PENTAKSIRAN BILIK DARJAH : 6.4 PENGIRAAN KOS TENAGA ELEKTRIK
1. (a)
Nyatakan maksud kecekapan tenaga. (TP1)
Kecekapan tenaga merujuk penggunaan tenaga yang cermat, berhemah dan bijaksana.
(b)
Rajah di bawah menunjukkan sejenis label yang ditampal pada sesetengah peralatan
elektrik
(i)
Namakan jabatan yang bertanggungjawab mengeluarkan label tersebut. (TP1)
Suruhanjaya Tenaga.
(ii)
Pada pandangan anda, apakah tujuan label cekap tenaga ini diperkenalkan? (TP2)
Memberi maklumat yang lebih terperinci bagi membantu pengguna memilih barang
elektrik yang cekap tenaga.
(iii)
Nyatakan satu peralatan elektrik yang mempunyai label di atas.
Televisyen, Peti sejuk, Kipas angin. (Terima mana-mana jawapan yang betul)
(c)
Berikut adalah pernyataan yang berkaitan dengan kecekapan tenaga, tulis ‘BENAR’
pada pernyataan betul dan ‘PALSU’ pada pernyataan yang salah. (TP2)
Pernyataan
BENAR/ PALSU
(i)
Konsep kecekapan tenaga hanya sesuai diaplikasi di premis komersial
sahaja
PALSU
(ii)
Penggunaan tenaga yang cekap dapat menjimatkan tenaga dan wang
BENAR
(iii)
Teknologi kecekapan tenaga akan menyebabkan pencemaran bunyi
dan terma
PALSU
(iv)
Kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui aplikasi kecekapan
tenaga
BENAR
2
Nyatakan teknologi berkonsepkan kecekapan tenaga dalam gambar di bawah. (TP3)
Menjana tenaga
menggunakan panel
suria
Penggunaan lampu
berpendarfluor
Penggunaan kereta
elektrik
3.
Rajah di bawah menunjukkan periuk nasi elektrik dengan label penggunaan tenaga. (TP3)
KBAT Mengaplikasi
a.
(i)
Hitungkan arus yang mengalir melalui periuk nasi tersebut
Arus elektrik (A) = Kuasa (W)
Voltan (V)
= 910 W
220 V
= 4.14 A
(ii)
Sekiranya periuk ini mengambil masa 30 minit untuk memasak nasi, hitungkan jumlah
tenaga elektrik yang digunakan.
Tenaga yang digunakan (J) = Kuasa (W) Masa penggunaan (s)
= 910W x 30min x 60s
= 1638kJ
4.
Jadual di bawah menunjukkan penggunaan beberapa alat elektrik setiap hari di rumah Encik
Rahim. Hitung penggunaan tenaga bagi setiap peralatan dalam jadual. Tunjukkan langkah
pengiraan anda. (TP3)
Peralatan elektrik
Bilangan
Kuasa
Masa penggunaan
setiap hari (j)
Peti sejuk
1
100
24
=1 x 0.1kW x 24j
=2.4kWj
Pendingin udara
2
2000
8
=2 x 2kW x 8j
=32kWj
Mentol filamen
5
60
6
= 5 x 0.06lW x 6j
= 1.8kWj
Televisyen
1
100
6
= 1 x 0.1kW x 6j
= 0.6 kWj
Seterika
1
1200
1
= 1 x 1.2kW x 1j
= 1.2kWj
(b)
Penggunaan tenaga
(kWj)
Hitung jumlah kos penggunaan elektrik yang perlu dibayar oleh Encik Rahim dalam bulan April
bagi kesemua alat elektrik tersebut berdasarkan kadar tarif berikut. (TP4) KBAT Menganalisis
Tarif (per bulan)
Kos per unit
200 unit pertama
20 sen
30 sen
Unit tambahan
Jumlah tenaga elektrik yang digunakan sebulan
= (2.4 + 32 + 1.8 + 0.6 + 1.2) kWj
= 38kWj x 30
= 1140kWj
Kos tenaga elektrik sebulan
= (200 x RM0.20) + (940 x RM0.30)
= RM40 + RM282
= RM322
(c)
Pada bulan Jun, Encik Rahim telah menukarkan kesemua mentol filamen di rumahnya kepada
mentol LED 18 W. Terangkan kesan tindakan Encik Rahim terhadap kos penggunaan tenaga
elektrik yang ditanggung olehnya. Tunjukkan pengiraan untuk membuktikan jawapan anda.
(TP5) KBAT Menilai
Kos penggunaan mentol filament selama sebulan
= 5 x 0,06 x 6 x 30 x RM0.20
= RM10.80
Kos penggunaan mentol LED selama sebulan
= 5 x 0.018 x 6 x 30 x RM0.20
= RM3.24
Encik Rahim telah mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik sebanyak
RM10.80 – RM3.24 = RM7.56 pada bulan Jun.
Mentol LED mengguanakan kuasa yang lebih kecil yang menyebabkan penggunaan
tenaga elektrik berkurang.
TP6 5. Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan tenaga Mesra Alam selain menjimatkan
tenaga elektrik air serta kos ia turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada
penghuninya
Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan murid dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada
empat hingga lima orang
Berdasarkan penyataan di atas fahami konsep bangunan hijau contact tempatan dan Global dengan
mencari maklumat sama ada daripada media cetak atau media elektronik
Bincangkan maklumat yang diperolehi dalam kumpulan dan hasilkan reka cipta atau inovasi sebuah
bangunan atau rumah hijau yang mengaplikasikan konsep kecekapan dan penjimatan tenaga
Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia seperti MS
PowerPoint Setiap pembentangan mestilah mengandungi aspek-aspek berikut:
(a) Tajuk
(b) Objektif
(c) Perbincangan
(d) Kesimpulan