NAMA AHLI:HILLARY GAD ERIC ANAK ELIE
MCSTEVEN MADANG ANAK TONY
DOMINIC LAYAU ANAK DUSIN
NAMA KUMPULAN:PM WTP KUMPULAN DUA
PENGENALAN
Bersyukur kepada tuhan kerana dengan kurnia dan limpahnya kami dapat
menyiapkan
tugasan adaptasi bagi Semester Dua 2024.Masa yang diberi iaitu selama 8 minggu
membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna .Kami juga berterima
kasih
kepada Encik Kevin Larson kerana memberi tunjuk ajar dan memberi tugasan
ini.Dengan demikian
Kami akan membentangkan tugasan ini brsama rakan-rakan saya,kami juga
berterima kasih
Kepada rakan-rakan satu kumpulan saya yang memberikan atas kerjasama dalam
membuat folio ini.
MASYARAKAT MAJMUK
1. MASYARAKAT MAJMUK
-Masyarakat majmuk bermaksud kelompok manusia yang terdiri daripada beberapa suku bangsa yang mempunyai
agama, bangsa, budaya dan bahasa yang tersendiri. Contoh masyarakat majmuk di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina,
India, Siam, Kadazandusun, Iban, Dayak, Murut,dan Orang Asli
CARA MEMUPUK KERJASAMA
1. Kepelbagaian Sosial dan Budaya:
- Mereka mengamalkan adat resam dan budaya tradisional dalam kehidupan mereka, seperti sistem pertanian padi,
tarian ngajat, dan perayaan Gawai Dayak.Dalam kehidupan seharian, masyarakat Iban berinteraksi dengan orang
Melayu, Cina dan india.
2. Agama dan Kepercayaan:
Perayaan Iban seperti Gawai Dayak yang merupakan perayaan untuk meraikan hasil pertanian dan menghormati roh
nenek moyang
3. Bahasa dan Komunikasi:
- Iban juga fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, terutama di kawasan yang lebih urban dan pelbagai etnik.Dalam
konteks masyarakat majmuk, interaksi antara Iban dengan komuniti lain sering berlaku dalam Bahasa melayu
4. Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk:
-Sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk, masyarakat Iban menerapkan prinsip hidup bersama yang harmoni
dengan kaum-kaum lain. Di Sarawak.
5. Peranan Iban dalam Kehidupan Sosial dan Ekonomi:
-Masyarakat Iban sering terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perikanan, dan perhutanan. Mereka
juga aktif dalam sektor perniagaan, pendidikan, dan pekerjaan awam
ADAT RESAM MASYARAKAT IBAN
1.Sewaktu Mengandung
Bagi bakal si ibu dan suami, mereka dilarang untuk menggali parit, tidak boleh minyang daging, membunuh binatang dan membenam
pokok pisang. Pantang larang ini perlu diikuti untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga fungsinya untuk
mengalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi.
2. Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang
Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan
diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak
perempuan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.
3. Adat kematian
. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja
mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat
dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.
4. Adat Makan dan Sosial:
Ritual Makanan: Masyarakat Iban terkenal dengan makanan tradisional mereka seperti nasi kunyit, tapai (fermented rice), dan pelbagai
hidangan berbasis padi dan hasil hutan. Mereka juga mempunyai adat tertentu mengenai cara penyediaan makanan semasa perayaan
atau acara sosial.
5. Adat Keagamaan
Gawai Dayak adalah perayaan tahunan yang sangat penting bagi masyarakat Iban, diadakan untuk merayakan hasil pertanian dan
memohon berkat daripada dewa. Ia melibatkan ritual agama, persembahan makanan, dan upacara tradisional.Upacara Pemujaan:
Masyarakat Iban juga mempercayai roh nenek moyang mereka dan mempraktikkan pelbagai upacara untuk menjaga keharmonian
dan kesejahteraan hidup.
ADAT RESAM MASYARAKAT CINA
Perayaan paling penting bagi masyarakat Cina.Disambut dengan memberi angpau, makan besar bersama
keluarga, dan persembahan tarian naga/liong.Pembersihan rumah dilakukan sebelum Tahun Baru Cina untuk
membuang nasib malang.Masyarakat Cina memnpunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik
Kehidupan seharian mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak
bergantung kepada nasib.
ADAT RESAM MASYARAKAT BIDAYUH
Masyarakat Bidayah ,perkahwinan adalah salah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai
anggota BILIK atau RAMIN. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Dalam Masyarakat bidayuh
BI bermaksud orang manakala dayuh bermaksud darat.Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara
sepupu.Kaum bidayuh juga menyambut Hari gawai sama seperti kaum iban,dimana hari gawai disambut
setahun sekali.
Adat resam kaum Melayu
1.Melenggang perut
Adat ini juga dipanggil Kirim perut oleh masyarakat melayu di bahagian utara semenanjung Malaysia
dan di sesetengah tempat dikenali sebagai mandi tian.
2.Merisik
Adat ini dikenali sebagai meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki itu.
Adat resam kaum India
1.Sewaktu mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga Sembilan bulan.
2.Semasa bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat india dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu.