FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERLAKSANAAN SISTEM KUALITI KHAIRIL AZIZI BIN MOHAMAD @ AHMAD

advertisement
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERLAKSANAAN SISTEM KUALITI
ISO9000 DI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA
KHAIRIL AZIZI BIN MOHAMAD @ AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains ( Pengurusan Pembinaan)
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2006
2
“Saya akui ini karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
:
:
:
………………………
Khairil Azizi Bin Mohamad @ Ahmad
30 November 2006
3
TERISTIMEWA BUAT
ISTERI TERSAYANG
Fadzilah Binti Ibrahim
ANAKANDA
Khairil Filzairy B. Khairil Azizi
Azra Filzaira B. Khairil Azizi
4
PENGHARGAAN
Penulis ini merakamkan penghargaan yang tidak terkira kepada Ir. Dr. Rosli
Mohamad Zin diatas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh kajian ini
Juga dirakamkan penghargaan kepada pemaju, agensi kerajaan, kontraktor dan
semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang baik dalam
penghasilan kajian ini.
Penghargaan juga kepada Jazlan, Azhar, Noor Zarina, Fazleen Hanim,
Mashanim, Fadzilah ( isteri dan rakan sekelas), Awang Mortaza, Nor Hisham dan
rakan-rakan lain yang juga membantu dalam penghasilan kajian sepanjang dua tahun
pengajian.
5
ABSTRAK
Bagi mendapatkan kualiti pembinaan yang baik, perlaksanaan sistem kualiti
yang tepat haruslah dilaksanakan. Sistem kualiti ISO9000 telah diperkenalkan pada
tahun 1987 bagi memenuhi kehendak ini. Di Malaysia, sistem ini berkembang
dengan pesatnya dengan kebanyakkan syarikat cuba mendapatkan pengiktirafan
termasuklah syarikat yang terlibat dengan industri pembinaan. Kajian ini dilakukan
bagi mendapatkan faktor-faktor untuk syarikat pembinaan melaksanakan sistem
kualiti ISO9000 dengan berkesan. Metodologi kajian dilakukan dengan mendapatkan
timbal balas daripada responden yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 di dalam industri pembinaan di
Malaysia. Prosidur dalam perlaksanaan sistem dikaji secara menyeluruh dan data
yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis indeks purata dan analisis frekuensi.
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi menerusi maklumbalas kajian soal selidik
yang dijalankan, didapati terdapat enam faedah daripada pelaksanaan sistem,
diantaranya ialah menolong memberikan promosi terhadap syarikat, syarikat lebih
disegani dan mendapat lebih peluang perniagaan. Diantara masalah-masalah
perlaksanaan yang diperolehi dari hasil kajian pula ialah terdapat lebihan prosidur
kerja, bebanan dokumentasi dan memerlukan lebih masa kerja untuk menjayakan
perlaksanaan. Kajian ini juga mendapati terdapat sepuluh faktor utama dalam
menjayakan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 diantaranya ialah komitmen pihak
pengurusan, pemberian habuan kepada kualiti baik yang ditunjukkan oleh pekerja
dan sistem audit dalaman khusus untuk sistem ISO9000 yang dijalankan yang
membolehkan pengurusan memperbaiki kelemahan dalam perlaksanaan sistem.
6
ABSTRACT
In order to get a better quality result, the implementation of a precise quality
system is necessary in any organization. ISO9000 system was developed in 1987 to
suit this objective. In Malaysia, this system grow rapidly with a lot of company in
every industry including construction tries to get its recognition. This study is
conducted to determine the factors for construction companies to successfully
implement ISO9000 system. The methodology adopted is through literature review,
interview and questionnaire to respondents who are directly or indirectly involve
with ISO9000 system in construction industry. The procedures in implementing
ISO9000 are reviewed and the data collected through interview and questionnaire are
analyzed using statistical and frequency analysis. The findings are six benefits of
ISO9000 implementation such as by implementing ISO9000 system its helps in
company promotion, the company getting more recognition and getting better
business opportunities. Among the problem in implementation of the ISO9000
system are additional works procedures, heavy load documentation and extra
working hours. Among the ten critical factors for success in ISO9000
implementation are top management involvement, reward for good quality produces,
an internal audit for the purpose of ISO9000 implementation, management
monitoring, education and trainings for the workers in ISO9000 implementation. The
other factors related to the success in implementing ISO9000 found in this study also
must not be ignored since its play important roles in the success of implementation
of ISO9000 system for several companies. The findings of this study hopefully will
serve as an important guide to the construction related companies for better ISO9000
system implementation.
7
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA
SURAT
BAB 1
Halaman Judul
i
Halaman Pengakuan
ii
Halaman Dedikasi
iii
Halaman Penghargaan
iv
Abstrak
v
Kandungan
vii
Senarai Jadual
xii
Senarai Rajah
xii
Senarai Lampiran
xv
PENGENALAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang
1
1.3
Pernyataan Masalah
3
1.4
Objektif Kajian
4
1.5
Skop Kajian
5
1.6
Metodologi Kajian
5
1.7
Penyusunan Bab
8
8
BAB 2
KUALITI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
2.1
Pengenalan
9
2.2
Sistem Kualiti ISO9000
10
2.3
Perlaksanaan Sistem Kualiti ISO9000
13
2.4
Eleman Dalam Sistem Kualiti ISO9000
14
2.4.1
Eleman 1- Tanggungjawab Pengurusan
15
2.4.2
Eleman 2- Sistem Kualiti
16
2.4.3
Eleman 3- Penilaian Rekabentuk
16
2.4.4
Eleman 4- Pengawalan Rekabentuk
16
2.4.5
Eleman 5- Kawalan Dokumen Data
17
2.4.6
Eleman 6- Pembelian
18
2.4.7
Eleman 7- Kawalan Produk Yang Dibekalkan Oleh
Pelanggan
2.4.8
20
Eleman 8- Pengenalan Dan Kemudahan Pencarian
Produk
20
Eleman 9- Kawalan Proses
21
2.4.10 Eleman 10- Pemeriksaan Dan Ujian
21
2.4.9
2.4.11 Eleman11- Kawalan Peralatan Pemeriksaan,
Pengukuran Dan Ujian
23
2.4.12 Eleman 12- Status Pemeriksaan Dan Ujian
24
2.4.13 Eleman 13- Kawalan Ketidaktepatan Produk
25
2.4.14 Eleman 14-Tindakkan Pembetulan Dan
Pencegahan
25
2.4.15 Eleman 15- Pengendalian, Penyimpanan,
Pembungkusan, Penjagaan Dan Penghantaran
26
2.4.16 Eleman 16- Kawalan Rekod Kualiti
27
2.4.17 Eleman 17- Audit Kualiti Dalaman
27
2.4.18 Eleman 18- Latihan
29
9
BAB 3
2.4.19 Eleman 19- Perkhidmatan
30
2.4.20 Eleman 20- Teknik Statistik
30
MASALAH-MASALAH DALAM PERLAKSANAAN SISTEM
KUALITI ISO9000
BAB 4
3.1
KajianYang Telah Dijalankan Di Hong Kong
32
3.2
Komitmen Pihak Pengurusan Atasan
33
3.3
Bersatu Tujuan
34
3.4
Peningkatan Yang Berterusan
35
3.5
Sikap Pengurusan Terhadap Perubahan
35
3.6
Penglibatan Pengurusan Dan Kepimpinan
36
3.7
Audit Dan Pengawasan
37
3.8
Koordinasi Dan Perhubungan
37
3.9
Teknologi Komputer
38
3.10
Pembelajaran Dan Latihan
38
3.11
Penglibatan Pekerja Dan Komitmen Mereka
39
3.12
Insentif, Ganjaran Dan Pengiktirafan
39
3.13
Perubahan Daalam Organisasi
40
3.14
Perubahan Budaya Kerja
41
3.15
Perubahan Struktur Organisasi
41
3.16
Proses Pembelajaran Organisasi
42
METODOLOGI KAJIAN
4.1
Pengenalan
43
4.2
Peringkat Pertama – Kajian Literatur
44
10
4.3
BAB 5
Peringkat Kedua – Borang Soal Selidik
44
4.3.1
Penyediaan Borang Soal Selidik
45
4.3.2
Pengedaran Borang Soal Selidik
48
4.3.3
Pemilihan Responden
49
4.3.4
Kaedah Penganalisaan Data
50
4.3.4.1 Analisis Indek Purata
51
4.3.4.2 Analisis Frekuensi
52
4.4
Temubual Berkaitan Kajian
52
4.5
Kesimpulan
53
ANALISIS KAJIAN
5.1
Pengenalan
54
5.2
Analisis Awalan
54
5.2.1 Agihan Borang Soal Selidik
55
5.2.2
55
Analisis Latarbelakang Responden
5.3
Analisis Data Permulaan
5.4
Analisis Data Bagi Faedah Perlaksanaan Sistem ISO9000 56
5.5
Analisis Data Masalah Dalam Perlaksanaan
Sistem ISO9000
5.6
5.7
56
62
Analisis Data Faktor-Faktor Kejayaan Perlaksanaan Sistem
ISO9000
69
Kesimpulan Kajian
77
11
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1
Pengenalan
78
6.2
Kesimpulan
78
6.3
Limitasi Kajian
81
6.4
Cadangan Penyelidikan Akan Datang
81
RUJUKAN
83
LAMPIRAN
85
12
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
5.1
Latarbelakang Responden
55
5.4
Analisis Faedah Perlaksanaan
57
5.5
Masalah Dalam Perlaksanaan
63
5.6
Faktor-Faktor Kejayaan Perlaksanaan
70
5.7
Ringkasan Jawapan Analisis
77
13
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKA
SURAT
1.6
Carta Alir Metodologi Kajian
7
5.4.1
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 1
56
5.4.2
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 2
57
5.4.3
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 3
58
5.4.4
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 4
58
5.4.5
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 5
59
5.4.6
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 6
60
5.4.7
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 7
60
5.4.8
Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 8
61
5.5.1 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 1
62
5.5.2 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 2
63
5.5.3 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 3
64
5.5.4 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 4
64
5.5.5 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 5
65
5.5.6 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 6
66
5.5.7 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 7
66
5.5.8 Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 8
67
5.6.1
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 1
70
5.6.2
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 2
70
5.6.3
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 3
71
5.6.4
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 4
72
5.6.5
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 5
72
14
5.6.6
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 6
73
5.6.7
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 7
74
5.6.8
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 8
75
5.6.9
Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 9
76
5.6.10 Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 10
76
15
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA
SURAT
A
Borang Soal Selidik
85
16
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pengenalan
Dalam bidang pembangunan hartanah terdapat beberapa
siri aktiviti yang
menjuruskan kepada pembentukkan struktur atau bangunan yang mana fungsinya
untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat ke peringkat yang lebih baik. Ianya
adalah satu proses yang rumit dan tersendiri yang melibatkan banyak golongan
profesional samada daripada golongan Perancang Bandar, Jururtera, Arkitek, Jurukur
Bahan, Jurukur Tanah dan seterusnya. Kepakaran dan kemahiran golongan ini
digabungkan untuk menjayakan sesuatu projek. Setiap hasil daripada pembangunan
hartanah ini akan direkabentuk untuk bertahan sehingga seratus tahun, dengan itu
kualiti produk yang terhasil adalah penting untuk produk tersebut bertahan.
Kegagalan mengawal kualiti struktur atau bangunan yang terhasil akan menyebabkan
kegagalan pada stuktur tersebut yang bukan hanya melibatkan kerugian dari segi
kewangan malah boleh melibatkan kehilangan nyawa.
Untuk menghasilkan kualiti pembinaan yang baik bukan hanya dilihat dari
sudut penghasilan produk yang terakhir, tetapi harus bermula daripada peringkat
awalan lagi. Peroses pengawalan kualiti haruslah di fahami oleh semua golongan
yang terlibat dalam sesuatu projek tersebut. Projek terbengkalai dan projek lewat
siap adalah antara contoh dimana kualiti pengurusan projek tersebut lemah dan ini
mendatangkan kesusahan kepada pengguna atau pelanggan kepada projek tersebut.
17
Kita dapat melihat laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media yang menunjukkan
saban tahun sentiasa ada projek yang terbengkalai dan ada projek yang lambat siap
termasuk beberapa kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan statistic ini terus
meningkat dari setahun ke setahun. Untuk menyelesaikan masalah ini, perlaksanaan
system pengurusan kualiti (QMS) dalam pembangunan sesuatu projek didapati dapat
membantu menguruskan projek yang dijalankan dengan lebih sempurna.
Walaubagaimanapun hanya segelintir sahaja syarikat yang terlibat dalam bidang
hartanah atau kontraktor yang menagambil langkah ini. Kebanyakkan syarikat
kontraktor tidak melaksanakan system pengurusan ini adalah kerana tidak mahu
menanggung kos tambahan yang diperlukan dalam perlaksanaan system kualiti
sedangkan kontrak-kontrak kerja yang ditawarkan samada swata atau kerajaan masih
menggunakan system tender harga terendah.
Adalah menjadi sesuatu yang wajar jika pihak pemaju bertindak sebagai
penggerak dalam perlaksanaan system pengurusan kualiti. Mereka hanya perlu
menetapkan suatu standard kualiti yang di kehendaki di mana semua pihak yang
terlibat dalam pembangunan projek tersebut akan menggunakan segala kemahiran
mereka dalam mencapai kualiti yang dikehendaki. Ini bukan hanya meningkatkan
kualiti pruduk yang terhasil malah setiap pihak yang terlibat sama dalam projek
tersebut boleh mempromosikan keupayaan mereka dalam penghasilan produk yang
berkualiti. Sistem pengurusan kualiti siri ISO 9000 adalah jalan terbaik dalam
perlaksanaan pengurusan projek yang berkualiti.
1.2
Latarbelakang
Siri ISO 9000 adalah Sistem Piawaian Kualiti (Quality System Standard) yang
telah diperkenalkan oleh International Organization for Standardization (ISO) pada
18
tahun 1987 yang bertapak di Geneva. Ianya diujudkan berasaskan kepada sistem
piawaian UK BS5750 yang bertujuan untuk memperomosikan kualiti perkhidmatan
dan barangan yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor industri. ISO9000 adalah satu
garispanduan bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa perancangan dan
perlaksanaan sesuatu kerja dan sebagai sebahagian daripada langkah untuk
menyeragamkan kualiti produk diantara satu negara dengan negara yang lain. Sejak
diperkenalkan ia telah menerima pengikhtirafan di seluruh dunia. Lebih daripada 80
negara telah menggunakannya sebagai system piawaian kualiti kebangsaan, di
antaranya ialah negara-negara EC dan EFTA, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat
dan Kanada
(McCabe, 1998). Berdasarkan kajian yang dilakukan di U.K,
kebanyakkan syarikat yang menggunakan sistem pengurusan ISO adalah kerana
untuk
memenuhi
kehendak
pelanggan,
meningkatkan
kualiti
pengurusan,
meningkatkan kualiti penghasilan, meningkat kepuasan hati pelanggan dan sistem
ISO juga menjadi salah satu strategi pemasaran dalam memenangi saingan
(Moatazed-Keivani et al 1999).
Pada tahun 1987, SIRIM (Standard And Industrial Research Institute of
Malaysia) telah melancarkan sistem Sijil Kualiti ISO sebagai salah satu langkah
bagi pelbagai industri di Malaysia meningkatkan kualiti penghasilan barangan untuk
bersaing di peringkat antarabangsa. Banyak syarikat di Malaysia telah menunjukkan
tindakbalas positif daripada langkah ini. Pada penghujung bulan Oktober 1995,
syarikat yang telah berjaya mendapatkan pengikhtirafan berjumlah enam ratus lapan
puluh (680) (Yeoh dan Lee, 1996) dan pada penghujung tahun 2005 jumlah yang
telah mendapat pengiktirafan adalah sebanyak dua ribu empat ratus dua puluh lima
(2425) syarikat (SIRIM standards & Quality News Vol.12). Daripada jumlah itu
hanya sebanyak 532 syarikat adalah syarikat yang berkaitan dengan industri
pembinaan. Syarikat-syarikat tesebut terdiri daripada kontraktor, pemaju, jurutera
perunding, pembekal dan juga pihak berkuasa kerajaan tempatan.
19
1.3
Pernyataan Masalah
Kualiti di dalam kontek industri pembinaan di Malaysia boleh dilihat sebagai
sebahagian daripada segitiga yang membentuk pembinaan itu sendiri yang mana
kontraktor perlu mengawal kos pembinaan, menepati sasaran masa yang telah
ditetapkan dan mendapat kualiti yang dihajati. Akan tetapi, kualiti akan menjadi
mangsa korban yang pertama diantara aspek-aspek pembinaan diatas jika keperluan
mendesak kontraktor untuk menjimatkan kos atau mempercepatkan masa
pembinaan. Kita dapat melihat masih terdapat banyak ketidak puasan hati pembeli
rumah atau pelanggan terhadap kualiti produk terakhir yang dikeluarkan oleh
industri pembinaan di Malaysia. Selaras dengan itu pembangunan sistem kualiti ISO
9000 menjadi suatu langkah yang amat digalakkan oleh kerajaan dalam meyakinkan
kembali rakyat terhadap industri pembinaan yang menjadi nadi pembangunan
ekonomi negara. Namun begitu masih terdapat syarikat pembinaan atau pemaju yang
telah mendapat pengiktirafan sistem pengurusan kuliti ISO9000 tetapi masih tidak
dapat mengeluarkan kualiti produk yang memuaskan. Daripada perbincangan dengan
pegawai dari KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), terdapat
1926 kes aduan yang diterima sepanjang tahun 2005 yang mana 298 kes aduan
adalah berkaitan kualiti pembinaan. Walaupun aduan berkaitan kualiti ini hanya 15%
daripada keseluruhan kes, namun perlu dilihat bahawa aduan yang dibuat oleh
pengguna kepada KPKT adalah jalan terakhir mereka selepas jalan penyelesaian
mereka dengan pemaju atau kontraktor telah buntu. Daripada fakta inilah kajian
terhadap faktor kejayaaan perlaksanaan diperlukan bagi menentukan bahawa sistem
kualiti ISO9000 mampu mengubah corak kualiti pembinaan di Malaysia sepertimana
sistem ini telah mengubah kualiti pembinaan di negara-negara maju.
20
1.4
Objektif Kajian
Perlaksanaan projek pembinaan memerlukan kemampuan pengurusan yang
baik dan benar–benar memahami sistem pengurusan kualiti untuk memulihkan
keyakinan masyarakat terhadap kemampuan dan keupayaan syarikat – syarikat
pembinaan tempatan dalam melaksanakan projek. Oleh yang demikian 3 objektif
utama kajian telah dikenalpasti iaitu:1. Mengenalpasti faedah daripada perlaksanaan sistem pengurusan kualiti
ISO9000.
2. Mengenalpasti masalah-masalah berbangkit dalam perlaksanaan sistem
kualiti ISO 9000 dan cara penyelesaiannya.
3. Menentukan faktor-faktor kejayaan dalam perlaksanaan sistem
ISO9000 di dalam industri pembinaan di Malaysia.
1.5
Skop Kajian
Kajian ini hanya melibatkan sistem kualiti ISO9000 dan terhad kepada industri
pembinaan di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menyelidik pelbagai syarikat
pembinaan termasuk pemaju perumahan yang telah diiktiraf sebagai mempunyai
sistem pengurusan kualiti ISO9000 tetapi tidak termasuk syarikat kerajaan ataupun
badan berkanun. Analisis kajian untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan
terbatas kepada maklumat yang berjaya dikumpulkan melalui borang soal selidik
yang diedarkan dan data yang diperolehi daripada KPKT dan SIRIM Berhad. Kajian
ini juga tidak membincangkan tindakkan yang telah diambil oleh kerajaan dari sudut
undang-undang dalam menangani isu-isu kualiti pembinaan.
21
1.6
Metodologi Kajian
Kajian ini disusun mengikut satu rangka kerja yang bermula daripada
pengumpulan data, penganalisaan data, rumusan serta cadangan dalam penyelesaian
masaalah kajian ini. Oleh itu kajian ini mempunyai 3 peringkat yang paling utama.
Peringkat pertama merupakan kajian yang berkaitan dengan kajian literatur.
Pada peringkat ini kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan
dengan aspek kajian ini telah satukan dan kemudiannya dipersembahkan dalam
bentuk kajian literatur yang mana maklumat-maklumat ini diperolehi daripada bukubuku rujukan, majalah, surat khabar, jurnal, artikel dan laporan penerbitan kerajaan.
Peringkat kedua ialah membuat kajian empirikal dengan mendapatkan
maklumbalas dan pandangan daripada mereka yang terlibat dalam industri
pembinaan yang melibatkan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dengan kaedah
pengedaran borang soal selidik dan temubual. Pada peringkat ini penganalisaan datadata primer yang telah dikumpulkan bagi membentuk hasil kajian. Data-data akan
dianalisis adalah berdasarkan maklumbalas daripada pemaju, kontraktor dan
peruding dalam industri pembinaan untuk menentukan faktor-faktor dan masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan dalam perlaksanaan sistem kualiti yang
berkesan. Analisa keatas setiap peruntukan juga dapat mengenalpasti peringkat yang
menyebabkan keberkesanan sistem tidak tercapai.
Peringkat ketiga pula merupakan perbincangan mengenai faktor-faktor dan
strategi kejayaan dan pembentukkan kerangka konsep yang dicadangkan untuk
dijadikan panduan dalam perlaksaan sistem kualiti ISO yang lebih berkesan. Rajah 1
disebelah menunjukkan carta alir metodologi kajian.
22
PERNYATAAN MASALAH
Sistem kualiti ISO menjamin kualiti binaan
1.
2.
3.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti faedah daripada perlaksanaan ISO9000
Mengenalpasti masalah dalam perlaksanaan sistem dan
penyelesian.
Menentukan faktor kejayaan dalam perlaksanaan sistem
KAJIAN LITERATUR
Pengumpulan maklumat daripada data sekunder dan data
PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data daripada borang soal selidik
PENGANALISAAN DATA
HASIL KAJIAN
Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan, graf,
jadual dan sebagainya
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Rajah 1.6: Carta Alir Metodologi Kajian
23
1.7
Penyusunan Bab
Bab satu menerangkan berkaitan perkara-perkara asas kajian yang dilakukan
meliputi pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, skop kajian, kepentingan
kajian, metodologi kajian dan susunatur bab yang merangkumi seluruh peringkat
kajian.
Bab dua menerangkan sistem kualiti sedia ada yang digunakan oleh
kebanyakkan syarikat pembinaan dan mengaitkan sistem kualiti ISO 9000 yang
merangkumi syarat-syarat yang dikehendaki
dalam perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 oleh sesebuah organisasi. Faedah yang diperolehi dalam perlaksanaan
sistem kualiti ISO9000 secara literitur akan dijelaskan didalam bab ini.
Bab tiga menerangkan methodologi kajian dengan lebih terpeinci daripada
proses
pengumpulan
kajian
literatur
dan
seterusnya
kaedah
pengedaran,
pengumpulan dan penganalisaan data.
Bab empat akan menerangkan keputusan penganalisaan data yang telah
dikumpulkan. Data-data maklumbalas borang soal selidik dikumpulkan dan
dianalisis dan hasil analisis dinyatakan dalam bentuk jadual, gambarajah dan
penulisan.
Bab lima akan menerangkan tentang strategi organisasi yang telah diiktiraf
mempunyai sistem kualiti ISO untuk meningkatkan kualiti pembinaan mereka dan
seterusnya cadangan bagaimana perlaksanaan tersebut boleh dijayakan.
Bab enam akan menerangkan kesimpulan keputusan kajian yang dijalankan.
Kesimpulan yang dibuat akan merumuskan kesesuaian dan keberkesanan kajian yang
24
ingin dicapai. Seterusnya beberapa cadangan penambahbaikan kajiselidik pada masa
hadapan dicadangkan.
BAB 2
KUALITI DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
2.1
Pengenalan
Kualiti memainkan peranan yang penting di dalam kejuruteraan dan industri
pembinaan kerana risikonya tinggi. Risiko untuk tidak dapat menyiapkan projek
mengikut masa yang ditetapkan adalah tinggi kerana terdapat banyak faktor yang
boleh menjejaskan kelancaran projek. Adalah menjadi sesuatu yang wajar untuk
mana-mana syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan untuk melaksanakan
sistem kualiti yang padu bagi mengelakkan masalah semasa perlaksanaan projek
yang boleh menyebabkan kualiti pembinaan yang terhasil tidak bermutu. Setiap
orang yang terlibat dalam industri pembinaan secara langsung atau tidak langsung
akan mendapat faedah adaripada perlaksanaan sistem kualiti yang bermutu dalam
pembinaan. Sistem kualiti yang teratur akan mengurangkan
kegagalan dalam
melaksanakan kerja dan menghasilkan produk yang bermutu. Kualiti boleh
diterjemahkan dalam berbagai maksud mengikut kehendak penterjemah. Arditi dan
Gunaydin (1999) menterjemahkan kualiti sebagai persetujuan penetapan kehendak
pelanggan dan produk atau perkhidmatan yang tidak mempunyai kecacatan.
Perkataan
kualiti
tidak
boleh
digunakan
untuk
menggambarkan
darjah
25
kecemerlangan sesuatu barangan atau perkhidmatan, ianya haruslah difahami sebagai
satu ukuran penyesuaian terhadap kehendak pelanggan mengikut harga tertentu yang
telah dipersetujui. Penilaian kualiti di dalam projek pembinaan melibatkan dua
komponen iaitu jaminan kualiti dan pengawalan kualiti. Menurut Chini (1999)
jaminan kualiti
dilihat sebagai sistem pengawalan peruntukan penghasilan atau
perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Ianya dikenalpasti sebagai
sistem kualiti luaran, yang memfokuskan kepada meyakinkan pelanggan terhadap
produk atau perkhidmatan yang diberikan. Pengawalan kualiti pula menjurus kepada
pengawalan perlaksanaan aktiviti-aktiviti khusus yang membawa kepada penghasilan
produk atau perkhidmatan. Berbagai langkah dalam mendapatkan kualiti yang lebih
baik dalam industri pembinaan telah dilaksanakan antaranya:
•
Perkongsian (partnering), bertujuan untuk meningkatkan perhubungan antara
pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan.
•
(Business
process
perlaksanaan
reengineering),
secara
menyeluruh
langkah
dan
menukar
merekabentuk
asas
peraturan
semula
proses
perlaksanaan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
•
(Constructibility review), melihat semula pelan projek dan spesifikasi yang
dikehendaki dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan untuk mencapai
kualiti yang lebih baik dalam perlaksanaan proses pembinaan dan hasilnya.
•
(Value
engineering),
bertujuan
untuk
mengurangkan
kos
dan
mengoptimumkan kitaran pembinaan projek dari fasa pra-pembinaan.
•
TQM (total quality management) adalah falsafah operasi yang menekankan
peningkatan kualiti yang berterusan dalam semua aspek pembinaan.
26
2.2
Sistem Kualiti ISO9000
Salah satu sistem kualiti yang terbaik adalah sistem kualiti ISO9000. Ianya
adalah sistem kualiti yang merangkumi aktiviti bertujuan untuk menyediakan
keyakinan kepada pengurusan sesebuah syarikat atau organisasi bagi mendapat hasil
mutu kualiti yang dikehendaki. Sistem kualiti ini akan terbentuk jika ketua yang
menjaga
bahagian
pembinaan
sesebuah
organisasi
tersebut
mengambil
tanggungjawab untuk memahami dan melaksanakan sistem. Sistem ISO9000 adalah
sekumpulan piawaian yang harus dilaksanakan yang diciptakan untuk penyeragaman
jaminan kualiti penghasilan dan perkhidmatan di peringkat global dan telah
digunapakai oleh banyak organisasi seluruh dunia.
Penerimaan industri pembinaan terhadap sistem kualiti ISO9000 tidak begitu
meluas seperti penerimaannya didalam industri yang lain seperti industri
perkilangan. Terdapat kriteria dalam industri pembinaan yang menyebabkan sistem
kualiti ISO9000 terhad perlaksanaanya. Kriteria tersebut antaranya adalah:
1. Projek pembinaan selalunya mempunyai kumpulan pekerja, peralatan dan
barangan yang dikumpulkan di suatu kawasan secara unik, sedangkan di
industri perkilangan kesemua sumber di atas berada satu tempat yang
ditentukan dan mengulangi pengeluaran yang sama bertahun-tahun.
2. Ujian perlaksanaan tidak dapat dilakukan di dalam industri pembinaan kerana
faktor kewangan dan masa.
3. Adalah menjadi kebiasaan mempunyai kontraktor yang berlainan di dalam
satu projek mengikut jenis kerja yang dilakukan.
4. Tidak dapat menolak sepenuhnya keseluruhan hasil pembinaan secara total
selepas siap pembinaan.
5. Keputusan untuk menolak bahagian pembinaan yang mempunyai kecacatan
perlu dilakukan sebelum aktiviti kerja pembinaan seterusnya dijalankan.
27
6. Bilangan pihak yang terlibat di dalam sesuatu projek pembinaan adalah ramai
berbanding dengan pihak yang terlibat dalam industri perkilangan. Untuk
mendapatkan kualiti yang baik memerlukan kerjasama dari semua pihak yang
terlibat dan ini melibatkan perhubungan tanggungjawab antara individu atau
syarikat terlibat lebih rumit berbanding dengan industri perkilangan.
7. Struktur organisasi syarikat pembinaan adalah pelbagai bergantung kepada
jenis projek pembinaan yang diusahakan sedangkan dalam industri
perkilangan struktur organisasinya boleh dikatakan tidak pernah bertukar. Ini
akan melibat perhubungan tanggungjawab bagi setiap individu yang terlibat
dalan organisasi tersebut.
8. Pertukaran pekerja di dalam industri pembinaan adalah lebih tinggi
berbanding dengan industri pembinaan. Ini akan mengakibatkan gangguan
perancangan masa hadapan.
9. Projek pembinaan adalah rumit dan perlaksanaannya mungkin akan
mengambil masa bertahun.
10. Hasil daripada perlaksanaan sistem ISO9000 di dalam industri pembinaan
adalah berlainan daripada sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain
dan antara sebuah negara dengan negara yang lain kerana keadaan semulajadi
piawaian ISO9000 itu sendiri. Terdapat berbagai pandangan yang diberikan
terhadap sistem ISO9000, antaranya adalah:
11. Sebagai jalan untuk meningkatkan kualiti operasi pembinaan secara
menyeluruh.
12. Sebagai syarat pelanggan yang harus dipenuhi.
13. Sebagai cara meningkatkan pesaingan.
14. Sebagai jalan untuk mengurangkan kos pembinaan.
15. Sebagai cara untuk melancar aktiviti pembinaan dan penyusunan organisasi
dan tanggungjawab.
16. Sebagai strategi untuk mempopularkan syarikat menerusi imej kualiti.
28
17. Sebagai langkah memperkemaskan syarikat atau organisasi mengikut
peredaran zaman.
Oleh yang demikian hasil daripada perlaksaan sistem kualiti ISO9000 adalah
berlainan daripada satu organisasi dengan yang lain bergantung keapda pemahaman
dan kehendak organisasi tersebut. Perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dalam indutri
pembinaan mempunyai pandapat yang positif dan negatif. Pandangan ynag positif
menyatakan bahawa dengan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 yang berkesan
akan memberi banyak keuntungan seperti memiawaikan prosidur perlaksanaan
organisasi untuk setiap projek. Sistem ISO9000 juga dikategorikan sebagai prosidur
berkesan yang dapat mengawal proses perlaksanaan yang boleh mengurangkan
pembaziran bahan binaan dan tenaga kerja. Dengan itu kualiti yang terhasil akan
terjamin.
Dari sudut pandangan lain, pengiktirafan sistem ISO9000 dapat membuktikan
bahawa organisasi tersebut melaksanakan kualiti yang optima pada setiap peringkat
pembinaan menjadikan organisasi tersebut mendapat peluang pasaran yang lebih.
Pandangan negatif pula menyatakan bahawa dengan perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 dalam industri pembinaan akan menimbulkan masalah. Telah menjadi satu
perdebatan samada langkah-langkah prosidur dalam pembinaan dapat dipiawaikan
sepertimana yang telah dilakukan dilakukan di dalam industri perkilangan. Ini adalah
kerana hakikat hasil pembinaan itu adalah unik dan proses melibatkan banyak pihak,
dan kemungkinan piawaian yang ditetapkan akan disalah ertikan pemahamannya.
Ianya juga susah untuk diukur dan dinilai perestasinya. Selaluya kontraktor perlu
menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan, mengikut harga yang telah
dipersetujui, dan mengikut piawai kerja yang tertentu bagi memastikan kualiti yang
dikehendaki. Ini dikatakan percanggahan tujuan antara satu sama lain yang mana
pencapaian kualiti selalunya yang pertama akan diabaikan.
29
2.3
Perlaksanaan Sistem Kualiti ISO9000
Sistem kualiti ISO9000 dilaksanakan berasaskan kepada lapan prinsip
pengurusan kualiti berikut:
1. Organisasi yang memfokus kepada kehendak pelanggan. Sesuatu organisasi
bergantung kepada kehendak pelanggan mereka dan oleh yang demikian
organisasi haruslah memahami permintaan pelanggan, kehendak pelanggan
dan mampu menghasilkan produk yang melepasi jangkaan kualiti pelanggan.
2. Kepimpinan organisasi yang mampu menciptakan suatu paduan tujuan dan
arah organisasi dan perlaksanaan kerja didalam suasana yang boleh
melibatkan semua pihak.
3. Penglibatan pekerja dalam semua peringkat dan bahagian yang menjadi
tunjang kepada organisasi, dan penglibatan mereka membolehkan keupayaan
mereka digunakan sepenuhhnya untuk kepentingan organisasi.
4. Pendekatan melalui proses berperingkat yang akan menghasilkan keputusan
dengan lebih berkesan dengan cara penyusunan bahan dan aktiviti
perlaksanaan dengan lebih teratur.
5. Pengurusan yang bersistem yang mana mengenalpasti dan memahami dan
menguruskan sistem yang berkaitan dengan proses perlaksanaan yang
berobjektifkan peningkatan keberkesanan dan kelancaran perlaksanaan kerja.
6. Penambahbaikan yang berterusan haruslah menjadi objektif kekal organisasi.
7. Pendekatan dalam membuat keputusan adalah berdasarkan fakta dan analisis
data dan maklumat yang diperolehi.
8. Persefahaman dengan pembekal yang baik dan memahami kehendak kualiti
pelanggan.
30
Daripada perinsip diatas, elemen piawaian sistem kualiti ISO9000 akan
digunakan dan disesuaikan penggunaannya dalam organisasi yang akan mendapat
pengiktirafan.
2.4
Elemen Dalam Sistem Kualiti ISO9000
Terdapat dua puluh eleman yang menjadi sebagai garis panduan yang harus
dituruti dalam melaksanakan sistem kualiti ISO9000. Eleman-eleman ini menjadi
tunjang dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 yang mengariskan panduan dan
piawaian tertentu dalam melaksanakan sistem ini. Pentafsiran eleman-eleman yang
berkenaan harus dilakukan dengan teliti dalam perlaksanaan agar ianya tidak
bercanggah dengan piawaian yang telah ditetapkan.
2.4.1 Elemen 1 – Tanggungjawab Pengurusan
Pengurusan organisasi yang mempunyai tanggungjawab eksekutif perlu
mentakrif dan mendokumenkan dasar kualiti organisasi, termasuklah objektif dan
komitmen. Dasar kualiti harus relevan dengan sasaran organisasi pembekal dan
jangkaan serta keperluan pelanggan-pelanggannya. Kaedah pengukuran dan ujian
serta kiriteria penerimaan yang digunakan untuk menilai produk dan proses di
peringkat rekabentuk dan pengeluaran perlu dikenalpasti. Parameter seperti nilai
sasaran prestasi, ralat izin, penerimaan dan penolakan, ujian lapangan, jenis peralatan
pengukuran,
kecenderungan dan ketepatan (bias and precision) juga perlu
diambilkira. Proses rekabentuk harus melibatkan penilaian dalam tempoh-tempoh
tertentu terhadap rekabentuk pada tahap-tahap tertentu. Ini termasuklah Analisis
Mod Kegagalan dan Keberkesanan (Failure Mode and Effects Analysis), Analitikal,
31
Penilaian Risiko termasuklah pemeriksaan atau ujian prototaip, persampelan dan
lain-lain teknik yang digunakan. Penilaian bebas juga boleh dibuat untuk
mengesahkan pengiraan atau memberikan lain-lain pengiraan alternatif atau
menjalankan ujian. Lebih banyak persampelan dilakukan, keputusan statistik
akan lebih menggalakkan. Keputusan segala ujian mestilah didokumenkan semasa
kitaran ujian kelayakan. Semakan keputusan ujian harus melibatkan analisis
kerosakan dan kegagalan. Akhirnya, pada setiap fasa pengembangan rekabentuk,
semakan sistematik dan kritikal ke atas hasil rekabentuk perlu dijalankan. Hal ini
dapat dikenalpasti menerusi mesyuarat semakan rekabentuk. Semakan ini harus
menjangkakan secara proaktif akan sebarang ketidaktepatan yang mungkin timbul
serta tindakan pembetulan yang harus diambil bagi memastikan rekabentuk terakhir
dan data sokongan mampu mencapai kehendak pelanggan. Lain-lain proses
rekabentuk ialah pengesahan, kesahihan dan pindaan. Sebarang pindaan ke atas
rekabentuk perlu didokumen, disemak dan diluluskan oleh kakitangan yang yang
telah diberikan kuasa sebelum ianya dijalankan. Pindaan ini biasanya hasil daripada
perubahan trend kehendak pelangggan, pemasaran dan semasa, semakan, pengesahan
dan kesahihan rekabentuk.
2.4.2 Elemen 2 – Sistem Kualiti
Sistem ini adalah untuk menentukan organisasi pembinaan membuat dan
mengawal dokumen sistem kualiti bagi memastikan hasil atau perkhidmatan yang
diberikan memenuhi kehendak pengguna. Sistem ini termasuklah dokumen garis
panduan kualiti, aturcara kerja, arahan kerja, perancangan kualiti projek, rekod-rekod
pemeriksaan dan sumber yang menyumbangkan kearah piawaian ISO9000.
32
2.4.3
Elemen 3 – Penilaian Rekabentuk
Elemen ini adalah untuk menetukan langkah-langkah dibuat untuk menilai
kontrak bagi memastikan semua kehendak pengguna dimasukkan dalam kontrak dan
organisasi pembinaan mempunyai keupayaan untuk memenuhi kehendak kontrak
tersebut. Jika ada perbezaan diantara kehendak pengguna dan apa yang dapat
diberikan oleh organisasi, perkara ini haruslah diselesaikan sebelum penerimaan
surat pemberian kerja dilakukan.
2.4.4
Elemen 4 – Pengawalan Rekabentuk
Peruntukan elemen ini terbahagi kepada enam peringkat iaitu:
1. Perancangan rekabentuk,
2. Input rekabentuk,
3. Output rekabentuk,
4. Semakan rekabentuk,
5. Pengesahan rekabentuk dan
6. Kawalan rekabentuk dan perubahan rekabentuk.
2.4.5 Elemen 5 – Kawalan Dokumen Data
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk mengawal
segala dokumen dan data. Dokumen dan data merangkumi sebarang bentuk media,
tulisan atau elektronik. Dokumen dan data perlu disemak dan diluluskan oleh
33
kakitangan yang telah diberikan autoriti sebelum diedarkan. Satu senarai utama atau
setaraf dengannya yang menerangkan aliran kawalan dokumen dan status semakan
terkini perlu diadakan.
Kawalan ini akan memastikan:
•
dokumen menurut jenis operasi berada di semua lokasi untuk melicinkan
perjalanan aktiviti kualiti;
•
dokumen yang tidak sah atau lupus mestilah dikeluarkan dengan segera
bagi mengelakkan penggunaan yang tidak disengajakan.
•
sebarang dokumen lupus yang perlu disimpan untuk tujuan perundangan
dan rujukan perlu dikenalpasti dan diasingkan.
Sebarang pindaan dokumen dan data harus disemak dan diluluskan oleh
kakitangan asal yang merangka dokumen berkenaan atau mereka yang setaraf
dengannya. Selagi praktikal, pindaan-pindaan ini harus dicatatkan di dalam dokumen
terkini atau lampiran-lampiran yang sesuai. Prosedur kawalan dokumen data
mestilah merangkumi penyediaan, pemeriksaan, kelulusan, pindaan, edaran dan
indeks dokumen serta data. Dokumen yang lupus harus diasingkan dan
dimusnahkan, jika perlu. Ini penting bagi memastikan:
•
dokumen hanya diedarkan secara terhad kepada kakitangan yang mana
pengujudan dan pindaan dokumen adalah diluluskan oleh kakitangan yang
yang telah diberikan kuasa;
•
segala pindaan dokumen mestilah dirancang dengan teliti;
•
hanya dokumen yang terbabit sahaja;
•
hanya dokumen semakan terkini sahaja akan diedarkan untuk kegunaan;
•
penerima memahami isi kandungan dokumen;
•
semua dokumen lupus akan dikeluarkan daripada lokasi kegunaan.
34
Sebarang pindaan ke atas dokumen dan data yang disalin dan diarkibkan dalam
bentuk media yang berbeza umpamanya elektronik dan harus konsisten dengan
pindaan dokumen yang bertulis.
2.4.6
Elemen 6 - Pembelian
Bahan dan komponen yang dibeli merupakan sebahagian daripada produk dan
meninggalkan kesan secara langsung ke atas kualiti produk berkenaan. Kualiti
perkhidmatan
umpamanya
aspek
penentukuran
dan
proses
khusus
harus
dipertimbangkan. Sebarang pembelian mestilah dirancang dan dikawal. Pengurus
Pembelian atau yang setaraf dengannya perlu menjalinkan hubungan yang baik
dengan vendor atau sub-kontraktor. Ini untuk memudahkan proses maklumbalas dan
penyelenggaraan ke arah kesinambungan peningkatan kualiti serta menyelesaikan
dengan segera sebarang konflik yang mungkin timbul.
Program Kualiti Pembelian perlu melibatkan paling minimanya, elemenelemen berikut:
1. keperluan spesifikasi, lukisan atau lakaran dan pesanan belian;
2. pemilihan sub-kontraktor atau vendor yang bertauliah;
3. persetujuan ke atas aspek kepastian kualiti;
4. persetujuan ke atas kaedah pengesahan;
5. cara penyelesaian konflik;
6. penerimaan pelan pemeriksaan;
7. penerimaan kawalan; dan
8. penerimaan rekod kualiti.
35
Kontraktor harus:
1. menilai dan memilih sub-kontraktor berdasarkan keupayaan mereka dalam
menepati keperluan sub-kontrak termasuklah aspek sistem dan kepastian
kualiti;
2. mentakrifkan jenis dan had kawalan yang dijalankan oleh pembekal ke atas
sub-kontraktor. Ini bergantung ke atas jenis produk, kesannya, kualiti produk
terakhir dan di mana yang berkaitan, laporan audit kualiti dan rekod kualiti
mengenai prestasi sub-kontraktor di masa lalu.
3. mengada dan menyelenggarakan rekod kualiti ke atas sub-kontraktor yang
telah terpilih.
Dokumen pembelian perlu mengandungi sekurang-kurangnya data-data produk
yang dipesan sebagaimana berikut:
•
Jenis, kelas, gred atau lain-lain bentuk pengenalpastian;
•
Tajuk lain-lain pengenalpastian positif dan nombor semakan
spesifikasi,
lukisan
atau
lakaran,
keperluan
proses,
arahan
pemeriksaan dan lain-lain data teknikal, termasuklah keperluan untuk
kelulusan atau kelayakan sesuatu produk, prosedur, peralatan proses
dan kakitangan;
•
Tajuk, nombor dan semakan piawaian sistem kualiti yang berkaitan.
Kontraktor perlu menyemak dan meluluskan dokumen pembelian setelah
terbukti
mematuhi
kehendak
sebelum
pelepasan.
Seandainya
pembekal
mencadangkan pengesahan barangan yang dibeli perlu dilakukan di premis subkontraktor, maka kontraktor harus mendefinisikan corak pengesahan dan kaedah
pelepasan produk di dalam dokumen pembeliannya. Sekiranya tercatat di dalam
kontrak, pelanggan kepada pembekal harus diberikan hak untuk mengesahkan
produk di premis sub-kontraktor. Walaubagaimanapun, pengesahan ini hanyalah
36
untuk tujuan rujukan dalaman pelanggan semata-mata dan tidak boleh dijadikan
sebagai bukti kepada kawalan efektif kualiti oleh sub-kontraktor pembekal.
Pengesahan ini juga tidak boleh dijadikan asas kepada kontraktor supaya
mengambilkira aspek ini dalam pembekalan produk terakhirnya atau pun sebagai
asas kepada pelanggan untuk menolak produk daripada kontraktor.
2.4.7
Elemen 7 – Kawalan Produk Yang Dibekalkan Oleh Pelanggan
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk mengawal
pengesahan, penstoran dan penyelenggaraan produk yang dibekalkan oleh pelanggan
sebagai sebahagian daripada proses atau aktiviti pembikinan produk. Sebarang
kehilangan, kerosakan dan sebagainya ke atas produk berkenaan perlu direkod dan
dilaporkan kepada pelanggan. Sebarang pengesahan daripada kontraktor tidak akan
meninggalkan kesan ke atas tanggungjawab pelanggan untuk membekalkan produk
yang dapat diterima. Kawalan yang efektif ke atas prosedur perlu diadakan dan
diselenggara untuk pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, penghantaran dan
perlindungan ke atas barangan atau bahan yang dibekalkan oleh pelanggan.
2.4.8
Elemen 8 – Pengenalan Dan Kemudahan Pencarian Produk
Di mana perlu, kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur
untuk mengenalpasti produk menerusi bentuk pengenalan yang sesuai bermula
daripada penerimaan sehinggalah ke semua peringkat pengeluaran, penghantaran dan
pemasangan. Ini dilakukan dengan menjelaskan tanda pengenalan yang unik ke atas
produk dan pengenalan ini mestilah direkodkan. Pentingnya pengenalan produk yang
37
sesuai ialah bertujuan untuk membezakan produk dan perkhidmatan dari satu
karektoristik dengan yang lain. Antara kaedah pengenalan ialah penggunaan nombor
kod,
nombor
kawalan,
nama,
label,
nombor
siri,
kod
bar
dan
skim
warna. Kemudahan pencarian pula dirujuk kepada keupayaan untuk memisahkan
bahan atau produk menerusi kumpulan, lot atau unit. Organisasi perlu mengenalpasti
dan merekodkan sumber sesuatu produk atau perkhidmatan umpamanya kakitangan
yang bertanggungjawab mengesahkan produk dan perkhidmatan bagi memastikan
kemudahan mencari apabila sesuatu ketidaktepatan berlaku atau aduan daripada
pelanggan.
2.4.9
Elemen – Kawalan Proses
Kontraktor
perlu
mengenalpasti
dan
merancang
proses
pengeluaran,
pemasangan dan servis di bawah keadaan yang terkawal bagi mencapai kehendak
kualiti. Keadaan terkawal harus melibatkan:
1. Prosedur yang mendefinisikan corak pengeluaran, pemasangan dan servis ;
2. Penggunaan peralatan yang sesuai untuk pengeluaran, pemasangan dan
servis serta persekitaran kerja;
3. Kepatuhan terhadap piawaian/kod yang dirujuk, pelan kualiti dan/atau
prosedur;
4. Kengawas dan mengawal parameter proses yang sesuai dan karektoristik
produk;
5. Kelulusan ke atas proses dan peralatan;
6. Kriteria cara penggunaan, yang perlu dijelaskan secara praktikal
(contohnya piawaian bertulis, sampel dan ilustrasi); dan
7. Penyelengaraan yang sesuai ke atas peralatan bagi memastikan keupayaan
proses. Sekiranya keputusan proses tidak dapat disahkan menerusi
38
pemeriksaan dan ujian ke atas produk dan bila mana; contohnya
ketidaktepatan dalam pemerosesan mungkin hanya dapat diketahui setelah
sesuatu produk digunakan, maka proses ini hendaklah dijalankan oleh
operator yang bertauliah dan memerlukan pengawasan yang berterusan
serta kawalan ke atas parameter proses.
Keperluan kelayakan operasi proses, termasuklah peralatan dan kakitangan
perlu dikenalpasti. Rekod bagi proses yang khusus, peralatan dan kakitangan
mestilah diselenggarakan.
2.4.10 Elemen 10 – Pemeriksaan Dan Ujian
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk aktiviti
pemeriksaan dan ujian bagi mengesahkan ketepatan terhadap spesifikasi produk.
Pemeriksaan dan ujian yang diperlukan serta rekod yang berkaitan harus dijadikan
sebahagian daripada isi kandungan pelan kualiti atau prosedur kualiti. Pembekal
perlu memastikan bahawa produk yang diterima tidak akan digunakan atau diproses
sehinggalah ianya telah diperiksa ketepatannya dengan spesifikasi. Pengesahan
ketepatan adalah didasarkan kepada pelan kualiti dan prosedur. Dalam menentukan
jumlah dan corak pemeriksaan penerimaan, pertimbangan perlu diberikan ke atas
kawalan premis sub-kontraktor dan bukti ketepatan yang telah direkodkan. Sekiranya
terdapat sebarang produk yang diterima perlu dilepaskan dengan segera bagi tujuan
pengeluaran sebelum pengesahan berlaku, ianya mestilah dikenalpasti secara positif
dan direkodkan untuk memudahkan kemudahan mencari sekiranya berlaku
ketidaktepatan.
39
Kontraktor harus:
•
memeriksa dan menguji produk sebagaimana yang dikehendaki oleh pelan
kualiti atau prosedur; dan
•
menahan produk sehinggalah pemeriksaan dan ujian selesai dijalankan atau
laporan telah pun diterima dan disahkan, kecuali untuk bahan yang
dilepaskan dalam kes yang telah dijelaskan di atas.
Kontraktor perlu menjalankan pemeriksaan dan ujian terakhir menurut
kehendak pelan kualiti dan prosedur bagi membuktikan ketepatan produk akhir
mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Pelan kualiti dan prosedur untuk
pemeriksaan dan ujian terakhir akan memerlukan keputusan yang tepat ke atas
pemeriksaan dan ujian semasa penerimaan, proses dan pelepasan terakhir. Produk
tidak boleh dihantar sehinggalah segala aktiviti yang dijelaskan di dalam pelan dan
prosedur dipatuhi serta segala data dan dokumen lain yang berkaitan diluluskan dan
berada di lokasi yang dikehendaki. Pembekal perlu mengada dan menyelenggarakan
rekod yang mengutarakan bukti pemeriksaan dan ujian telah pun dijalankan. Rekod
ini harus menunjukkan samada produk berkenaan gagal atau pun lulus berdasarkan
kriteria penerimaan. Sekiranya terdapat sebarang produk yang gagal semasa
pemeriksaan, prosedur kawalan ketidaktepatan produk perlu digunakan. Rekod ini
juga akan mengenalpasti pihak pemeriksa yang bertanggungjawab ke atas pelepasan
produk.
2.4.11 Elemen 11- Kawalan Peralatan Pemeriksaan, Pengukuran Dan Ujian
Kontraktor perlu mengadakan prosedur bagi mengawal, menentukur dan
menyelenggarakan peralatan pemeriksaan, pengukuran dan ujian (termasuklah
40
perisian ujian) yang digunakan bagi mendemonstrasikan ketepatan produk mengikut
keperluan yang telah ditetapkan. Peralatan ini mestilah dikawal dari sudut
ukurannya dan kakitangan yang menggunakannya. Di mana perisian ujian atau
rujukan komparatif dan lain-lain cara pemeriksaan digunakan, ianya mestilah
diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan kemampuan mengesahkan penerimaan
produk
sebelum
dilepaskan
ke
bahagian
pengeluaran,
pemasangan,
atau
servis. Pemeriksaan ke atas peralatan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa di
samping merekodkan setiap pemeriksaan yang dijalankan. Sekiranya terdapat
sebarang data teknikal berhubung dengan peralatan pemeriksaan, pengukuran dan
ujian, ianya mestilah diadakan apabila diperlukan oleh pelanggan bagi tujuan
pengesahan bahawa peralatan ini dapat berfungsi dengan baik.
Kontraktor perlulah:
1. menentukan sebarang ukuran yang dijalankan adalah tepat dan memilih
peralatan pemeriksaan dan ujian yang berupaya mendapatkan ketepatan
berkenaan ;
2. mengenalpasti kesemua peralatan pemeriksaan, pengukuran dan ujian
ditentukur dan dipinda di mana perlu mengikut piawaian yang telah
ditentukan. Sekiranya tiada piawaian yang khusus untuk aktiviti ini, maka
asas kepada penentukuran berkenaan perlu didokumenkan.
3. mendefinisikan proses yang digunakan untuk menetukur peralatan
pemeriksaan, pengukuran dan ujian, termasuklah keterangan tentang jenis
peralatan, pengenalan unik, lokasi, kekerapan dan kaedah pemeriksaan,
kriteria penerimaan dan tindakan yang bakal diambil sekiranya keputusan
didapati tidak memuaskan;
4. mengenalpasti peralatan pemeriksaan, pengukuran dan ujian dengan
petunjuk yang sesuai atau rekod pengenalan status penentukuran;
5. menyelenggarakan rekod penentukuran ke atas peralatan pemeriksaan,
pengukuran dan ujian;
41
6. menilai dan mendokumenkan kesahihan keputusan pemeriksaan dan ujian
yang lalu apabila didapati peralatan telah terkeluar daripada had
penentukuran;
7. memastikan keadaan persekitaran di mana aktiviti penentukuran,
pemeriksaan, pengukuran dan ujian sedang dijalankan adalah sesuai;
8. memastikan pengendalian, penjagaan dan penstoran peralatan pemeriksaan,
pengukuran dan ujian berada dalam keadaan yang boleh digunakan dan
sentiasa diselenggarakan;
9. mengawal peralatan ini daripada sebarang pindaan yang tidak sah dan
mungkin menyebabkan ketidaktepatan dalam penentukuran.
2.4.12 Elemen 12 – Status Pemeriksaan dan Ujian
Status pemeriksaan dan ujian sesuatu produk perlu dikenalpasti bagi
menunjukkan ketepatan atau ketidaktepatan apabila aktiviti pemeriksaan atau ujian
telah dijalankan. Status ini mestilah ditakrifkan di dalam pelan kualiti dan prosedur
semasa pengeluaran, pemasangan dan servis produk bagi memastikan hanya yang
diluluskan sahaja boleh dilepaskan, digunakan atau dipasangkan.
Terdapat berbagai contoh kaedah untuk mengenalpasti status pemeriksaan dan
ujian, antaranya:
1.
penggunaan tanda atau lebal yang sepatutnya
2.
rekod pemeriksaan melalui pemeriksaan kad kerja.
3.
stesen kerja yang berasingan
Salah satu faktor yang perlu diperhatikan ialah sebarang kaedah yang dipilih
mestilah sesuai, efektif, kekal dan mudah difahami.
42
2.4.13 Elemen 13 – Kawalan Ketidaktepatan Produk
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk memastikan
sebarang produk yang gagal menepati keperluan dicegah daripada digunakan dan
pemasangan seterusnya. Kawalan ini mengambilkira aspek pengenalpastian,
dokumentasi, penilaian, pengasingan dan di mana praktikal, pembuangan serta
pemberitahuan kepada fungsi yang terlibat. Tanggungjawab untuk menyemak dan
meluluskan pembuangan produk yang tidak menepati mestilah ditentukan.
Produk yang tidak menepati prosedur mungkin:
•
dipulangkan kembali sehingga menepati spesifikasi ;
•
diterima untuk dibaiki dengan bersyarat;
•
digredkan kembali untuk aplikasi yang alternatif atau;
•
ditolak sepenuhnya.
Jika dinyatakan di dalam kontrak sebarang ketidaktepatan dan pemulangan
kembali atau pembaikian produk perlu dilaporkan secara lengkap kepada
pelanggan. Pembaikian atau pembetulan kembali produk perlu diperiksa mengikut
kehedak pelan kualiti dan prosedur.
2.4.14 Elemen 14 – Tindakan Pembetulan Dan Pencegahan
Pelaksanaan tindakan pembetulan akan bermula apabila pembekal mengesan
sesuatu masalah berhubung dengan kualiti yang membabitkan cara untuk membasmi
atau meminimakannya daripada berulang. Tindakan pembetulan juga berkaitan
dengan pembaikian, pemulangan semula atau pembuangan sebarang produk yang
tidak memuaskan. Tanggungjawab dan kuasa untuk melaksanakan tindakan
pembetulan adalah sebahagian daripada sistem kualiti dan ianya perlu didefinisikan
43
dengan jelas. Penyelarasan, rekod dan pengawasan ke atas tindakan pembetulan
berhubung keseluruhan aspek dalam organisasi atau produk perlu ditugaskan kepada
fungsi yang tertentu atau pelbagai seperti jualan, rekabentuk, operasi, pengeluaran
dan kawalan kualiti. Kepenting sesuatu permasalahan perlu dikaji kerana ianya boleh
memberikan kesan ke atas kos pengeluaran, kualiti, prestasi, ketahanan, keselamatan
dan kepuasan pelanggan. Perkaitan di antara sebab dan musabab perlu ditentukan.
Kepelbagaian keupayaan proses dalam menepati standard yang ditentukan perlu
dikenalpasti.
Dalam menganalisa permasalahan berhubung dengan kualiti, sebab utama (root
cause) perlu dikenalpasti sebelum sebarang tindakan pencegahan diambil. Selalunya
sebab utama ini sukar dikenalpasti, maka analisis yang teliti harus dijalankan ke atas
spesifikasi produk atau perkhidmatan, proses yang berkaitan, operasi, rekod
kualiti, laporan servis, aduan ketidakpuasan hati pelanggan dan statistik. Dalam
usaha untuk mencegah berulangnya sebarang ketidaktepatan, adalah wajar untuk
menukar kaedah proses pengeluaran, pembungkusan, transit atau penyimpanan,
menyemak kembali spesifikasi produk malah sistem kualiti itu sendiri. Tindakan
pencegahan perlu dimulakan sesuai dengan magnitud potensi masalah yang mungkin
timbul. Kawalan yang mencukupi ke atas proses dan prosedur perlu dilaksanakan
bagi mencegah berulangnya sesuatu masalah. Apabila tindakan pencegahan telah
dilaksanakan, kesannya perlu diawasi untuk memastikan pencapaian sasaran. Bagi
kerja yang sedang dijalankan, tindakan pembetulan harus diambil secepat mungkin
untuk menghadkan kos pembaikian, pengerjaan semula dan penskrapan. Pindaan
kekal hasil daripada tindakan pembetulan harus direkodkan di dalam arahan kerja,
proses pembuatan, spesifikasi produk atau sistem kualiti. Di mana perlu, semakan
semula ke atas prosedur untuk mengesan dan membasmi sebarang masalah yang
berpotensi harus dilakukan.
44
2.4.15 Elemen 15 – Pengendalian, Penyimpanan, Pembungkusan, Penjagaan
Dan Penghantaran.
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur pengendalian,
penyinpanan, pembungkusan, pengawetan atau penjagaan dan penghantaran produk.
Pembekal harus mengadakan kaedah untuk mengendalikan produk daripada
sebarang kerosakan. Pembekal juga perlu menggunakan stor atau bilik stok bagi
mencegah sebarang kerosakan, sebelum digunakan atau dihantar. Kaedah yang
sesuai untuk penerimaan dan pengeluaran produk ke lokasi yang diperlukan harus
dikenalpasti. Keadaan produk di dalam stok harus diperiksa dalam tempoh yang
telah ditetapkan untuk memudahkan pengesanan sebarang kerosakan. Pembekal
perlu mengawal pembungkusan untuk memastikan ketepatan. Pembekal juga perlu
mengadakan kaedah yang sesuai untuk mengawet atau menjaga dan mengasingkan
produk. Pembekal harus merancang cara perlindungan ke atas kualiti produk
sehinggalah pemeriksaan dan ujian terakhir dijalankan. Sekiranya dinyatakan di
dalam kontrak, perlindungan ini harus merangkumi penghantaran ke destinasi
pelanggan.
2.4.16 Elemen 16 – Kawalan Rekod Kualiti
Kontraktor
perlu
mengada
dan
menyelenggarakan
prosedur
untuk
mengenalpasti, mengumpul, mengindeks, akses, fail, penyelenggaraan dan pelupusan
rekod kualiti. Rekod kualiti harus diselenggarakan untuk membuktikan ketepatan
terhadap spesifikasi serta keberkesanan operasi sistem kualiti (contohnya rekod
kualiti berkaitan dengan sub-kontraktor). Kesemua rekod kualiti mestilah sah,
disimpan sebaiknya untuk kemudahan pencarian dan tidak mudah rosak atau hilang.
Tempoh simpanan (retention period) rekod kualiti mestilah dikenalpasti. Sekiranya
45
dinyatakan di dalam kontrak, rekod kualiti harus diadakan untuk tujuan pemeriksaan
pelanggan dalam tempoh-tempoh yang tertentu.
2.4.17 Elemen 17 – Audit Kualiti Dalaman
Kontraktor perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur bagi tujuan
merangcang dan melaksanakan audit kualiti dalaman untuk mengesahkan samada
aktiviti kualiti dan hasilnya menepati aturan yang terancang dan untuk menentukan
keberkesanan sistem kualiti. Jadual audit kualiti dalaman adalah berasaskan status
dan kepentingan aktiviti yang perlu diaudit dan ianya mestilah dijalankan oleh
kakitangan yang bebas daripada sebarang tanggungjawab terhadap aktiviti yang
sedang diauditnya. Keputusan audit akan direkodkan dan dibawa untuk perhatian
kakitangan yang bertanggungjawab ke atas aktiviti yang telah diaudit. Kakitangan
berkenaan harus mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidaktepatan yang
ditemui semasa audit. Audit susulan pula mestilah dijalankan untuk mengesah dan
merekodkan pelaksanaan dan keberkesanan tindakan pembetulan yang telah diambil.
Pelan audit harus melibatkan:
1. aktiviti khusus dan lokasi yang akan diaudit ;
2. kelayakan kakitangan yang menjalankan audit;
3. asas pengauditan (umpamanya, laporan ketidaktepatan, pemeriksaan rutin
dan tinjauan); dan
4. prosedur melaporkan keputusan audit, kesimpulan dan pengesyoran.
Semasa menjalankan audit, aktiviti atau lokasi yang diperiksa dan dinilai perlu
melibatkan:
46
•
struktur organisasi;
•
prosedur pentadbiran dan operasi;
•
sumber - kakitangan, bahan dan peralatan;
•
lokasi kerja dan proses; dan
•
dokumentasi, laporan dan penyimpanan rekod.
Perkara-perkara yang perlu dirangkumi di dalam laporan dan hasil audit
susulan adalah sebagaimana berikut:
•
contoh khusus ke atas ketidaktepatan, sebabnya dan bukti;
•
tindakan pembetulan mungkin dicadangkan; dan
•
pelaksanaan serta keberkesanan tindakan pembetulan.
2.4.18 Elemen 18 - Latihan
Keperluan dan kaedah latihan yang sesuai untuk kakitangan perlu dikenalpasti.
Adalah digalakkan supaya latihan diberikan kepada keseluruhan kakitangan
organisasi tanpa mengira peringkat. Perhatian yang khusus harus diberikan kepada
pemilihan dan latihan kakitangan yang diambil bekerja atau bertukar tugas. Latihan
di peringkat pengurusan eksekutif perlu dimulakan terlebih dahulu bagi mencetuskan
kesedaran dan kefahaman terhadap sistem kualiti. Ini penting kerana sokongan
moral dan material daripada pengurusan eksekutif menjadi tunjang kepada kejayaan
keseluruhan operasi sistem kualiti. Latihan juga perlu diberikan kepada kakitangan
teknikal bagi menambahkan sumbangan mereka terhadap pencapaian sistem kualiti.
Latihan harus tidak terhad kepada mereka di peringkat tertinggi sahaja malah perlu
melibatkan fungsi pemasaran, pembelian, proses dan operasi. Perhatian perlu
diberikan kepada latihan berbentuk teknik statistik umpamanya pembelajaran tentang
47
keupayaan proses, persampelan statistik,
pengumpulan dan analisis data,
mengenalpasti dan menganalisa masalah serta tindakan pembetulan.
Semua penyelia dan kakitangan pengeluaran perlu diberikan latihan
secukupnya mengenai kaedah dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan
tugas masing-masing. Umpamanya operasi peralatan dan mesin yang digunakan,
asas statistik, membaca dan memahami dokumentasi atau arahan, perkaitan di antara
tugas mereka dengan aspek kualiti dan keselamatan di tapak/premis kerja. Di mana
perlu, operator harus diiktiraf dengan latihan kekompetanan. Keperluan kelayakan
formal kakitangan yang menjalankan operasi khusu, proses dan ujian perlu dinilai
dan dilaksanakan, di mana perlu. Pertimbangan juga harus diberikan kepada
pengalaman dan kemahiran. Motivasi kakitangan bermula dengan pemahaman
terhadap tugas yang dijalankan dan apakah kaitannya tugas mereka terhadap aktiviti
keseluruhan organisasi. Kakitangan perlu diberikan kesedaran tentang hasil dari
prestasi kerja yang baik atau sebaliknya, kepuasan pelanggan, kos operasi dan status
ekonomi organisasi itu sendiri. Usaha memotivasikan kakitangan terhadap prestasi
yang berkualiti tidak harus terhad kepada pekerja pengeluaran semata-mata malah
perlu merangkumi pekerja pemasaran, rekabentuk, dokumentasi, pembelian,
pemeriksaan, ujian, pembungkusan dan penghantaran termasuklah servis jualan.
Kakitangan pengurusan, professional dan sokongan juga tidak harus ketinggalan.
Keperluan untuk mencapai sasaran kualiti harus ditekankan dalam program
kesedaran yang melibatkan latihan pengenalan dan asas untuk kakitangan baru,
latihan berterusan untuk kakitangan kanan malah membuka jalan kepada kakitangan
untuk mengambil tindakan pembetulan dan lain-lain kaedah. Sebarang pencapaian
kualiti yang tepat hasil kerja individu atau kolektif harus dimaklumkan secara
terbuka supaya kakitangan dan penyelia pengeluaran dapat melihat sendiri apa yang
telah mereka capai dan tentunya akan lebih menggalakkan mereka untuk
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih memuaskan. Pengurusan harus
48
memberikan penghargaan terhadap prestasi yang baik hasil pencapaian sesuatu tahap
kualiti yang memuaskan.
2.4.19 Elemen 19 - Perkhidmatan
Di mana elemen perkhidmatan ini menjadi sebahagian daripada keperluan,
pembekal perlu mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk melaksana,
mengesah dan melaporkan bahawa aktiviti perkhidmatan telah menepati kehendak
yang telah ditetapkan. Perkhidmatan merangkumi tindakan yang diambil oleh
organisasi pembekal selepas penghantaran produk atau perkhidmatan kepada
pelanggan.
2.4.20 Elemen 20 – Teknik Statistik
Kontraktor perlu mengenalpasti keperluan statistik dalam mengada, mengawal
dan mengesahkan keupayaan proses dan karektoristik produk. Pembekal perlu
mengada dan menyelenggarakan prosedur untuk melaksana dan mengawal
penggunaan teknik statistik. Teknik statistik selalunya merujuk kepada teknik
kuantitatif yang digunakan untuk meningkatkan atau mengawal proses-proses
tertentu di dalam sesebuah organisasi. Teknik ini mungkin melibatkan kawalan
statistik proses (statistical process control), kajian proses keupayaan, rekabentuk
eksperimen dan persampelan statistikal. Tujuan teknik statistik ini diadakan ialah
untuk mempastikan pendekatan saintifik digunakan ke dalam usaha ke arah
peningkatan dan kawalan kualiti. Teknik statistik juga boleh digunakan untuk
analisis pasaran bagi menentukan tahap kerosakan yang timbul selepas sesuatu
produk atau perkhidmatan telah dihantar. Prosedur yang menerangkan bagaimana
setiap teknik ini digunakan mestilah diadakan. Teknik dan data yang berkaitan ini
49
harus disesuaikan dengan keadaan organisasi untuk mempastikan keberkesanan
penggunaannya. Kaedah statistik moden dapat membantu organisasi perkhidmatan di
dalam kebanyakan aspek seperti pengumpulan dan penggunaan data, untuk lebih
memahami kehendak pelanggan, kawalan proses, kajian keupayaan malah membuat
ramalan. Antara teknik statistik yang dapat digunakan ialah Persampelan, Analisa
Pareto, Analisa Regressi dan Carta Kawalan. Kebanyakan teknik ini digabungkan
bagi mengukur dan mengawal keupayaan proses dan biasanya dikenali sebagai
kawalan statistik proses. Selain itu, teknik statistik juga boleh digunakan untuk
analisa pasaran, kawalan stok dan carta tahap kerosakan.
BAB 3
PERLAKSANAAN SISTEM KUALITI ISO9000
3.1
Kajian yang telah dijalankan di Hong Kong
Pada tahun 1984, pihak berkuasa perumahan Hong Kong (HKHA) telah
memutuskan untuk merobohkan 26 blok perumahan awam yang telah dibina antara
tahun 1963 dan 1975 kerana ianya telah mengalami masalah struktur yang serius. Ini
menunjukkan bahawa bidang industri pembinaan Hong Kong masih mempunyai
50
ruang untuk meningkatkan kuualiti pembinaan. Pada tahun 1988, pihak berkuasa
perumahan Hong Kongg telah mengumumkan bahawa semua kontraktor pembinaan
di Hong Kong wajib mendapatkan pengiktirafan ISO9000 dan dikuatkuasakan pada
tahun 1993 (Chan dan Tam, 2000). Walaupun terdapat banyak kegagalan dalam
perlaksanaan system kualiti ISO9000 di banyak negara namun Sweden, Singapore
dan Hong Kong tetap menjadikan sistem kualiti ISO9000 sebagai polisi yang wajib
dilaksanakan bagi setiap kontraktor dan perunding pembinaan (Low dan Lim, 2000).
Kajian yang telah dijalankan di Hong Kong menekan beberapa isu mengenai
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 seperti berikut:
1. Boleh dikatakan kebanyakkan organisasi pembinaan mendapatkan
pengiktirafan ISO9000 adalah hanya untuk memenuhi kehendak klien
sahaja.
2. Komitmen dan kesungguhan pihak pengurusan atasan dalam memastikan
perlaksaan sistem kualiti ISO9000 berjaya.
3. Didalam sesetengah organisasi, pekerja menganggap sistem kualiti
ISO9000 adalah hanya untuk mengisi borang sahaja.
4. Semasa menjalankan aktiviti pembinaan, latihan yang berterusan adalah
diperlukan dalam memastikan peninkatan kualiti yang berterusan.
5. Audit dalaman adalah suatu yang berguna sepanjang proses perlaksanaan
projek.
6. Perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 memerlukan sokongan dan minat
terhadap peningkatan kualiti yang berterusan.
7. Masalah yang terdapat didalam organisasi pembinaan menunjukkan
keperluan terhadap perubahan budaya dan struktur organisasi tersebut.
8. Perubahan budaya dan struktur organisasi pembinaan dapat meningkatkan
kualiti pembinaan dan kemajuan organisasi.
51
Beberapa faktor yang menjayakan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 di Hong
Kong telah di kenalpasti sepertimana yang disenaraikan di bawah.
3.2
Komitmen Pihak Pengurusan Atasan
Telah terdapat banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini menekan
bahawa penglibatan dan komitmen pihak pengurusan atasan menjadi penyumbang
utama dalam kejayaan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Michalisin et.al. (2001)
menegaskan bahawa pentingnya komitmen kualiti dan kepimpinan bagi organisasi
memastikan bahawa kepuasan hati pelanggan dan perkhidmatan yang cemerlang
menjadi tunjang utama syarikat. Di industri pembinaan di Hong Kong, Tam dan Ho
(2000) menjelaskan bahawa kontraktor mendapatkan pengiktirafan sistem kualiti
ISO9000 adalah hanya bagi mendapatkan tender projek sahaja. Oleh itu komitmen
mereka terhadap kualiti tidak telus dan ikhlas. Bagi melaksanakan sistem kualiti
ISO9000 yang berkesan, komitmen yang padu dan tulen terhadap kualiti adalah
kemestian bagi mengujudkan kepimpinan kualiti yang berkesan (Sun 2000). Low
dan Omar (1997) menegaskan bahawa komitmen pihak pengurusan atasan amat
memainkan peranan dalam kualiti pembinaan kerana tanpa komitmen mereka sistem
kualiti mungkin tidak dilaksanakan. Sokongan mereka terhadap penekanan nilai-nilai
kualiti dalam pembinaan yang boleh membawa pembaharuan terhadap kualiti
pembinaan amat penting. Dale dan Duncalf (1985) menekankan lima kategori yang
diperlukan dalam mendapatkan sistem kualiti yang baik iaitu komitmen pihak
pengurusan atasan, bersatu tujuan, peningkatan yang berterusan, penglibatan dan
kepimpinan pihak pengurusan dan sikap pengurusan terhadap perubahan.
52
3.3
Bersatu Tujuan
Didalam sitem kualiti ISO9000, bersatu tujuan antara pihak pengurusan dan
pekerja terdapat dalam elemen “tanggungjawab Pengurusan”. Pengkaji kuliti seperti
Deming (1994) menegaskan bahawa perancangan strategi adalah kritikal bagi
melibatkan kehendak kualiti dan peningkatannya di setiap operasi perlaksanaan kerja
didalam sesuatu organisasi. Perancangan strategi adalah termasuk misi, pendekatan,
kehendak penghasilan, objektif dan perancangan masa hadapan. Tanpa bersatu
tujuan dalam perlaksanaan, perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 tidak dapat
dijalankan dengan sempurna dan berkesan (Choi dan Chin, 2001). Selanjutnya,
Atkinson (1998) menjelaskan bahawa pertembungan tujuan antara bahagian yang
berlainan di dalam organisasi boleh menyebabkan berlakunya banyak kesilapan
manusia yang membawa kepada kejatuhan organisasi itu sendiri. Bersatu tujuan
dalam setiap bahagian didalam organisasi boleh mengurangkan halangan dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 di organisasi tersebut. Bagi meningkatkan
peluang dan keupayaan organisasi bersaing, pekerja dan pengurusan haruslah
memahami situasi keadaan semasa yang sentiasa menekankan kualiti dan berusaha
untuk bersatu tujuan bagi peningkatan kualiti penghasilan daripada organisasi
tersebut. Bagi mencapai bersatu tujuan antara pekerja dan majikan dalam sesuatu
organisasi, perubahan dari segi pengurusan dan pengendalian operasi organisasi
adalah menjadi kemestian.
3.4
Peningkatan Yang Berterusan
Peningkatan
yang
berterusan
adalaah
berhubung
kait
dengan
“Tanggungjawab Pengurusan dan Langkah Pembetulan” di dalam eleman yang
terdapat sistem kualiti ISO9000. Adalah menjadi tanggungjawab pengurusan dalam
menunjukkan kehendak terhadap kualiti dengan setiasa terlibat dan memantau
53
operasi organisasi dan sentiasa menitikberatkan peningkatan kualiti penghasilan
(Burati et. al.,1991). Peningkatan yang berterusan bermaksud peningkatan dalam
semua bahagian operasi organisasi dan komitmen semua pihak terhadap peluang
baru yang dapat membantu dalam peningkatan kualiti. Pengawalan pihak pengurusan
dalam hal kualiti akan dapat memastikan sistem pemantauan kualiti yang sedia ada
dipertingkatkan dan dimajukan dengan menjadikan ia lebih efektif bagi organisasi
untuk bersaing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Dengan cara-cara
pemantauan yang jelas seperti mengadakan mesyaurat penyelenggaraan, mesyuarat
operasi, laporan kualiti, akan dapat membantu mempermudahkan penyeliaan dan
memperbaiki sistempemantauan yang sedia ada. Pihak pengrusan juga haruslah
sentiasa mempunyai keupayaan mengadaptasi perubahan dari semasa ke semasa.
3.5
Sikap Pengurusan Terhadap Perubahan
Terdapat banyak cara yang telah dijalankan untuk sesuatu kontrak yang
dilaksanakan di Hong Kong seperti menggunakan kaedah pelbagaian sub-kontrak
yang mana menjejaskan tahap harga dan kualiti industri pembinaan di Hong Kong.
Ming Pao (2000) menyatakan bahawa sepatutnya proses perlaksanaan kontrak
mengunakan kaedah pelbagaian sub-kontrak haruslah dihapuskan dan kaedah baru di
perkenalkan sepertimana yang telah dilakukan di negara lain seperti UK dan Jepun.
Ini dapat mengurangkan kecacatan dalam pembinaan dengan mengelakkan
penggunaan barangan pembinaan yang kurang berkualiti, penggunaan tenaga buruh
yang tidak mahir dan dapat mempercepatkan kerja dengan menjadikan suasana kerja
yang lebih selesa dan lancar. Low dan Lim (2000) menegaskan bahawa peranan yang
dimainkan sub-kontraktor dalam industri pembinaan amatlah besar dan jika mereka
ini tidak dapat melakukan kerja dengan mendapat keuntungan dan masa yang
berpatutan, maka kualiti pembinaan yang akan diketepikan. Walaubagaimanapun,
54
kerajaan Hong Kong membuat laporan yang mengatakan bahawa punca sebenar
kepada buruknya kualiti pembinaan negara itu adalah kerana pemberian tender yang
mementing harga terendah tanpa menilai samada kontraktor berkenaan mempunyai
kemampuan atau sejarah pembinaan yang telah dilaksanakan (Ming Pao, 2000).
Perlaksanaan sistem pemberian tender ini haruslah ditukar dan dipebaiki dan ini
memerlukan perubahan sikap pihak pengurusan dan kerajaan dalam membentuk
suatu sistem pemberian tender yang lebih baik dalam mengawal kualiti pembinaan.
3.6
Penglibatan Pengurusan Dan Kepimpinan
Faktor ini membabitkan “Tanggungjawab Pengurusan”di dalam eleman
ISO9000 yang telah dinyatakan didalam Bab 2 sebelum ini. Penglibatan pihak atasan
dalam proses peningkatan kualiti adalah penyumbang utama kejayaan sesuatu
organisasi dalam menangani masalah kualiti (Burati et al.,1991). Tan dan Ho (2000)
menegaskan bahawa di Hong Kong, komitment yang jitu daripada pihak atasan
dalam melaksanakan sistem kualiti ISO9000 adalah tunjang utama perlaksanaan dari
salur pengurusan yang cekap. Keberkesanan kepimpinan berkait rapat dengan
penghasilan kualiti pembinaan yang terbaik (Burati et al.,1991). Low dan Omar
(1997) menegaskan bahawa pemimpin organisasi haruslah berupaya berunding,
memberikan arah tuju dan mengubah haluan mengikut keadaan semasa sesuatu
organisasi. Penglibatan pihak atasan dalam menilai dan menyemak kualiti
pembinaan menunjukkan bahawa organisasi itu mempunyai kepimpinan kualiti yang
baik (Michalisin et al., 2001).
55
3.7
Audit Dalam dan Pengawasan
Faktor ini melibatkan eleman “Kualiti Audit Dalam” di dalam sistem kualiti
ISO9000. Landin (2000) menekankan bahawa audit dalam adalah penting dalam
industri pembinaan. Tanpa audit, pihak pengurusan tidak dapat memeriksa dan
mengetahui sistem perjalanan operasi pembinaan itu berkesan dalam hal kualiti
ataupun masih memerlukan pembaikkan. Menerusi sistem audit dalaman, sesebuah
organisasi dapat mengetahui kesan daripada pemberian masa kerja yang tidak tepat,
tidak melakukan seperti yang diarahkan dan tersalah meletakkan harga yang
selalunya perkara-perkara di atas akan menjejaskan kualiti pembinaan (Tan dan Lu,
1993). Terdapat ramai pekerja yang melakukan berbagai bidang kerja pembinaan di
tapak bina tanpa menerima apa-apa latihan yang mencukupi bagi menjalankan kerja
tersebut (Abdel-Razek, 1998). Oleh itu pemantauan melalui sistem audit dalaman
amatlah berguna bagi menjamin pembinaan yang dilakukan mengikuti jadual dan
mendapat kualiti yang diingini. Bradley (1992) menegaskan dengan sentiasa
melakukan audit dalaman akan menjadikan pihak pengurusan dapat mengambil
tindakkan pembetulan dengan lebih berkesan dengan melihat kesilapan pada
peringkat awal lagi. Sistem audit dalam haruslah disokong dengan mendapat
kerjasama semua pihak yang terlibat dan bekerja secara berkumpulan.
3.8
Koordinasi dan Perhubungan
Koordinasi dan perhubungan adalah antara faktor kejayaan dalam
melaksanakan sistem kualiti ISO9000 bagi sesuatu organisasi. Organisasi yang
mempunyai keupayaan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pekerja
dapat meningkatkan keupayaan pekerja organisasi tersebut memberikan kualiti kerja
yang terbaik dan dapat megurangkan kesilapan manusia (Abdel-Razek, 1998).
Dalam hal ini, perhubungan antara belah pihak iaitu pengurusan adan pekerja adalah
56
penyumbang utama dalam peningkatan kualiti dengan sentiasa memastikan
maklumat terkini, keutamaan, penentuan masa yang kritikal, arahan yang jelas
penyelesaian masalah sampai kepada pekerja dengan sempurna. Dalam dunia yang
serba moden ini, sitem kumputer tidak dapat dinafikan keupayaannya menjana
sistem perhubungan yang berkesan dalam industri pembinaan.
3.9
Teknologi Komputer
Teknologi kumputer dan teknologi imformasi adalah bertujuan untuk
menyenangkan pengurusan organisasi dalam melaksanakan kerja dengan berkesan.
Ianya banyak menjimat masa dan kos operasi organisasi didalam berbagai sektor
industri termasuk industri pembinaan sendiri. Low dan Lim (2000) menjelaskan
bahawa dengan menggunakan sistem berkummunikasi menggunakan kumputer,
organisasi menjimatkan banyak kos perhubungan seperti yang telah dilakukan oleh
banyak syarikat pembinaan di Singapura yang menggunakan sistem komunikasi
tanpa kertas dalam melaksanakan sistem kualiti ISO9000.
3.10
Pembelajaran Dan Latihan
Faktor ini melibatkan eleman “latihan” di dalam sistem kualiti ISO9000.
Latihan
dan
pembelajaran
pekerja
memainkan
peranann
penting
dalam
meningkatkan kualiti bagi sesuatu organisasi (Burati et al.,1991). Tam dan Ho
(2000) menegaskan bahawa didalam industri pembinaan sesetengah bahagian kerja
haruslah mempunyai pekerja yang mahir dan terlatih untuk melakukannya. Dalam
kata lain latihan untuk berkomunikasi dengan lebih baik, cara kerja dan cara
menyelesaikan masalah adalah penting dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
57
Perlaksaan kerja menggunakan pekerja yang kurang terlatih menjadikan kualiti
pembinaan yang terhasil tidak memuaskan (Tan dan Lu, 1993). Pada ketika ini di
sesengah negara seperti Hong Kong dan Singapura telah menetapkan hanya syarikat
pembinaan yang mempunyai pekerja yang cukup latihan sahaja dibenarkan untuk
memasuki tender pihak kerajaan dan hanya pekerja yang bertauliah sahaja yang
dibenarkan memasuki tapak pembinaan. Dengan pengawalan ini menjadi suatu
pembaharuan dalam industri pembinaan yang mana semua pekerja haruslah
mendapat latihan yang mencukupi bagimembolehkan syarikat mereka mendapat
tender yang dikehendaki. Dengan mempunyai pekerja yang terlatih dan cekap, tahap
kemalangan di tapak bina akan dapat dikurangkan dan kelebihan dalam persaingan
mendapatkan tender adalah lebih tinggi (Ming Pao,2000). Telah ternyata bahawa
dengan meningkatkan tahap kecekapan pekerja di tapak pembinaan berupaya
meningkatkan kualiti dan bagi mendapatkan kejayaan dalam peningkatan
pembelajaran dan latihan, kerjasama semua pihak dalam organisasi amatlah penting.
3.11
Penglibatan Pekerja dan Komitmen Mereka
Tummala dan Cheng (1998) menjelaskan bahawa penglibatan pekerja dari
semua bahagian pembinaan adalah kritikal dalam perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000. Tam dan Ho (2000) menyatakan bahawa kesedaran pekerja dalam hal
kualiti adalah pokok utama yang menjayakan sistem kualiti syarikat dan meningkat
taraf kualiti secara keseluruhan. Adalah menjadi tabiat semulajadi pekerja yang tidak
akan memperdulikan tentang kualiti kerja asalkan mereka menerima bayaran, akan
tetapi organisasi haruslah mencari cara yang boleh membangkitkan kegairahan
mereka dalam memberikan yang terbaik dalam kualiti kerja mereka. Atkinson (1998)
menjelaskan bahawa faktor sosial seperti pengurusan yang tidak cekap, pemilihan
58
pekerja yang tidak tepat, percanggahan haluan adalah punca-punca kepada kesilapan
manusia yang membawa kepada hasil pembinaan yang cacat dan tidak sempurna.
3.12
Insentif, Ganjaran dan Pengiktirafan
Ganjaran yang memuaskan dan adil sudah semestinya memberikan kesan
kepada tahap penglibatan dan komitmen pekerja dalam mendapat kualiti yang
terbaik untuk organisasi. Insentif adalah untuk menaikkan semangat bekerja dan
tidak semestinya hanya dalam bentuk kewangan. Abdel-Razek (1998) membahaskan
bahawa dengan meningkatkan kepuasan pekerja juga akan meningkatkan moral
pekerja terbabit. Bukan semua pekerja hanya memandang kepada kewangan untuk
bekerja dengan lebih baik, tetapi suasana kerja yang memuaskan juga memainkan
faktor penting dalam mengekalkan kesetian pekerja terhadap syarikat. Terdapat
berbagai lapisan sub-kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan yang selalunya
lapisan sub-kontraktor yang terbawah yang menjalankan kerja dan kontraktor ini
melakukan kerja hanya untuk cepat siap tanpa memperdulikan hasil kualiti kerja
mereka. Mereka berbuat demikian adalah untuk menjimatkan kos kerana mereka
mungkin hanya mendapat separuh daripada harga kontrak yang sebenar. Oleh itu
pihak berkuasa haruslah memastikan kontraktor yang melakukan kerja mendapat
imbuhan yang sepatutnya bagi membolehkan mereka melakukan kerja dengan kualiti
baik.
3.13
Perubahan dalam Organisasi
Low dan Lim (2000) menekankan bahawa dengan mendapat pengiktirafan
ISO9000 sahaja bukan bererti organisasi tersebut mampu menghasilkan kualiti
pembinaan bertaraf
dunia. Walaubagaimanapun organisasi itu haruslah sentiasa
mencari perubahan yang membolehkan mereka bersaing dalam keadaan semasa yang
59
makin mencabar. Contoh perubahan yang boleh dilakukan adalah seperti
membangunkan sistem informasi yang baik, meningkatkan sistem dokumentasi dan
memperbaiki sistem perhubungan dengan pelanggan dan perunding. Dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 perubahan seperti budaya kerja, struktur
organisasi dan proses pembelajaran seluruh organisasi amatlah penting dan
memainkan peranan.
3.14
Perubahan Budaya kerja
Satu perubahan dalam perlaksanaan kerja menjadi perkara penting bagi
mengurangkan kealpaan terhadap kualiti didalam industri pembinaan. Tam dan Ho
(2000) menegaskan bahawa walaupun sistem ISO9000 telah dilaksanakan oleh
syarikat kontraktor namun budaya kualiti tidak berubah. Ini adalah kerana dalam
melaksanakan sistem kuualiti ISO9000, penekanan perubahan budaya kerja tidak
dilakukan. Perubahan budaya kerja adalah memerlukan pengorbanan masa dan
mungkin sesuatu organisasi itu perlu melakukan perubahan struktur organisasi itu
sendiri. Dalam melakukan perubahan budaya dalam organisasi, pemberian insentif
kepada perkerja yang melakukan kerja dengan kualiti yang baik adalah sesuatu yang
mempercepatkan
proses
perubahan
budaya
kerja
(Abdel-Razek
1998).
Walaubangaimanapun, Michalisin et al. (2001) berpendapat bahawa pihak
pengurusan atasan adalah memainkan peranan yang utama dalam menentukan
budaya kerja sesuatu organisasi itu.
60
3.15
Perubahan Struktur Organisasi
Bagi menjayakan perubahan budaya kerja sesuatu orgainisasi itu, mungkin
terdapat perubahan struktur organisasi perlu dilakukan. Sebagai contoh, perubahan di
dalam struktur organisasi sesuatu projek boleh dilaksanakan dengan menggunakan
sistem perkongsian yang mana melibatkan semua pihak dari berbagai bahagian kerja
termasuk pelanggan sendiri. Perubahan ini mungkin memberikan cabaran baru dalan
industri pembinaan namun ianya juga membuka peluang kepada pembaharuan
teknologi pengurusan projek (Chrystostomou 2001). Mendapat teknologi pengurusan
yang terkini yang terbaik bukan sahaja memudah proses kerja-kerja pembinaan,
ianya juga dapat meningkatkan imej syarikat, diberikan penghormatan di dalam
industri dan meningkatkan kemampuan bersaing dalam pasaran. Dalam memastikan
perubahan ini, organisasi haruslah menekan kepada pembangunan sumber
pengetahuan, meningkatkan taraf dokumentasi syarikat dan dan meningkatkan sistem
maklumat di dalam organisasi.
3.16
Proses Pembelajaran Organisasi
Dalam memenuhi kehendak pasaran semasa di dalam industri pembinaan,
Chrystostomou (2001) menjelaskan bahawa terpulang kepada syarikat untuk
melakukan promosi dan melibatkan diri secara meluas terhadap perubahan teknologi
yang semakin meningkat dalam industri pembinaan. Ini menunjukkan betapa
pentingnya proses pembelajaran organisasi terhadap perubahan semasa. Pada masa
sekarang, alternatif dalam pengurusan kontrak pembinaan dilakukan menggunakan
berbagai cara iaitu seperti sistem “design-and-build”, konkrit pasang siap,
penggunaan sistem acuan logam yang mana dapat meningkatkan kualiti dan
memudahkan kerja. Abdel-Razek (1998) menyatakan bahawa sesuatu syarikat dapat
meningkat taraf pembelajaran mereka dengan berkerjasama dengan syarikat
61
pembinaan terkenal antarabangsa dan melakukan projek secara usahasama, sentiasa
mendapatkan kerjasama dari pihak universiti, mengambil pekerja pakar dalam
bidang tertentu dan memperkenalkan kepakaran baru di dalam syarikat.
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
4.1
Pengenalan
Peringkat-peringkat pengenalan dan aspek perlaksanaan berkaitan sistem
kualiti ISO9000 telah dibincangkan di dalam Bab 2 dan Bab 3. Segala perbincangan
yang telah dilakukan pada bab-bab berkenaan adalah berdasarkan pada kajian
literatur. Oleh itu, objektif kajian untuk mengkaji faedah daripada perlaksanaan dan
masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 tercapai. Hasil
kajian literatur juga digunakan untuk mempertajam pengetahuan penyelidik
mengenai matlamat utama penyelidikan.
62
Pelbagai faktor menyebabkan kegagalan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000
dikenalpasti secara teori melalui sumber-sumber seperti buku rujukan, jurnal, kertaskertas seminar, majalah, jurnal, artikel, kertan akhbar dan sumber maklumat yang
lain seperti internet. Namun persoalan yang timbul sekarang adalah faktor-faktor
yang dibincangkan, berlaku dan mempunyai perkaitan dengan keadaan sebenar
dalam praktis pembinaan semasa. Hubungkait yang wujud antara teori dan praktikal
perlu dikaji dan diperjelas agar pengetahuan yang diperolehi dapat dipraktikkan
dengan sebaiknya apabila berhadapan dengan praktis sebenar pembinaan.
4.2
Peringkat Pertama – Kajian Literatur
Data yang dikumpulkan dalam kaijan ini secara amnya dapat diklasifikasikan
kepada data sekunder. Data sekunder ialah sumber data yang diterbitkan oleh sektor
awam dan sektor swasta secara rasmi. Sumber data ini dapat diperolehi melalui
penulisan atau laporan-laporan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam industri
pembinaan. Data ini kebanyakannya diperolehi daripada jurnal yang terdapat dalam
ASCE.
Senarai buku-buku rujukan, artikel, jurnal, laporan yang diterbitkan oleh
badan kerajaan dan laporan akhbar yang berkaitan dengan sistem kualiti ISO9000
dikumpulkan dan isu-isu berkaitan faktor-faktor dalam perlaksanaan sistem dan
masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan
negara disusun untuk membantu penyelidik merangka satu set soalan soal selidik.
Data ini juga memberi pemahaman kepada penyelidik dalam bidang yang hendak
dikaji dan memastikan penyelidik tahu dan faham apa sedang berlaku dan membantu
penyelidik menganalisis maklum balas respoden.
63
4.3
Peringkat Kedua – Borang Soal Selidik
Peringkat kedua metodologi kajian merupakan kerja-kerja penyediaan dan
pengumpulan data primer. Data primer ialah data terkini yang diperlukan dalam
kajian. Biasanya data jenis ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan pembinaan
semasa. Data ini juga lebih objektif dan mematuhi kriteria serta matlamat kajian ini.
Ini kerana ia berkait terus dengan keadaan sebenar dalam senario perlaksanaan
sistem kualiti ISO9000. Analisis dan rumusan kajian dibuat dengan menggunakan
data primer kerana data ini lebih bersesuaian.
Namun begitu, tidak kesemua data dapat diperolehi dengan menggunakan
borang soal selidik sahaja. Maklumat-maklumat seperti pandangan, komen dan
penjelasan terhadap strategi pengurusan syarikat dalam memantau perlaksanaan
sistem kualiti ISO9000 dan pengawasan yang dilakukan yang mencerminkan praktis
sebenar dengan jelas dan efektif amat sukar dimasukkan bersam dengan borang soal
selidik. Oleh itu, bagi menampung kelemahan ini, temubual ringkas telah dijalankan.
Melalui temubual ini, praktis sebenar yang dijalankan oleh pihak pengurusan
syarikat untuk melaksana dan mengawasi perjalanan sistem kualiti ISO9000 di
dalam syarikat mereka dapat dikenal pasti.
4.3.1
Penyediaan Borang Soal Selidik
Satu set lengkap borang soal selidik untuk setiap responden disediakan untuk
tujuan pengumpulan data. Penyediaan borang berkenaan adalah berdasarkan kepada
isu-isu penyelidikan yang diperolehi melalui kajian literatur. Jenis-jenis soalan yang
dikemukakan secara umum dalam borang soal selidik terdiri daripada soalan-soalan
objektif yang berkaitan dengan praktis sebenar tentang faktor-faktor yang melibatkan
pemahaman, perlaksanaan dan pengawasan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
64
Soalan yang disediakan dipecahkan kepada 3 bahagian (rujuk lampiran A) iaitu
Bahagian A, B dan C yang mengandungi pecahan-pecahan seperti berikut:
Bahagian 1 – Mendapatkan pandangan berkaitan faedah dalam perlaksanaan
sistem kualiti ISO9000
Bahagian ini adalah soalan-soalan berkaitan dengan pemahaman mereka
terhadap mengapa perlu dilaksanakan sistem kualiti ISO9000 dan faedah yang
diperolehi daripada perlaksanaan sistem.
Bahagian 2 – Pandangan responden terhadap masalah-masalah dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
Sejumlah 9 faktor disenaraikan dan responden dikehendaki menandakan
jawapan berdasarkan skala yang diberikan. Skala 5 skor digunakan untuk
mencerminkan pengaruh setiap masalah yang diutarakan.
Bahagian 3 – Mendapatkan pandangan responden terhadap faktor-faktor
kejayaan dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
Penulis menyenaraikan 9 faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan
dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Pandangan responden terhadap faktorfaktor yang kejayaan yang telah didapati daripada kajian literatur ini digunakan
sebagai landasan utama kepada hasil kajian. Ianya juga bertujuan untuk
memudahkan penulis mendapatkan penilaian sebenar tentang kemampuan syarikat
responden bekerja melaksanakan sistem kualiti ISO9000.
Soalan 1 dan 2, Bahagian 1 disediakan bertujuan untuk mengetahui tentang
latar belakang pemahaman responden serta pengalaman mereka dalam sistem kualiti
65
ISO9000. Ini penting untuk memastikan soalan yang dihantar, dijawab oleh
responden yang terpilih sahaja.
Bahagian 2 merupakan jawapan kepada objektif kedua kajian dan menjadi
fokus dalam penyediaan borang soal selidik ini. Ini kerana ia mebincangkan tentang
masalah yang menyebabkan perlaksanaan sistem kualiti tidak membawa kesan yang
positif terhadap industri pembinaan. Soalan-soalan direkabentuk mudah dan ringkas
untuk memudahkan responden menyatakan pandangan mereka samada bersetuju
dengan
kenyataan-kenyataan
yang
disenaraikan.
Responden
dikehendaki
menandakan jawapan mereka mengenai satu kenyataan berdasarkan satu skala dari
satu ekstrem kepada ekstrem yang lain iaitu dari nilai lima skala yang mewakili
sangat setuju kepada nilai satu skala yang mewakili ‘tidak setuju’. Skala yang
dinyatakan adalah seperti berikut:
1. Tidak setuju
2. Kurang setuju
3. Sederhana setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
Pembahagian soalan-soalan soal selidik dibahagikan kepada kategori tertentu
dibuat bertujuan untuk memudahkan responden menjawab soalan yang dikemukakan
memandangkan terdapat 8 faedah perlaksanaan yang dikemukakan dan 8 masalah
perlaksanaan yang semuanya memerlukan taraf persetujuan daripada responden. Jika
tidak dikategorikan, factor-faktor yang dikemukakan akan kelihatan sarat dan ini
akan mempengaruhi secara psikologi minda responden menjadikan mereka tidak
berminat untuk mengisi borang yang dikemukakan. Oleh itu, penyusunan soalan
sebegini dilihat penting.
66
Setelah penyediaan borang soal selidik siap dilakukan, penyemakan semula
telah dilakuakan dengan teliti. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku
sebarang kesilapan, keciciran soalan yang penting dan juga bagi memastikan hanya
soalan-soalan yang bersesuaian dan berguna sahaja dimasukkan ke dalam borang.
Bagi mengatasi masalah berlaku keciciran yang tidak disedari terhadap sesetengah
faktor, soalan Lain-lain komen disediakan bagi menampung kelemahan ini. Melalui
soalan ini, satu ruangan disediakan untuk membolehkan responden memberikan
cadangan terhadap factor-faktor yang penting tetapi tidak dinyatakan di dalam
borang soal selidik.
Borang soal selidik yang telah disemak oleh penyelidik disemak pula oleh
penyelia
penyelidik
untuk
sebarang
untuk
sebarang
pengubahsuaian
dan
penambahan jika perlu. Selepas semua dipastikan memuaskan, borang soal selidik
yang telah siap dan lengkap, dibuat dalam beberapa salinan mengikut jumlah
responden yang disasarkan dalam kajian ini.
4.3.2
Pengedaran Borang Soal Selidik
Dalam kajian ini, dua kaedah penyerahan borang soal selidik telah
digunakan. Kaedah yang dimaksudkan ialah melalui pos dan melalui serahan tangan
oleh penyelidik sendiri. Walaupun terdapat pelbagai kaedah lain yang dapat
dipratikkan dalam mengagihkan borang kepada responden, penyelidik berpendapat
kaedah ini sudah cukup untuk memenuhi objektif kajian ditambah pula dengan faktor
masa yang terhad membolehkan hanya dua kaedah ini digunakan.
Bagi kaedah pengagihan borang melalui pos, penyelidik mendapatkan
maklumat tentang firma-firma kontraktor dan pemaju yang aktif menjalankan
pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor
67
yang mempunyai pengiktirafan daripada SIRIM. Penyelidik juga mendapatkan
senarai pemaju dan kontraktor yang terlibat dengan projek pembangunan kediaman
yang disenaraikan oleh KPKT. Antara maklumat yang ingin diperolehi ialah nama
firma, alamat dan nombor telefon atau faks. Nama firma dan alamat diperlukan
untuk tujuan penghantaran borang melalui pos.
Dalam kaedah ini, sebanyak 80 responden telah dipilih. Sebelum proses
penghantaran dilakukan, setem dan sampul surat beralamat sendiri turut dikirimkan
bersama-sama dengan borang soal selidik. Ini bagi memudahkan responden untuk
mengembalikan borang yang dikirim. Tempoh masa yang dijangka untuk
menghantar dan mengumpul kembali borang soal selidik ini ialah lebih kurang tiga
minggu bermula dari tarikh penghantaran borang yang pertama. Setelah borang
dihantar, penyelidik akan menghubungi melalui telefon firma yang berkenaan untuk
tujuan mendapat maklum balas dari responden.
Dalam kaedah serahan tangan penyelidik mengenal pasti beberapa lokasi
responden yang berada dalam lingkungan kawasan yang mampu diserahkan borang
soal selidik secara serahan tangan. Aplikasi serahan tangan dilakukan bertujuan
untuk mendapatkan maklum balas secara terus dan langsung daripada responden. Ini
dapat dilakukan kerana borang yang dihantar kepada responden diisi dihadapan
penyelidik. Dengan itu, segala maklum balas dapat diterima secara terus. Malah
melalui kaedah ini juga, penyelidik mampu mendapatkan komen dan pandangan
daripada responden dan perbincangan secara dua hala dapat dilaksanakan.
Dalam
mempraktikkan kaedah
ini, pelbagai cara penyerahan dan
pengumpulan balik borang dapat dilakukan. Namun, untuk kajian ini, penyerahan
dilakukan dengan menyerahkan borang kepada responden yang terbabit di pejabat
dan pengumpulan balik borang dibuat sejurus selepas borang lengkap diisi oleh
68
responden, ini bermakna, responden akan diminta oleh penyelidik untuk mengisi
borang yang diserahkan pada masa itu juga.
Kaedah ini dipilih kerana ia dapat memudahkan penyelidik mengumpul balik
borang yang diedarkan tanpa perlu kembali semula ke tempat yang sama pada hari
yang berlainan. Walaupun dilihat agak memakan masa, namun peratusan borang
yang dihantar untuk diperoleh kembali adalah tinggi. Malah penyelidik juga dapat
memastikan borang dihantar diisi oleh responden yang sepatutnya. Ini kerana proses
pengisian borang dilakukan di hadapan penyelidik.
Namun tidak semua borang yang dihantar mampu dikumpul balik pada masa
yang sama. Terdapat juga situasi di mana semasa borang dihantar, responden yang
sepatutnya menjawab borang soal selidik tidak berada di pejabat. Oleh itu,
penyelidik terpaksa meninggalkan borang berkenaan dan mengambil semula pada
hari yang telah dipersetujui kemudiannya.
4.3.3
Pemilihan Responden
Dalam kajian ini, responden yang dipilih untuk kajian soal selidik adalah
terdiri daripada pihak utama yang terlibat dalam pembinaan dan mempunyai
kepakaran menganalisis aspek perlaksanaan, pengawalan, penilaian potensi
pembangunan projek dan pihak yang mempunyai kuasa yang memahami tentang
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Walaubagimanapun penyelidik mengedarkan
jumlah borang soal selidik yang banyak kepada pihak pemaju dan kontraktor untuk
mendapatkan maklum balas yang tepat mengenai faktor-faktor yang menyumbang
kepada kejayaan dalam pelaksanaan sistem kualiti ISO9000.
69
4.3.4
Kaedah Penganalisaan Data
Bagi mencapai objektif kajian, penganalisisan data terhadap maklumat yang
berkaitan telah dijalankan. Penganalisaan data dilakukan menggunakan kaedah
penganalisaan analisis frekuensi dan Indek purata. Dengan mengunakan dua kaedah
penganalisaan ini pembentangan hasil analisis dalam bentuk graf atau carta yang
lebih mudah difahami. Selain itu, perisisan Microsoft Excel turut digunakan bagi
membantu penyelidik membentangkan hasil kajian dalam bentuk yang lebih
menarik.
Secara amnya, data-data yang dikumpulkan dibahagikan kepada 2 bahagian
sebelum dianalisis iaitu bahagian analisis awalan dan bahagian analisis terperinci.
Analisis awalan dilakukan terhadap data-data tentang latar belakang responden dan
projek manakala analisis terperinci pula merupakan penganalisisan terhadap data
bagi tujuan mencapai objektif-objektif kajian. Pada peringkat akhir kajian, hasil data
yang telah dianalisis akan dirumuskan dan cadangan mengikut pandangan penyelidik
berdasarkan hasil kerja yang telah dibuat juga akan disediakan untuk panduan di
masa akan datang.
Untuk menganalisis faktor-faktor kejayaan, setiap satu soalan atau
pembolehubah diberikan nilai-nilai tertentu seperti 1 Tidak setuju, 2 Kurang setuju, 3
untuk Sedehana setuju, 4 untuk Setuju dan 5 untuk sangat setuju. Melalui nilai-nilai
yang telah ditetapkan, setiap pembolehubah akan memberikan nilai kepentingan
terhadap analisis yang dijalankan. Dalam penyelidikan ini terdapat dua kaedah yang
digunakan untuk menganalisis pembolehubah iaitu Analisis Indeks Purata dan
Analisis Frekuensi. Penyelidik kemudiannya menyusun keutamaan faktor-faktor
faedah, masalah dan kejayaan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dengan merujuk
kepada nilai analisis yang paling tinggi.
70
4.3.4.1 Analisis Indeks Purata
Analsis indek Purata merupakan kaedah analisis yang utama digunakan oleh
penyelidik untuk menganalisis data terutama bagi jawapan yang tidak mempunyai
kekerapan utama yang menonjol atau jelas. Seperti yang telah dibincangkan sebelum
ini, setiap pernyataan telah dibahagikan kepada lima tahap kepentingan yang
diwakili oleh nombor 1 hingga 5. Formula yang digunakan untuk mengira nilai
Indeks Purata (Odeh dan Batainneh, 2001) adalah seperti berikut:
Indeks Purata = ∑ (aX), di mana X = n/N
a = nilai pemberat yang telah ditetapkan untuk pembolehubah (1 hingga 5)
N = Jumlah responden
N = Kekerapan responden
Penyelidik kemudiannya menganalisa tahap kepentingan setiap pernyataan
yang dicadangkan dengan merujuk kepada skala kepentingan setiap pernyataan yang
diadaptasikan daripada skala yang dicadangkan oleh Abdul Majid (1997). Klasifikasi
kepentingan setiap pernyataan diletakkan dalam lingkungan seperti berikut:
Tidak Penting
1.00 ≤ Indek Purata < 1.50
Kurang Penting
1.50 ≤ Indek Purata < 2.50
Sederhana Penting
2.50 ≤ Indek Purata < 3.50
Penting
3.50 ≤ Indek Purata < 4.50
Sangat Penting
4.50 ≤ Indek Purata < 5.00
71
4.3.4.2 Analisis Frekuensi
Analisis statistik frekuensi secara amnya menunjukkan taburan peratusan
kekerapan bagi setiap pembolehubah atau pernyataan jika merujuk kepada kajian ini.
Melalui kaedah ini, setiap faktor akan mempunyai peratusan kekerapan berdasarkan
bilangan responden yang menjawab soalan-soalan berkenaan. Melalui nilai
kekerapan yang diperolehi, kedudukan keutamaan faktor yang dijawab oleh
responden akan dapat dilihat dan ini akan membolehkan senarai pernyataan tentang
faedah perlaksanaan, masalah dalam perlaksanaan dan faktor-faktor kejayaan dalam
perlaksanaan dapat disusun mengikut keutamaan berdasarkan kekerapanyang
dijawab oleh responden. Sebagai contoh, jika sesuatu penyataan itu mempunyai
kekerapan jawapan bernilai 5 iaitu sangat setuju, maka pernyataan itu dilihat sebagai
suatu pernyataan yang penting dalam bahagian tersebut.
4.4
Temubual Berkaitan Kajian
Maklumat yang diperolehi dalam borang soal selidik masih tidak mencukupi
bagi mendapat maklumat tentang langkah-langkah penyelesaian terhadap masalahmasalah yang terdapat dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Penyelidik
melakukan temubual dan memberikan soalan terhadap responden terpilih sahaja
yang pada pendapat penyelidik mempunyai kemampuan dan kuasa dalam mengubah
konsep perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 di syarikat beliau bekerja. Soaljawab
hanya dilakukan selepas penyelidik mengisi penuh semua borang soal selidik dan
berkisar tentang penyelesaian pernyataan masalah yang telah dipersetujui sebagai
masalah dalam pelaksanaan oleh responden sebelumnya didalam borang soal selidik.
72
4.5
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan kaedah pengumpulan data
dan analisis hasil daripada pengedaran soal selidik dan temubual yang telah
dijalankan. Dua kaedah analisis digunakan untuk menganalisis data-data yang telah
dikumpulkan menerusi borang soal selidik iaitu kaedah analisis indek purata dan
analisis frekuensi. Sebagai kesimpulan, kedua-dua kaedah pengumpulan dan
pengambilan data iaitu borang soal selidik dan temubual adalah difikirkan cukup
dan bersesuaian bagi memenuhi keperluan kajian.
BAB 5
ANALISIS KAJIAN
5.1
Pengenalan
Pelbagai kaedah statistik dan matematik boleh diaplikasikan untuk tujuan
penganalisaan data. Antaranya adalah seperti kaedah korelasi, penetuan purata atau
min, hubungan regresi, penentuan sisihan piawai dan lain-lain kaedah lagi. Namun,
kaedah analisis yang sesuai sahaja digunakan dalam kajian ini dan pemilihan kaedah
73
analisis dilakukan dengan memilih kaedah yang dapat menghasilkan keputusan yang
penting untuk pencapaian objektif kajian serta membantu di dalam membuat
kesimpulan yang munasabah. Penjelasan tentang kaedah analisis yang digunakan
telah diterangkan di dalam Bab 4.
5.2
Analisis Awalan
Setelah borang soal selidik dapat dikembalikan oleh responden, proses
seterusnya yang terlibat dalam kajian ini ialah menganalisis data yang diperolehi
melalui borang berkenaan. Analisis awalan akan menganalisis dan membincangkan
tentang agihan borang soal selidik, latar belakang responden dan jawatan yang
dipegang.
5.2.1
Agihan Borang Soal Selidik
Daripada sejumlah 50 borang soal selidik yang diedarkan, hanya 40 borang
sahaja yang berjaya dikembalikan iaitu 4 diterima melalui pos dan 36 dipulangkan
melalui serahan tangan. Dari segi peratusan kejayaan dalam mendapatkan kembali
borang soal selidik ini, peratusan serahan tangan lebih tinggi keberkesanannya iaitu
90% manakala pemulangan melalui pos hanyalah 40%. Jelas menunjukkan di sini
bahawa kaedah serahan tangan adalah lebih efektif berbanding serahan pos.
74
5.2.1
Analisis Latarbelakang Responden
Kebanyakkan responden terdiri daripada golongan profesional yang terlibat
dalam industri pembinaan yang meliputi pembangunan projek kawasan pedagangan
ataupun kawasan perumahan. Sejumlah 18 orang reponden yang mewakili 45%
daripada keseluruhan responden adalah daripada pekerja kontraktor pembinaan yang
terdiri daripada 13 orang Jurutera dan Eksekutif dan 5 orang Pengurus Projek. 47.5%
responden adalah bekerja dalam syarikat pemaju perumahan yang terdiri daripada 4
orang Pengurus Projek dan 15 orang Jurutera ataupun berpangkat Eksekutif di dalam
syarikat. Hanya 3 orang daripada responden bekerja sebagai Jurutera di syarikat
Jurutera Perunding yang mewakili 7.5% daripada keseluruhan responden. 34 orang
atau 85% responden bekerja di dalam syarikat yang mendapat pengiktirafan
ISO9000 manakala selebihnya pernah terlibat dalam projek yang menjalankan sistem
kualiti ISO9000.
Jadual 5.1: Latarbelakang Responden
Jumlah
Responden
13
5
15
4
3
5.3
Bidang Pembinaan
Kontraktor
Kontraktor
Pemaju
Pemaju
Perunding
Jawatan
Jurutera, Eksekutif
Pengurus Projek
Jurutera, Eksekutif
Pengurus Projek
Jurutera
Analisis Data Permulaan
Maklum
balas
yang
diterima
daripada
responden
akan
dianalisis
menggunakan dua kaedah iaitu analisis indek purata dan analisis frekuensi.
Pernyataan-pernyataan yang terdapat di dalam soal selidik kemudiannya disusun
mengikut keutamaan berdasarkan kaedah indeks purata. Dalam menganalisis
75
menggunakan kaedah frekuensi, jawapan yang diberikan telah dipermudahkan bagi
memudah pembentangan persembahan hasil analisis yang diperolehi. Singkatan
terhadap jawapan yang diberikan boleh dirujuk seperti berikut:
5.4
Sangat Setuju
SS
Setuju
S
Sederhana Setuju
SDS
Kurang Setuju
KS
Tidak Setuju
TS
Analisis Data Bagi Faedah perlaksanaan Sistem ISO9000
Analisis terhadap faedah perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dilakukan
dengan menilai setiap kekerapan jawapan dan status kedudukan mengikut indeks
purata yang diperolehi. Setiap pernyataan akan diteliti persetujuan responden dan
nilai persetujan yang diberikan. Pembentangan jadual secara keseluruhan akan dapat
memberikan gambaran sebenar setiap pernyataan dan kepentingan mengikut status
penilaian yang diperolehi. Penjadualan ringkasan terhadap pernyataan faedah
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 diberikan mengikut dalam jadual 5.4 di sebelah.
Kepentingan dan status pernyataan juga diberikan dalam jadual tersebut.
76
Jadual 5.4: Analisis Faedah Perlaksanaan
Responden Frekunsi
No
1
2
Faedah Perlaksanaan
Mengurangkan kos
projek
Mengurangkan masa
perlaksanaan projek
1-Tidak setuju, 5-Paling setuju
Indek
Purata
Taraf
Kepentingan
Status
1
8
2
24
3
5
4
3
5
-
2.07
8
Bukan Faedah
7
25
2
6
-
2.17
7
Bukan Faedah
3
Mengurangkan
kesilapan manusia
semasa perlaksanaan
-
-
2
30
8
4.15
5
Faedah
4
Memberikan promosi
terhadap syarikat
-
-
4
15
21
4.55
1
Faedah
5
Mendapat lebih
pengiktirafan
-
-
2
19
19
4.42
2
Faedah
6
7
Meningkatkan kualiti
Meningkatkan prestasi
pengrusan
-
-
3
4
16
17
21
19
4.32
4.13
4
6
Faedah
Faedah
8
Membuka peluang
perniagaan
-
-
2
21
17
4.37
3
Faedah
Sebanyak 85% responden menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju
dengan pernyataan pertama yang menyatakan bahawa perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 dapat mengurangkan kos perlaksanaan projek. Daripada jadual analisis
menunjukkan bahawa indek purata bagi pernyataan ini hanya 2.07 dan dikelaskan
sebagai kurang penting. Merujuk kepada taburan kekerapan jawapan oleh responden
seperti carta 5.4.1 di bawah, jawapan tidak setuju memberikan peratusan sebanyak
20%, kurang setuju memberikan peratusan 60%, sederhana setuju hanya
menyumbang 12.5% manakala setuju hanya 7.5%.
77
Mengurangkan kos projek
30
25
20
15
10
5
0
TS
KS
SDS
S
SS
Sk a l a K e p e n t i n g a n
Rajah 5.4.1: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 1
Bagi pernyataan ketiga iaitu dengan melaksanakan sistem kualiti ISO9000
boleh mengurangkan masa perlaksanaan sesuatu projek, 62.5% responden kurang
setuju, 17.5% langsung tidak setuju, 5% menyatakan sederhana setuju manakala 15%
menyatakan setuju. Kemungkinan hanya segelintir syarikat yang mendapat
pengiktirafan
ISO9000
yang
menjalankan
kerja-kerja
pembinaan
mampu
melaksanakan sistem kualiti ISO9000 yang berkesan di tapak bina memberikan
pengalaman pada kebanyakkan responden untuk tidak setuju dengan pernyataan ini.
Mengurangkan masa perlaksanaan projek
15%
0%
18%
5%
TS
KS
SDS
S
SS
62%
Rajah 5.4.2: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 2
78
Untuk pernyataan ketiga iaitu dengan melaksanakan sistem ISO9000 dapat
mengurangkan kesilapan manusia semasa melaksanakan kerja pembinaan, sebanyak
30 responden menyatakan persetujuan dengan 8 responden sangat setuju dan hanya 2
responden menyatakan sederhana setuju. Ini memberikan nilai indek purata terhadap
pernyataan ini sebanyak 4.15 dan meletakkan status kepentingan pernyataan ini
berada di tahap 5 dan merupakan salah satu faedah dalam perlaksanaan sistem
kualiti ISO9000.
Mengurangkan kesilapan manusia semasa perlaksanaan
30
30
25
20
15
8
10
5
2
0
0
0
TS
KS
SDS
S
SS
Rajah 5.4.3: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 3
Pernyataan tentang faedah perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 yang
keempat adalah dengan melaksanakan sistem kualiti ISO9000 dapat membantu
dalam memberikan promosi kepada syarikat. Pernyataan ini mendapat persetujuan
100% peratus dengan 52.5% sangat setuju, 37.5% setuju dan 10% sederhana setuju.
Tiada responden yang tidak atau kurang setuju dengan pernyataan ini. Indek purata
bagi pernyataan ini ialah 4.55 dan ianya berada pada tahap pertama kepentingan
jawapan kepada objektif mendapatkan faedah perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
79
Mem berik an prom osi te rhadap s yarik at
SDS
S
SS
10%
52%
38%
Rajah 5.4.4: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 4
Bagi pernyataan yang kelima iaitu dengan perlaksanaan sistem ISO9000
menjadikan syarikat lebih disegani, kesemua responden bersetuju. 2 orang responden
memberikan jawapan sederhana setuju, 19 responden memberikan jawapan setuju
manakala 19 lagi responden memberikan jawapan sangat setuju dengan pernyataan
ini. Ini meletakkan pernyataan ini berada pada taraf kedua dengan indek purata 4.42
dalam peringkat kepentingan jawapan terhadap objektif pertama kajian iaitu mencari
faedah-faedah daripada perlaksanaan sistem ISO9000.
80
M e ndapat le bih pe ngik tirafan
19
Bil. Responden
20
19
16
12
8
4
2
0
SDS
S
SS
Sk ala Ke pe ntingan
Rajah 5.4.5: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 5
Pernyataan keenam dalam mengenalpasti faedah perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 ialah dengan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dapat memberikan
peningkatan terhadap kualiti. Keseluruhan responden bbersetuju dengan pernyataan
ini dengan 52.5% memberikan jawapan sangat setuju, 40% menyatakan setuju dan
7.5% sederhana setuju. Indek purata bagi pernyataan ini ialah 4.32 dan ini
meletakkan pernyataan dengan melaksanakan sistem kuliti ISO9000 dapat
meningkatkan kualiti berada di peringkat ke-4 dalam keseluruhan peringkat
kepentingan jawapan kepada kajian mendapatkan faedah perlaksanaan.
81
Meningkatkan kualiti
8%
52%
SDS
S
SS
40%
Rajah 5.4.6: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 6
Peningkatan dalam perestasi pengurusan adalah pernyataan yang ke tujuh
bagi mencari faedah perlaksanaan sistem ISO9000. 100% responden bersetuju
dengan pernyataan ini tetapi analisis indek purata bagi pernyataan ini memberikan
nilai 4.13 yang meletakkan pernyataan ini pada tahap ke-6 dalam kepentingan
jawapan.
82
Meningkatkan prestasi pengrusan
19
20
17
18
16
14
12
10
8
4
6
4
2
0
SDS
S
SS
Rajah 5.4.7: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 7
Bagi pernyataan ke lapan yang menyatakan perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 dapat membuka peluang perniagaan, 52.5% responden menyatakan setuju,
42.5% responden sangat setuju manakala hanya 5% menyatakan sederhana setuju.
Pernyataan ini memberikan nilai 4.37 bagi indek purata dan meletakkannya di
tempat ke-3 dalam peringkat kepentingan jawapan. Taburan analisis frekuensi bagi
pernyataan ini adalah seperti di dalam carta di 5.4.8 di bawah.
83
Membuka peluang perniagaan
5%
43%
SDS
S
SS
52%
Rajah 5.4.8: Frekuensi Jawapan Pernyataan Faedah 8
5.5
Analisis Data Masalah Dalam Perlaksanaan Sistem ISO9000
Terdapat lapan isu yang dibangkitkan dalam borang soal selidik bagi mendapatkan
persetujuan responden mengenai masalah-masalah dalam perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000. Analisis dilakukan menggunakan kaedah indek purata bagi mendapatkan
keutamaan setiap isu masalah yang dinyatakan dan kaedah frekuensi bagi
menunjukkan kekerapan persetujuan setiap isu yang dinyatakan.
84
Jadual 5.5: Masalah Dalam Perlaksanaan
Responden Frekuensi
Pernyataan Masalah
1 –Tidak setuju, 5 –Paling setuju
No
1
2
3
4
5
6
Beban dokumentasi
bertambah
Dokumentasi memerlukan
lebih masa
Penyelian yang berulangulang
Dokumentasi yang tidak
berkenaan
Susah memahami prosidur
perlaksanaan
Tiada garis panduan
sewajarnya
Pertambahan kos
Indek
Purata
Tahap
Pengkelasan
1
-
2
6
3
16
4
14
5
4
3.40
3
Masalah
-
6
8
15
11
3.77
2
Masalah
13
15
6
6
-
2.12
5
8
5
18
7
2
2.75
4
Bukan
Masalah
Masalah
23
11
6
-
-
1.57
8
17
16
7
-
-
1.75
7
16
19
3
2
-
1.77
6
-
-
12
21
7
3.87
1
7
Pertambahan prosidur kerja
Bukan
Masalah
Bukan
Masalah
Bukan
Masalah
Masalah
8
Bagi pernyataan masalah yang pertama iaitu dengan perlaksanaan sistem
ISO9000 menyebabkan beban dokumentasi bertambah, 15% responden kurang
bersetuju, 40% sederhana setuju, 35% responden bersetuju manakala 10% responden
sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Secara keseluruhan boleh dikatakan 85%
responden bersetuju dengan pernyataan beban dokumentasi bertambah apabila
perlaksanaan sistem ISO9000 dilaksanakan. Indeks purata bagi pernyataan ini ialah
3.40 dan menjadikan pernyataan ini berada di tahap ke-3 jawapan kepada masalah
dalam perlaksanaan sistem ISO9000.
85
Be ban dok um e ntas i be r tam bah
18
16
16
14
14
12
10
8
6
6
4
4
2
0
KS
S DS
S
SS
Rajah 5.5.1: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 1
Pernyataan masalah kedua iaitu perlaksanaan sistem kualiti ISO9000
menyebabkan pengisian dokumentasi memerlukan lebih masa, 27.5% responden
sangat bersetuju dengan perkara ini, 37.5% setuju, 20% sederhana setuju dan 15%
menyatakan kurang setuju dengan terdapatnya masalah ini dalam perlaksanaan.
Namun begitu secara keseluruhan 85% responden bersetuju dengan pernyataan ini
sebagai salah satu masalah dalam perlaksanaan sistem ISO9000.
Dok um e ntas i m e m e r luk an le bih
m as a
15%
28%
KS
20%
SDS
S
SS
37%
Rajah 5.5.2: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 2
86
Penyeliaan yang berulang-ulang dijadikan sebagai pernyataan ketiga dalam
masalah perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 tidak mendapat persetujuan responden
secara keseluruhannya. 32.5% responden langsung tidak bersetuju, 37.5% kurang
setuju dan hanya 30% responden yang sederhana setuju dan setuju dengan
permasalahan ini. Ini mungkin disebabkaan faktor pengurusan di tapak pembinaan
yang mana bergantung kepada kecekapan pengurusan yang memboleh setiap
penyeliaan kerja yang dilakukan diatur dengan baik dan tiada masalah pengulangan.
Indek purata bagi pernyataan masalah ini hanyalah 2.12 yang berada pada tahap
jawapan yang kurang penting untuk dikaitkan sebagai masalah dalam perlaksanaan
sistem ISO9000. Oleh yang demikian pernyataan ini dianggap tidak relevan terhadap
masalah-masalah dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
Pe nye lian yang be r ulang-ulang
15%
33%
TS
KS
15%
SDS
S
37%
Rajah 5.5.3: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 3
Terdapat 45% responden yang sederhana setuju dengan pernyataan yang
keempat iaitu terdapat masalah dokumentasi yang tidak berkenaan dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. 17.5% responden menyatakan setuju dan 5%
menyatakan sangat setuju dengan pernyataan masalah ini. Terdapat juga 20%
responden yang langsung tidak bersetuju dan 12.5% yang kurang setuju. Secara
87
keseluruhan 62.5% responden bersetuju dengan pernyataan ini dan indek purata
sebanyak 2.75 meletakkan pernyataan ini sebagai masalah ke-4 dalam kajian
masalah dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
Dok um e ntas i yang tidak dipe r luk an
5%
20%
18%
TS
KS
13%
SDS
S
SS
44%
Rajah 5.5.4: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 4
Pernyataan yang kelima yang menyatakan susah untuk memahami prosidur
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 mendapat reaksi yang kebanyakkan responden
tidak setuju dengan 57.5% langsung tidak bersetuju, 27.5% kurang setuju dan hanya
15% sahaja yang sederhana setuju. Indek purata bagi pernyataan ini hanyalah 1.57
menjadikan pernyataan ini tidak menjadi masalah dalam perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000. Tiada langsung responden yang menjawab setuju atau sangat setuju bagi
pernyataan ini.
88
Sus ah m e m aham i pros idur pe rlak s anaan s is te m ISO
23
25
20
15
11
10
6
5
0
TS
KS
SDS
Rajah 5.5.5: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 5
Tiada garis panduan yang sewajarnya menjadi pernyataan yang keenam
dalam mencari masalah dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Boleh dikatakan
keseluruhan responden didapati kurang bersetuju dengan pernyataan ini sebagai
masalah dalam perlaksanaan sistemkualiti ISO9000. 17 orang responden
memberikan jawapan tidak bersetuju, 16 responden memberikan jawapan kurang
setuju dan hanya 7 responden yang mewakili 17.5% keseluruhan responden
memberikan jawapan sederhana setuju dengan pernyataan ini. Indek purata
pernyataan ini hanya 1.75 menjadikan pernyataan ini tidak penting dan bukan
masalah kepada perlaksanaan sistem kualiti ISO9000.
89
Tiada garis panduan yang sew ajarnya
18%
42%
TS
KS
SDS
40%
Rajah 5.5.6: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 6
Pernyataan yang ketujuh yang menyatakan bahawa dengan perlaksanaan sistem
kualiti ISO9000 akan meningkatkan kos juga tidak dipersetujui oleh responden
dengan 40% langsung tidak setuju, 47.5% kurang setuju, 7.5% sederhana setuju dan
hanya 10% menyatakan setuju. Indek purata bagi pernyataan ini ialah 1.77 yang
menjadikan pernyataan ini tidak boleh dikatakan sebagai masalah dalam
perlaksanaan.
P e r t a mb a ha n k o s
5%
8%
40%
TS
KS
SDS
S
4 7%
Rajah 5.5.7: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 7
90
Pernyataan yang kelapan yang menyatakan antara masalah dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 adalah pertambahan prosidur kerja yang perlu
dilakukan mendapat persetuan penuh daripada semua responden. 30% responden
memberikan jawapan sederhana setuju, 52.5% menyatakan setuju dan 17.5%
memberikan jawapan sangat setuju dengan pernyataan ini. Indek purata kepada
pernyataan sebanyak 3.87 ini meletakkan pernyataan ini sebagai masalah utama
dalam perlaksanaan sisstem kualiti ISO9000.
Pe r tam bahan Pr os idur k e r ja
18%
30%
SDS
S
SS
52%
Rajah 5.5.8: Frekuensi Jawapan Pernyataan Masalah 8
Daripada lapan pernyataan yang diberikan, hanya empat pernyataan yang
dipersetujui oleh responden sebagai menjadi masalah kepada perlaksanaan sistem
kualiti ISO9000 iaitu yang pertama adalah pertambahan prosidur kerja, yang kedua
ialah dokumentasi memerlukan lebih masa, ketiga ialah beban kerja dokumentasi dan
yang keempat ialah dokumentasi yang tidak berkenaan. Daripada analisis kajian ini
boleh dirumuskan bahawa masalah perlaksanaan sistem ISO9000 terletak pada
sistem dokumentasinya. Jika ini dapat diatasi maka tiada masalah lain yang dapat
dijadikan alasan terhadap kegagalan perlaksanaan sistem ISO9000 yang berkesan.
91
Temuduga telah dijalankan bagi mendapatkan langkah-langkah yang boleh diambil
dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah dibangkitkan.
Mengenai isu dokumentasi yang memerlukan lebih masa dan pertambahan
kerja dapat diperbaiki dengan menggunakan sistem komputer secara rangkaian
kerjasama. Ini akan mempercepatkan proses mendokumentasikan sesuatu kerja dan
ianya juga menjadi lebih mudah. Perkara ini dipersetujui oleh dua orang pengurus
projek yang bekerja di syarikat pembinaan dan tiga orang pengurus projek yang
bekerja di syarikat pemaju perumahan. Mengenai isu masalah tentang terdapatnya
dokumentasi yang tidak berkenaan dan pertambahan prosidur kerja, mereka
berpendapat bahawa perkara ini hanya berlaku terhadap organisasi yang baru
mendapat pengiktirafan ISO9000 yang mana masih kurang memahami prosidur
dalam ISO9000. Masalah ini dapat diselesaikan dengan membuat pembaikkan yang
berterusan dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dalam sesuatu organisasi itu.
5.6
Analisis Data Faktor – Faktor Kejayaan Perlaksanaan Sistem ISO9000
Terdapat sepuluh faktor yang telah diusulkan dalam kajian ini bagi
mendapatkan persetujuan daripada pihak responden. Pernyataan tentang faktor
kejayaan ini diperolehi hasil daripada kajian literatur yang telah dilakukan pada bab
2dan bab 3 sebelum ini. Dengan mengenengahkan usul ini, 100% responden telah
memberikan persetujuan yang menunjukan bahawa memang
kesemuanya
pernyataan tersebut adalah merupakan faktor kejayaan dala perlaksanaan sistem
kualiti ISO9000. Jadual 5.6 disebelah menunjukkan taburan indek purata bagi semua
usul adalah melebihi 3.5 yang menjadikan kesemua pernyataan tentang faktor-faktor
kejayaan tersebut adalah penting kepada jawapan objektif ketiga kajian.
Penganalisaan akan dilakukan seperti sebelumnya yang mana setiap pernyataan akan
92
dikaji peratusan dan frekuensi kekerapan jawapan yang diberikan. Setiap faktor yang
telah dipersetujui kemudiannya akan disusun mengikut susunan kepentingan
keutamaannya berdasarkan ketinggian indek purata yang diperolehi.
Jadual 5.6: Faktor-Faktor Kejayaan Perlaksanaan
Indek
Purata
Responden
Frekuensi
Faktor
Bil
1 – tidak penting, 5 – Paling
Penting
Keutamaan Pengkelasan
1
-
2
-
3
3
4
15
5
22
4.47
1
Penting
1
Penglibatan pihak
pengurusan atasan
-
-
6
18
16
4.25
4
Penting
2
Pemantauan pihak
pengurusan
Bersatu tujuan
-
-
15
17
8
3.82
8
Penting
-
-
7
14
19
4.30
3
Penting
4
Audit dalaman untuk
ISO9000
-
-
17
11
12
3.87
6
Penting
5
Bekerja secara
berkumpulan
-
-
5
15
20
4.37
2
Penting
-
-
13
19
8
3.86
7
Penting
7
Ganjaran terhadap
pengeluran kualiti
yang baik
Pengaturan kerja dan
perhubungan
-
-
16
15
9
3.81
9
Penting
8
Penggunaan
teknologi komputer
-
-
23
12
5
3.55
10
Penting
9
Pengstrukturan
semula pengurusan
-
-
14
17
9
3.88
5
Penting
10
Pembelajaran dan
latihan
3
6
Pernyataan faktor pertama yang menyatakan antara kejayaan sistem kualiti
ISO9000 adalah bergantung kepada penglibatan pihak pengurusan atasan mendapat
93
persetujuan penuh responden dengan 55% sangat setuju, 37.5% setuju manakala
hanya 7.5% memberikan jawapan sederhana setuju. Indek purata bagi faktor
kejayaan ini adalah 4.47 menjadikan ianya sebagai faktor utama terhadap kejayaan
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dalam organisasi pembinaan. Jelas daripada
analisis kajian ini menunjukkan pemacu utama kejayaan dalam perlaksanaan sistem
mestilah melibat pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam
menentukan hala tuju orgganisasi. Tiada responden yang memberikan jawapan
kurang setuju ataupun tidak setuju mengenai faktor ini.
Penglibatan pihak pengurusan atasan
25
22
20
15
Bilangan
re s ponde n
15
10
3
5
0
SDS
S
SS
Pe rs e tujuan
Rajah 5.6.1: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 1
Bagi faktor kedua iaitu pemerhatian daripada pengurusan juga mendapat
keputusan 100% responden bersetuju dengan 40% memberikan jawapan sangat
setuju, 45% setuju dan hanya 15% memberikan jawapan sederhana setuju dengan
faktor ini. Indek purata bagi faktor ini ialah 4.25 meletakan faktor ini berada di
tempat ke-4 taraf kepentingannya.
94
Pem erhatian pihak pengurusan
15%
40%
SDS
S
SS
45%
Rajah 5.6.2: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 2
Bersatu tujuan dalam organisasi diantara pihak pekerja dan pihak pengurusan
bagi mencapai matlamat kejayaan dalam perlaksanaan sistem kualiti ISO9000
mendapat
persetujuan
responden
sepenuhnya.
37.5%
daripada
responden
memberikan jawapan sederhana setuju, 42.5% memberikan jawapan setuju dan 20%
responden memberikan jawapan sangat setuju. Indek purata bagi faktor ini adalah
3.82 yang meletakkan faktor ini berada di peringkat ke-8 taraf kepentingannya.
Be r s atu tujuan
20%
38%
SDS
S
SS
42%
Rajah 5.6.3: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 3
95
Faktor yang keempat yang diusulkan sebagai faktor kejayaan dalam adalah
sistem audit dalaman khas untuk mengaudit sistem ISO9000. 17.5% responden
memberikan jawapan sederhana setuju, 35% responden memberikan jawapan setuju
manakala 47.5% memberikan jawapan sangat setuju. Indek purata bagi usul ini 4.30
yang meletakkan usul ini ditempat ketiga taraf kepentingannya dalam kajian mencari
faktor kejayaan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Indek purata yang tinggi
disebabkan peratusan responden memberikan jawapan sangat setuju agak tinggi yang
mungkin disebabkan dengan menerusi pemerhatian responden perlaksanaan sistem
audit dalaman dapat memberikan petunjuk terhadap kelemahan yang terdapat dalam
sistem ISO9000. Kelemahan ini seterusnya diperbaiki dan meningkat perestasi
perjalanan sistem di dalam organisasi tersebut.
Audit dalam an untuk ISO9000
18%
SDS
47%
S
35%
SS
Rajah 5.6.4: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 4
Bekerja secara berkumpulan pula menjadi usul yang kelima bagi
mendapatkan persetujuan terhadap faktor-faktor kejayaan dalam sistem kualiti
ISO9000. 42.5% responden memberikan jawapan sederhana setuju terhadap faktor
ini manakala selebihnya 27.5% memberikan jawapan setuju dan 30% memberikan
jawapan sangat setuju. Walaupun semua responden bersetuju pernyataan ini sebagai
96
satu faktor namun mengikut indek purata yang didapati iaitu 3.87 menjadi ianya
berada di tempat keenam berbanding dengan fator-faktor yang lain.
Be k e r ja s e car a be r k um pulan
30%
42%
SDS
S
SS
28%
Rajah 5.6.5: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 5
Usul faktor yang keenam yang telah disusun kepada responden ialah
pemberian ganjaran bagi kualiti yang baik. Usul ini mendapat persetujuan yang
tinggi dengan peratusan bagi sangat setuju hampir separuh iaitu sebanyak 49%
responden. Peratusan bagi persetujuan sederhana setuju hanyalah 13% dan setuju
sebanyak 38% menjadikan nilai purata usul ini sebanyak 4.37 yang meletakkan usul
ini ditempat ke-2 dalam taraf kepentingan jawapan kajian mencari faktor kejayaan
ini. Peratusan sangat setuju yang tinggi ini mungkin disebabkan telah menjadi
lumrah pekerja-pekerja di Malaysia yang mengharapkan sedikit imbuhan jika
perestasi kerja mereka meningkat ataupun mendapat kualiti kerja yang baik.
Imbuhan bukan hanya sekadar berunsurkan kewangan malahan pengiktirafan juga
perlu bagi meningkat motivasi pekerja untuk terus memberikan kualiti yang terbaik
untuk kerja yang mereka lakukan. Di dalam organisasi pembinaan di Malaysia,
ganjaran ini haruslah tidak hanya terhad kepada kumpulan pengurusan projek sahaja,
97
malah kumpulan pekerja bawahan juga harus diberikan ganjaran dan ini termasuklah
pihak sub-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja terbabit.
Ganjar an te r hadap pe nge lur an k ualiti
yang baik
13%
49%
SDS
S
SS
38%
Rajah 5.6.6: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 6
Pengaturan kerja dan sistem perhubungan dan komunikasi yang baik
diusulkan sebagai faktor ketujuh bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap
faktor-faktor kejayaan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Sebanyak 40%
responnden memberikan jawapan sederhana setuju, 37.5% setuju dan hanya 20%
yang menjawab sangat setuju dengan usul ini. Walaupun semua responden berada di
bahagian yang menyatakan persetujuan bagi usul ini namun nilai indek purata bagi
usul ini iaitu 3.86 meletakkan usul ini di tempat ke-7 untuk tahap kepentingan
jawapan. Jelas usul ini tidak begitu berpengaruh dalam perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 walaupun dipersetujui sebagai satu faktor kejayaan dalam perlaksanaan.
98
Pe ngatur an k e r ja dan pe r hubungan
20%
SDS
S
33%
47%
SS
Rajah 5.6.7: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 7
Teknologi komputer menjadi usul seterusnya yang hanya mendapat indek
purata sebanyak 3.81 yang meletakkan usul ini di tangga ke-8 taraf kepentingan
jawapan kajian. 40% reponden memberikan jawapan sederhana setuju terhadap usul
ini, 37.5% menyatakan setuju manakala hanya 22.5% memberikan jawapan sangat
setuju. Peratusan sangat setuju yang kecil bagi pernyataan ini mungkin disebabkan
hanya dengan penggunaan sistem komputer tanpa bantuan faktor-faktor lain yang
lebih penting tidak dapat menjayakan perlaksanaan sistem ISO9000 dan mungkin
menerusi pengalaman responden berpendapat
kurangnya perkaitan teknologi
komputer kejayaan perlaksanaan. Namun begitu pernyataan tentang keperluan
teknologi komputer ini tetap penting sebagai salah satu faktor kejayaan kerana indek
puratanya melebihi 3.5 seperti yang digariskan sebelum ini.
99
Te k n ol ogi k om pu te r
23%
39%
SDS
S
SS
38%
Rajah 5.6.8: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 8
Penyataan tentang pengstrukturan semula pengurusan sebagai salah satu faktor
kejayaan dalam malaksanakan sistem kualiti ISO9000, walaupun mendapat
persetujuan sepenuhnya daripada responden namun faktor ini hanya mendapat nilai
indek purata 3.55 merupakan yang paling rendah diantara kesemua faktor-faktor
yang telah diusulkan.57.5% responden memberikan jawapan sederhana setuju, 30%
menyatakan setuju dan hanya 12.5% memberikan jawapan sangat setuju. Ini
memberikan gambaran bahawa walaupun responden mengaanggap pengstrukturan
semula pengurusan sebagai faktor penting dalam menjayakan perlaksanaan sistem
ISO9000 namun ianya mungkin tidak kesemua organisasi perlu melakukannya.
Sesetengah organisasi di dalam industri pembinaan di Malaysia mungkin tidak perlu
melakukan pengstrukturan semula untuk menjayakan sistem ISO9000 mereka,
sekadar hanya dengan merubah sistem kualiti yang sedia ada sudah memadai bagi
mendapatkan sistem ISO9000. Namun begitu faktor ini penting bagi organisasi yang
mahu mendapat pengiktirafan tetapi masih mengekalkan sistem pegurusan yang
sama yang menjurus kepada kurangnya kualiti pembinaan mereka.
100
Pe rtuk aran s truk tur pe ngurus an
13%
SDS
30%
S
57%
SS
Rajah 5.6.9: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 9
Faktor kejayaan yang kesepuluh yang diusulkan ialah pembelajaran dan latihan
tentang perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. 35% responden memberikan jawapan
sederhana setuju, 42.5% menyatakan setuju manakala selebihnya iaitu 22.5%
memberikan jawapan sangat setuju. Indek purata bagi faktor kejayaan ini ialah 3.88
yang meletakkan faktor kejayaan di tempat ke-5 kepentingannya berbanding dengan
faktor-faktor lain yang diusulkan.
101
Pe m be lajar an dan latihan
23%
SDS
35%
S
SS
42%
Rajah 5.6.10: Frekuensi Jawapan Faktor Kejayaan 10
5.7
Kesimpulan Kajian
Setelah
menganalisa
faedah
perlaksanaan,
masalah-masalah
dalam
perlaksanaan dan faktor-faktor kejayaan perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 maka
dapatlah diringkaskan disini bahawa hasil kajian memberikan enam faedah
perlaksanaan, empat masalah dalam perlaksanaan dan sepuluh faktor kejayaan yang
telah dipersetujui oleh kesemua responden. Jadual 5.7 di bawah lebih
menperjelaskan lagi tentang jawapan kepada objektif kajian ini. Kesemua pernyataan
telah disusun mengikut taraf kepentingan yang diperolehi daripada analisis kajian.
102
Jadual 5.7: Ringkasan Jawapan Analisis
Taraf
kepentingan
Faedah
Perlaksanaan
Masalah-masalah
dalam perlaksanaan
Faktor-faktor
kejayaan
1
Membantu dalam
promosi syarikat
Pertambahan prosidur
kerja
Penglibatan pihak
pengurusan atasan
2
Mendapat lebih
pengiktirafan
3
Mendapat lebih
peluang perniagaan
Dokumentasi
memerlukan lebih
masa
Beban dokumentasi
bertambah
Pemberian
ganjaran pada
kualiti baik
Audit dalaman
ISO9000
4
Meningkatkan
kualiti
Documentasi yang
tidak berkenaan
Pemantauan pihak
pengurusan
5
Mengurangkan
kesipan manusia
Pembelajaran dan
latihan
6
Meningkatkan
perestasi pengurusan
Bekerja secara
berkumpulan
7
Pengaturan kerja
dan perhubungan
8
Bersatu tujuan
9
Teknologi
komputer
10
Pengstrukturan
semula pengurusan
103
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1
Pengenalan
Bab yang terakhir ini akan membincangkan rumusan dan cadangan terhadap
kajian yang telah dijalankan. Ianya akan dilakukan terhadap kesemua sumbersumber bertulis berkenaan tajuk kajian. Rumusan terhadap hasil kajian akan dinilai
semula dengan merujuk kepada kepada objektif kajian. Ini adalah untuk mengimbas
kembali serta menilai semada semua hasil kajian ini dapat mencapai matlamat yang
telah ditetapkan sebelum ini. Limitasi kajian akan turut dijelaskan secara ringkas dan
cadangan kajian yang datang dalam bidang ISO9000 ini juga akan disediakan.
6.2
Kesimpulan
Secara keseluruhan hasil kajian ini telah mencapai objektif kajian iaitu
dengan berjaya mengenal pasti faedah-faedah daripada perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000, mengenalpasti masalah dalam perlaksanaan dan langkah penyelesaiaannya
dan menjawab objektif yang terakhir yang menjadi tajuk kepada kajian ini ialah
dengan mengenalpasti faktor-faktor kejayaan dalam perlaksanaan sistem ISO9000 di
syarikat yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia. Antara faedah utama yang
didapati daripada kajian ini menunjukkan bahawa dengan melaksanakan sistem
104
kualiti ISO9000 di dalam syarikat akan membawa kepada peluang perniagaan
syarikat lebih terbuka. Ini
adalah kerana dengan perlaksanaan sistem kualiti
ISO9000 menjadikan syarikat lebih terkenal dan lebih diperakui keupayaannya dan
perlaksanaan ISO9000 juga membantu dalam promosi syarikat secara tidak
langsung. Masalah dalam perlaksanaan sistem ISO9000 pula hanyalah masalah yang
kecil jika kita melihat daripada sudut kelebihan faedah yang didapati. Antara
masalah yang dikenal pasti daripada kajian ini hanyalah masalah yang berkaitan
dokumentasi sistem ISO9000 yang agak membebankan dari segi masa dan tenaga.
Masalah ini menurut kajian temuduga yang telah dijalankan dapat diselesaikan
dengan hanya menggunakan perisian komputer yang terkini dan yang menepati
kehendak kegunaannya. Penyesuaian diri dengan sistem dan kepandaian dalam
menguruskan masa menjadikan faktor masalah ini dapat dihapuskan. Sistem
ISO9000 dapat melancarkan lagi perjalanan kerja sesuatu proses pembinaan itu
dengan mengelakkan berlakunya kerja yang tersilap atau tersalah. Ini kerana ianya
menekan proses pemeriksaan yang teliti dan dokumentasi yang lengkap.
Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kejayaan dalam perlaksanaan
sistem ISO9000 yang didapati daripada kajian ini pula menunjukkan bahawa
komitmen pihak pengurusan atasan menjadi faktor utama kejayaan dalam
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000. Watak utama yang memainkan peranan dalam
perlaksanaan sistem ini bergantung kepada kehendak dan keiklasan pihak
pengurusan atasan sesebuah syarikat pembinaan. Terdapat banyak kajian yang telah
dilakukan untuk menyokong pendapat ini yang menjelaskan bahawa pentingnya
komitmen kepimpinan dalam menentukan halatuju syarikat dalam membentuk
sistem pengurusan kualiti yang baik bagi memenuhi kehendak dan kepuasan
pelanggan. Faktor komitmen pihak pengurusan atasan terhadap perlaksanaan sistem
kualiti adalah amat kritikal dan menjadi faktor utama kejayaan perlaksanaan. Ini
menunjukkan kepentingan individu-individu
yang menentukan halatuju syarikat
memainkan peranan utama memantau perlaksanaan sistem. Tanpa pemerhatian dari
105
pihak atasan mungkin akan menyebabkan perlaksanaan sistem akan menjadi sambil
lewa dan tidak berkesan. Dalam melaksanakan pemerhatian terhadap organisasi,
pihak pengurusan juga hendaklah melihat dari sudut perlaksanaan yang boleh
meningkat kemajuan pengurusan dan pembetulan kepada kesilapan yang lebih
efektif dan secara berterusan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan
membentuk standard kualiti yang dikehendaki dengan secara terlibat secara aktif
dalam aktiviti peningkatan kualiti.
Dalam perlaksanaan sistem pengurusan kualiti, kesepakatan antara pihak
pengurusan dan pekerja juga menjadi tonggak kejayaan. Perancangan yang strategik
adalah kritikal dalam membentuk cara yang efektif untuk perlaksanaan dan ini
termasuklah misi, nilai, perancangan masa hadapan, objektif dan lain-lain perkara
yang berkaitan. Tanpa matlamat dan kesepakatan yang jitu antara jabatan yang
terdapat dalam sesuatu organisasi, kejayaan sistem ISO tidak mungkin akan tercapai
dan akan menyebabkan kegagalan syarikat secara menyeluruh. Kesepakatan bukan
sahaja dapat melaksanakan sistem, malah akan menjadikan organisasi terbabit lebih
berdaya saing dalam suasana ekonomi sekarang yang mana setiap produk yang
terhasil dinilai dari segi kualitinya. Untuk melaksanakan kesepakatan ini pihak
pengurusan organisasi haruslah menjalankan kajian terhadap sistem pengurusan
sedia ada agar dapat disesuaikan dengan kehendak perlaksanaan sistem pengurusan
ISO9000.
Pemberian ganjaran terhadap pekerja yang melakukan kerja dengan kualiti
yang baik juga merangsangkan semangat pekerja untuk melakukan yang terbaik
dalam kerja mereka. Perlaksanaan sistem audit dalaman yang khas hanya untuk
memantau perlaksanaan sistem ISO9000 menjamin peningkatan dan kemajuan
dalam perlaksanaan. Kesalahan-kesalahan dalam perlaksanaan sistem ISO9000 dapat
diperbaiki dan dapat menghapuskan sistem dokumentasi yang tidak perlu dilakukan.
Faktor-faktor kejayaan yang seterusnya yang didapati daripada hasil kajian ini
106
seperti latihan dan pembelajaran, penyusunan kerja, penggunaan teknologi komputer,
dan pengstrukturan semula pengurusan syarikat diharapkan dapat membantu
organisasi yang ingin dan sedang melaksanakan sistem ISO9000 menjayakan
perlaksanaan sistem ini dan hasil kajian ini menyumbang kepada peningkatan kualiti
dalam industri pembinaan negara secara tidak langsung.
6.3
Limitasi Kajian
Di samping mencapai objektif-objektif dan matlamat kajian penyelidkan
seperti yang ditetapkan di dalam bab 1, kajian ini mempunyai limitasi-limitasi
tertentu yang disebabkan oleh masalah-masalah dan perkara di luar batasan
kemampuan penyelidik semasa kajian dijalankan. Antara limitasi-limitasi yang
terpaksa dihadapi ialah:
i.
Masa penyelidik yang terhad yang membataskan penyelidik untuk
mendapatkan lebih banyak responden dan memaksa penyelidikan
dijalankan dalam jadual yang ketat.
ii.
Masalah berkaitan ketepatan data-data yang diperolehi daripada
responden dalam kajian ini. Walaupun kesemua responden terdiri
daripada golongan profesional dalam bidang pembinaan, namun
jawapan atau keputusan yang diberikan oleh responden mungkin
dipengaruhi oleh faktor-faktor kemanusiaan yang tertentu.
iii.
Batasan maklumat yang terhad yang diberikan oleh pihak SIRIM
Berhad dan KPKT.
iv.
Pengumpulan data hanya terhad kepada responden yang bekerja di
syarikat yang berada sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
negeri Selangor sahaja.
107
6.4
Cadangan Penyelidikan Akan Datang
Penyelidikan yang terhad ini memang tidak mencukupi bagi membentangkan
kesemua faktor-faktor yang membolehkan berjayanya sesuatu organisasi dalam
melaksanakan sistem kualiti ISO9000. Untuk itu kajian lanjut yang seterusnya perlu
dijalankan dari semasa ke semasa kerana mungkin faktor-faktor kejayaan ini berubah
mengikut peredaran masa dan teknologi pembinaan terkini. Di samping itu, pihak
yang terlibat dalam memberi pengiktirafan ISO9000 di Malaysia diharap dapat
melakukan sesuatu bagi memberikan pemahaman tentang betapa pentingnya
perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 dalam syarikat pembinaan di Malaysia.
Seterusnya, antara kajian yang boleh dijalankan sebagai lanjutan kepada
penyelidikan ini ialah:
i.
Kajian perbandingan tentang kualiti antara syarikat pembinaan yang
melaksanakan sistem kualiti ISO9000 dengan syarikat yang tidak
melaksanakan sistem kualiti ISO9000.
ii.
Kajian tentang perlaksanaan sistem kualiti ISO9000 bagi syarikat
pembinaan yang kecil.
iii.
Faktor-faktor kejayaan pengurusan sistem kualiti ISO9000 ditapak
pembinaan.
iv.
Kajian kemungkinan mewajibkan hanya kontraktor yang mendapat
pengiktirafan ISO9000 sahaja boleh mendapat tender kerajaan.
v.
Kajian perubahan pandangan masyarakat terhadap syarikat pemaju
perumahan yang mendapat pengiktirafan ISO9000 dan melakukan
kualiti yang baik.
vi.
Lain-lain kajian yang berkaitan ISO9000 yang boleh melengkapkan
lagi kajian ini.
108
RUJUKAN
Abdel-Razek, R. (1998). Quality improvement in Egypt: methodology and
implementation. Journal Construction Engineering management, 124(5).
Abdol R. Chini and Hector Evaldez (2003). ISO9000 and the U.S Construction
Industry. Journal of Management in Engineering , ASCE(2003)19:2(69).
Atkinson, A. (1998).Human error in the management of building projects. Journal
Construction Management Economic, 16.
Burati, J.L.(1991). Quality management in construction industry. Journal
Construction Engineering Management, 117(2).
Choi, T.W., and Chin, K.S. (2001). A study of ISO9000 implementation and quality
management practices in Hong Kong Construction industry. Asian Journal
Quality, 2(2).
Dale (1990). Managing Quality. In: Dale, Barrie G. (Ed). Managing Quality. 2nd
Edition. New York: Prentice Hall.
Dale dan Boaden (1990). A Generic Framework for Managing Quality
Improvement.
In: Dale, Barrie G. (Ed). Managing Quality. 2nd Edition. New York: Prentice
Hall.
Dale, Boaden dan Lascelles (1990). Total Quality Management: An Overview.
In: Dale, Barrie G. (Ed). Managing Quality. 2nd Edition. New York: Prentice
Hall.
Dale dan Lascelles (1990). Difficulties and Barriers to Quality Improvement. In:
Dale, Barrie G. (Ed). Managing Quality. 2nd Edition. New York: Prentice Hall.
Hiyassat, M.A.S. (2000). Applying the ISO standards to a construction company: a
case study. Journal Project Management, 18.
Lam Siew Wah, Low Chin Min dan Teng Wye Ann (1994). ISO9000 in Construction
Singapore: McGraw-Hill Book Co.
Landin, A. (2000). ISO9001 within the Swedish construction sector. Journal
Construction Management Economic 18.
109
Low, S.P., and Omar, H.F. (1997). The effective maintenance of quality management
systems in the construction indusry. Journal Quality Reliable Management,
14(8).
Maotazed-Keivani, R., et al. (1999). ISO9000 standards: perceptions and experiences
in the UK construction industry. Journal Construction Management Economic
17.
Michalisin, M. D. et al. (2001). An empirical study of the posturing implementation
gap in quality management. Journal Quality Management 8(1).
SIRIM Malaysia. Malaysian Standard MS ISO9000: Volume 12: Part2: 2005.
SIRIM Malaysia. Terms and Conditions Governing the Scheme for the Registration
of
Quality Systems.
110
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
Respondent’s Background
Field of Profession
Engineer
Architect
Client
Contractor
Others_______________
Position Held
Supervisor
Architect
Engineer
Manager
Others _______________
Section 1- This section aims to evaluate the benefit of implementing ISO9000 system
1) Did your company implemented ISO9000 quality system
Y
N
2) Do you aware what the purpose of implementing ISO9000 quality
Y
N
system
3) Working experience in construction ________ years.
111
Kindly give your level of agreement for the following statement in 1 to 5 scale.
(1-most disagree, 5-most agree)
4) Implementing ISO9000 system can improve in quality
5) Implementing ISO9000 system improve overall management
6) ISO9000 system can reduce the total cost of the project
7) Implementing ISO9000 helps in reducing the construction time
8) Implementing ISO9000 system help reducing the human mistake
9) Implementing ISO9000 system helps promoting your company
10) Company get better busines opportunity by implementing ISO9000
system
Section 2- This section aims to evaluate problem of ISO9000 system implementation
Kindly give your level of agreement for the following statement in 1 to 5 scale.
(1-most disagree, 5-most agree)
1) The ISO9000 system paperworks is a burdening
2) To do ISO9000 system paperworks require extra time
3) The ISO9000 system inspection is a repeating works
4) Additional works procedures when implementing ISO9000
5) Unnecessary documentation required in ISO9000 system
6) Additional cost to your company by implementing ISO9000
7) Understanding ISO9000 system requirement is difficult
8) Implementing ISO9000 require a lot more workers
9) The are no proper guideline in implementing ISO9000 system
112
Section 3- This section aims to determine the success factor for ISO9000 system
implementation
Kindly give your level of agreement for the following statement in 1 to 5 scale.
(1-most disagree, 5-most agree)
1) Top management involvement in ISO9000 implementation
2) Management monitoring of ISO9000 implementation
3) There are common goal between staff and management
4) Team working environment for ISO9000 implementation
5) There are internal auditing for the ISO9000 system in your company
6) There are rewards for good quality produced.
7) Effective coordination and communication.
8) Use computer technologies
9) Management restructuring.
10) Education and trainning provided.
Download