Uploaded by Anas As As-Syafie

BM NOVEL

advertisement
Tema Novel ini menceritakan tentang perihal yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat dan penyelesaian kepada masalah tersebut
adalah dengan muafakat dan nilai-nilai murni.
Persoalan
1) Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap keluarganya
Lili yang enggan untuk menghabiskan cuti sekolah di kampungnya
hanya menurut permintaan ibunya
2) Persoalan masyarakat yang masih mengamalkan perubatan
tradisional
Datuk Lili, Haji Abdul Rahman merupakan pengamal perubatan
tradisional dan pernah merawat ibu Geetha, Letchumi
3) Persoalan masyarakat yang suka menyebarkan fitnah atau berita
palsu
Orang kampung menyebarkan cerita kubah surau telah dilarikan oleh
anak-anak Che Jah yang sebelum ini sering terlibat dengan masalah
sosial
4) Persoalan keganasan rumah tangga dalam masyarakat
Che Jah dan anak-anaknya sering dipukul oleh suaminya, Seman
yang panas baran, kaki judi dan pemabuk
5) Persoalan masyarakat yang prihatin terhadap sesuatu masalah
Lili yang prihatin terhadap nasib Che Jah telah membantu Che Jah
untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Sinopsis Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk
pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana mahu
memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan. tetapi
demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam
perjalanan pulang ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan
Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka berkongsi kisah-kisah
kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan
menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela
kampungnya. Lili mula tertarik dengan suasana kampung yang
bertentangan dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili merupakan
pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili
dengan Danel dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama
menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak hari pertama tiba di kampung,
Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan
masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar
tentang isu anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah
gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili memikirkan tentang masalah
yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya kepada
nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur
hal-hal orang dewasa. Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik
oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak Che Jah. Lili telah
berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya
bersimpati dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili
berjaya mengubah pendirian datuk dan neneknya untuk mula
mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna
kepada Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orangorang kampung yang lebih dewasa untuk membantu keluarga Che
Jah mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu
pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa
cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari terbit.
Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira dengan pengalaman
yang dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita
tentang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menulis
surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencanarencana tentang pisang yang ditulisnya
Watak dan perwatakan
1) Lili
Cucu kepada Haji Abdul Rahman dan hajah Aisyah Tan Abdullah
Pelajar Sekolah Menengah Mudah untuk berkawan dan seorang
peramah sepertimana dia berkawan dengan Danel dan Gheeta
Bersifat prihatin dan empati terhadap keluarga Che Jah dan Rafiq dan
Haziq yang bermasalah
2) Datuk (Haji Abdul Rahman)
Datuk kepada Lili Pengamal perubatan tradisional berunsurkan akar
kayu dan herba Seorang yang taat dengan perintah Tuhan kerana
rajin beribadah Berjaya menyembuhkan Letchumi merupakan ibu
kepada Gheeta yang sakit sebelum ini Menjadi sumber rujukan
penduduk kampung apabila terdapat masalah kesihatan
3) Nenek (Hajah Aisyah Tan Abdullah)
Nenek kepada Lili Soerang yang kurang yakin dengan ubat
tradisional datuk tetapi mempercayai pantang larang seperti
terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat
4) Danel
Anak kepada William Seorang yang berterus terang dengan
memperjelaskan isu pembinaan Kubah Surau dan kebaikan rawatan
kesihatan moden Seorang yang baik hati kerana menyelamatkan Lili
daripada diculik
5) Geetha
Kenalan kepada Lili di dalam bas sewaktu perjalanan ke Dungun,
Terengganu Anak kepada Letchumi yang merupakan pesakit yang
dirawat oleh Datuk Lili 6) Ibu Lili Ibu kepada Lili Seorang yang
cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran keluar negara
Kurang mendalami ilmu Agama akibat kecuaian Datuk Lili Plot
Permulaan Lili pulang ke kampung datuknya dengan menaiki bas di
Dungun, Terengganu. Lili tidak gembira dengan percutiannya tetapi
mengikut sahaja kehendak ibunya. Lili telah bertemu dengan Danel
dan Geetha dalam bas yang menuju ke destinasi yang sama. Rumah
datuk dan nenek Lili di Kampung Sentosa sungguh nyaman, cantik
dan dipenuhi dengan bendang. Perkembangan Setibanya di
kampung, Lili menemui neneknya sedang menyemai benih padi di
petak semaian. Nenek memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau.
Lili tekun menunggu datuknya pulang dan kemudian mendengar
cerita oleh datuknya tentang kepentingan susunan rumah dan jendela
menghadap jalan. Beliau juga bercerita tentang rawatan penyakit
secara tradisional. Konflik Datuk Lili mengimbau kisah silam tentang
kecuaian mendidik Ibu Lili dengan sempurna kerana walaupun
cemerlang dalam pelajaran tetapi jarang pulang ke kampung. Datuk
Lili juga berhadapan dengan kekecohan yang berlaku surau kerana
terdapat kedatangan pemaju perumahan untuk mendapatkan tanah.
Selain itu, Datuk Lili berkecil hati dengan Danel yang seolah-olah
mempertikaikan kemampuan rawatan tradisional berbanding rawatan
moden. Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq tetapi berjaya
diselamatkan oleh Danel Klimaks Che Jah menceritakan kejadian
malangnya kepada dua orang pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat tentang keganasan rumah tangga. Dia juga bersetuju jika
suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana melarikan Kubah
Surau. Lili juga mencadangkan Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat
pemulihan akhlak dan cadangannya dipersetujui oleh Kak Mimah
Peleraian Che Jah berjaya untuk membuat laporan polis berhubung
kes keganasan rumah tangga. Datuk Lili pula bersikap rasional dan
tidak melatah dengan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Sugi, abang kandung kepada Danel tidak terlibat dengan wakil
pemaju perumahan yang memujuk orang kampung untuk menjual
tanah mereka. Lili dan Danel berasa amat gembira kerana suara
mereka didengari oleh orang kampung yang dewasa. Nenek
menceritakan kepada Lili sebab mengapa jendela dibina menghadap
jalan. Danel menulis surat kepada Lili dan Lili tidak sabar untuk
kembali ke Kampung Sentosa Latar Latar Tempat
Dungun : Daerah asal datuk, nenek dan ibu Lili
Pekan Sejahtera : Tempat tinggal Geetha
Kampung Sentosa : Tempat tinggal datuk dan nenek Lili
Kedai Runcit Ah Kwan : Kedai Lili membeli barangan dapur
berhampiran kampungnya
Balai Raya : Tempat penduduk kampung berkumpul bagi
menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh
Latar Masa
Waktu pagi : Lili meminta izin daripada nenek untuk keluar melihat
Kubah Surau
Waktu maghrib :
Menjelang waktu Isyak, Lili melihat melalui jendela sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat Bulan Sabit
Musim cuti sekolah : Tempoh Lili pulang ke kampung datuk dan
neneknya
Latar Masyarakat
Masyarakat yang mempercayai rawatan kesihatan tradisional :
Datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman merupakan pengamal perubatan
tradisional menggunakan herba dan pernah merawat ibu Geetha,
Letchumi
Masyarakat yang mempunyai masalah dalam institusi kekeluargaan :
Suami kepada Che Jah suka berjudi, berhutang, menipu dan
memarahi isteri dan anak-anaknya. Kesannya anak-anak Che Jah
juga terpengaruh untuk melakukan masalah-masalah sosial
Masyarakat yang prihatin : Lili yang prihatin dengan nasib keluarga
Che Jah dan meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
membantu Che Jah.
Gaya Bahasa Inversi : Tidak berapa lama kemudian dia pun terlena
Peribahasa : menjaga tepi kain orang dan biar lambat asalkan
selamat
Metafora : garis kebimbangan, perut bas ekspres
Simile : kencang, seperti nafas orang diserang asma
Personafikasi : jauh di sudut hatiku terpancar nilai-nilai seni yang
sengaja dirumitkan, dan tidak tumpah ke pipinya
Nilai
1) Nilai Kasih Sayang : Datuk dan Nenek yang melayan Lili dengan
baik walaupun ibunya tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya
2) Nilai Prihatin : Lili prihatin dengan nasib yang menimpa Che Jah
apabila anak-anaknya terlibat dengan masalah sosial dan suaminya
yang bermasalah
3) Nilai Baik Hati : Danel yang menyelamatkan Lili daripada diculik
oleh Rafiq dan Haziq
4) Nilai Jati Diri : Haji Abdul Rahman kekal mengamalkan perubatan
tradisional sebagai alternatif kepada pesakit yang memerlukan
perkhidmatannya
5) Nilai Tanggungjawab : Penduduk Kampung Sentosa bergotong
royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau
Pengajaran 1) Kita seharusnya taat dan mendengar nasihat daripada
ibu dan bapa kita : Lili yang akur dengan suruhan ibunya untuk pulang
bercuti ke kampung mereka di DUngun, Terengganu 2) Kita mestilah
prihatin dengan masalah yang melanda ahli keluarga dan juga
masyarakat : Lili yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh
Che Jah dan membantunya dengan pertolongan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat 3) Kita perlu bertindak berani dalam
menghadapi cabaran hidup : Danel memberanikan diri untuk
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq Koleksi Soalan
Dan Jawapan Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan
contoh-contoh soalan dan jawapan yang berkaitan dengan Novel
Jendela Menghadap Jalan: 1) Dalam setiap novel yang anda kaji,
pengarang pasti mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan
sebagai teladan. Jelaskan satu peristiwa tersebut. Datuk Lili
menyembuhkan penyakit Letchumi, ibu Geetha menggunakan
rawatan tradisional. Peristiwa ini memberi iktibar supaya kita bersedia
untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kita
tanpa mengira latar belakang mereka 2) Sila huraikan dua bukti
kecekalan watak utama dalam novel yang anda telah kaji
Berdasarkan novel yang saya kaji, watak utama iaitu Lili cekal dalam
menuruti kehendak ibunya untuk menghabiskan cuti sekolahnya di
kampung berbanding kehendaknya untuk bercuti bersama rakanrakan sekolah Lili juga telah diculik oleh Haziq dan Rafiq semasa
pulang dari pekan tetapi kekal tabah sebelum diselamatkan oleh
Danel 3) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan latar
masyarakat yang dipaparkan Berdasarkan novel yang saya kaji, latar
masyarakat yang dipaparkan adalah masyarakt kampung yang masih
berpegang pada tradisi seperti datuk Lili yang masih mengamalkan
perubatan tradisional Selain itu, latar masyarakat yang saling
membantu juga dipaparkan dimana Lili dan Kak Mimah membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Che Jah Akhir sekali,
novel ini memaparkan latar masyarakat yang terlibat dengan masalah
sosial dimana anak-anak Che Jah iaitu Haziq dan Rafiq yang terlibat
dengan penyalah gunaan dadah 4) Huraikan dua perwatakan watak
sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji Novel yang
saya kaji dan watak sampingan yang ingin dihuraikan adalah datuk
Lili iaitu Haji Abdul Rahman. Beliau merupakan seorang yang
mempunyai jati diri yang kuat kerana masih mengamalkan perubatan
tradisional sebagai alternatif kepada mereka yang memerlukan Selain
itu, datuk juga seorang yang kuat beribadah. Contohnya, apabila Lili
tiba di kampung, datuk masih berada di surau untuk beribadah Akhir
sekali, datuk merupakan seorang yang menghargai nilai sejarah
kerana mementingkan binaan rumahnya dan rumah-rumah di
sekeliling Kampung Sentosa 5) Berdasarkan novel yang anda
pelajari, jelaskan dua latar tempat dalam novel tersebut Stesen bas –
tempat dimana Lili menaiki bas untuk ke kampung datuk dan
neneknya di Dungun Terengganu Pekan Sejahtera – merupakan
tempat tinggal Geetha Surau – tempat dimana orang kampung
berkumpul untuk menyelesaikan masalah
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/noveljendela-menghadap-jalan/ | Irujukan.my
Download