Sila beri pandangan ringkas (Bias dan Prejudice) anda. Respon anda tidak perlu
melebihi separuh mukasurat bertaip.
Pada pemahaman saya, bias adalah penilaian yang dibuat untuk orang lain tanpa
mempunyai bukti yang kukuh dan semata-mata daripada padangan serta pemikiran peribadi
(stereotaip), berbanding prejudis pula adalah perasaan curiga yang wujud daripada pengalaman
hidup yang pernah dilalui oleh seseorang individu. Dari pengalaman pahit yang pernah
dihadapi oleh seseorang indidivu menjadikan bias dan prejudis terhasil dan berupaya
mempengaruhi cara dalam menilai dan melayani orang lain dengan tidak adil. Ini menjadikan
interaksi sosial terganggu dan boleh membawa kepada ketidaksefahaman, diskriminasi serta
ketegangan dalam masyarakat. Sebagai contoh di Malaysia, isu bias dan prejudis sering
dikaitkan antara bangsa melayu, cina dan india akibat daripada isu sensitiviti keagamaan,
tingkahlaku dan perbezaan pandangan politik serta ekonomi. Ini dapat mencetuskan konflik
antara kaum yang berterusan, terutama apabila persepsi negatif diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain tanpa usaha untuk memahami dan menyelesaikan realiti yang sebenar.
Sebagai contoh, pengalaman saya sendiri, ada kalanya saya akan bias pada bangsa india yang
tidak rasional dalam pemanduan dijalan raya. Di kawasan perumahan saya, bangsa ini akan
meletakan kereta sehingga dapat mengganggu lalu lintas dan menjadikan jalan tersebut
semakin sesak. Ini menyebabkan saya secara tidak sedar mewujudkan persepsi negatif seperti
menggunakan perkataan “hmm, kerling ni” pada situasi tersebut. Saya tahu bentuk bias dan
prejudis tidak sepatutnya digeneralisasikan kepada keseluruhan kaum. Ini kerana terdapat
individu pada kaum tersebut mempunyai sikap yang bertanggungjawab, berhemah dalam
pemanduan, dan menunjukkan tingkah laku yang lebih baik. Justeru itu, bias dan prejudis ini
seharusnya perlu dikawal dengan pemikiran yang rasional supaya kita dapat menjalani
kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ini kerana setiap individu adalah berbeza dan tidak
boleh dihakimi berdasarkan latar belakang kaum semata-mata bagi mengelakkan berlakunya
salah faham, diskriminasi serta ketegangan dalam masyarakat yang berupaya menjejaskan
keamanan dalam negara Malaysia.