SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH KERJA KURSUS SEJARAH Dato’ Maharaja Lela Nama:Muhammad Anas As-Syafie bin Saiful Bahtiar Kelas:3 Zuhrah Guru:Cikgu Umi Aisyah Binti Rostam Jadual Kerja Bil. 1. 2. Tarikh Perkara Catatan Objektif kajian a)Menjelaskan latar belakang Dato’ Maharaja Lela. b)Menghuraikan faktor peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela. c)Menghuraikan nilai-nilai yang patut dicontohi daripada peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela untuk generasi sekarang. Kaedah Kajian (a)Rujukan Saya membuat rujukan berdasarkan buku teks Sejarah Tingkatan 3 untuk mencari maklumat (b)Menonton video visual Saya menonton video visual di aplikasi youtube untuk dijadikan rujukan (c)Melayari internet Saya melayari beberapa laman web berkenaan kajian saya di internet untuk memperolehi maklumat Pernyataan Masalah Semangat juang Dato’ Maharaja Lela menentang kuasa British di Pasir Salak memupuk semangat patriotisma kepada generasi muda hari ini.Bincangkan. oleh Muhammad Anas As-Syafie bin Saiful Bahtiar 1)Jelaskan latar belakang Dato’ Maharaja Lela. Nama sebenar tokoh Dato’ Maharaja Lela dikenali sebagai Pandak Lam merupakan Orang Besar Berlapan Perak berketurunan Daeng Seliti,anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk,Sulawesi.Pada era pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah lll,Pandak Lam datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tun Lela”,berkuasa memancung tanpa ditanya. Bersama Dato Bahaman,pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang KayaKaya Seri atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor dan Ngah Kandin,Dato’ Maharaja Lela merancang dan membuat keputusan untuk membunuh James Wheller Woodford Birch atau lebih dikenali sebagai J.W.W Birch sebagai bentuk penentangan terhadap British.Pada 21 Julai 1875,Mesyuarat Dunan Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan pembesar-pembesarnya meluluskan keputusan Dato’ Maharaja Lela.Atas kelulusan tersebut,Dato’ Maharaja Lela bersama rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor,Siputum,Pandak Endut,Laksamana Mohamad Amin,Ngah Ibrahim,Ngah Johor dan lain-lain berjaya membunuh Birch yang ketika itu sedang mandi di tepi Sungai Perak pada 2 November 1875. Akibat daripada peristiwa pembunuhan tersebut,Dato’ Maharaja Lela ditangkap dan dinyatakan bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember di Matang,Perak.Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping,Perak. 2)Huraikan faktor peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela. Antara factor peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela ialah pihak British mengambil hak mengutip cukai.Pada 24 Julai 1875,Pemaksaan yang dilakukan oleh pihak British yang memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan mendatangani perjanjian tersebut.British juga telah membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai di Bidor. Selain itu,pihak British telah memperkenalkan pelbagai cukai baru.Birch bertindak memperkenalkan cukai-cukai baru seperti cukai padi,perahu atap,senjata dan bayaran permit untuk membalak.Setiap isi rumah perlu membayar 2 Dolar sebagai cukai kelamin. Akhir sekali,British telah mencabuli adat resam.Birch telah dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak setelah mengharamkan system perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.Birch dengan sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya. 3)Huraikan nilai-nilai yang patut dicontohi daripada peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela untuk generasi sekarang. Antara nilai yang patut dicontohi daripada peristiwa penentangan Dato’ Maharaja Lela untuk generasi sekarang ialah nilai kesungguhan mempertahankan tanah air.Dato’ Maharaja Lela bersama rakan-rakannya bersungguh mempertahankan hak tanah air mereka daripada pihak British.Hal ini demikian bagi mengelakkan tanah air dan hak kita daripada dirampas kuasa luar seperti British.Contohnya,Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch sebagai tanda protes kapada pihak British yang talah mengambil haknya dalam mengutip cukai.Kesimpulannya,kita haruslah bersungguh-sungguh dalam mempertahankan tanah air dan hak kita daripada dirampas oleh orang lain. Seterusnya,nilai keberanian.Dato’ Maharaja Lela berani membuat keputusan untuk membunuh Birch.Keberanian Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch patut dicontohi untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah kuasa luar.Contohnya,tentera darat berani berjaga di pedalaman negara kita demi memastikan negara aman daripada penceroboh yang ingin menakluki negara kita.Kesimpulannya,negara akan menjadi aman. Akhir sekali,nilai bersatu padu.Dato’ Maharaja Lela bersama rakan-rakannya telah bersatu padu membunuh Birch.Sikap bersatu padu patut dicontohi untuk menentang penjajah yang datang ke negara kita.Contohya,rakyat yang bersatu padu berganding kuasa dapat menyelamatkan negara kita daripada cengkaman kuasa luar.Kesimpulannya,negara akan bebas daripada sebarang penjajahan kuasa lain kerana kesepaduan rakyat. Kesimpulan Kesimpulannya,kita haruslah mencontohi nilai-nilai oleh tokoh Dato’ Maharaja Lela yang gigih,berani dan bersatu padu sebagai pedoman oleh generasi sekarang.Sebagai seorang rakyat yang negaranya pernah dijajah suatu ketika dahulu,kita haruslah menerapkan nilai-nilai tersebut demi memastikan sejarah yang dulu tidak berulang sekali lagi.Hal ini demikian demi menjaga ketenteraman dan kedamaian negara kita daripada diambil oleh kuasa luar.Akhir kata,contohilah nilainilai tokoh-tokoh yang telah berjuang mempertahankan negara kita daripada ancaman kuasa luar. Sumber Rujukan Internet https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/terbiar-10-tahun-rumah-datukmaharajalela-putih/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela https://www.orangperak.com/dato-maharaja-lela-dalam-sejarah-perak.html Akhbar Utusan Malaysia,18 Julai 2022,halaman 9 Buku Dr.Azharudin bin Mohamed Dali,Ridzuan bin Hasan,Muslimin bin Fadzil,2018,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,Buku Teks Sejarah Tingkatan 3(KSSM) Lampiran