Yang Berusaha [Nama Penceramah],
Rakan-rakan guru yang dihormati dan murid-murid sekalian,
Syukur kita pada hari ini kerana dapat berkumpul bersama bagi menghadiri ceramah yang
sangat bermakna yang akan disampaikan oleh _______.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
yang hadir, serta kepada pihak sekolah yang telah berusaha untuk menjayakan pengisian ini.
Saya ingin mengingatkan semua hadirin agar sentiasa menjaga tingkah-laku sepanjang sesi
ceramah hari ini agar kita dapat memanfaatkan setiap ilmu yang akan disampaikan.
Tanpa melengahkan masa, izinkan saya untuk menjemput ______________ untuk
menyampaikan ceramahnya.
Diharapkan, semua hadirin dapat memberi perhatian sepenuhnya dan mengambil manfaat
daripada ceramah yang akan disampaikan.
Majlis dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan.
Terima kasih atas perkongsian yang begitu menarik. Semoga segala input dapat dimanfaatkan
oleh semua murid.
Untuk makluman,
Pada pukul 3.50 – 4.10, semua murid dibenarkan rehat.
PDP akan bermula selepas rehat, mohon masuk kelas selepas rehat.
Majlis dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.
Dengan ini, majlis bersurai.