P 5601 utk video

advertisement
SALAM PENGENALAN
P 5601
PENGURUSAN PENGELUARAN
(PRODUCTION MANAGEMENT)
Disediakan oleh:
Kapt Che Marzuki Bin Che Hussin
Pensyarah Jabatan Perdagangan
BAB 1: PENGENALAN
 1.0 APA ITU PENGURUSAN
PENGELUARAN?
- Pengurusan Pengeluaran merujuk kepada
bagaimana firma menggunakan teknologi
akhir (Faktor pengeluaran - Input) secara
maksimum dan cekap bagi mengeluarkan
barangan atau perkhidmatan (Output) bagi
memenuhi permintaan dan kehendak
pelaggan
2 KOMPONEN UTAMA PP
 2.1 KEWANGAN/MODAL
* Diperlukan dalam mengeluarkan barang atau
perkhidmatan dan digunakan untuk
menyediakan sumber fizikal seperti tanah,
bangunan, peralatan, bahan mentah dan lainlain lagi yang menjadi sumber asas kepada
proses pengeluaran.
 2.2 PENGELUARAN DAN OPERASI
BARANGAN
* Terdiri daripada barangan atau perkhidmatan
yang terdapat di pasaran hasil daripada
pemasaran dan kewangan. Pada waktu ini
barangan atau perkhidmatan dikeluarkan
dengan menggunakan input tertentu- Proses
pengeluaran dijalankan
 2.3 PEMASARAN
* Memperkenalkan barangan atau
perkhidmatan kepada orang ramai melalui
proses 4P (Harga, Barangan, Segmentasi
dan Promosi)
3.0 FUNGSI PENGURUSAN
PENGELUARAN
3.1 PERANCANGAN
- Fungsi menetapkan matlamat, misi dan visi
dengan mengambil kira kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman kepada
syarikat – Perlu kepada kebijaksanaan untuk
merancang.
 3.2 PENYUSUNAN
- Merujuk kepada bagaimana seseorang
pengurus menyusun dan fokus kepada
sumber manusia, bahan mentah, kewangan
atau maklumat supaya perancangan yang
dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Contoh menempatkan pekerja dengan
kesesuaian dengan kemahiran mereka
 3.3 PENSTAFAN
- Kakitangan atau pekerja perlu menyokong
setiap matlamat atau misi syarikat. Bidang
pengurusan pekerja diberi kuasa tertentu dan
perlu mengikut etika yang telah ditetapkan
bagi mencapai produktiviti pengeluaran
syarikat.
 3.4 PENGARAHAN
- Proses mempengaruhi orang lain bagi
melaksanakan kerja untuk mencapai
matlamat syarikat. Sebagai pengurus dan
pemimpin seseorang pengurus perlu
memahami dan cekap berkomunikasi dan
berkongsi misi yang ingin dicapai dengan
ahli-ahli unitnya
 3.5 PENGAWALAN
* Fungsi pengurusan yang melibatkan
penyaluran aktiviti syarikat supaya prestasi
sebenar menepati piawaian dan matlamat
yang dijangkakan. Kawalan biasanya
dijalankan ke atas sumber syarikat seperti
manusia, kewangan, bahan mentah dan
maklumat. Ia perlu dikawal bagi menjamin
kualiti dan mencapai matlamat syarikat
4.0 ASPEK PENGELUARAN
4.1 KILANG/LOJI
 Sebuah bangunan yang lengkap dengan kesesuaian
peralatan bagi mengeluarkan sesuatu barang dan
perkhidmatan. Fungsi pengurusan pengeluaran dalam
kilang/loji adalah meliputi perkara berikut:.
 a) Mengenalpasti permintaan kelengkapan yang mungkin timbul
pada masa hadapan
 b) Mengenalpasti rekabentuk dan susunatur bangunan atau
pejabat
c) Mengenalpasti prestasi dan tahap keselamatan dan keboleh
percayaan kelengkapan yang ada dalam kilang/loji
 d) Mengekalkan prestasi dan keselamatan operasi
 e) Mengenalpasti tanggungjawap sosial
 4.2 PROSES
*Sesuatu keluaran barang atau perkhidmatan yang
menggunakan pelbagai kaedah. Oleh itu ia memerlukan
kemahiran, pengetahuan dan latihan disemua peringkat bagi
memudahkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
dapat dilakukan. Faktor yang dipertimbangkan dalam membuat
keputusan sebelum proses pengeluaran dijalankan adalah
seperti berikut:
 a) Kapasiti bahan, kemudahan dan kelengkapan yang sedia
ada
 b) Kemahiran yang sedia ada
 c) Bentuk pengeluaran
 d) Susunatur loji dan kelengkapan
 e) Keselamatan
 f) Keperluan penyelenggaraan
 g) Kos yang terlibat
 4.3 PROGRAM
* Aturcara yang diatur oleh pihak pengurusan
dalam menyusun rancangan atau jadual yang
sesuai dengan sumber atau bahan yang
sedia ada untuk mencapai matlamat yang
realistik
 4.4 PERSONEL/PENGURUSAN
KAKITANGAN
* Pengurusan kakitangan yang terlibat dengan
pengeluaran seperti pengurusan gaji, tahap
kemahiran pekerja, motivasi
pekerja,keselamatan, pendidikan, ketepatan
masa kerja dan penyerahan produk yang
telah siap pada masanya dan sebagainya.
BAB 2: KAEDAH PERAMAL
PERMINTAAN
 Definasi Perancangan Pengeluaran
Lompang masa di antara kesedaran tentang
kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa
dengan kejadian sebenar peristiwa tersebut.
Lompang masa ini membolehkan
perancangan pengeluaran dibuat dan
mengambil tindakan yang sewajarnya jika
berlaku peristiwa tanpa diduga
2.1 KAEDAH RAMALAN “D”
 1.0 KAEDAH KUANTITATIF
a) Pendapat eksekutif
b) Cantuman maklumbalas jurujual
c) Kaedah Delphi
d) Penyelidikan pasaran
e) Petujuk ekonomi
2.1 KAEDAH RAMALAN “D”
 2.0 KAEDAH KUANTITATIF
Kaedah analisis Siri Masa
i) Kaedah Naif
ii) Kaedah Purata Bergerak
iii) Kaedah Purata Bergerak dengan
pemberat
iv) Kaedah Pelicinan Eksponen
v) Kaedah Regrasi/Korelasi
BAB 3: PERNCANGAN
KEPERLUAN KAPASITI
 Definasi Kapasiti.

Kapasiti adalah kadar maksimum output atau
hasil dalam suatu system untuk suatu jangkamasa
tertentu. Dalam pengeluaran, kapasiti adalah ukuran
kecekapan pengeluar mencapai permintaan
pelanggan ataupun kecekapan pengeluar
mengeluarkan produk tepat pada masanya.

Ukuran kapasiti yang lebih mudah biasanya
dibentuk berdasarkan kadar seperti bilangan roti
dapat dihasilkan perminggu, perbulan atau setahun.
Ukuran lebih komplek dalam bentuk bilangan buah
kerusi, bilangan pelajar atau saiz perniagaan.
3.1 KAPASITI EFEKTIF
 Ditafsirkan sebagai kapasiti maksimum
sesuatu oranisasi yang dijangka dapat
dicapai
 Formula untuk mengukur Kapasiti Efektif :
Kapisiti Efektif = Kapasiti Ramalan
Kapisiti
3.2 KAPASITI KECEKAPAN
 Kecekapan dalam pengurusan kapasiti
ditakrifkan sebagai ukuran Output Sebenar
per Kapasiti Efektif. Formulanya adalah.

Kecekapan = Output Sebenar

Kapasiti Efektif
 Kapasiti Taksiran ialah ukuran kapasiti
maksimum penggunaan peralatan tertentu
atau secara lebih tepat. Formulanya adalah
 Formula untuk mengukur Kapasiti Taksiran =
Kapasiti x Kapasiti Efektif x Kecekapan
3.3 FAKTOR PENGELUARAN




Tanah – Merujuk kepada kesesuaian untuk pengeluaran
hasil utama contoh hasil pertanian, perlombongan dan
kuari. Ia juga meliputi semua jenis sumber alam semester
sama ada di atas permukaan bumi atau di dalam bumi dan
dasar laut. Contoh tanah tumbuh-tumbuhan, bijih timah
dan petroleum.
Buruh – Merujuk kepada semua tenaga manusia yang
digunakan dalam proses pengeluaran yang merangkumi
sumbangan bercorak mental dan fizikkal Contoh jurutera,
pengurus projek, penyelia kilang, perkerja am dan petani.
Modal – Ia merupakan barang atau kekayaan yang dicipta
dan dibina terlebih dahulu seterusnya digunakan untuk
menghasilkan barangan contohnya jentera bagunan,
mesin dan alat kelengkapan.
Usahawan / Pengusaha – Merujuk kepada kebolehan,
kecekapan dan kemahiran individu dalam memulakan
perniagaan, menyusun faktor pengeluaran, merancang
dan menanggung resiko apa yang berlaku dalam alam
perniagaan.
3.4 FAKTOR PENENTU KEPADA KEPERLUAN
FAKTOR PENGELUARAN
a) Ramalan permintaan
b) Rekabentuk dan keperluan terhadap kuantiti
c) Perubahan kepada formula dan resepi dan
citarasa
d) Perubahan kepada teknologi pengeluaran
e) Kos pengeluaran
3.5 TEORI PENGILIRAN
 PENGENALAN
 Teori ini adalah satu kajian segala aspek mengenai
tabiat ketibaan para pelanggan untuk mendapat
layanan. Apa bila pelanggan yang hadir terlalu ramai
maka akan terbentuk barisan menunggu sebelum
mendapat giliran untuk dilayan.
 Oleh itu fungsi utama teori penggiliran ini adalah
untuk mengimbangi kadar tibaan dengan kadar
layanan agar keuntungan dapat dimaksimumkan.
Kesimbangan ini dapat dilakukan jika mengambil kira
kos, kerawakan ketibaan dan kadar layanan
3.6 KOMPONEN TEORI
PENGILIRAN
 1.0 Kadar ketibaan
 Biasanya menggunakan kaedah taburan
poisson
 Bilangan pelanggan yang tiba dikira dalam
seunit jangka masa dengan menggunakan
symbol λ (Lambda) contoh : λ = 1 Jam
3.6 KOMPONEN TEORI
PENGILIRAN
 2.0 Kadar layanan
 -Iaitu kadar bilangan yang dapat dilayan
dalam satu-satu masa. Menggunakan simbul
μ (mu).
3.7 FORMULA T. PENGILIRAN
 Mengukur Kadar Keupayaan Pusat Layanan
yang digunakan
P=λ
μ
3.7 FORMULA T. PENGILIRAN
 Mengukur kebarangkalian tiada pelanggan
atau perkhidmatan tidak digunakan atau
kebarangkalian seseorang pelanggan tidak
payah menunggu sebelum dilayan.
Formulanya ialah
Po = (1 – P)
Atau
Po = 1 - λ
μ
3.7 FORMULA T. PENGILIRAN
 Min bilangan pelanggan dalam system
termasuk pelanggan yang menunggu dan
dilayan ialah
Ls = λ ÷ μ - λ
FORMULA T. PENGILIRAN
 Min barisan menunggu tidak termasuk
pelanggan yang masih dilayan
2
Ls = λ ÷ μ (μ – λ)
FORMULA T. PENGILIRAN
 Min masa Menunggu pelanggan di barisan
sebelum dilayan
Wq = λ ÷ μ (μ – λ)
FORMULA T. PENGILIRAN
 Min pelanggan dalam masa atau jangkaan
masa menunggu dalam system
Ws = 1 ÷ (μ – λ)
BAB 4: TEKNIK SUSUNATUR
JABATAN DAN LOKASI
 PENYUSUNAN JABATAN
 Berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan
oleh jabatan. Contohnya jika Stor Jabatan
yang melibatkan penyimpanan bahan
makanan sejuk seperti sayuran dan bahan
mudah rosak memerlukan susunan yang
teratur dan tidak berselerak serta mempunyai
ruang pengaliran udara yang baik bagi
menggelakkan daripada bahan yang
disimpan rosak atau busuk.
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR



1.0 Susun Atur Keluaran/Barangan (Product
Layout)
- Penyusunan peralatan mengikut jenis keperluan
sesuatu operasi bagi menyiapkan barangan
disepanjang laluan terutama bagi syarikat yang
mengeluarkan keluaran besar-besaran. Tujuan
susunan ini dibuat supaya ganguan pengeluaran
dapat diminimakan.
- Penyusunan barangan mestilah bermula dengan
penyusunan peralatan yang diperlukan dalam proses
pertama bagi mengeluarkan barangan
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR
 2.0Susun Atur Jenis Proses
 - Iaitu semua kelengkapan dan pekerja yang terlibat dalam
sesuatu proses diletakan dalam sebuah jabatan dan ia hanya
wujud dalam masa-masa tertentu sahaja dengan hasil keluaran
yang kecil.
 - Menyusun segala kemudahan yang mempunyai persamaan
dari segi fungsi di satu-satu tempat. Penyusunan jenis ini juga
dikenali sebagai “Job Shop” atau pengumpulan mengikut
bahagian-bahagian.
 Susunan jenis ini diamalkan apabila barangan atau
perkhidmatan yang hendak dikeluarkan tidak banyak dan
biasanya bukan satu barangan atau perkhidmatan saja yang
dikeluarkan. Contoh sistem ini diamalkan di politeknik, universiti,
kolej, hospital, bank dan perpustakaan.
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR
 3.0 Susun Atur Jenis Kedudukan Tetap

- Susunan jenis ini biasanya memerlukan perkerja, bahan
dan perlatan dibawa ke tempat barangan atau perkhidmatan
yang hendak dikeluarkan. Barangan yang hendak dibuat tidak
akan bergerak dari satu bahagian kebahagian yang lain.

- Susun atur jenis ini digunakan kerana beberapa faktor
 Memang menjadi kemestian membina atau membawa ke
tapak pengeluaran contoh seperti membina bangunan,
jambatan, tangki air dan stadium.
 Barangan yang hendak dibina terlalu besar dan berat dan
sukar dialih. Contoh pembinaan kapal terbang, pembinaan
kapal dan keretapi.
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR




4.0 Susunatur jenis pejabat
Susunan ini berdasarkan kepada kepentingan yang
diletakan pada informasi.
Walaubagaimanapun, di sesetengah persekitaran
pejabat, pengeluaran bergantung kepada aliran
bahan.
- Dengan mengekalkan fleksibeliti susunatur
dalam sesebuah pejabat atau kilang, ia akan kekal
sebagai prinsip penting dalam rekabentuk
susunatur. Adanya kepesatan teknologi
menyebabkan seseorang pengurus harus kreatif
menyusun sesuai dengan tahap pengeluaran bagi
memastikan ruang yang ada tidak akan
mempengaruhi kecekapan kerja
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR



5.0 Susunatur jenis Runcit
- Berdasarkan kepada idea bahawa penjualan dan
keuntungan bervariasi secara langsung dengan pendedahan
kepada pelanggan terhadap sesuatu produk. Secara tidak
langsung pihak pengurus akan cuba menyusun produk dan
mendedahkan kepada orang ramai.
- Oleh itu pengurus operasi boleh mengubah dan menyusun
semula kedai secara menyeluruh dan mengagihkan ruang
untuk menempatkan pelbagai produk dalam persekitaran yang
disediakan. Walaubagaimana pun objektif utama dalam
susunatur runcit adalah untuk memaksimumkan keuntungan
sekaki persegi bagi setiap keluasan lantai yang ada.
4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR



6.0 Susunatur gudang dan stor
- Objektif susunatur ini adalah untuk mencari
perantaraan optimum antara kos dan ruang gudang.
Ini bermakna tugas pihak pengurusan adalah untuk
memaksimakan penggunaan semua ruang di
dalam gudang.
- Satu askpek penting dalam susunatur gudang
ialah perhubungan antara kawasan penerimaan
dengan kawasan pemunggahan. Rekebentuk
haruslah lebih fleksibel kerana ia bergantung
kepada jenis barang yang akan diturunkan daripada
pengangkutan.
4.2 FAKTOR-FAKTOR SUSUN
ATUR
a) Pengawalan peralatan atau bahan
b) Kapasiti dan keperluan ruang
c) Persekitaran kerja
d) Pengaliran maklumat
4.3 FAKTOR PEMILIHAN LOKASI
JABATAN
1. Darjah intergrasi bersama syarikat lain
2.Tenaga buruh yang sesuai dan mencukupi
3. Hampir dengan pasaran
4. Hampir dengan pembekal
5. Bidang utama dengan pengangkutan
6. Terdapat bekalan tenaga
7. Kos tanah, bangunan dan penyelengaraan
8. Keadaan iklim
9. Sekatan Undang-undang
10. Faktor politik
4.4 SISTEM PENGENDALIAN
 a) Sistem Conveyor – Jenis sistem beroda dan laluan
tetap, belt conveyor, spiral chute, troli conveyor dan
sebagainya.Ciri utama dalam penggunaan sistem ini
adalah.
 1. Proses pengeluaran menggunakan kedudukan yang
tetap dan sentiasa bergerak secara sehala bagi proses
penghantaran yang tidak berubah ke terminal akhir seperti
penggunaan sistem beroda yang akan menghantar bahan
pengeluaran terus ke terminal akhir contoh penggunaan di
tempat mengambil bagasi di lapangan terbang.
 2. Penggunaan sistem ini juga memelukan ruangan
yang panjang dan berterusan agar senang untuk
menghantar barang atau perkhidmatan yang telah
ditetapkan secara terus dan tidak memerlukan ramai
pekerja.
4.4 SISTEM PENGENDALIAN
 b). Platform truc, Straddle Carrier dan
sebagainya.Ciri utama dalam penggunaan
sistem ini adalah.
 1. Memerlukan penghantaran dari satu
tempat ke satu tempat dengan kuantiti yang
besar. Contoh penggunaan fork truck bagi
mengangkat kotak-kotak bahan ke tempat
pengoperasian di kilang-kilang
 2. Ia juga digunakan untuk mengangkat
barangan yang berat dan membahaya.
4.4 SISTEM PENGENDALIAN
 c). Sistem Crame dan Tangkal (Hoist) – Jenis
Bridge crame, lif, saluran paip, Jib crane, Chain hoist
dan Crawler crane dan sebagainya
 Ciri utama dalam penggunaan sistem ini adalah.

1.
Digunakan untuk memindahkan dan
mengangkat benda-benda berat dari satu tempat ke
satu tempat. Contoh penggunaan Bridge crame di
pelabuhan-pelabuhan untuk memindahkan kontenakontena yang besar dan berat ke kapal-kapal dan lori

2.
Ianya berkait rapat dengan penggunaan
jentera automotif dan mekanikal
4.5 FAKTOR PEMILIHAN
PENGENDALIAN
 1.





Berdasarkan kepada tempat pengoperasian contoh jika di
kawasan kuari jenis sistem yang sesuai adalah sistem
conveyor dan crane
2. Berdasarkan kepada jenis dan bentuk bahan yang
digunakan semasa proses pengeluaran samada ringan atau
berat
3. Melihat kepada keadaan semasa masalah yang ada
disekitar kilang atau semasa pengoperasian dijalankan
4. Ruang dan kapisiti yang dapat digunakan semasa proses
pengeluaran dan perkhidmatan.
5. Jumlah bahan digunakan atau dibawa keluar atau masuk
dari kilang
6. Jarak bagi peralatan untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.
BAB 5:KUANTITI PESANAN
EKONOMI (EOQ)

i)
ii)
iii)
iv)
v)
Masalah untuk menentukan pesanan
Saiz dan jumlah
Masalah kos
Masalah masa menunggu
Masalah mencari pembekal
Masalah mengawal inventori
5.1 KATEGORI INVENTORI
 I. Inventori bahan mentah
Bahan yang belum diproses tetapi masih dalam keadaan asal contoh
minyak kelapa sawit
 ii. Inventori kerja dalam proses
Bahan mentah yang sedang diproses contoh minyak kelapa sawit
sedang diproses menjadi sabun atau minyak masak
 iii. Inventori pengendalian/pembaikian MRO ( Maintenance, Repair,
Operating supply)
Bahan yang diperlukan untuk memastikan kelancaran pengoperasian
mesin-mesin atau peralatan dan memastikan proses yang produktif
termasuklah bahan yang diperlukan untuk penyelenggaraan,
pembaikan pengoperasian. Semua ini diperlukan kerana kerosakan
dan tahap penyelengaraan setiap mesin dan peralatan yang rosak
tidak diketahui bila akan berlaku.
 iv. Inventori barang siap
Merupakan barang yang telah siap di proses contoh minyak masak
yang diproses telah dibotol dan bersiap sedia untuk dipasarkan.
5.2 SEBAB MASALAH KAWALAN
INVENTORI
 1. Perubahan kepada permintaan pelanggan





Permintaan pelanggan berubah mengikut citarasa oleh itu
menyukarkan penyimpanan inventori di dalam gudang
2. Perubahan kepada tingkat pengeluaran dipusat pengeluaran
Pengeluaran mungkin tidak menepati spesifuikasi pelanggan dan
mungkin kerana kerosakan loji atau kilang menyebabkan sasaran
pengeluaran tidak dapat dilaksanakan
3. Masa menunggu untuk mendapatkan bekalan
Masa yang diperlukan oleh pemborong untuk mendapat pesanan dan
menghantar pesanan daripada pembekal.
4. Turun naik permintaan mengikut musim
Musim mempengaruhi permintaan seperti musim perayaan permintaan
minyak masak meningkat.
5. Diskaun bagi kuantiti yang besar.
Masalah pembelian yang besar memerlukan penjagaan yang teliti
6. Ruang penyimpanan yang terhad
Apabila pembelian dibuat secara pukal atau berlebihan maka ia akan
menyebabkan ruang penyimpanan tidak mencukupi.
5.3 KAEDAH MENGAWAL
INVENTORI
 i. Peringkat memesan semula Kaedah ‘Two Bin Method” atau
kaedah dua tong
Bahan yang disimpan dalam dua tong atau kotak yang
bersebelahan di mana pengambilan stok pada satu kotak dihabiskan
terlebih dahulu. Setelah habis penjual boleh mengambil stok dari kotak
lain dan pada masa yang sama pesanan dibuat untuk kotak atau tong
yang kosong tadi,
 ii. Kajian semula perkalaan/Analisis ABC
Dikenali sebagai prinsip ABC atau Prinsip Pareto. Di mana dalam
kaedah ini pihak pengurusan menentukan inventori kepada tiga
kategori iaitu A, B, C di mana kategori A adalah stok bernilai tinggi, B
ialah stok bernilai sederhana dan C adalah stok bernilai rendah.
 iii. Kawalan inventori berkomputer/Perkhidmatan
Kaedah ini digunakan bagi mengawal inventori dengan komputer.
Contoh penggunaan Bar Cord dipasaraya yang mana kawalan
inventori terus kepada komputer yang dapat dikesan oleh pihak
pengurusan. Pemilihan, melatih dan disipilin pekerja juga harus diambil
kira kerana ia melibatkan inventori di tangan.
5.4 JENIS KAWALAN INVENTORI
 1. Sistem kawalan inventori berperingkat
Dikenali sebagai ‘multi-echelon’kerana stok diedarkan
mengikut peringkat-peringkat tertentu. Dalam sistem ini stok
yang disimpan di dalam gudang pengeluar akan dibeli dan
mendapat diskaun kemudian menjualnya dalam kuantiti yang
kecil kepada peruncit. Seterusnya peruncit menjual barang itu
dalam kuantiti yang diperlukan oleh pengguna.
 2. Sistem inventori asas
Hanya barang siap sahaja dikendalikan, di mana selepas
pembekal membeli bahan mentah daripada punca bekalan
untuk menjadikan barang siap, maka barang siap dijual secara
runcit dan diedarkan kepada pelanggan
5.5 KOS INVENTORI
1. Kos penyimpanan/pegangan
2. Kos memesan
3. Kos penyediaan
5.6 KEBURUKAN STOK
INVENTORI YANG RENDAH
 a) Permintaan pelanggan tidak dapat
dipenuhi dan kehilangan peluang perniagaan
dan mencemarkan imej syarikat
 b) Peningkatan ke atas kos untuk
mengeluarkan sesuatu produk. Antara kos
yang terlibat adalah kos sewa, elektrik dan
pengangkutan.
 c) Peningkatan kos pesanan semula
 d) Pengeluaran akan tergendala akibat
kehabisan stok
5.6 KEBURUKAN STOK
INVENTORI YANG TINGGI
 a) Kos penyimpanan dan kos memegang akan
meningkat
b) Kerugian akan berlaku apabila modal digunakan
untuk menyimpan stok
c) Stok akan lapuk, rosak atau usang
 d) Penurunan harga yang cepat di pasaran kerana
terdapat stok penyimpanan yang tinggi
 e) Jika modal kerja dilaburkan lebih banyak dalam
bentuk inventori maka,tunai di tangan akan
berkurang
5.7 MODELS OF INVENTORY
- There are 3 model in inventory :
a). Economic Ordering Quantity Model ( EOQ )
b). Producting Ordering Quantity Model ( POQ )
c). Quantity Discount Model.
FORMULA FOR EOQ MODEL
DEFINASI
FORMULA
Jumlah kos inventori
(Total Invetory Cost)
TC (Q) = CoD + 1 ChQ
Q 2
Economic Order Quantity –(EOQ)
EOQ = √ 2CoD ÷ Ch
Bilangan pesanan setahun optimum
One year Order optimun
N* = D ÷ Q
(Masa antara pesanan)
(Time Reorder)
T = (Q* ÷ D) x Tahun
Jumlah kos inventori optimum
(Total Cost Inventory Optimum)
TC (Q*) = CoD + 1 ChQ *
Q* 2
= √2CoDCH
Titik pesanan semula
(Reorder Point)
RL = dt
INVENTORY COST FOR QUANTITI DISCOUNTS
MODEL/FORMULA
1. EOQ = √2CoD
Ch
2. TC = CoD + ChQ + PD
Q
2
3. Safety Stock - TC = CoD + [SS +Q ] Ch+ PD
Q
2
 Example
 1. Syarikat telah diberi tawaran pembelian pisang dengan jadual
kuantiti diskaun berdasarkan kepada jadual di bawah.
1 – 11
RM1.99
12 – 49
10%
50 – 499
20%
500++
30%
Syarikat membeli 600 pisang setiap tahun dan setiap kali memesan
pembelian pisang perlu membayar RM16.00 dengan kos menyimpan
adalah sebanyak 22% daripada harga seunit pisang bagi setiap tahun.
Patutkah ia menerima diskaun itu.


Jawapan: EOQ = √2CoD
Ch


EOQ (RM1.79)
= √ 2 (600) (16) = 221 unit ~ tak perlu dah layak RM1.59
(0.22) (1.79)
EOQ (RM1.59)
= √ 2 (600) (16) = 234 unit
(0.22) (1.59)








= √ 2 (600) (16) = 251 unit ~ tak perlu sebab tak layak harga
(0.22) (1.39)
diskaun RM1.39 kena tambah
kepada 500 unit.
Bandingkan Jumlah Kos dan pilih kos yang paling rendah berdasarkan harga diskaun.
EOQ (RM1.39)









TC = CoD + ChQ + PD
Q
2
TC (EOQ:234) = (600) (16) + (234) (0.22) (1.59) + (1.59) (600) = RM1036.00
234
2
TC(EOQ:500) = (600) (16) + (500) (0.22) (1.39) + (1.39) (600) = RM930.00
500
2
Kesimpulan:
Syarikat harus memilih tawaran pada harga RM1.39 sebab kos yang paling rendah RM930.00
 2. Syarikat KKKK memerlukan 1000 unit gerudi elektrik setiap
tahun. Harga setup adalah RM100 seunit. Pihak pengurusan
menganggarkan kos peganggan adalah 40% daripada harga
seunit kos. Harga diskaun yang ditawarkan oleh pembekal
gerudi eletrik ialah RM78.00 bagi memesan kurang daripada
120 unit dan RM50.00 bagi memesan sebanyak 120 atau lebih.
Patutkah ia menerima diskaun itu.


Jawapan:
EOQ = √2CoD
Ch






EOQ (RM78) = √ 2 (1000) (100) = 80 unit ~tak perlu dah layak 80 unit < 120 unit
(0.4) (78)
EOQ (RM50) = √ 2 (1000) (100) =100 unit ~ Tak layak pada RM50 sebab < 120
(0.4) (50)
unit EOQ kena dinaikan kepada 120 unit
Oleh itu perlu memilih EOQ pada 120 unit untuk buat perbandingan kos



TC = CoD + ChQ + PD
Q
2





TC(EOQ : 80) = (1000) (100) + (80) (0.4) (78) + (78) (1000) = RM80498.00
80
2
TC(EOQ : 120) = (1000) (100) + (120) (0..4) (50) + (50) (1000) = RM52033.33
120
2





Keseimpulan:
Syarikat harus memilih tawaran pada harga RM50.00 sebab kos yang paling rendah RM52033.33
THANK
YOU
CHAPTER 6: RESOURSE ACQUISITION AND
OPERATION CONTROL
Introduction to production control or
operation.
Control purpose operation was single control
measure make by repeatedly and operation single
series could start before end different series.
This enables that organization have specific
capacity can be elaborated according to type and
goods total number and service which was issued
by that organization. This factor of production must
be use by effusion by management to enable
organization that satisfy undeceive.
Parties involved in the field operation this is known
as control operation or production




6.1 CONTROL MAIN PURPOSE
OPERATION
 1. Expend and implement procedure to
satisfy real demand for client.
 2. Ensure facility is used efficiently and
effective.
 3. Take action to minimize adverse
production planning impact.
6.2 ASPECT OPERATION
CONTROL.
A) Operational aspects.
Referring to the management – Started Planning,
implementation and monitoring.
 Directive and procedure would be vital to make sure
operation – Smooth and controlled
B) Control Transformation Of Operation
 - Raw material exchange or Component assembly
to the form that the higher or finished good.
 - Transport needed material from place to a place.
 - Gratify need personal to the company or customer.

6.3 ELEMENT NEED TO COMPLETE THE
SYSTEM OPERATIONAL CONTROL







Type information about, quantity and date goods or service
issue show or present.
Allocation made to determine how goods which would be
issued.
Should decide (To the meaning job scheduling) – The Faktor
of Production have done to made the product or goods
Date schedule started and date complete preparation for
activity need.
Truth and directive need would be given to employee
involved in the manufacture.
Progress production would be determine and in report.
Will take action in case real progress and unequal with the
progress that the planned.
6.4 ACTIVITIES FOR FLOW
MATERIAL.
A) Product or Goods Department Control
B) Transport or Traffic Department.
C) Receiving Department
D) Sender Department.
E) Control Inventory Department.
6.5 TRANSFORMATION PROCESS


Transformation Process
Material process from his causes (input) from
an operation to different operation to
converted into final product in the
manufacturing process and further reach to
the customer without delay or unnecessary
6.6 PURCHASING DEPARTMENT:
RESPONSIBILITY
1.
2.
3.
4.
5.
Find, evaluate and expand material
Ensure the good relationship by resource with
quality, payment and refunding.
Find material and product a more favorable that can
be evaluate by company.
Buy goods or material in require company at price
that the best with take into account quantity and
officiate with supplier
The participate in the plan reduce the cost, value
analysis, study trade, market analysis and planning
long-term and company strategy.
6.7 PEMBEKAL
 Individu atau syarikat yang memberikan
perkhidmatan dalam proses mengalirkan
barangan siap atau separuh siap kepada
pengguna.
 Pembekal yang baik dapat membekal tanpa
memberi masalah kepada pengguna kerana
ini melibatkan kos akibat kelewatan
penghantaran. Disamping itu kos-kos dapat
digunakan sebaik mungkin tanpa berlaku
pembaziran.
6.8 BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN
KERJASAMA DENGAN PEMBEKAL
Pengurangan bilangan pembekal
II) Berhati-hati dalam membuat pilihan,
mengawasi dan memberikan sokongan
III) Penglibatan pembekalan pada peringkat
awal
IV) Berkongsi maklumat dan komunikasi yang
lebih cekap
I)
BAB 7: PENJADUALAN PROJEK
 ELEMEN PENJADUALAN PROJEK
1. PERANCANGAN
* Merangkumi aktiviti menentukan objektif
projek. Ia bertujuan untuk memudahkan
pengurus dan pasukan menjalankan suatu
projek. Kadangkala ia berbentuk dokumen
formal yang dikenali sebagai skop projek.
ELEMEN PENJADUALAN PROJEK
2. PENJADUALAN
 *Selepas proses perancangan, proses
penjadualan diperlukan untuk
menganggarkan jangka masa yang
diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti
ELEMEN PENJADUALAN PROJEK
3. PENGAWALAN

i. Memastikan semua aktiviti telah dikenalpasti

ii. Memastikan semua aktiviti dapat disiapkan
dalam masa yang telah ditetapkan

iii. Sumber-sumber yang diperlukan dikenalpasti

iv. Perubahan dalam jadual akan berlaku
sekiranya terdapat sebarang perubahan atau
pembaharuan dalam projek.
7.1 KAEDAH PENJADUALAN
PROJEK
 Terdiri daripada 2 kaedah


PERT ( Program Evaluation And Review
Technique)
CPM – (Critical Path Method) - (Lintasan
Genting)
7.2 ANGGARAN MASA AKTIVITI
KAEDAH PERT
PERT menggunakan 3 anggaran masa aktiviti bagi
setiap aktiviti iaitu:
 a) Masa optimistic ‘a’ – Merupakan pasa yang
paling singkat dalam sesuatu projek dan boleh
disempurnakan jika seluruh proses aktiviti
berjalan lancar.
 b) Masa berkemungkinan ‘m’ – Merupakan
anggaran subjektif bagi masa aktiviti jika aktiviti
diulang banyak kali.
 c) Masa pesimistik ‘b’ = Merupakan masa yang
paling panjang untuk menyempurnakan aktiviti
dengan andaian semua perkara yang dijalankan
adalah tidak benar.
7.3 PERT
 Formula Anggaran Masa Aktiviti:


Petunjuk:

a = Masa optimistic

b = Masa pesimistik

m = Masa Berkemungkinan

t = Anggaran masa

t = a + 4m + b

6
7.4 CPM






Kaedah ini adalah untuk mencari penjadualan yang
terpendek bagi siri aktiviti-aktiviti yang terpendek.
Objektifnya adalah menetukan perkara berikut:
ES = Permulaan terawal (Earliest Start)
LS = Permulaan terlewat (Latest Start)
EF = Tamat terawal (Earliest Finish)
LF = Tamat terlewat (Latest Start)
S = Kelonggaran atau penggunaan lebih masa
atau masa kendur iaitu [LS – ES] atau [LF – EF]
t = Jangkamasa aktiviti
BAB 8: KONSEP PENINGKATAN
KECEKAPAN DAN MUTU
 Carta Proses Aliran Bahan
 Definasi: Penyataan atau persembahan
secara grafik dan berterusan bagi semua
operasi, penyiasatan atau pemeriksaan,
pengangkutan, susunatur kerja, penyimpanan
dan perkara yang boleh ditangguh atau
ditunda semasa operasi atau prosedur yang
ada semasa atau sebelum proses operasi
dijalankan
 CARTA ALIRAN PROSES BURUH
 Definasi

Carta yang menunjukan operasi atau
penyiasatan bagi sebarang aktiviti yang
melibatkan penggunaan buruh, kerja yang
patut dilakukan oleh buruh dan perkara yang
boleh ditangguh dalam proses pengeluaran
syarikat.
8.1 JUST IN TIME
MANUFACTURING (JIT)
Definasi JIT
 Pendekatan bersistematik bagi membangunkan
dan mengendalikan sistem pengilangan yang
bertujuan untuk memastikan kuantiti yang betul
dibeli atau dikeluarkan pada masa yang sesuai
dan tidak ada pembaziran yang berlaku. JIT
merupakan istilah bagi menunjukan satu proses
yang mana ia berupaya untuk bertindak balas
dengan segera terhadap permintaan pelanggan
tanpa menyimpan stok yang berlebihan.






Matlamat JIT
Mencapai tahap ‘zero inventory’
Memenuhi dengan tepat kepeluan
pelanggan
Tanpa pembaziran sumber
Memenuhi dengan serta merta permintaan
pelanggan
Perancangan untuk JIT
Sasaran JIT adalah satu sistem yang mana organisasi akan
memperolehi bahan dan sumber manusia pada masa yang
tepat untuk pengeluaran. Untuk mencapai objektif tersebut ia
memerlukan 6 objektif asas iaitu:
Mengintegrasikan dan mengoptimumkan setiap langkah
dalam proses pengilangan
Menghasilkan keluaran berkualiti
Mengurangkan kos pengilangan
Menghasilkan keluaran dengan segera untuk memenuhi
permintaan
Proses pengilangan yang fleksibel
Komitmen kepada pembekal dan pelanggan








8.2 BENCHMARKING
Definasi
 Menurut David T. Kearns, benchmarkin merupakan
proses berterusan untuk mengenal pasti keluaran,
perkhidmatan dan amalan pesaing yang paling kuat
atau syarikat yang dikenal pasti sebagai ketua
industri
 Menurut Kaiser Assosiates, benchmarking satu
proses menentukan prestasi perniagaan itu sendiri
berbanding syarikat dalam kelas yang terbaik di
mana keputusan ini digunakan sebagai analisis bagi
mencapai atau melebihi prestasi kelas yang terbaik

8.3 TUJUAN BENCHMARKING







Memperbaiki proses atau operasi perniagaan dan
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi
Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi
perniagaan seperti yang diamalkan oleh organisasi yang lain
dan mungkin lebih baik daripada mereka jika boleh
Untuk mendapatkan fokus dan skil kemahiran perniagaan
yang betul melalui pembelajaran amalan yang terbaik yang
diamalkan di organisasi lain
Untuk memperbaiki pencapaian perniagaan atau organisasi
Mewujudkan kesedaran pengguna terhadap organisasi
Menambah kepuasan pengguna ke atas penggunaan
keluaran atau perkhidmatan organisasi
Untuk meningkatkan keuntungan syarikat
8.4 FAEDAH BENCHMARKING








Menetap dan menapis strategi
“Re – Engineering” proses kerja dan sistem
perniagaan
Peningkatan yang berterusan ke atas penentuan
sasaran
Perancangan strategic dan penentuan sasaran
Menyelesaikan masalah
Pendidikan dan pengayaan idea
Perbadingan dan penilaian prestasi
Mempercepatkan perubahan
8.5 JENIS-JENIS BENCHMARKING
 Benchmarking dalaman
 Bechmarking proses
 Benchmarking prestasi atau pesaing
 Benchmarking strategic atau fungsi
8.6 PROSES BENCHMARKING






Menentukan dan memahami proses syarikat
itu sendiri
Mencapai persetujuan mengenai apa dan
siapa yang akan dipelajari
Mengumpul data
Menganalisis data dan menentukan
perbezaan
Merancang dan melaksanakan peningkatan
Penilaian semula
8.7 STRATEGI BENCHMARKING





Mengadakan hubungan baik dengan pakar
perunding pengurusan harta benda
Menggunakan perkhidmatan pihak luar
sebagai penasihat pengurusan
Menggunakan perkhidmatan pihak luar untuk
menguruskan sebahagian kelengkapan atau
peralatan organisasi
Benchmanking terhadap organisasi lain
Program pertukaran pekerja
 PERLAKSANAAN KARNIVAL KOKURIKLUM
AMAT PENTING BAGI MEMUPUK
SEMANGAT KERJASAMA SELARI DENGAN
MATLAMAT DAN VISI POLITEKNIK UNTUK
MELAHIRKAN GRADUAN BUKAN SAJA
MAHIR DALAM BIDANG TAKNIKAL MALAH
MAHIR DALAM BIDANG KOKURIKLUM
SETERUSNYA DAPAT MEMBENTUK
RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI
JATI DIRI DAN PEMBENTUKAN MODAL
INSAN YANG JITU.
Dokumen inovasi dari sudut P&P ini disediakan oleh:
____________________________
(CHE MARZUKI BIN CHE HUSSIN)
Pensyarah
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kota Bharu
Disahkan dan diperakukan oleh:
-------------------------------------------(HJ WAN MOHD NOORDIN BIN WAN OMAR)
Ketua Jabatan
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kota Bharu, Kelantan
Download