SEKOLAH KEBANGSAAN PERAPAT LAUT
89050 KUDAT, SABAH
KERTAS KERJA
APRESIASI SENI DAN KEBUDAYAAN
PERTANDINGAN CIPTAAN ALAT MUZIK
DAN IDOLAKU
PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan dari SK Perapat Laut bagi melaksanakan Program Apresiasi
Seni dan Kebudayaan.
2.0 PENGENALAN
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk
sahsiah dan jati diri pelajar. Kepalbagaian budaya dapat mencorakkan seni kebudayaan
kepada setiap murid. Murid-murid dapat memahami dengan lebih mendalam tentang
kepelbagaian seni dan kebudayaan seterusnya dapat memupuk sikap cintakan budaya dan
kesenian yang tinggi kepada para murid. Antara fungsi penubuhan kelab muzik, seni dan
kebudayaan ini adalah medan manifestasi seni bagi setiap murid menonjolkan bakat
disamping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan, merakyatkan seni budaya
dan warisan serta membantu melahirkan warga sekolah yang berkebolehan, berdaya saing
dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya warisan serta
memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kesihatan minda melalui aktiviti yang sihat.
Dengan harapan, program "Apresiasi Seni dan Kebudayaan" ini dapat berjalan dengan lancar
dan sempurna dengan bantuan dan kerjasama oleh seluruh warga SK Perapat Laut.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan
kelancaran program ini dengan :
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
supaya dapat membentuk murid yang aktif dan bermotivasi tinggi dalam
keseniaan.
Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisianpengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.2 Menjaga nama sekolah sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan
program.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah :
4.1 Membantu murid menghayati, mendalami serta menghargai warisan
kebudayaan negara.
4.2 Menekankan kepentingan penghayatan terhadap alat muzik pelbagai kaum di
Malaysia.
4.3 Mengenal pasti bakat murid daripada pelbagai bentuk keseniaan.
4.4 Menerapkan semangat cintakan keseniaan serta menghargai insan-insan yang
telah berbakti dalam bidang seni.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan empat (4) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum, jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:
5.1 Memberi pendedahan serta pengalaman kepada murid dalam menyertai
pertandingan yang dianjurkan
5.2 Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri murid.
5.3 Memastikan murid mencapai pencapaian minima sempena musim pandemik ini.
5.4 Mencungkil bakat murid-murid dalam kemahiran mencipta alat muzik.
6.0 TEMA
"APRESIASI SENI DAN KEBUDAYAAN"
7.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 19-23 Ogos 2024
Hari
: Isnin - Jumaat
Pelancaran dan Penutupan Program
Tarikh :23 Ogos 2024
Hari
: Isnin
8.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan di kediaman masing-masing.
Pelancaran program akan diadakan di dewan Al-Khawarizmi SK Perapat Laut dan akan
dirasmikan oleh oleh Puan Guru Besar.
9.0 SASARAN PESERTA
· Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SK Perapat Laut.
10.0 STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi
: Puan Rohani Othman
Guru Besar
Naib Pengerusi : Lady Vyonne Fung Phui Yee
Penolong Kanak Kurikulum
Timbalan Naib Pengerusi
: Encik Davie Mojunting
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
: Encik Fedwin Masikong
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras Program
Ketua Juri
: Puan Josephine Joseph
Ketua Panitia Kesenian
: Puan Norazlin Harron
Juri-juri lain
: Encik Rahman Bolong
: Encik Fhaizal Norzain
Gimik Pelancaran
:Cik Nadwatul Ajmal bintin Amran
Bunting, Poster & Jurugambar : Cik Eva Elvitah Jaukim
11.0 BELANJAWAN
Kos keseluruhan Program "Apresiasi Seni dan Kebudayaan" ialah RM 392.00
12.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Peserta perlu menghasilkan karya alat muzik yang tidak diciplak daripada manamana sumber.
Setiap penghasilan alat muzik perlu disertakan dengan video di dalam
menghasilkan alat muzik.
Peserta perlu menyiapkan alat muzik dalam tempoh yang ditetapkan
Satu peserta boleh mewakili 2 penyertaan iaitu mecipta alat muzik dan idolaku.
Peserta boleh meniru gaya idola masing-masing dan perlu kreatif di dalam
menonjolkan karakter idola yang digemari.
Peserta boleh memilih hanya satu idola sahaja yang terdiri daripada insaninsan seni seperti penyanyi, pelakon, pemain muzik, pencipta muzik, dan
sebagainya yang berkaitan dengan seni.
13.0 PENUTUP
Pertandingan mencipta alat muzik dan idolaku ini diharap dapat menyemarakkan lagi
minat dan kecenderungan murid-murid sekolah rendah terhadap bidang muzik, seni
dan kebudayaan. Semua pihak diharapkan dapat memainkan peranan bagi
memastikan Pertandingan mencipta Alat Muzik dan Idolaku ini memenuhi objektif yang
telah ditetapkan.
Disediakan oleh
………………………
(
)
Ketua Panitia Pendidikan Keseni