kaki dan meninggalkan amalan yang boleh membatalkan dan makruh sepanjang berlangsungnya puasa yang kita laksanakan setiap hari. Setiap masa setiap hari amalan yang dikerjakan oleh setiap umat Islam ialah dengan melaksanakan perintah solat 5 waktu,terawih,membaca alquran,membayar zakat,bersedekah dengan mengadakan majlis berbuka puasa kepada fakir miskin tanpa mengira latarbelakang termasuk masyarakat melayu,india,cina, kadazandusun,bajau,suluk,bugis,cocos dan lain-lain lagi. Sebelum saya bertolak menunaikan IBADAH UMRAH di Kota mekah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana majlis yang saya adakan dihadiri oleh golongan yang amat memerlukan bantuan. Saya telah menghuluruan bantuan berupa pelbagai jenis makanan harian, sumbangan wang kepada anak yatim piatu dan lain-lain lagi. Sebelum saya meneruskan topic tentang hari raya aidilfitri terlebih dahulu saya ingin mengupas dan memperhalusi makna Hari Raya Aidilfitri. Mengikut tafsir dalam bahasa arab dyA‘ ع يد ال فطرal-Fiṭr “perayaan fitrah” akan disambut setiap 1 syawal bagi tahun Hijrah. Perayaan ini sering juga di panggil dengan nama Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Lebaran. Perayaan ini akan di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia sebagai tanda berakhirnya bulan Ramadhan. Selain itu juga terdapat lagi satu perayaan yang besar bagi umat Islam iaitu Hari Raya Korban. Penentuan bermulanya sambutan Hari Raya akan dilaksanakan dengan cara melalui RUKYAH (melihat anak bulan) ataupun secara HISAB (kiraan). Jika anak bulan dapat dilihat maka bermulanya bulan syawal bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah. ZAKAT FITRAH akan berakhir setelah tiba festival hari raya puasa khusus kepada umat Islam yang masih hidup. Sepanjang bulan puasa pusat-pusat pembayaran zakat fitrah telah dibuka dilokasi strategi seperti masjid,pusat membeli-belah, setiap kampung dan lain-lain lagi. Pembayaran zakat bagi tahun ini RM 6.60 seorang. Kutipan ini akan berhenti apabila bermulanya SOLAT SUNAT AIDILFITRI. Setelah pengumuman pada hari sabtu ini jam lebih kurang 7.30 malam waktu silam, sabah dan keputusan tarikh Hari Raya Aidilfitri telah ditentukan maka Umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji Allah SWT. Takbir akan bermula dari terbenamnya matahari ( hari terakhir bulan Ramadhan ) sehingga SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMALAN TRADISI LEBARAN Sebelum tiba Hari Raya seperti biasa pertama sekali yang kita dapat saksikan ialah apabila perniagaan kecil-kecilan yang banyak kelihatan sehingga banyak pilihan berupa baju melayu, baju moden, songkok, songket,baju kanak-kanak,kuihmuih dan lain-lain lagi. Setengah bulan sebelum Raya, kita akan mendengar lagu-lagu raya berkumandang di Radio,Televisyen ( RTM 1,2,3,Astro,Bernama,Ceria dan lain-lain siaran lagi ). Pihak Bank, Sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Setiap menjelang Hari Raya jalan-jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman bersama sanak-saudara dan kaum keluarga. Jika ditinjau di kawasan saya P188 Silam saya melihat kesesakan telah bermula sejak awal jam 6.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Masa tengahari pula sekitar jam 10.50 hingga jam 1.00 petang. Manakala sekitar jam 2.50 petang hingga jam 7.00 malam kesesakan lalulintas kian terasa. Inilah yang dinamakan senario BALIK KAMPUNG. Ziarah merupakan amalan tradisi yang menjadi satu amalan setelah selesai menunaikan solat Hari Raya. Selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri umat Islam yang telah kehilangan saudara mara akan mengunjungi PUSARA dan menghadiahkan SURAH AK-FATIHAH atau bacaan SURAH YAASIN. SeLepas itu, amalan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Amalan bermaaf-maafan nagi mengikis kegelapan dalam kalbu. Keistemewaan Hari Raya ialah kurnia Allah dengan bergembira, bermaaf-maafan, erat silaturrahim dan persaudaraan di kalangan Umat Islam dan bukan Islam bagi mewujudkan PERPADUAN RAKYAT 1 MALAYSIA : RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. DUIT RAYA dihulurkan oleh ibubapa/pemimpin/tuan rumah diberi kepada kanak-kanak. Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna hijau dan kuning. Warna ini tidak termasuk yang dikeluarkan oleh peniaga-peniaga atau Bank lain. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Malam Tujuh Likur (malam 27 Ramadan), pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini. Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Saya selaku Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama isteri Puan Hajah Fatmah Binti Haji Abdul Aziz, anak-anak dan seisi keluarga serta staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin. Saya dengan sukacita dan penuh hormatnya menjemput Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Dato’ Seri, Yang Berhormat, Dato’, Datin, Tuan dan Puan, Encik, Cik ke Majlis Rumah Terbuka saya pada Hari Raya ke-3 nanti bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, Lahad Datu. Silam. Sabah. Jam lebih kurang 9.50 pagi hingga 2.00 petang. 1 Malaysia : Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan 1 Malaysia, 1 Silam dan 1 Unity YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap DUTA KEAMANAN ( UPF ) PBB « RAMADAN PENYELIDIKAN UKM-PROPER P188 SILAM » Tindakan RSS Komentar Jejak balik Informasi Tarikh : September 17, 2009 Kategori : 1 Tinggalkan komen Anda telah log masuk sebagai cikgumahfuzah. Log keluar » WELCOME TO perwakilanmumbai.com You can also check out our official website @ http://www.kln.gov.my/perwakilan/mumbai/event/1436 CORAT-CORET SEPANJANG BULAN SYAWAL 2009 (SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009) HARI RAYA PERTAMA (21 SEPTEMBER 2009) Tempat: A’la Mode, Juhu, Mumbai, India. Waktu: 9.30 pagi – 2.00 petang. Aktiviti: Sembahyang sunat Aidilfitri dan khutbah, jamuan makan dan karoke. Jemputan: Semua warga Malaysian di Mumbai termasuk pelajar-pelajar Malaysia dari Krisna Institute Of Medical Science, Karad dan juga beberapa diplomat. Menu: Makanan utama disediakan oleh A’la Mode dan juga sumbangan pencuci mulut oleh ahli PERWAKILAN MUMBAI secara ‘potluck’. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA PERTAMA (21 SEPTEMBER 2009) Tempat: Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia, En. Wan Zaidi Wan Abdullah, Bandra, Mumbai. Waktu: 4.30 petang – 10.30 malam. Aktiviti: Jamuan makan dan karaoke. Jemputan: Semua rakyat Malaysia di Mumbai, India termasuk pelajar-pelajar Malaysia dari Krisna Institute Of Medical Science, Karad. Menu: Nasi tomato, lodeh ketupat lemang dan mi bandung. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-2(22 SEPTEMBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Asiah Jaafar, Bandra, Mumbai. Waktu: 2.30 petang – 7.00 petang. Aktiviti: Jamuan makan. Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga Menu: Satay, kuah kacang, nasi impit, kerutup ayam dan laksa kelantan. * HARI RAYA KE-4 (25 SEPTEMBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Shareena Nordin, Juhu, Mumbai. Waktu: 10.30 pagi – 3.00 petang. Aktiviti: Jamuan makan. Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI sahaja. Menu: Laksa nyonya, nasi lemak sambal sotong kering, ketupat dan rendang ayam. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-4 (25 SEPTEMBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Mazidah Mohammed, Bandra, Mumbai. Waktu: 5 petang – 7.00 petang Aktiviti: Jamuan makan. Jemputan: Ahli keluarga konsulat sahaja. Menu utama : Ketupat, rendang ayam, mee goreng mamak, kari ayam dan roti jala. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-12 (2 OKTOBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Rahfesta, Bandra, Mumbai. Waktu: 2.30 petang – 8 malam. Aktiviti: Jamuan makan. Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta kenalan rapat. Menu: Nasi ayam, spaghetti bolognese,ketupat dan kuah kacang. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-14 (4 OKTOBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Julia Idaly, Navi Mumbai. Waktu: 2.00 petang – 8.00 malam. Aktiviti: Jamuan makan. Jemputan: Semua rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga. Menu: Mihun sup gear box, ketupat, rendang ayam. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-20 (10 OKTOBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Suriani Hanafi, Bandra, Mumbai. Waktu: 2.30 petang – 7.00 petang. Aktiviti: Jamuan makan dan penyampaian hadiah perpisahan untuk bekas ahli PERWAKILAN MUMBAI, Pn. Kongsun Cha. Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta rakan kerja syarikat Schlumberger Oil & Gas. Menu: Nasi kerabu, rendang ayam dan ketupat. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-21 (11 OKTOBER 2009) Tempat: Kediaman Pn. Mazidah Mohammed, Bandra, Mumbai. Aktiviti: Jamuan makan, majlis bacaan yassin, tahlil dan kenduri arwah. Waktu: 2 petang – 7.00 petang Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga. Menu utama : Nasi minyak, acar timun dan sumbangan lauk pauk dan pencuci mulut secara potluck dari ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI. Klik di sini untuk melihat foto. * HARI RAYA KE-27 (17 OKTOBER 2009) Tempat: Kediaman Pn.Sharifah Faten Ali Albar, Juhu, Mumbai. Waktu: 3.00 petang – 7.00 malam. Aktiviti: Jamuan makan dan karoke. Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta rakan kerja syarikat Schlumberger Oil & Gas. Menu: Nasi briyani, lodeh, rendang dan ketupat. Klik di sini untuk melihat foto. ~ by jimy4pmi on October 20, 2009. Posted in Events, Gatherings, SO HAPPY TOGETHER Leave a Reply 2167 0 Logged in as cikgumahfuzah. Logout » Submit Comment 2167 1265978726 Notify me of follow-up comments via email. Notify me of new posts via email. SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG OLEH PN. ZUHAILA ABD LATIF SELAKU PENGERUSI PERWAKILAN MUMBAI PERWAKILAN MUMBAI dalam usaha untuk membantu mempromosikan Malaysia di luar Negara khususnya di Mumbai serta bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberikan faedah dan kepentingan kepada rakyat Malaysia, dengan berbesar hati mempersembahkan kepada anda semua Webpage Interaktif PERWAKILAN MUMBAI.COM. Webpage ini dilancarkan bagi tujuan mempermudahkan ahli-ahli PERWAKILAN mendapatkan maklumat terkini dan memberi ruang kepada mereka berinteraksi menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Saya percaya dengan adanya webpage ini ianya akan dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua ahli-ahli PERWAKILAN. Apa yang paling penting adalah webpage ini dapat dijadikan wadah untuk kaum wanita Malaysia di Mumbai untuk saling berhubung rapat sesama mereka dan mengambil peluang untuk menikmati faedah-faedah daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping menyokong aktiviti-aktiviti rasmi kerajaan Malaysia didalam mempromosikan imej Malaysia di Mumbai. Saya juga mengalu-alukan sumbangan idea, pendapat, resepi, cerita, petua dan sebagainya dari semua ahli PERWAKILAN MUMBAI untuk dimuatkan kedalam Webpage ini. Syabas dan tahniah kepada PERWAKILAN MUMBAI atas kewujudan Webpage PERWAKILAN ini, terutamanya AJK Photografi dan Penerbitan yang bekerja keras mewujudkan webpage ini. Semoga ianya dapat memberikan kebaikan bersama buat kita semua. Akhirkata, saya juga amat berharap semoga PERWAKILAN MUMBAI akan terus aktif dengan pelbagai aktiviti terkini. Terima kasih. Pages ABOUT PERWAKILAN MUMBAI COMMITTEE MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI o COMMITTEE MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI 2009 MALAYSIAKU GEMILANG o o o o JALUR GEMILANG – NATIONAL FLAG OF MALAYSIA NEGARAKU – NATIONAL ANTHEM OF MALAYSIA RUKUNEGARA – NATIONAL PRINCIPLES OF MALAYSIA SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2009 (FULL LIST OF MALAYSIA’S CABINET LINE-UP 2009) MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI o MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI 2009 PERWAKILAN MUMBAI’S ONLINE REGISTRATION Authors Administrator jimy4pmi zue4pmi COLUMNS COOL STUFF FROM PERWAKILAN MUMBAI'S KITCHEN INDIA & US o Experience o Travel Journals INFOZONE o General Info o Malaysia o Mumbai & India JUST MY 2 CENTS' WORTH ON THE PERWAKILAN MUMBAI'S NOTICE BOARD PERWAKILAN MUMBAI'S MEETINGS SO HAPPY TOGETHER o Activities o Events o Gatherings o Sports SPECIAL HIGHLIGHTS WISHES & GREETINGS FROM PERWAKILAN MUMBAI CALENDAR October 2009 M T W T F S S « Sep Nov » 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 October 2009 M T W T F S S 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Search Archives December 2009 (12) November 2009 (6) October 2009 (12) September 2009 (5) August 2009 (13) June 2009 (7) May 2009 (23) April 2009 (25) March 2009 (22) February 2009 (38) January 2009 (4) RECENT POSTS GOODBYE 2009, WELCOME 2010! MH MOBILE PRODUCT SANTA CLAUS IS COMING TO TOWN! PERWAKILAN MUMBAI GALA NIGHT 2009 “MALAYSIANS GO BOLLYWOOD” DVD UP FOR GRABS SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM (MAAL HIJRAH) 1431 SO LONG, FAREWELL, MRS. SURIANI HANAFI! PERWAKILAN MUMBAI GALA NIGHT 2009 “MALAYSIANS GO BOLLYWOOD” MRS. JEYA VASU & MRS. PREMAVATHE SIVANATHAN’S DEEPAVALI 2009 OPEN HOUSE PERWAKILAN MUMBAI ANNUAL GENERAL MEETING 2009 MALAYSIAN GALA NIGHT 2009: MALAYSIANS GO BOLLYWOOD MALAYSIAN FAMILY DAY 2009 “FUN IN THE FOREST” DVDS UP FOR SALE PERWAKILAN MUMBAI’S COMMITTEE MEMBERS’ MEETING 5/2009 CELEBRATION OF EID AL-ADHA 2009 @ THE RESIDENCE OF CONSUL GENERAL OF MALAYSIA IN MUMBAI SALAM EID AL-ADHA 2009 MALAYSIAN SPORTS DAY 2009 RECENT COMMENTS shaun on LAGAAN: ONCE UPON A TIME IN INDIA Administrator on EID MUBARAK 2009 CELEBRATION IN MUMBAI Shaifuddin Kamaruddin on EID MUBARAK 2009 CELEBRATION IN MUMBAI imran kadir on SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2009 (FULL LIST OF MALAYSIA’S CABINET LINE-UP 2009) Administrator on IFTAAR & TARAWIKH PRAYER @ THE RESIDENCE OF CONSUL GENERAL OF MALAYSIA IN MUMBAI ON 29 AUGUST 2009 Meta Site Admin Log out Entries RSS Comments RSS WordPress.com