Ujian Sumatif [ Tatabahasa dan Pemahaman ]
BAHAGIAN A [ 10 markah ]
Soalan 1 hingga 2
1 Air Sungai Senangin sangat ________ dan berlumpur kerana pada malam tadi
hujan turut dengan lebatnya.
A cetek
B keruh
C tenang
D banyak
2 Semua mangsa banjir di Kampung Manek Urai bersyukur kerana ________
menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan.
A dia
B kita
C kami
D mereka
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah
3 Azman ________ beg pakaiannya sewaktu mengharungi banjir.
A mengelek
B menjinjing
1
C menjunjung
D mengendong
Soalan 4 Pilih ayat yang betul.
I Budak lelaki itu hampir-hampir dilanggar kereta tetapi melintas jalan.
II Alia terkejut bila diumumkan sebagai pemenang pertandingan bercerita.
III Saya benar-benar yakin bahawa Amri dan Dani tidak terlibat dalam
pergaduhan itu.
IV Cikgu Hishamuddin menasihati murid-muridnya supaya sentiasa menjaga
kebersihan kawasan sekolah.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Soalan 5 hingga 7
Baca petikan dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tarikh 16 Mei pada setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada
para guru di negara kita. Pada tarikh tersebut, sambutan Hari Guru diadakan
secara besar-besaran di seluruh negara. Sambutan ini diadakan sebagai tanda
menghormati dan menghargai jasa guru yang telah berkhidmat untuk mendidik
anak bangsa.
Pelbagai acara dijalankan bersempena dengan sambutan tersebut. Pada
peringkat sekolah misalnya, acara seperti persembahan pentas dan sukaneka
diadakan. Semua guru serta murid terlibat untuk menjayakan acara tersebut.
Acara sebegini bukan sahaja dapat menimbulkan suasana yang ceria di sekolah
malahan dapat mewujudkan hubungan yang mesra.
Pada peringkat kebangsaan pula, majlis penganugerahan Guru Cemerlang
diadakan. Anugerah Guru Cemerlang diberikan kepada tokoh guru yang telah
banyak berjasa dalam bidang pendidikan di negara kita.
2
Sebenarnya, tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar dan mencurahkan
ilmu kepada murid-muridnya. Tugas guru lebih berat dan besar kerana guru harus
bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan murid-muridnya. Selain
itu, guru harus memelihara hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat juga.
Oleh itu, semua pihak perlulah menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Seluruh anggota masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada guru dalam
usaha melahirkan generasi yang cemerlang dan berakhlak mulia.
5 Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk
A memberikan hadiah kepada guru.
B mengenang dan menghargai bakti guru.
C mengenal pasti dan memilih guru cemerlang.
D mengadakan persembahan pentas yang melibatkan guru.
6 Berdasarkan petikan, acara-acara di bawah ini diadakan bersempena dengan
sambutan Hari Guru, kecuali
A jamuan.
B sukaneka.
C persembahan pentas.
D majlis penganugerahan Guru Cemerlang.
7 Maksud rangkai kata mencurahkan ilmu dalam petikan ialah
A memberikan ganjaran.
B berkongsi pengalaman.
C mendapatkan pengajaran.
D memberikan pengetahuan.
3
Soalan 8 hingga 10
Baca gambar dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya
8. Bagaimanakah kita boleh menunjukkan sahsiah baik ?
a bersukan
b bersopan
c bijak belajar
d mendapat keputusan baik
9. Pada pendapat anda , kenapakah kita mesti melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum ?
I mendapat badan sihat
II mengisi masa lapang
III belajar kemahiran baharu
IV tidak dihina oleh orang lain
4
a I ,II
b I, II, III
c I,IV
d I,II, III,IV
10. Yang manakah bukan cara menjadi murid cemerlang ?
a belajar bersungguh-sungguh
b menghormati guru
c menyertai kegiatan kokurikulum
d tidak perlu membuat kerja rumah
SISTEM BAHASA [ SINTAKSIS ]
Bahagain B [ 10 Markah ] [ Item Subjektif Respons Terbuka ]
Soalan 11 dan 13
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Sebelum berbelanja untuk membeli sesuatu barang keperluan, pengguna
hendaklah memikirkan barang yang wajar dibeli lebih dahulu. Perancangan
sebelum membeli-belah dapat mengelakkan wang dibelanjakan tanpa kawalan.
Pengguna hendaklah menentukan barang keperluan dapur yang perlu diutamakan.
Hindarilah membeli barang-barang basah dalam jumlah yang banyak. Hal ini
demikian kerana jika barang tersebut rosak sebelum sempat dihabiskan, hal ini
merupakan kerugian dan pembaziran wang pengguna.
Amalan makan di luar perlu dikurangkan. Hal ini demikian kerana bayaran
yang akan dikenakan mungkin lebih tinggi daripada modal yang perlu dikeluarkan
untuk membeli bahan-bahan mentah tadi. Pengguna wajar menyedari bahawa
makan di rumah yang dimasak sendiri bukan sahaja menjimatkan wang malah
terjamin daripada soal-soal kebersihan, kualiti bahan yang digunakan, penggunaan
perasa yang berlebihan, dan sebagainya.
5
11. Apakah cara kita berjimat semasa membeli sesuatu barangan ?
[1 markah]
12. Berdasarkan petikan di atas, kenapakah kita tidak digalakkan makan di luar ?
[1 markah]
13 . Pengguna hendaklah menentukan barang keperluan dapur yang perlu
diutamakan. [ ayat aktif ]
Berdasarkan ayat di atas, tulis ayat pasif bagi ayat ini ?
[ 1 markah ]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. “ Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum,” kata Ismail.
A. Ismail menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana kecemerlangannya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
B. Ismail menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana kecemerlangannya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
C. Ismail mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
D. Ismail memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana
kecemerlangnnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
[1 markah]
6
15. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.
[ 1 markah ]
Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat anda berdasarkan
situasi dan maklumat tersebut
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan
ayat yang lengkap. Jawapan anda tidak melebihi 30 patah perkataan.
7
Pada pendapat anda, apakah kepentingan bersenam kepada kita
Tulis jawapan anda itu selengkapnya pada ruang yang disediakan
[ 5 markah ]
Penulisan [ Rumusan / Pendapat ]
Bahagian C [ 10 markah ]
Soalan 17
Grafik di bawah menunjukkan maklumat kepentingan minum air .
Tulis rumusan kamu tentang kepentingan minum air kepada kita.
Jawapan rumusan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan
8
Mencantikkan kulit
Membantu proses metabolisme
Mengurangkan berat badan
Bahagian D [ 20 Markah ]
Penulisan [ Menulis Karangan ]
Soalan 18
Teliti bahan grafik yang telah disediakan di bawah ini. Kemudian tulis karangan
berdasarkan bahan grafik tersebut.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50-80 patah perkataan
Gaya hidup sihat dianggap sangat penting . Berdasarkan gambar di atas, tulis
satu karangan tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat .
9