MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2025
1
UCAPAN
PENGERUSI
MAJLIS
Tarikh : 14 Mac 2025 (JUMAAT)
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Pinang, SK Sepinang
Bismillah hirohmanirahim…
Assalammualaikum w.b.t …Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata,
saya sembah pembuka bicara.
1) Yang Berusaha,
Cikgu Mohd Faisal Azizi bin Mohamed Basir,
Guru Besar SK Sepinang
Cikgu Nor Asmah binti Ahmad,
PGB Pentadbiran
Cikgu Nafisah binti Mohd Subari,
PGB Hal Ehwal Murid
Cikgu Md Zamri bin Ali,
PGB Kokurikulum
Guru-guru dan AKP SK Sepinang serta yang dikasihi rakan-rakan
sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan untuk kita berkumpul dalam Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi sesi 2025..
Selamat datang ke Majlis Penutup program transisi tahun 1 bagi sesi 2025.
2
BACAAN DOA
Orang Jawa berdagang ke kota,
Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa
yang akan dipimpin oleh Muhammad Darwisy bin Ahmad dengan segala
hormatnya mempersilakan.
********************(DOA) **********************
Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita diberkati Allah sehingga ke penghujungnya.
Tujuan Program Transisi adik-adik tahun 1 adalah untuk membantu anak-anak
tahun 1 menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau
di tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun Satu sekolah rendah. Dengan
terlaksananya program ini, adik-adik diharap
telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3
UCAPAN
ALUAN GB
Hadirin yang dihormati,
Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, marilah kita sama-sama mendengar
ucapan perasmian penutupan Program Transisi Tahun 1 daripada yang
berusaha Cikgu Mohd Faisal Azizi bin Mohamed Basir, Guru Besar SK
Sepinang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
**************(UCAPAN GB)***************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
4
Hadirin sekalian,
UCAPAN WAKIL Seterusnya, majlis menjemput adik Muhammad Nufael Hakim bin Mohd
MURID TAHUN Nasir dan Khaleed Nasrul Haq sebagai wakil murid Tahun 1 untuk
1
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*** Ucapan wakil murid****
Majlis mengucapkan terima
menyampaikan ucapan itu tadi.
Hadirin yang dihormati.
kasih
kepada
adik-adik
yang
telah
5
PERSEMBAHAN
MURID
Bagi memeriahkan lagi majlis penutup ini, marilah sama-sama kita saksikan
TAHUN 1
persembahan dan ikrar yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1
Sinergi. Majlis mempersilakan.
Tahniah dan terima kasih kepada murid-murid Tahun 1 Sinergi atas
persembahan yang sangat bertenaga sebentar tadi. Untuk pengetahuan semua ,
kumpulan ini telah dilatih oleh guru kelas Tahun 1 iaitu Ustazah Farhana
Hamizah.
5
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
HADIAH
Bagi menyempurnakan acara penutup ini, pihak majlis sekali lagi ingin
menjemput Yang Berusaha Cikgu Mohd Faisal Azizi bin Mohamed Basir
diiringi oleh Cikgu Nor Asmah binti Ahmad ke atas pentas untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Majlis menjemput adik-adik Kelas Tahun 1 untuk naik ke pentas bagi
menerima hadiah sempena telah tamat program transisi. Dimulai dengan adik :
1. Aariz Iqbal Bin Amirul Izzat
2. Ahmad Danial Bin Mohammad Iskandar
3. Arfan Rayyan Bin Ahmad Akmaldin
4. Eshaal Bin Khairul Nizam
5. Khaleed Nasrul Haq Bin Nor Hisham
6. Muhammad Ar Niel Bin Muhammad Khairun
7. Muhammad Khairul Rizqie Bin Khairul Iqma Azwar
8. Muhammad Khalil Ihsan Bin Sharafuddin
9. Muhammad Nufael Hakim Bin Mohd Nasir
10. A Medina Binti Muhammad Headiel
11. Aaira Zahira Binti Mohd Nor Hirwan
12. Amra Nur Maryam Binti Azlan Hafiz
13. Ainul Mardhiah Binti Abd Jalil
14. Henryani Raisha Mikayla Binti Panca Hendriawan
15. Nur Aara Nadeera Binti Hafiz
16. Nur Afia Medyna Binti Muhammad Amirrul
17. Nur Airis Zulaikha Binti Muhammad Fariz
18. Nur Khaira Damia Binti Mohd Khairulnizam
19. Nur Miqaila Ammara Binti Muhammad Amirul Amin
20. Nur Qaseh Aisyah Binti Salim
21. Nur Salsabeela Binti Wassal Fallah
22. Nuriesha Humaira Binti Mohd Zarith Azreen
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua murid Tahun 1 Sinergi.
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Cikgu Mohd Faisal Azizi yang diiringi Cikgu Nor Asmah atas kesudian
menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi.
7
PENUTUP
Dengan berakhirnya sesi penyampaian anugerah itu tadi, maka majlis sudah
sampai kepenghujungnya.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada semua guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Dengan itu, tamatlah majlis kita pada
pagi ini.
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera