BAHAN-BAHAN PENULISAN CARA MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN YANG MANTAP Pendahuluan karangan yang berkualiti menggunakan kaedah PINTAS P – Pendapat tentang pernyataan soalan I – Imbuh dengan bukti N – Nyatakan pendirian/beri sebab T – Tambah jenis pendahuluan (jenis persoalan, sejarah, suasana, definisi) A – Ambil peribahasa/simpulan bahasa yang sesuai S – Sebut kehendak soalan Contoh soalan: Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi pada hari ini. Jelaskan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat. P – Amalan berjimat cermat merupakan amalan terpuji. I – Malangnya masyarakat pada masa ini tidak berjimat cermat kerana tidak sedar akan kepentingannya. N – Amalan mulia ini sewajarnya menjadi amalan kerana banyak kebaikannya. T – Persoalannya, mengapakah amalan yang positif ini sukar untuk menjadi budaya dalam keluarga? A – Dalam hal ini, kita tidak patut berpeluk tubuh dengan membiarkan amalan terpuji ini terhakis dalam diri setiap individu. S – Sebenarnya, keluarga memainkan peranan yang amat signifikan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan ahli keluarga. 2 PENANDA WACANA AYAT PENDAHULUAN KARANGAN o o o o o o o o o o o Pada era globalisasi ini, Dalam meniti arus kemodenan ini, Sejak negara menikmati arus kemodenan, Dalam melangkah ke era modenisasi, Dewasa ini, Sejajar dengan era globalisasi kini, Belakangan ini, Mutakhir , Dasawarsa ini, Akhir-akhir ini, Tidak dapat dinafikan bahawa CONTOH AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN o Sesungguhnya, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. o Tegasnya, sebagai memperkukuh penyataan tersebut , punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan kita bersama. o Hakikatnya, pelbagai implikasi akan dibincangkan untuk mengenal pasti cara terbaik bagi menangani masalah ini daripada terus menjadi barah yang sukar diubati. AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN o o o o o Pada hemat saya… Kita dapat menyaksikan bahawa... Pada pandangan saya ... Umum mengetahui bahawa... Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa ... Mengapakah (M) o o o o o Hal ini terjadi demikian kerana... Hal ini begitu kerana... Hal ini berlaku kerana... Hal ini terjadi kerana... Hal ini membawa konotasi bahawa... Bagaimanakah (Ba) o o o o o o o Dalam hal ini ... Dalam konteks ini… Dengan berbuat demikian, Dengan itu, Oleh sebab itu, Dengan demikian, Oleh hal yang demikian ,/Oleh yang demikian, Kesan (K) 3 o o o o o Natijahnya, Sebagai akibatnya, Hal ini mengakibatkan Tindakan/Cara/ Usaha ini akan Sekiranya, Jika, Andai kata perkara ini dilakukan/tidak dilakukan maka… AYAT SETERUSNYA (CONTOH DALAM ISI YANG SAMA) o o o o o o Selanjutnya, Sementara itu, Seterusnya, Di samping itu, Dalam pada itu, Selain itu, PENEGASAN (P) o o o o o o o o o Kita mengakui hakikat bahawa Jelaslah kepada kita bahawa Tegasnya kepada kita bahawa Hakikatnya, Sesungguhnya, Secara khususnya, Secara umumnya, Sememangnya, Tegasnya, MENYATAKAN CONTOH o o o o Sebagai contoh, Misalnya, Umpamanya, Yang dimaksudkan ialah KESIMPULAN o o o o o o Intihanya, Konklusinya, Tuntasnya, Keseluruhannya, Akhir kalam, Walhasil, PENDAPAT YANG BERBEZA o o o o Walau bagaimanapun, Walaupun begitu, Namun demikian, Ironinya, 4 o o Kendatipun, Sungguhpun demikian, PENANDA MEMULAKAN PERIBAHASA (UNGKAPAN MENARIK) o o o o o o Hal ini bersesuaian dengan peribahasa…. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa….. Orang tua-tua pernah berkata… Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa… Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa…. atau boleh ditulis: o Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. o Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. AYAT –AYAT PERSOALAN o o o o o o o o Siapakah pula yang akan menyambung perjuangan untuk memartabatkan negara ? Siapakah yang patut dipersalahkan kerana fenomena ini berterusan? Persoalannya, sejauh manakah pengaruh itu mempengaruhi kemelut ini ? Mengapakah masyarakat masih tidak peka dengan situasi ini ? Apakah prakarsa positif yang patut diambil oleh pihak yang berwajib ? Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti menjadi sampah masyarakat? Apakah peranan bapa sebagai kepala keluarga? Mengapakah perkara ini menjadi begitu penting untuk kita bincangkan? TUGASAN SOALAN YANG DITANYA MELIPUTI ENAM SKOP UTAMA (SeKeCaM+TC) 1. Se : sebab/ faktor / punca / Kata tugas : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal 2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / maslahat / manfaat : kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu 3. Ca : cara / langkah / prakarsa / usaha / kaedah / tindakan Kata tugas : harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut, telah 4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan Kata tugas : Apakah masalah itu. 5. T :tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan Kata tugas : Apakah tugas itu. 6. C :Ciri/Sifat/kriteria Kata tugas : Apakah ciri itu. 5 CARA MENULIS ISI KARANGAN YANG MANTAP Isi karangan yang berkualiti menggunakan kaedah IMBaKUP I (Idea) : Nyatakan idea. M (Mengapakah) : Mengapakah SeKeCaM+TC boleh berlaku atau dilakukan. (Memberi sebab dan alasan) Ba (Bagaimanakah) : Bagaimanakah SeKeCaM+TC boleh berlaku atau dilakukan. (Memberi penerangan tentang cara / keadaan / langkah / kejadian) K (Kesan) : Kesan kepada / daripada idea itu : menjawab tugasan. U (Ungkapan Menarik) : Peribahasa / cogan kata : sesuai dengan tugasan atau tema. P (Penegasan) : Kesimpulan kecil idea. (Gunakan penanda wacana penegasan) *Nota : Aspek Mengapakah dan Bagaimanakah boleh berubah kedudukan atau pilih manamana satu dan bergantung pada tugasan soalan. KAEDAH MERANGKA IDEA I : Ibu bapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. M : Hal ini begitu kerana setiap perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah anak-anak. Ba : Dengan demikian, ibu bapa haruslah mencerminkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja dengan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan harian serta tidak memberi barangan mengikut perasaan kerana ‘ikut rasa binasa, ikut hati mati’. K : Natijahnya, ibu bapa dapat menunjukkan sikap berjimat cermat di samping memberi sokongan kepada produk tempatan yang terdapat di Malaysia. U : Serampang dua mata P : Tegasnya, ibu bapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak-anak bagi memupuk amalan berjimat cermat. 6 CONTOH HURAIAN LENGKAP ISI KARANGAN Pada pandangan saya, ibu bapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini begitu kerana setiap perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah anak-anak. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya' dan 'bapa borek, anak rintih'. Sehubungan dengan itu, anak-anak selalu membuat pemerhatian terhadap cara ibu bapa berbelanja. Dengan demikian, ibu bapa haruslah mencerminkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja dengan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan harian serta tidak membeli barangan mengikut perasaan kerana ‘ikut rasa binasa, ikut hati mati’. Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu memberi keutamaan kepada produk tempatan yang lebih murah dan bermutu tinggi daripada produk import. Natijahnya, ibu bapa dapat menunjukkan sikap berjimat cermat di samping memberi sokongan kepada produk tempatan yang terdapat di Malaysia dan hal ini bersesuaian dengan persis kata mutiara ‘serampang dua mata’. Tegasnya, ibu bapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak-anak bagi memupuk amalan berjimat cermat. 7 CARA MENULIS PENUTUP KARANGAN YANG MANTAP Penutup karangan yang berkualiti menggunakan kaedah KOSAKA K - Kesimpulannya, (ubah suai ayat akhir pendahuluan) O - Oleh yang demikian, (beri cadangan – kerjasama, galakan, dorongan dll) S - Secara tidak langsung, (tulis kesan terhadap subjek) A - Ambil peribahasa K - Kesannya, (tulis kesan kepada rakyat secara am) A - Akhirnya, (impak kepada negara/dunia) Contoh soalan: Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi pada hari ini. Jelaskan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat. K - Kesimpulannya, amalan berjimat cermat boleh dipupuk melalui peranan yang dimainkan oleh keluarga. O - Oleh yang demikian, setiap keluarga haruslah bekerjasama dan memberi galakan kepada ahli keluarga agar/supaya amalan berjimat cermat dapat disemai sejak kecil lagi. S - Secara tidak langsung, amalan ini dapat dihayati dan berakar umbi dalam diri. A - Tabiat berjimat cermat ini amat bertepatan dengan pepatah Melayu “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. K - Kesannya, amalan ini bukan sahaja dapat membebaskan keluarga yang bebas daripada masalah kewangan malah hasil jimat cermat ini dapat digunakan pada masa kecemasan. A - Akhirnya, kita dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bijak berjimat cermat sekali gus mampu memantapkan ekonomi negara yang tercinta. 8 KAEDAH PENGIRAAN BILANGAN PATAH PERKATAAN BIL. KAEDAH PENGIRAAN CONTOH a. Kata Nama Khas b. Alamat pada surat setiap baris 1 Dikira SATU PERKATAAN c. Kata Ganda d. Gelaran e. Nombor 2, 314 f. Nombor yang dieja a. Kata Majmuk 2 Dikira SATU, SATU b. Penanda Wacana c. Frasa Nama d. Peribahasa / Simpulan Bahasa 3 TIDAK dikira sebagai PERKATAAN Kata Sendi Nama (di, ke) 9