ANALISIS ARTIKEL ARAHAN PELAJAR PERLU MENGENALPASTI ISI UTAMA DALAM ARTIKEL TERSEBUT DAN BINCANGKAN MENGENAINYA. (20 MARKAH) NAMA: Shahirul Arman bin Salmansani NO MATRIK: I21305873 PENGENALAN Kajian ini membincangkan tentang teknik-teknik berdasarkan ajaran islam yang boleh digunakan dalam bidang psikologi dan kaunseling spiritual. Elemen-elemen islam dalam psikologi dan kaunseling juga dapat membantu klien yang beragama islam dengan lebih baik. Psikologi dan Kaunseling mempunyai ruang yang sangat menyeluruh dan menerima tanpa syarat keadaan klien, jadi dengan mengintegrasikan islam dalam kaunseling dapat membuktikan bahawa psikologi dan kaunseling ini adalah satu alternatif yang holisitik. Ia juga dapat meningkatkan keberkesanan dalam membantu klien. Bedasarkan kajian-kajian lepas juga, kaunseling spiritual ini sangatlah membantu dan memberi kesan yang positif jika diaplikasikan dengan betul dan beretika. TEKNIK KAUNSELING SPIRITUAL ISLAMI Teknik-teknik kaunseling spiritual kebiasaanya berpandukan kepercayaan sesuatu agama itu atau kitab-kitab sucinya tersendiri. Islam mempunyai pelbagai amalan-amalan spiritual yang telah diterapkan dipanggil sebagai ibadah. Kajian ini juga mengatakan bahawa individu yang mempunyai spiritual yang tinggi cenderung untuk memiliki kesihatan mental yang baik dan pemikiran yang positif. Ini akan memberi kesan kepada kehidupan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Dalam islam sendiri, telah membincangkan pelbagai perkara yang juga melibatkan isu yang biasanya dibincangkan dalam psikologi dan kaunseling seperti kesedihan, masalah keluarga, kegelisahan, keresahan, tekanan, keseorangan atau kesunyian dan sebagainya. PERANAN AGAMA DAN AMALANNYA Kepercayaan kepada Tuhan memberikan ketenangan kepada individu. Agama memberi seseorang makna dalam kehidupan dan harapan untuk terus hidup semasa menghadapi masalah atau isu dalam kehidupan sehariannya. Kajian lepas juga membuktikan bahawa klien yang mempunyai hubungan spiritual yang kuat menunjukkan tanda-tanda kemurungan yang kurang. Ini kerana, spiritual dalam agama telah membantu klien tersebut menstabilkan emosi mereka melalui amalan-amalan tertentu dalam agama. Amalan-amalan dalam agama islam seperti solat, doa atau zikir dilihat dapat memberikan kelegaan dan ketenangan walaupun untuk jangka masa yang pendek tetapi dapat membersihkan minda daripada pemikiran yang negatif. Ia memberikan masa rehat untuk otak daripada sentiasa memikirkan perkara yang membebankan. Jadi, semakin kerap seseorang itu beribadah, semakin tinggi kebarangkalian untuk pemikirannya menjadi semakin tenang. Dalam aspek psikologi, ia dilihat sebagai perubahan tingak laku yang positif menghasilkan pemikiran yang positif. DOA Doa ialah satu bentuk permohonan atau meminta pertolongan kepada kuasa yang lebih besar apabila kita merasakan diri kita ini kecil atau tidak mampu menghadapi atau melakukan sesuatu. Doa adalah salah satu cara yang bukan sahaja individu yang beragama malah individu yang tidak beragama juga berdoa ketika mereka terdesak. Ini kerana, doa dapat meluahkan emosi, perasaan dan kehendak sebenar individu. Seseorang juga akan menjadi dirinya yang paling jujur dan tidak berselindung ketika berdoa. Mereka dapat menzahirkan perkara yang terbuku di dalam pemikiran mereka. Doa juga membuatkan seseorang itu rasa didengari dan rasa ditemani. Kebergantungan seseorang terhadap kuasa yang mereka percaya lebih besar daripada mereka menghasilkan satu motivasi dan kekuatan untuk mereka. BIBLIOTERAPI SPIRITUAL (KITAB SUCI) Di dalam islam biblioterapi spiritual atau kitab suci yang digunakan adalah Al Quran manakala Kristian pula menggunakan Bible. Di dalam kitab suci terkandungnya kisah-kisah yang memberi pengajaran, nilai-nilai murni, nasihat, peraturan dan larangan serta motivasimotivasi daripada Tuhan. Biblioterapi spiritual digunakan untuk mengubungkan isu klien dengan topik-topik yang dibincangkan dalam kitab suci berkaitan isu tersebut. Ia lebih kepada klien melakukan refleksi terhadap dirinya mengenai ayat-ayat kitab suci tersebut dan bukan penterjemahan secara terperinci mengenai ayat tersebut. Di dalam Al Quran juga terbukti bahawa terdapat pelbagai cara penyelesaian masalah dan cara pemikiran yang positif yang dapat membantu klien menghadapi isunya. MEMBACA KISAH-KISAH DALAM AL QURAN Quran mempunyai pelbagai kisah-kisah atau perumpamaan-perumpamaan yang memberi pengajaran dan masih dapat dikaitkan kesemuanya dengan masalah-masalah yang berlaku pada hari ini. Quran juga mempunyai isi kandungan yang menyeluruh dimana ia bukan sahaja berbicara tentang aspek spiritual dan pengajaran tapi juga mengenai kesihatan individu, sains, budaya dalam masyarakat, cara pembelajaran, kekeluargaan, keadaan mental seseorang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa Quran sangat sesuai untuk membantu sesiapa sahaja dalam apa jua situasi. INDIVIDU YANG BOLEH DIJADIKAN CONTOH (ROLE MODELLING) Role modelling adalah salah satu teknik yang digunakan dalam kaunseling konvensional. Ia juga boleh digunakan dengan sangat meluas jika diintegrasikan dengan islam kerana dalam islam terdapat ramai tokoh-tokoh yang terkemuka di samping mereka mempunyai spiritual yang tinggi. Tokoh atau contoh tauladan yang paling hebat di dalam islam adalah Nabi Muhammad S.A.W iaitu utusan terakhir oleh Allah dalam agama islam yang berpengaruh besar sehingga ke hari ini. Dapat dilihat sepanjang perjalan Nabi Muhammad sebagai seorang Rasul, penceritaan dan perlakuannya berkait rapat dengan hati, pemikiran, emosi, tingah laku dan hubungan ketuhanan (spiritual) dimana kesemua elemen ini adalah elemen yang penting dalam kaunseling dan psikologi. Jadi, tidak pelik jika teknik-teknik dalam islam boleh membantu individu dalam menangani isu kesihatan mental. Nabi Muhammad juga telah melalui pelbagai pengalaman yang memberi tekanan kepada emosi baginda daripada baginda kecil sehingga nafas terkakhir baginda tetapi baginda tetap menjadi seorang yang kuat dan teguh, ini kerana tahap kekuatan mental baginda berada di tahap yang sangat tinggi. Dapat dilihat bahawa hubungan spiritual yang kuat dengan Allah yang melahirkan pemikiran yang sihat dan tingkah laku yang positif bagi membantunya melalui kesukaran hidup dan mengatasinya. Jadi, sangat tepat jika Nabi Muhammad dijadikan contoh ikutan supaya kita dapat menjadi seorang yang kuat mental dan fizikal juga. KESABARAN Kesabaran adalah salah satu perkara yang sangat diterapkan dalam islam. Ia sangat baik untuk fokus kepada situasi semasa dan membuat pilihan atau tindakan dengan tenang dan rasional dalam pelbagai situasi. PENGHAMBAAN DIRI Menghambakan diri adalah penyerahan diri kepada Allah termasuklah mempercayai setiap apa yang telah, sedang dan akan berlaku mempunyai hikmah. Ini membantu individu untuk bertahan dan tabah menghadapi situasi yang berlaku dalam hidupnya dan mengurangkan kerisauan terhadap apa yang akan berlaku. Individu juga akan menjadi lebih positif kerana percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada nilai baik atau pengajarannya tersendiri. Individu juga akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi. Penghambaan diri juga membentuk kekuatan mental yang sangat cekal. RAHMAT TUHAN Berpegang dengan konsep rahmat atau belas kasihan Allah boleh menjadikan seseorang itu positif. Mempercayai rahmat Allah juga menjadikan individu seorang yang bersyukur dan menerima segala apa yang ada padanya. Ia dapat mencipta satu bentuk konsep kendiri yang baik. Ia juga menggalakkan individu untuk berpijak kepada realiti dan tidak menginginkan sesuatu yang yang tidak rasional. RASA BERSALAH Timbulnya rasa bersalah bukanlah selalunya perkara yang negatif, ia juga menunjukkan proses pembelajaran, kesedaran tentang tanggungjawab dan mengetahui baik buruk sesuatu perkara. Ia juga disebut sebagai memohon keampunan kepada Allah. Ia membantu dalam mengetahui pemikiran atau tingkah laku yang tidak baik yang perlu dibuang. Ia membantu individu untuk mengstrukturkan kognitif mereka. MEMBERI HADIAH Di dalam kaunseling konvensional, Teknik ini juga dipanggil sebagai memberi peneguhan. Ia membantu dalam membaiki hubungan contohnya dalam hubungan kekeluargaan, ia akan menjalinkan satu hubungan yang lebih selesa dan menunjukkan penghargaan terhadap hubungan itu menyebabkan banyak kesan positif dan berlakunya perubahan yang positif dalam sesuatu hubungan contohnya seseorang itu boleh menjadi lebih terbuka dalam perbincangan. MEMAAFKAN DIRI DAN ORANG LAIN Memaafkan diri atau orang lain dilihat sebagai satu cara meredakan kemarahan, mengurangkan kesakitan dan melepaskan pendaman. Ia adalah sangat penting untuk seseorang menjadi lebih optimistik. Ia juga menggalakkan untuk seseorang itu melihat apa yang berlaku dan situasi yang sedang mereka hadapi dari sudut yang lain dan lebih positif. Ini akan membantu mereka membina persepsi yang lebih positif terhadap sesuatu perkara dan menjadikan mental mereka lebih kuat untuk menghadapi pelbagai situasi. Ia juga mengelakkan daripada seseorang itu fikir secara berlebihan. TAFAKKUR Mengakui kewujudan Allah dan berfikir mengenai kehebatanNya membantu manusia memaknai hidup. Hubungan manusia dengan Allah mempengaruhi banyak aspek dan nilai yang boleh menlengkapi kehidupan. Individu yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah adalah individu yang mempunyai pemikiran yang sangat luas dan terbuka. Pemikiran seperti ini penting ketika membuat keputusan dalam melalui kehidupan seharian. HALAL HARAM DALAM ISLAM Halal dan haram adalah sebahagian daripada peraturan dalam islam. Pastinya setiap satu perkara yang diperintahkan atau dilarang mempunyai sebab-sebab tertentu. Perkara yang diperintahkan mempunyai kesan yang baik kepada manusia manakala perkara yang dilarang mempunyai kesan yang buruk kepada manusia yang perlu dielakkan. Mengikut dan mentaati peraturan dalam agama dapat membentuk prinsip dan pegangan seseorang itu dalam hidupnya untuk tidak terjebak dengan tingkah laku yang tidak mendatangkan faedah. Mengikuti halal dan haram di dalam agama juga mendisiplinkan diri dan membentuk adab seorang manusia. Dengan wujudnya halal dan haram juga kita dapat membezakan perkara yang bermoral dan perkara yang tidak bermoral atau perkara yang rasional dengan perkara yang tidak rasional. Ini amat penting bagi menentukan gaya hidup yang baik dan sihat untuk seseorang INTERPRETASI MIMPI Tafsir mimpi adalah salah satu teknik yang digunakan dalam psikoterapi. Ia digunakan untuk mengetahui trauma atau isu yang sedang dihadapai oleh klien. Mimpi berkait dengan pemikiran kita kerana tempat memproses mimpi adalah daripada otak juga. Di dalam islam, penafsiran mimpi juga diamalkan tetapi ia hanya boleh ditafsir oleh orang-orang yang mahir dan mendalami ilmu tersebut. Ia tidak boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja. ALUNAN ZIKIR Muzik yang mengeluarkan bunyi yang merdu diakui sebagai salah satu cara untuk menenangkan diri. Di dalam islam terdapat pelbagai jenis alunan suara dalam membaca Al Quran dan berzikir. Alunan yang merdu digabungkan dengan pengukuhan atau peringatan terhadap Allah dapat meningkatkan lagi ketenangan seseorang. Ia terbukti menyentuh perasaan apabila ramai manusia yang mengakui tersentuh dengan bacaan Quran para imam, alunan zikir yang syahdu, azan yang merdu. Jadi, melazimi perkara-perkara seperti ini dapat sangatlah baik untuk mendapatkan ketenangan. PERANAN TERAPIS Seorang terapis atau kaunselor pastinya tidak boleh membimbing atau menerapkan nila keagamaan di dalam klien sepenuhnya. Terapis perlu mengelakkan diri daripada bertanyakan tentang aspek spiritual yang tidak terlibat dalam isu yang dikongsikan oleh klien. Terapis boleh berbicara tentang kesan psikologi apabila melakukan sesuatu amalan spiritual supaya klien sedar akan kebaikannya tetapi tidak boleh memaksa nilai agama ke atas klien. Sesi masih perlu dijalankan mengikut etika dan menghormat nilai pegangan spiritual klien. KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian ini menerangkan tentang teknik-teknik kaunseling islam yang boleh digunakan. Ruang di dalam bidang psikologi dan kaunseling kini semakin diluaskan selari dengan nilai penerimaan tanpa syarat dan perkembangan secara holistik, jadi integrasi antara nilai islam dengan kaunseling dilihat sebagai suatu gabungan yang inovatif. Kaunseling spiritual islam juga telah membuktikan bahawa ia memberi kesan yang positif kepada klien dan dapat membantu seseorang untuk berkembang ke arah lebih positif. Spiritual juga merupakan sebahagian besar dalam hidup seseorang. Hubungan manusia dan Pencipta juga adalah hubungan yang unik dalam membantu manusia memberi sokongan dan kekuatan melalui kehidupan. Amalan keagamaan juga semakin diterima di dalam kaunseling. Walau bagaimanapun, pengaplikasian elemen-elemen islam ini perlulah seimbang dengan elemenelemen kaunseling yang lain. Kaunselor yang menggunakan kaunseling islam juga perlu percaya dan juga mempraktikkan elemen-elemen islam yang ingin diguna pakai. Kaunselor juga perlu mencapai satu tahap kemahiran dalam melazimi elemen-elemen islam. Sudut pandang klien mengenai agama juga penting untuk diketahui sebelum diaplikasikan kerana ia merupakan perkara yang subjektif. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan keberkesanan yang telah dibuktikan, kaunseling spiritual islam boleh digunakan dalam bidang psikologi dan kaunseling. RUJUKAN bin Saper, M. N. (2018, December). KAUNSELING ISLAM DI MALAYSIA. In International Conference on Islamic Guidance and Counseling (Vol. 1, No. 1, pp. 1-9). Ismail, M. S. (2019). PENDEKATAN ISLAMIK IMPLIKASINYA TERHADAP AMALAN KAUNSELING [ISLAMIC ADMINISTRATION OF IMPLICATIONS FOR CONSULTING PRACTICES]. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 2(4), 28-38. Mustaffa, M. S. (1998). Kaunseling Islam. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4(1), 19-30. Omar, M., & Nuroddin, N. W. (2020). Pendekatan Kaunseling Islam untuk Menangani Masalah Sosial di Kalangan Remaja Sekolah Menengah Agama. Al-Takamul al-Ma’rifi, 3(1), 1-29.