BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 1 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA JAWAPAN BHG.1 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional.Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama penglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermani lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermani banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” Menurut penceritanya, ada satu kisah yang berkaitan dengan Raja Siam. Dari zaman dahulu, negeri Siam dipanggil orang sebagai Syahrunnuwi dan semua raja di timur di bawah kuasa Siam. Nama raja Siam ialah Bubunnya. Setelah Siam mengetahui Melaka merupakan negeri besar yang tidak di bawah kuasanya, Paduka Bubunnya telah menitahkan utusan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Muzaffar tidak mahu di bawah kuasa Siam. Raja Siam sangat marah lalu menyuruh persediaan/kelengkapan dilakukan untuk menyerang Melaka. Panglima tenteranya ialah Awi Cakri dan dia membawa rakyat Siam yang tidak terkira banyaknya. Sultan Muzaffar Syah telah dipersembahkan oleh orang ke bawah Duli bahawa Raja Siam menitahkan hulubalang yang bernama Awi Cakri untuk membawa rakyat Siam yang sangat banyak berjalan melalui jalan darat ke hulu Pahang. Setelah mendengar khabar itu, Sultan Muzaffar Syah telah menyuruh rakyat dari semua jajahan untuk berkumpul di Melaka. Bagi Tun Perak, beliau membawa orang Kelang ke Melaka bersama dengan anak isteri mereka. Orang Kelang datang untuk bersembah kepada Sultan, “Ya, tuanku, bagi semua jajahan yang lain hanya lelaki yang menghadap tuanku, tetapi patik semua dibawa oleh Tun Perak bersama dengan isteri sekali,” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 2 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA JAWAPAN BHG.2 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, dimana tuan hamba tahu? Seri Amerta itu orang berasal dari Pasai, iaitu tanah Samudera. Oleh sebab dia cerdik dan pandai berkata-kata, baginda menjadikannya sebagai bentara dengan gelaran Seri Amerta. Baginda telah membuat satu bangku tebal, iaitu diletakkan di bawah tempat duduk baginda dan di sana, dia memikul sebilah pedang dan menyampaikan sebarang titah raja/baginda. Seterusnya, pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap raja dan dia duduk di tanah bersama-sama orang ramai. Bentara yang bergelar Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua orang Kelang ini menghadap baginda untuk mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Orang dari jajahan yang lain hanya lelaki yang menghadap raja, tetapi bagi orang Kelang, Tun Perak telah membawa mereka bersama dengan isteri. Mengapakah tuan berbuat/bertindak demikan?” Tun Perak tidak menjawab pertanyaan itu. / Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Tun Perak Seri Amerta telah bertanya sekali lagi tetapi masih tidak dijawab oleh Tun Perak. Setelah tiga kali ditanya oleh Seri Amerta, Tun Perak telah berkata, “hai Seri Amerta, tuan hamba hendak menjaga dan memelihara pedang yang sebilah itu baik-baik supaya pedang itu tidak berkarat dan matanya tidak menjadi tumpul. Dari segi cara kami bekerja, bagaimanakah tuan hamba tahu? BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 3 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.3 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkan pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurangkurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.” Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka Baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.” Sekarang sultan berada di negeri Melaka dengan pemaisuri dan putera puteri serta semua kelengkapan. Pada pendapat tuan, bagi kami sekalian dari Selat Kelang yang begitu jauh, adakah patut yang lelaki sahaja datang? Jika sesuatu terjadi pada negeri Melaka, apakah kesannya pada kami? Oleh sebab itu, saya membawa semua orang Kelang dengan anak isteri mereka sekali. Mereka pasti akan berperang dengan musuh secara bersungguh-sungguh. Jika mereka kurang berlawan untuk sultan, mereka akan berlawan dengan lebih bersungguh-sungguh untuk anak isteri mereka.” kata-kata Tun Perak itu semuanya telah dipersembahkan oleh Seri Amerta kepada ke bawah Duli yang Dipertuan / Sultan. Baginda tersenyum sambil bertitah, “Benar sekali kata Tun Perak itu.” Baginda mengambil sirih dari tepak sirih(puan) dan menyuruh supaya diberikan kepada Tun Perak. Baginda bertitah kepada Tun Perak, “ Bahawa Tun Perak tidak patut tinggal di Kelang lagi, sebaliknya Tun Perak patut tinggal di Melaka.” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 4 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.4 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Hatta, maka orang Siam pun datanglah, Selepas itu, orang-orang/tentera Siam lalu perang dengan orang Melaka. datang lalu berperang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka Setelah satu tempoh berperang, banyaklah rakyat Siam yang mati, banyak rakyat/tentera Siam mati Melaka tiada alah. tetapi Melaka masih belum/tidak kalah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, Oleh itu, rakyat Siam kembali ke Siam seraya ia pulang segala rotan ikat barang- dan semasa dalam perjalanan pulang, barangnya semuanya dicampakkannya di tentera Siam telah membuang semua hulu Muar. rotan pengikat barang-barang di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah Rotan itu tumbuh dan dinamai orang dinamai orang Rotan Siam, manakala sebagai Rotan Siam. Sementara itu, pasungan kayu ara pun tumbuh juga, pasungan kayu ara juga tumbuh. datang sekarang di hulu Muar jua, dan Tumang Siam, iaitu tempat bertanak tumang Siam tempat bertanak itu pun itu /dapur juga tumbuh dan sehingga tumbuh juga, datang sekarang. sekarang masih terdapat di hulu Muar. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka Setelah rakyat Siam pulang, orang segala orang teluk rantau pun kembalilah dari semua jajahan juga balik ke masing-masing ke tempatnya. tempat masing-masing. Maka Tun Perak tiada diberi baginda Tun Perak tidak diberikan kebenaran pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, untuk pulang ke Kelang oleh baginda, dijadikan baginda bentara. sebaliknya beliau tinggal di Melaka dan dijadikan bentara oleh baginda. Maka ada seorang Kelang mengatakan Ada seorang penduduk Kelang dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. mendakwa dirinya telah dianiaya sedikit oleh Tun Perak. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli Dia telah mengadu hal itu kepada baginda. baginda/sultan. Maka baginda memberi titah kepada Baginda telah menitahkan bentara bentara Seri Amerta, menyuruh berkata Seri Amerta untuk bertanyakan hal kepada Tun Perak. itu kepada Tun Perak. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 5 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.5 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, yang Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?” Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkatakata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencercakan hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimanakah hamba hendak dicerca?” Tun Perak datang untuk menghadap baginda/sultan. Setelah itu, Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Orang Tun Perak ini telah membuat aduan kepada baginda/sultan bahawa dirinya telah dianiayai oleh Tun Perak. Mengapakah tuan berbuat demikian? Tun Perak berdiam tanpa menjawab pertanyaan Seri Amerta itu. Setelah Seri Ameta bertanya sebanyak tiga kali, barulah Tun Perak membalas, katanya, “Tuan Seri Amerta, tuan dijadikan Bentara oleh Yang Dipertuan dan dianugerahi sebilah pedang. Tuan hendak memelihara pedang itu dengan baikbaik serta berusaha untuk mengelakkan pedang itu berkarat dan menjadi tumpul. Bagaimanakah tuan hamba tahu akan cara kami mentadbir negeri kami? / Dari segi cara kami mentadbir negeri, bagaimanakah tuan hamba tahu? Jika negeri kami sebesar tempurung, negeri itu negeri kami dan kami tadbirkan dengan baik kerana Yang Dipertuan tahu akan kelebihan kami dan bukannya kelemahan. Walau bagaimanapun, jika Duli Yang Dipertuan hendak menghakimi saya kerana tuduhan orang tersebut, hamba perlu dilucutkan jawatan dahulu supaya hamba dapat dihakimi dengannya. Jika hamba belum dipecat, bagaimanakah hamba hendak dihakimi? BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 6 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.6 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya. Sultan Muzaffar Syah telah berkenan setelah mendengar kata-kata Tun Perak. Dalam hati baginda, “Tun Perak tidak patut menjadi bentara lagi, sebaliknya patut menjadi Perdana Menteri.” Baginda mengelar Tun Perak Paduka Raja dan menyuruhnya duduk di balairung seri setaraf dengan Seri Nara Diraja. Paduka Raja telah naik untuk duduk berdekatan dengan Seri Nara Diraja di balairung seri, manakala Seri Nara Diraja telah beralih ke tengah balai. Kemudian, Seri Nara Diraja telah beralih ke sebelah kanan. Oleh itu, Paduka Raja duduk di tempat bendahara. Seri Nara Diraja sudah tua tetapi tidak mempunyai anak lelaki dengan isterinya. Isterinya ialah anak bendahara Seri Amar Diraja. Anak perempuan mereka bernama Tun Putih dan diperisteri oleh Raja Abdullah. Seri Nara Diraja mempunyai seorang anak lelaki dengan gundiknya yang diberi nama Tun Nina Madi tetapi tidak diiktiraf olehnya kerana dia takut kepada isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, Apabila Tun Nina Madi sudah dewasa dan beranak bercucu. mempunyai anak dan cucu, Maka isteri Seri Nara Diraja pun isteri Seri Nara Diraja telah mati. matilah. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 7 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.7 HALAMAN 31 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang ramai. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.” Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; Beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Pada/ada suatu peristiwa orang ramai menghadap Seri Nara Diraja di balai. Tun Nina Madi telah berlalu dan Seri Nara Diraja telah menyuruhnya naik serta duduk di sisinya. Seri Nara Diraja telah bertanya kepada semua orang yang duduk di situ, “Tahukah anda semua bahawa dia anak hamba?” Semua orang itu telah menyembah, “Kami semua tahu dan oleh sebab tuanku tidak mengaku, kami semua takut untuk mengatakan bahawa dia anak tuanku.” Seri Nara Diraja tersenyum. Sultan Muzaffar telah menganugerahkan gelaran Tun Bijaya Maha Menteri kepada Tun Nina Madi. Tun Nina Madi telah digelar sebagai Tun Bijaya Maha Menteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, orang-orang Melayu telah berpecah-belah, iaitu sesetengah memihak kepada Paduka Raja, manakala sesetengah lagi memihak kepada Seri Nara Diraja kerana kedua-dua mereka ialah orang berketurunan orang besar. Seri Nara Diraja tidak bermuafakat/bersefahaman dengan Paduka Raja dan mereka sentiasa/sering bertengkar/berbalah. Mereka bertengkar beberapa kali apabila bertemu di kampung Seri Nara Diraja. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 8 ANTOLOGI SEJADAH RINDU - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG.8, HALAMAN 31 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.” Hatta maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.” Sultan Muzaffar Syah telah mengetahui perkara itu dan baginda sangat dukacita apabila melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Baginda berfikir dalam hati, “jika demikian, negeri ini akan hancur kerana kedua-dua orang besar ini tiada persefahaman. Kemudian, baginda berfikir dan berikhtiar hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Baginda telah menyuruh untuk memanggil Seri Nara Diraja dan dia telah hadir. Sultan Muzaffar Syah bertitah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Seri Nara bersembah, “Jika ada kurnia Duli Yang Dipertuan, Seri Nara/patik bersetuju, tuanku.” Baginda bertitah, “Mahukah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Bulan, iaitu anak Orang Kaya Hitam?” Seri Nara bersembah, “Maafkan patik, tuanku.” Baginda bertitah, “Mahukah Seri Nara berkahwin dengan Tun Rakna Sandari, iaitu saudara Paduka Raja itu?” Seri Nara bersembah, “Maafkan patik, tuanku.” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 9 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – JAWAPAN BHG. 9 Halaman 33 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?” Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.” Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu dipersiterikan Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi mata juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimanakah maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Baginda bertitah, “Mahukah Seri Nara berkahwin dengan Tun Kanaka, iaitu saudara Bendahara Seri Wak Raja?” Seri Nara bersembah, “Maafkan patik, tuanku.” Beberapa orang anak pembesar telah ditanyakan oleh Sultan tetapi tidak dipersetuju oleh Seri Nara Diraja. Sultan bertitah, “Mahukah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja, suadara Paduka Raja?” Seri Nara bersembah, “Daulat, tuanku.” Bagi Tun Kudu yang telah diperisterikan oleh Duli Yang Dipertuan, wajahnya sangat elok tetapi matanya sedikit juling. Setelah mendengar sembah Seri Nara Diraja sedemikian, baginda telah menyampaikan talak terhadap Tun Kudu dengan serta-merta. Tun Kudu telah dihantar ke rumah Paduka Raja. Baginda juga memberi perbelanjaan serta menyuruh Tuk Kudu untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja. Semua anak buah Seri Nara Diraja telah bertanya, “Bagaimanakah datuk hendak beristeri muda kerana datuk sudah tua dan bulu mata telah bertemu dengan bulu kening?” Seri Nara Diraja telah berkata,” Bagaimanakah kamu semua tahu? Jika sedemikian, cula/azimat yang dibeli oleh bapaku dengan sekati emas di benua Keling itu akan menjadi sia-sia.” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 10 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.10, halaman 33 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam tiga buah negeri itu, ada tiga orang yang bijaksana; Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Padaku Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Setelah sudah lepas tiga kali haid, Seri Nara Diraja telah bernikah dengan Tun Kudu. Selepas itu, Seri Nara Diraja telah bermuafakat dengan Paduka Raja dan mereka saling berkasihan serta menjadi seperti saudara sejalan. Seri Nara Diraja telah bersembah kepada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, Paduka Raja lebih baik dijadikan bendahara kerana dia anak kepada bendahara.” Baginda bertitah, “Baik.” Paduka Raja telah dijadikan bendahara. Setelah itu, bendahara Paduka Diraja dikatakan orang yang bijaksana kerana pada masa itu, terdapat tiga buah negeri yang setaraf kekuasaannya, iaitu Majapahit, Pasai dan Melaka. Ketiga-tiga buah negeri itu mempunyai tiga orang yang yang bijaksana, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang kaya Kanayan di Pasai serta Bendahara Paduka Raja di Melaka dan Seri Nara Diraja telah dijadikan penghulu bendahari. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD (11) ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.11 Halaman 34 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Hatta berapa lamanya maka datang Selepas beberapa lama, askar-askar pula Siam menyerang Melaka. Siam telah datang untuk menyerang Melaka. Awi Dicu nama panglimanya. Nama panglimanya ialah Awi Dicu. Maka kedengaran khabarnya ke Apabila berita sampai di Melaka, orang Melaka; maka disembahkan orang ramai telah menyembahkan berita itu kepada Sultan. kepada Sultan. ATAU Apabila berita sampai di Melaka, berita itu telah dipersembahkan oleh orang ramai kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Baginda telah menitahkan Bendahara Bendahara Paduka Raja berlengkap Paduka supaya bersedia dengan akan mengeluari orang Siam. kelengkapan untuk menghalau orangorang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang Seri Bija Diraja dan semua hulubalang sekaliannya dititahkan baginda telah dititahkan oleh baginda untuk mengiringkan Bendahara Paduka Raja mengiringi Bendahara Paduka Raja. itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Seri Bija Diraja memang asalnya orang Melayu, Tun Hamzah namanya, Melayu dan namanya ialah Tun asalnya daripada Muntah Lembu; ialah Hamzah. Beliau berasal dari Muntah dipanggil orang Datuk Bongkok. Lembu dan dipanggil orang sebagai Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok Apabila beliau berjalan atau semasa ia. duduk, dia berkeadaan bongkok. Oleh sebab sangat gagah berani ia Oleh sebab beliau sangat gagah berani, menjadi hulubalang besar, duduk di beliau menjadi ketua hulubalang dan atas segala hulubalang kedudukannya berada di atas semua hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Apabila semua kelengkapan sudah Paduka Raja pun pergilah mengeluari bersedia, Bendahara Paduka Raja telah Siam itu, Bersama-sama dengan Seri bertolak bersama dengan Seri Bija Bija Diraja, dengan segala hulubalang Diraja dan banyak/semua hulubalang banyak. untuk menghalau orang-orang Siam. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Orang Siam telah hampir sampai di Pahat. Batu Pahat. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 12 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA BHG.12, HALAMAN 35 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka ada seorang anak Seri Bija Seri Bija Diraja mempunyai seorang Diraja, Tun Umar Namanya, terlalu anak yang bernama Tun Umar. Tun berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Umar sangat berani dan berkelakuan gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Bendahara telah menyuruh Tun Umar Paduka Raja suluh perahu Siam itu. untuk mengintip/mencari rahsia/menyuluh perahu Siam. Maka Tun Umar pun pergilah dengan Tun Umar telah pergi dengan sebuah sebuah perahunya olang-oleng. perahu secara berolang-aling. Telah bertemu dengan perahu Siam Apabila bertemu dengan banyak perahu yang banyak itu, maka dilanggarnya Siam, Tun Umar telah melanggar dua sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, tiga buah perahu Siam lalu terbalik. lalu ia terus ke sebelah; maka ia Kemudian, Tun Umar terus ke bahagian berbalik, dilanggarnya pula yang lain, yang lain dan melanggar dua tiga buah itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. perahu Siam lalu terbalik. Maka Tun Umar pun kembalilah. Selepas itu, Tun Umar telah balik/kembali. Maka orang Siam terlalu hairan Orang Siam terlalu hairan apabila melihat kelakukan Tun Umar itu. melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun Setelah waktu malam, Awi Dicu telah datanglah. datang. Maka oleh Bendahara Paduka Raja Bendahara Paduka Raja menyuruh segala pohon kayu bakau dan nyirih semua pohon kayu bakau, nyirih dan dan tumpu api-api itu sekaliannya tumpu api-api itu ditambati/dikat disuruhnya tambati puntung api. dengan putung api. Telah dipandang oleh orang Siam api Apabila orang Siam memandang api tiada terbilang lagi banyaknya, maka yang tidak dapat dibilang banyaknya, kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak hulubalang berkata, “kelengkapan kelengkapan perahu Melaka ini, tiada perahu Melaka terlalu banyak sehingga terbilang lagi. tidak dapat dikira lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Jika mereka datang menyerang, apakah yang terjadi kepada kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi Sedangkan sebuah perahunya yang tiada terlawan oleh kita.” datang tadi sudah tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “Benarlah kata Awi Dicu telah berkata, “Kata kamu itu kamu itu; marilah kita kembali benar dan mari kita pulang sebelum sementara belum siang lagi.” hari siang.” Maka segala orang Siam kembalilah. BAHASA MELAYU SPM 2023 pun Semua orang Siam telah kembali ke negara mereka. LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 13 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.13, halaman 36 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun Kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersamasama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya. Adapun segala orang Siam yang Kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” Orang Siam yang membina perigi yang berada di Batu Pahat itu. Bendahara Paduka Raja telah mengikut orang Siam sampai di Singapura. Bendahara telah balik ke Melaka untuk menghadap Sultan Muzaffar Syah. Semua hal kejadian yang berlaku telah dipersembahkan oleh bendahara kepada Sultan. Baginda sangat gembira. Baginda telah memberikan persalinan/pakaian kepada Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia serta menganugerahkan pakaian kepada semua hulubalang yang terlibat mengikut kadarnya masing-masing. Apabila semua orang Siam sudah pulang dan telah sampai di benua Siam, Awi Dicu telah datang untuk menghadap Bubunnya. Paduka Bubunnya terlalu marah. Paduka Bubunnya hendak sendiri berangkat untuk menyerang Melaka. Salah seorang anak Paduka Bubunnya bernama Cau Pandan. Cau Pandan bercakap kepada Bubunnya bahawa dia hendak menyerang Melaka dan sembahnya, “Duli Pra Cau, persiapkan patik dengan kelengkapan perang dan patik akan mengalahkan Melaka.” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 14 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.14 Halaman 36 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.” Paduka bubunnya sangat gembira setelah mendengar sembah Cau Pandan itu. Baginda telah menyuruh untuk melengkapkan lapan ratus buah Pra Kelong dan perahu-perahu kecil yang tidak dapat dikira bilangannya serta sekadar menantikan pertukaran musim lagi untuk bertolak. Berita sampai di Melaka, iaitu anak Bubunnya Cau Pandan telah/akan dititahkan untuk menyerang Melaka. Ada seorang hamba Allah yang tinggal di Melaka dan dia berbangsa Arab serta dipanggil orang dengan nama Sidi Arab. Tuan Sidi Arab sentiasa bermain dengan panah askarnya seperti keadaan orang yang berzikir. Panah itu akan dibawa bersamasamanya walau ke mana-mana tempat dia pergi. Pada Ketika berita itu sampai, Tuan Sidi Arab ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Apabila/setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan datang ke Melaka, tuan Sidi Arab telah berdiri di hadapan baginda. Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke arah benua Siam. Sambil menarik panahnya itu, Tuan Sidi Arab telah berkata, “Mati engkau, Cau Pandan.” BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 15 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.15 Halaman 36 & 37 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.” Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itu diperbuatkan orang nyanyi: Cau Pandan anak bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata. Syahadan. kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Sultan Muzaffar Syah tersenyum dan bertitah kepada Sidi Arab, “Jika Cau Pandan benar-benar mati, tuan benarbenar mulia.” Cau Pandan yang masih berada di benua Siam itu berasa dadanya seperti dipanah, sakit, dan muntah darah lalu mati. Oleh sebab Cau Pandan itu mati, Siam tidak jadi untuk menyerang Melaka. Orang telah memperbuat hal itu untuk bernyanyi: Cau Pandan ialah anak bubunnya, Hendak menyerang Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung/dipenuhi/dibasahi si air mata. Selepas itu, berita Cau Pandan sudah mati telah tersebar di Melaka. Cau Pandan muntah darah dan dadanya seperti dipanah. Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar berita itu, baginda telah bertitah, “Sesungguhnya Tuan Sidi Arab ini hamba Allah yang mulia.” Baginda telah menyampaikan beberapa pujian kepada Sidi Arab dan menyampaikan anugerah kepada Tuan Sidi Arab atas jasanya itu. BAHASA MELAYU SPM 2023 LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD 16 ANTOLOGI SEJADAH RINDU – BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA – BHG.16, halaman 38 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa moden dan prosa tradisional. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan Arahan soalan Tukar Bahasa Melayu klasik yang berikut kepada Bahasa Melayu standard Setelah empat puluh dua tahu lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Setelah empat puluh dua tahun memerintah, Sultan Muzaffah Syah telah mangkat. Anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah telah menaiki takhta dan menggantikan tempat ayahanda baginda dengan gelaran Sultan Mansur Syah, umur baginda ketika menaiki takhta kerajaan ialah dua puluh tujuh tahun. Baginda berkahwin dengan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Putih Nur Pualam dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal bersama dengan seorang gundik baginda. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu Sultan Mansur Syah mempunyai paras baik parasnya, serta dengan adilnya rupa/wajah yang baik, bersikap adil dan lagi pemurah; murah hati. Seorang pun raja-raja di dalam alam ini Pada zaman itu, tiada seorang raja di tiada sepertinya pada zaman itu. alam ini yang seperti baginda. BAHASA MELAYU STANDARD TAMAT
0
You can add this document to your study collection(s)
Sign in Available only to authorized usersYou can add this document to your saved list
Sign in Available only to authorized users(For complaints, use another form )