Ayat Perintah
• ialah ayat yang
diucapkan untuk
menyuruh
seseorang
melakukan
sesuatu.
Ayat Perintah
• boleh dibahagikan kepada 4 jenis :
- Ayat Suruhan
- Ayat Larangan
- Ayat Silaan
- Ayat Permintaan
Ayat Suruhan
Ayat yang bertujuan untuk
memberikan arahan atau
perintah kepada
seseorang.
Ayat Contoh
Gunakan sapu tangan ini untuk
mengelap tangan kamu.
Ayat Larangan
• ialah ayat yang bertujuan untuk
melarang seseorang daripada
melakukan sesuatu.
• menggunakan perkataan seperti
jangan, usah, tak usah sebelum
kata kerja.
Ayat Contoh
Usah paksa saya ke rumahnya!
Jangan ulangi kesilapan kamu ini!
Ayat Silaan
• ialah ayat yang menggunakan
kata silaan seperti sila ata jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan
menjemput atau mempersilakan
seseorang.
Ayat Contoh
Jemputlah makan kuih ini.
Ayat Permintaan
• ialah ayat yang menggunakan
kata permintaan, seperti minta
dan tolong dengan tujuan
memohon permintaan dan
pertolongan.
Contoh
Tolong ayah cangkul tanah ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH