salam sejahtera adikku Amalin, Alhamdulillah keadaan saya di sini baik-baik sahaja. Saya juga rindu akan kamu semua di sana. Kirimkan salam sayangku kepada semua. Sememangnya tidak dapat dinafikan isu penyalahgunaan media sosial sekarang semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan anak muda. Abang amat berbesar hati untuk berkongi beberapa cara yang efektif bagi mengatasi masalah menyalahgunaan media sosial ini. Antara caranya ialah ibu bapa yang berperanan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang cara-cara menggunakan media sosial dengan betul. Ibu bapa merupakan insan-insan penting yang menggalas tanggungjawab berat bagi membentuk karakter dan perwatakan anak-anak mereka. Selain itu, semua pengguna media sosial perlulah mengelakkan diri daripada berkongsi tentang maklumat diri di platform media sosial secara berlebihan. Hal ini penting untuk memastikan maklumat mereka tidak digunakan untuk kegiatan jenayah siber oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Akhir sekali, pengguna media sosial perlulah menetapkan batasan waktu untuk penggunaan media sosial. Misalnya, kita boleh menentukan waktu tertentu dalam sehari untuk mengakses media sosial dan menghindari penggunaan di luar waktu tersebut, terutama sebelum tidur. Kesimpulannya, kebaikan yang terdapat pada media sosial memang banyak tetapi bergantung kepada cara penggunaan pengguna-pengguna sendiri. Semoga cara-cara ini dapat membantu adik. Perkhidmatan e-panggilan, yang merangkumi aplikasi dan platform seperti Zoom, Skype, dan WhatsApp, telah menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian kita, terutama sejak pandemik COVID-19. Semua lapisan masyarakat sudah arif dan menganggap perkhidmatan e-panggilan ini suatu kemudahan yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan teknologi dan keperluan untuk berkomunikasi secara efisien, e-panggilan menawarkan pelbagai kelebihan yang sukar diabaikan. Antara kelebihannya ialah perkhidmatan e-panggilan membolehkan pengguna untuk berhubung dari mana sahaja, asalkan ada sambungan internet. Ini meningkatkan ketersediaan untuk komunikasi, sama ada untuk urusan perniagaan, pendidikan, atau perhubungan peribadi. Pengguna tidak lagi terikat kepada lokasi fizikal, yang membolehkan interaksi global. Pergilah ke ceruk dunia mana sekalipun, komunikasi tidak lagi terbatas. Oleh itu, jelaslah bahawa perkhidmatan e-panggilan memudahkan perhubungan. Selain itu, dalam dunia kerja yang semakin berkembang ke arah model kerja jarak jauh, perkhidmatan e-panggilan membolehkan pekerja dan majikan untuk berinteraksi dengan lebih fleksibel. Mesyuarat boleh diadakan tanpa halangan geografi, membolehkan pasukan untuk berkolaborasi walaupun berada di lokasi yang berbeza. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung untuk pengangkutan pekerja. Sudah terang lagi bersuluhlah sekarang bahawa e-panggilan membolehkan interaksi yang fleksibel. Akhir sekali, e-panggilan telah menjadi alat penting dalam pendidikan, membolehkan pengajaran secara dalam talian. Pelajar dapat mengikuti kelas dari rumah, yang sangat berguna bagi mereka yang tinggal jauh dari institusi pendidikan. Ini juga membolehkan akses kepada sumber pendidikan yang lebih luas dan pelbagai. Pelajar, mahasiswa mahupun murid sekolah boleh mengakses informasi atau berhubung dengan guru untuk bertanyakan tentang pembelajaran hanya dengan sebuah alat elektronik dan jaringan Internet. Benarlah e-panggilan memajukan pendidikan. Kepentingan perkhidmatan e-panggilan tidak dapat dinafikan dalam zaman yang serba pantas dan berubah ini. Dengan menyediakan cara yang berkesan untuk berkomunikasi, bekerja, dan belajar, e-panggilan telah menjadi alat penting yang membantu kita menyesuaikan diri dengan cabaran baru. Oleh itu, memahami dan memanfaatkan perkhidmatan ini adalah langkah penting untuk masa depan yang lebih terhubung dan produktif.