Uploaded by Shinyee Tan

Warisan dan Pendigitalan Sejagat PEP

advertisement
Warisan dan Pendigitalan Sejagat
Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu cabaran besar
kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai dan etika masyarakat
kepelbagaian.
Media elektronik dan media cetak mempunyai kuasa atau pengaruh untuk memberitahu sesuatu
dan bertindak sebagai satu saluran maklumat yang lebih berkesan kepada penerimanya.
Media elektronik merangkumi televisyen, radio dan internet. Manakala media cetak pula
merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya.
Kini, media elektronik seperti internet merupakan saluran yang paling banyak digunakan oleh
masyarakat untuk menyampaikan atau menerima maklumat berkaitan sesuatu isu. Hal ini
disebabkan interaksi lebih cepat dan pantas dalam memberi dan menerima maklumat.
Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi,
melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan informasi menyebar
dengan mudah pada masyarakat dan sedikit sebanyak mempengaruhi corak pandangan, gaya
hidup serta budaya suatu bangsa.
Media Massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan
komunikasi. Kemajuan bidang informasi membawa kita memasuki abad revolusi komunikasi. Ada
yang menyebutkan sebagai "ledakan komunikasi". Impak media digital ke atas etika dan
peradaban dapat dilihat melalui:
1) Peningkatan jaringan komunikasi
2) Mendekatkan manusia dari seluruh dunia
3) Meningkatan taraf hidup
4) Membuka ruang kepada perkongsian ilmu tanpa sempadan.
Download