Uploaded by Wing Heng Lee

SKP 3122 (H2)-ISU PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA (5)

advertisement
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SKP 3122-7: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TUGASAN BERKUMPULAN SCL 1
SEMESTER 2, 2023/2024
Nama kumpulan: Kumpulan H (H2)
Topik: Topik 8 - Peranan Etika dan Peradaban dalam Tanggungjawab Sosial di Malaysia
Tajuk: Isu Penderaan Kanak-kanak di Malaysia
Nama Pensyarah: Dr. Dayang Nurhazieqa Hamzani
Nama ahli kumpulan:
BIL
NAMA
NO MATRIK
1.
LEE WING HENG
225386
2.
WONG SENG WEI
223318
3.
NUR ADLINA BINTI MOHD NOOR
216126
2
Bil
Isi Kandungan
Muka surat
1.0
PENGENALAN
2
2.0
NILAI ETIKA BERDASARKAN ISU
2
3.0
REFLEKSI TERHADAP ISU
3
4.0
PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU
4
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENDERAAN
5.0
KANAK-KANAK
5
6.0
KESIMPULAN
6
7.0
RUMUSAN INDIVIDU
7
8.0
SENARAI RUJUKAN
8
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penderaan kanak-kanak ditakrifkan sebagai
semua bentuk penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual, pengabaian, penyalahgunaan, penipuan atau
eksploitasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada kesihatan, kehidupan,
pembangunan atau kemuliaan kanak-kanak yang dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah
atau kuasa ke atas kanak-kanak. Ibu bapa sentiasa dianggap sebagai tonggak utama dalam mengasuh
generasi harapan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Namun
demikian penderaan kanak-kanak berlaku kebanyakan disebabkan oleh ibu bapa yang menyalahgunakan
hak mereka dalam mengajar dan mendisiplinkan anak mereka. Ibu bapa sering menggunakan sebab
tersebut sebagai satu alasan untuk melakukan penderaan ke atas anak mereka.
2.0 NILAI ETIKA BERDASARKAN ISU
Kepercayaan kepada Tuhan
Kita haruslah mematuhi segara ajaran berlandaskan pegagan agama atau kepercayaan masing-masing
supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral. Contohnya, seseorang yang berpegang teguh
kepada ajaran agama tidak akan melakukan perbuatan yang zalim seperti mendera kanak-kanak.
Rasional
Kita haruslah berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berdasarkan pertimbangan yang wajar dalam membuat sebarang keputusan. Contohnya, ibu bapa haruslah
mengawal emosi dan tidak mencederakan anaknya walaupun menghadapi tekanan atau masalah yang
disebabkan oleh kerja atau masalah peribadi.
Melindungi Hak Kanak-Kanak
Kita haruslah membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka yang sempurna. Contohnya, ibu bapa perlu mendidik dan menjaga anak-anak dengan penuh kasih
sayang dan perhatian supaya mereka dapat membesar dalam persekitaran yang ceria dan sihat.
Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Kita perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan. Contohnya,
Akta Kanak-Kanak 2001 digubal untuk tujuan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak.
Hal ini memastikan keselamatan dan kepentingan kanak-kanak dijamin.
2
3.0 REFLEKSI TERHADAP ISU
Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah sosial yang kerap muncul dalam berita Malaysia
setiap tahun. Menurut satu artikel daripada Kosmo yang diterbitkan pada 9 Jun 2023 oleh Mohd
Ridzauddin Roslan, seorang kanak berusia dua tahun didera oleh kekasih ibunya. Kanak tersebut
dipercayai dipukul oleh teman lelaki ibunya kerana bising. Kejadian itu menyebabkan mangsa bengkak
pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan.
(https://www.kosmo.com.my/2023/06/09/kanak-kanak-dua-tahun-didera-kekasih-ibu-disahkan-selamat/)
Berita tersebut menunjukkan kekejaman seorang manusia yang sanggup mencederakan kanak
yang tidak berupaya untuk mempertahankan diri. Hal ini tidak hanya menyebabkan kecederaan secara
fizikal malah menyebabkan trauma kepada kanak tersebut yang akan menjejaskan perkembangan dan
kelangsungan hidup mereka.
Bukan semua mangsa mempunyai peluang untuk diselamatkan malah terdapat juga mangsa yang
meninggal akibat penderaan. Menurut artikel Malaysia Kini yang diterbitkan pada 15 Mac 2023,
sebanyak 220 kes kanak-kanak mati akibat penderaan antara tahun 2018 hingga 2022, kata Menteri
Dalam Negeri Saifuddin Nasution. Kanak-kanak tersebut tidak mempunyai peluang untuk merasai
keindahan dunia ini dan menjalani kehidupan yang bahagia.
(https://www.malaysiakini.com/news/658746)
3
4.0 PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK BERLAKU
Pada tahun 2023, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
menyatakan bahawa hampir 3,000 kes penderaan fizikal kanak-kanak telah direkodkan di dalam negara
ini. Penderaan kanak-kanak bukanlah isu yang ringan, dan ia melibatkan pelbagai faktor yang mendorong
kepada kejadian tersebut.
Salah satu punca yang utama ialah ibu bapa yang gagal mengurus tekanan dan emosi dalam
keluarga. Menurut Professor Datin Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Pendidikan dan
Kaunseling Universiti Malaya dalam artikel Berita Harian, kebanyakkan bendera tidak mengalami
masalah mental (tidak siuman) tetapi disebabkan tekanan hidup. Justeru, penting untuk kita sentiasa
bermuhasabah diri dan bergaul dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh memberi nasihat yang berguna
untuk kita mengurus diri, keluarga dan juga anak-anak.
Seterusnya, kesempitan hidup dan keadaan ekonomi keluarga yang teruk. Pada masa kini, dengan
revolusi perindustrian kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bagi mereka yang kurang
kemampuan, tanggungjawab menyara keluarga boleh menjadi satu beban. Memetik Dr Phillip J. Resnick,
belenggu kemiskinan boleh membawa kepada “altruistic suicide” dimana kematian dapat menyelesaikan
masalah. Contohnya, ibu bapa yang yang berniat untuk membunuh diri akan membawa anak bersama
untuk menyelesaikan masalah kesempitan hidup. Izharnya, kedudukan ekonomi keluarga yang tidak
kukuh menjadi antara punca penderaan kanak-kanak berlaku.
Kurang didikan agama dan moral juga menjadi salah satu punca penderaan kanak-kanak berlaku
dalam masyarakat kini. Dalam surah al-nahl ayat 90 bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang melakukan
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat
mengambil pelajaran." Oleh yang demikian, orang yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai
pegangan agama yang kukuh atau pemikir yang rasional. Intihannya, amalan ilmu agama dan moral
dalam diri setiap individu memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak
yang semakin berleluasa pada hari ini.
4
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENDERAAN KANAK-KANAK
Sekurang-kurangnya 1000 kes kanak-kanak di Malaysia dilaporkan setiap tahun. Isu penderaan
kanak-kanak semakin serius dan juga akan memberi kesan negatif seperti fizikal dan psikologi yang
mendalam dan berkekalan kepada kanak-kanak. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi
masalah penderaan kanak-kanak.
Langkah pertama untuk mengatasi isu penderaan kanak-kanak adalah melalui pendidikan dan
kesedaran. Pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen kesedaran sama ada di media massa, sekolah
atau masyarakat untuk mendidik masyarakat. Contohnya, kerjaan telah melancarkan Kempen
Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak pada tahun 2022 untuk mengatasi
masalah jenayah seksual yang merupakan sejenis penderaan. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran
masyarakat untuk mengambil berat dan berani untuk melapor apabila menghadapi masalah tersebut.
Langkah kedua untuk mengatasi isu penderaan kanak-kanak adalah perkhidmatan kaunseling untuk
semua peringkat umur dalam masyarakat. Salah satu punca penderaan berlaku adalah kerana pendera
gagal mengawal emosinya yang disebabkan tekanan terutamanya daripada pekerjaan. Sebagai contoh,
Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling (PKPK) UKM menawarkan sesi kaunseling yang
dijalankan oleh kaunselor pelatih yang bertauliah secara percuma kepada masyarakat. Dengan itu,
individu boleh meluahkan masalah dan tekanan mereka supaya emosi negatif dapat dilepaskan serta
bertindak rasional apabila berteman dengan anak .
Langkah ketiga untuk mengatasi isu penderaan kanak-kanak adalah memperkasa penguatkuasaan
undang-undang. Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan untuk memperkasa penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas dan berat kepada ibu bapa atau individu yang mendera kanak-kanak.
Contohnya, pendera haruslah tidak boleh diikat jamin dengan bayaran tetapi perlu dipenjarakan bagi
semua tahap keterukan penderaan. Hal ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pendera supaya
berasa takut dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.
Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh kita mengambil untuk mengatasi masalah penderaan
kanak-kanak. Masyarakat haruslah melindungi dan menjaga kanak-kanak dengan baik agar kedamaian
dan ketenangan di masyarakat kita dapat dikekalkan.
5
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah penderaan kanak-kanak di Malaysia merupakan satu isu sosial yang
kerap berlaku dalam sebuah rumah tetangga. Isu ini wujud atas beberapa faktor, antaranya ibu bapa yang
gagal mengawal emosinya, kesempitan hidup dan keadaan ekonomi keluarga yang teruk serta kurang
didikan agama dan moral. Hal-hal ini menyebabkan kanak-kanak didera bukan atas sebab mereka tetapi
ibu bapa yang tidak berfikir secara rasional sebelum bertindak. Oleh yang demikian, masalah tersebut
haruslah diatasi dengan mengambil beberapa langkah. Isu tersebut dapat diatasi melalui pendidikan dan
kesedaran, menghadiri sesi kaunseling dan penguatkuasaan undang-undang. Dengan ini, isu penderaan
dapat diatasi dan hak serta kesejahteraan kanak-kanak terjamin.
6
7.0 Rumusan Individu
LEE WING HENG (225386)
Apabila saya membaca berita yang berkaitan dengan kes-kes penderaan, saya berasa sangat sedih
dan marah. Hal ini demikian kerana mangsa-mangsa kes tersebut merupakan anak kecil yang tidak
berupaya untuk mempertahankan diri dan didera tanpa diketahui sebab. Etika dan peradaban penting
dalam membentuk prinsip moral asas yang dapat melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Dengan
ini kanak-kanak dapat membesar dengan ceria dan sihat.
NUR ADLINA BINTI MOHD NOOR (216126)
Pada pandangan saya, penderaan kanak-kanak sangat bahaya dan tidak patut berlaku di negara
kita kerana kita tahu dari kecil lagi kita perlu membentuk seseorang yang berjaya dan berguna kepada
negara. Saya berharap bahawa masyarakat boleh bersikap lebih peka terhadap kes-kes penderaan yang
berlaku di sekeliling mereka dan bertindak untuk menghentikannya. Masyaraat haruslah menghargai
nyawa yang dikurniakan dan bersama-sama melindungi generasi akan datang dari penderaan.
WONG SENG WEI (223318)
Pada penda pandangan saya, penderaan kanak-kanak tidak patut berlaku di negara kita. Walaupun
sekarang merupakan abad ke-21, manusia masih mencederakan sesama sendiri, terutamanya mangsa
adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Kemudaratan kepada kehidupan yang lemah ini amat menyayat
hati saya dan ini menonjolkan kelemahan masyarakat kita dalam melindungi dan menjaga kanak-kanak.
Saya berharap melalui usaha kami dapat meningkatkan kesedaran masyarakat agar setiap kanak-kanak
membesar dengan sihat dan gembira.
(1126 patah perkataan)
7
8.0 Senarai Rujukan
Hairom, N. (2023, November 29). Penderaan seksual kanak-kanak, kes tertinggi dikendali JKM - Nancy.
Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/637091/berita/nasional/penderaan-seksual-kanak-kanak-kes-tertin
ggi-dikendali-jkm---nancy
Azlina, Roszy Mohamad Ghaffar dan Basmin Maar (2023, December 22). PENDERAAN
KANAK-KANAK:
IBU
BAPA
MUDA
PERLU
URUS
TEKANAN.
BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2256381
Team, M. (2023, March 15). 220 kanak-kanak maut akibat penderaan dalam tempoh empat tahun.
Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/658746
Dr. Siti Aishah Bt. Saidin. (2020, August 28). Pencegahan. MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA.
http://www.myhealth.gov.my/pencegahan/
Associate Prof. Dr. Mariani Mansor dan Prof Madya. Dr. Asnarulkhadi Abu Samah. Malaysian Journal of
Social Policy and Society Volume 1 2005. (2005). Penderaan Kanak-kanak Satu Pendekatan Pencegahan
Berasaskan Komuniti, 01, 12.
https://ijsps.ism.gov.my/index.php/IJSPS/article/download/8/9/31
Tekanan hidup punca kanak-kanak jadi mangsa. (2019, March 5). Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/16487/berita/nasional/tekanan-hidup-punca-kanak-kanak-jadi-ma
ngsa
BERNAMA. (2022, April 20). - Penderaan Kanak-Kanak Mesti Dihentikan Secara Total. BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2073621
8
8.0 Senarai Rujukan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. (2023, September 18). SIARAN MEDIA
ADVOKASI KPWKM KASIH KANAK-KANAK BUKTI KOMITMEN KEMENTERIAN LINDUNGI
KANAK-KANAK.
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/KenyataanMedia/2023/SIARAN%20MEDIA%20-%20A
DOKASI%20KANAK-KANAK%20%20BUKTI%20KPWKM%20KASIH%20DAN%20PRIHATIN%20ME
LINDUNGI%20KANAK-KANAK%20.pdf
9
Download