J o m . K i t a u l a n g k a j i c a r a m e n g e r j a k a n H aj i Ta m a t t u ' .
Haji Tam attu' .
Haji Tamattu' atau Haji yang d ikerjakan secara tamattu' ;
ialah m engerjakan ibadat Umrah terlebih d ahulu , kemud ian barulah
meng erjakan Haji di dalam tahu n yang s ama.
Mengerjakan Umrah .
Panduan ringk as cara meng erjakan Haji dan Umrah
ini m erujuk k epada Jamaah Haji Malaysia.
Setelah bakal Jamaah Haji sampai di miqat (tempat niat ) iaitu sebelum masuk
ke Mekah di mana ketika itu mereka telahpun berpakaian ihram, maka mereka
hendaklah berniat mengerjakan Umrah di tempat tersebut, setelah masuk ke
Mekah mereka melakukan atau mengerjakan tawaf dan setelah tawaf pergi pula
mengerjakan Sae. selepas selesai Sae, diikuti pula dengan tahlul ( bercukur ),
dengan itu selesailah ibadat Umrah,Perbuatan mengerjakan Umrah dahulu
daripada mengerjakan Haji itu dikenakan dam dan terikat dengan syaratsyaratnya, dam akan dibayar bersama-sama dengan dam yang lain nanti ,
kiranya terdapat lagi kekurangan yang terpaksa dikenakan dam.
C o n t o h a k t i v it i m e n g e r ja k an U m r a h
(1)
P EN G A L A M A N D I K O T A M A K K A H
N i at U m r a h d i m i q a t n y a dalam pakaian ihram.
Conto h niatnya:( Sahaja aku meng erjakan um rah dan aku berihram
dengann ya kerana Allah Taala )
(2)
Masuk ke Mekah dan tawaf. bermula pada tanda garis hijau, iaitu sud ut
Hajaratul Asw ad. Selepas tawaf diiku ti pula deng an Sae.
(3)
Sae di sini, lihat laluannya d i atas.Sae hendaklah dik erjakan s elepas taw af.
( Sae tidak s ah tanpa bertawaf terlebih dahulu )
(4)
Bertahlul
Selesai Sae terus sahaja bertahlul iaitu bergunting
( memadai sekurang-kurangnya ) tiga helai rambut ataupun afdal bercukur . Bagi
kaum wanita memadai menggunting tiga helai rambut sahaja dan mereka yang
tiada rambut di kepala dikehendaki membuat laluan pisau di atas kepalanya.
Maka dengan itu selesailah ibadat Umrah dan tidak lagi terikat dengan pakaian
ihram. ( bebas berpakaian ).
__ __
Selepas selesai mengerjakan Umrah mereka yang mengerjakan Haji secara
tamattu' ini akan menunggu sehingga 8 Zulhijjah barulah mereka akan berangkat
ke Arafah. Dalam masa menunggu itu bolehlah mereka melakukan berbagai
ibadat di Masjidil Haram atau melakukan ibadat Umrah beberapa kali lagi
sebelum tiba tarikh tersebut.
M e n g e r j a k a n H a ji
Apabila tiba 8 hb.Zulhijjah mereka memakai pakaian ihram sekali lagi dan berniat
ihram Haji di tempat kediaman mereka di Mekah dan bertolak ke Padang Arafah
untuk berwuquf.
Wuquf di Arafah - Di antara tuntutannya ialah mesti berada di Arafah (walaupun
sebentar iaitu di antara gelincir matahari 9hb.Zulhijjah sehingga terbit fajar
hari 10hb. Zulhijjah ).
Biasanya selepas solat Isyak di Arafah mereka akan bertolak pula ke Muzdalifah
dan bermalam di sana, mereka mesti berada di sini selepas separuh malam, di
sini mereka mengutip anak-anak batu untuk melontor di tiga jumrah.
Selepas solat Subuh di Muzdalifah mereka bertolak pula ke Mina,
sampai di Mina mereka pun berehat di dalam khemah yang disediakan dan pada
10hb.Zulhijjah mereka pergi melontar di Jumrah Kubra (Aqabah ) dengan tujuh
biji batu dan tujuh lontaran,( pada hari ini melontar di satu jumrah sahaja ) ,
setelah selesai lontaran maka mereka bolehlah bertahlul awal ( bergunting atau
bercukur ) dan selepas itu dibolehkan berpakaian biasa. sebahagian besar
larangan ketika ihram telah gugur kecuali masih dilarang bersetubuh,mencium,
bercumbuan dengan isteri, berkahwin, menjadi wali kahwin dan menjadi wakil
kahwin.
Pada 11, 12 dan 13hb.Zulhijjah menyambung lontaran ketiga-tiga jumrah (
sughra, wusta dan kubra ).
Bagi mereka yang ingin membuat nafar awal mereka bolehlah balik ke Mekah
selepas selesai membuat lontaran pada 12 hb.Zulhijjah dengan berniat tidak
akan kembali ke Mina lagi untuk membuat lontoran seterusnya (lontaran mereka
memadai ),
sampai di Mekah mereka bertawaf dan kemudiannya mengerjakan Sae. Dengan
itu sempurnalah ibadat Haji mereka.
Bagi mereka yang memilih meneruskan lontaran pada hari 13hb.Zulhijjah,
selepas selesai membuat lontaran di tiga jumrah tersebut, barulah kembali ke
Mekah dan melakukan tawaf dan Sae, dengan itu mereka juga sempurnalah
ibadat Haji yang dikerjakan itu.
C o n t o h a k t i v i t i m e n g e r j ak a n H aj i .
(1 )
Niat ihram Haji di kawasan Kota Mekah,
tempat yang afdal ialah di pintu rumah kediaman.
C o n t o h n i a t n y a:
( Sahaja aku m engerjakan Haji dan aku berihram dengann ya kerana Allah
Taala )
Pada 8hb.Zulhijjah bertolak ke Padang Arafah .
(2)
Masa untuk berwukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas waktu Zohor
sehingga masuk Subuh hari yang ke 10 Zulhijjah. Memadai berada sebentar di
dalam tempoh tersebut.
(3)
Bermalam ( mabit ) di Muzdalifah, waktunya selepas separuh malam pada
10hb.Zulhijjah sehingga waktu subuh,( memadai berada sebentar dalam tempat
tersebut ),
biasanya jamaah Haji mengutip anak batu di sini
(4)
Bermalam ( mabit ) di Mina- iaitu selepas separuh malam pada 10hb.Zulhaijjah
dan seterusnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bakal Haji dikehendaki berada di
situ sehingga lebih separuh malam pada tiap-tiap malam tersebut kecuali mereka
yang membuat nafar awal boleh meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari
pada 12 hb. Zulhijjah.
(Tinggal di dalam khemah dan berulang alik ke jumrah untuk melantar ).
(5)
Di Jumrah ( tempat melontar ) .
Selepas selesai melontar balik ke Mekah.
Bertahlul.
( dilakukan s elepas lo ntaran pada hari p ertam a - 10hb.Zulhijjah )
(6)
Sampai di Mekah mengerjakan tawaf Haji,
kemudian mengerjakan Sae.
Kelihatan di hadapan itu orang sedang bertawaf ( berjalan arah ke kanan )
(7)
Selepas tawaf bersae di sini.setelah sempurna bersae maka selesai dan
sempurnalah ibadat Haji, semua dam hendaklah dibayar dengan sempurna.