Uploaded by Li Tan

PANDUAN PERKHIDMATAN SEWA KENDERAAN PENUMPANG (2)

advertisement
CUKAI PERKHIDMATAN 2018
PANDUAN:
PERKHIDMATAN SEWA
KENDERAAN PENUMPANG
Diterbitkan oleh :
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Putrajaya
20 Ogos 2018
Penerbitan
Tarikh: 20 Ogos 2018.
Notis Hakcipta
Hak Cipta 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Hak Cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hakcipta, 1987 (Malaysia).
Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada secara keseluruhannya atau
sebahagiannya, dengan penerbitan panduan baru. Tiada bahagian daripada
penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau
dihantar dalam apa-apa bentuk, termasuk di tempat untuk tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam
menghasilkan semula atau mengutip kandungan, pengiktirafan sumber diperlukan.
Penafian
Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai layanan
yang relevan di bawah Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan
pemahaman umum tentang kewajipan pembayar cukai. Ia tidak bertujuan untuk
mengatasi semua masalah cukai yang mungkin timbul secara komprehensif.
Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua
maklumat yang terkandung di dalam Panduan ini adalah betul, JKDM tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin
terkandung, atau apa-apa kerugian kewangan atau lain-lain yang dilakukan oleh
individu menggunakan maklumat dari Panduan ini. Semua maklumat adalah semasa
persediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu.
KANDUNGAN
PENGENALAN ................................................................................................................... 1
PENGENAAN DAN SKOP CUKAI ................................................................................. 1
TERMINOLOGI................................................................................................................... 1
OPERASI UMUM INDUSTRI ........................................................................................... 2
Gambaran keseluruhan perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
(SKP) ............................................................................................................................... 2
PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN ...................................................................... 3
LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS PERKHIDMATAN SKP .............. 3
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) .................................................................................. 5
PERTANYAAN ................................................................................................................... 7
BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI CUKAI PERKHIDMATAN ............ 7
i
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
PENGENALAN
1.
Cukai Perkhidmatan adalah cukai kepenggunaan yang ditadbir oleh Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 dan perundangan subsidiarinya. Tarikh kuat kuasa Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 adalah 1 September 2018.
2.
Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan yang dipanggil
"perkhidmatan bercukai".
3.
Seseorang yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai
ambang yang ditetapkan perlu didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
dan dikenali sebagai "orang berdaftar" yang dikehendaki mengenakan cukai
perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang dibekalkan kepada pelanggannya.
4.
Panduan industri ini disediakan untuk membantu perniagaan memahami
layanan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan sewa kenderaan penumpang.
PENGENAAN DAN SKOP CUKAI
5.
Mulai 1 September 2018, di bawah Kumpulan I, Butiran 7, Jadual Pertama
Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, pengendali yang diberi lesen di bawah Seksyen
18 atau Seksyen 38 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atau Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Sabah & Sarawak) adalah bertanggungan
untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 sekiranya membekal
perkhidmatan bercukai.
TERMINOLOGI
6.
Perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud berikut di dalam panduan ini
melainkan jika terdapat maksud yang berlainan:
(i)
“bas sewa” ertinya suatu bas yang disewa secara keseluruhan bagi satu
perjalanan yang bayarannya dibuat kepada pemunya oleh orang yang
menyewa bas itu (Jadual Pertama, Akta Pengangkutan Awam Darat
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
1
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
2010);
(ii)
“kereta sewa” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya
tidak melebihi enam orang atau, dalam kawasan yang diluluskan oleh
Suruhanjaya, dua belas orang (dalam semua keadaan termasuk
pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam satu
perjalanan sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh
mereka (Jadual Pertama, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010);
(iii)
“kereta sewa dan pandu” ertinya suatu kenderaan motor yang
disewakan bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau penamanya
(Jadual Pertama, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010).
(iv)
“bas persiaran” ertinya suatu bas yang digunakan semata-mata untuk
membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang
tiada peringkat tambang (Jadual Kedua, Akta Pengangkutan Awam
Darat 2010);
(v)
“kereta sewa dan pandu untuk pelancong” ertinya suatu kenderaan
motor yang disewa bagi maksud untuk dipandu oleh penyewa atau
penamanya sama ada pelancong atau bukan pelancong, dan yang
digunakan semata-mata untuk membawa pelancong atau pelancongpelancong (Jadual Kedua, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010).
(vi)
"Kawasan Yang Ditetapkan" (KD) bermaksud Labuan, Langkawi dan
Tioman. (Definisi Seksyen 47, Akta Cukai Perkhidmatan 2018) Cukai
perkhidmatan dikenakan dan dilevi ke atas barang dan perkhidmatan.
OPERASI UMUM INDUSTRI
Gambaran keseluruhan perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang (SKP)
7.
Perkhidmatan SKP merujuk kepada:
(i)
Penyediaan perkhidmatan sewa dan pandu atau perkhidmatan sewa
kereta;
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
2
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
(ii)
Penyediaan perkhidmatan bas sewa; atau
(iii)
Penyediaan perkhidmatan bas persiaran.
8. Mana-mana pengendali yang diberi lesen di bawah Seksyen 18 untuk kenderaan
perkhidmatan awam berkaitan dengan sewa bas, sewa kereta dan sewa dan
pandu kereta atau Seksyen 38 untuk kenderaan pelancongan di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010 atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan 1987 (Sabah & Sarawak) adalah bertanggungan untuk berdaftar di
bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN
9.
Kadar cukai perkhidmatan dikenakan adalah pada kadar 6%. Cukai
perkhidmatan dikenakan pada ketika perkhidmatan diberi.
LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS PERKHIDMATAN SKP
10.
Perkhidmatan berikut yang dilesenkan di bawah Seksyen 18, Bahagian II, Bab
1, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk kenderaan perkhidmatan awam
adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan:
11.
(i)
Kelas (b) –bas sewa;
(ii)
Kelas (i) – kereta sewa; dan
(iii)
Kelas (j) – kereta sewa dan pandu.
Perkhidmatan berikut yang dilesenkan di bawah Seksyen 38, Bahagian III, Bab
2, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk perkhidmatan kenderaan pelancongan
adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan:
(i)
Kelas (a) – bas persiaran; dan
(ii)
Kelas (b) – kereta sewa dan pandu untuk pelancong.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
3
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
12.
Perkhidmatan SKP tidak termasuk operasi berikut:
(i)
Bas berhenti-henti;
(ii)
Bas ekspress;
(iii)
Bas mini;
(iv)
Bas pekerja;
(v)
Bas pengantara;
(vi)
Bas sekolah;
(vii)
Bas lapangan terbang;
(viii)
Teksi;
(ix)
Teksi lapangan terbang; dan
(x)
Teksi mewah (taxi limosin).
Termasuk sewaan ke atas kenderaan untuk tujuan di atas.
13.
Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas:
(i)
Bayaran sewaan kenderaan (masa / jarak);
(ii)
Bayaran perkhidmatan pemandu;
(iii)
Caj drop-off / penghantaran (caj dikenakan ke atas kereta sewa yang
dikembalikan dari tempat mereka diambil);
(iv)
Sewaan tempat duduk kanak-kanak atau seat-booster;
(v)
Surcaj bahan api;
(vi)
Insurans yang dikenakan oleh pengendali HDPV
Nota: Senarai ini di atas bukan senarai penuh.
14.
Caj perkhidmatan lain yang tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan adalah
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
4
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
caj yang dikenakan oleh pihak ketiga seperti saman dan mencuci kereta.
15.
Menyewa dan memandu perkhidmatan kereta dalam kawasan yang ditetapkan
(KD) tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan sekiranya perkhidmatan yang
disediakan oleh pengendali SKP yang perniagaan utamanya berada di KD.
PENDAFTARAN DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERDAFTAR
16.
Pembekal perkhidmatan yang mencapai nilai perkhidmatan bercukai yang
ditetapkan bagi perkhidmatan bercukai adalah dikehendaki berdaftar dibawah Akta
Cukai Perkhidmatan 2018. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pendaftaran
Cukai Perkhidmatan.
17.
Orang berdaftar adalah bertanggungjawab untuk:
(i)
mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai;
(ii)
mengeluarkan invois dan resit kepada pelanggan berkenaan dengan apaapa transaksi yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bercukai;
(iii) mengemukakan penyata cukai perkhidmatan SST-02 secara elektronik
dan membayar cukai perkhidmatan sebelum tarikh tamat tempoh;
(iv) menyimpan rekod yang sewajarnya berhubung dengan transaksi cukai
perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai tanggungjawab orang berdaftar, sila rujuk
Panduan Am Cukai Perkhidmatan.
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
1.
Q
: Bagaimana untuk menjadi orang berdaftar?
A
: Pengendali SKP yang menyediakan perkhidmatan yang dikenakan
cukai dan mempunyai perolehan melebihi RM500,000 perlu
memohon
pendaftaran
secara
dalam
talian
dengan
mengemukakan borang SST-01 melalui sistem MySST.
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
5
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
2.
Q
: Bagaimanakah cara menghantar penyata dan membuat
bayaran cukai?
A
: Pengendali SKP berdaftar perlu mengemukakan penyata cukai
perkhidmatan SST-02 dan membuat bayaran secara elektronik
(MySST) dan pos ke Pusat Pemprosesan Kastam di Kelana Jaya.
Kaedah pembayaran sama ada menggunakan cek atau bank draf.
Untuk
mendapatkan
maklumat
lanjut,
sila
rujuk
Panduan
Penghantaran Penyata dan Bayaran.
3.
Q
: Adakah pengendali SKP perlu mengeluarkan invois?
A
: Dalam peraturan cukai perkhidmatan, semua transaksi oleh orang
berdaftar mesti mengeluarkan invois. Orang berdaftar boleh
memohon untuk menggunakan dokumen lain bagi menggantikan
invois dan tertakluk kepada kelulusan oleh Ketua Pengarah. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Umum Cukai
Perkhidmatan.
4.
Q
: Hotel XY Sdn. Bhd. Tidak dilesenkan di bawah Akta Industri
Pelancongan 1992 tetapi orang berdaftar di bawah Akta Cukai
Perkhidmatan 2018. Adakah perkhidmatan sewa kereta yang
disediakan oleh hotel tertakluk kepada cukai perkhidmatan?
A
: Ya, perkhidmatan sewa kereta yang disediakan oleh hotel
dikenakan cukai perkhidmatan kerana ia adalah perkhidmatan yang
ditetapkan oleh hotel di bawah Kumpulan A, Jadual 1, Peraturan
Cukai Perkhidmatan 2018.
5.
Q
: Pengendali
kereta
sewa
memerlukan
pelancong
untuk
meletakkan deposit sewa kereta. Adakah deposit tertakluk
kepada cukai perkhidmatan?
A
: Jika deposit tidak dianggap sebagai sebahagian daripada
pembayaran sewa dan ia akan dikembalikan kepada pelancong, ia
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
6
Panduan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Penumpang
Sehingga 20 Ogos 2018
tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Sekiranya dianggap sebagai
sebahagian daripada pembayaran, ia tertakluk kepada cukai
perkhidmatan.
6.
Q
: Seorang
pelanggan
menyewa
kereta
di
Malaysia
dari
pengendali di Malaysia meneruskan perjalanan ke Bangkok,
Thailand kemudian mengembalikan kereta tersebut kepada
operator di Malaysia selepas seminggu. Bolehkah pengendali
tersebut membahagikan cukai perkhidmatan yang dikenakan
untuk penggunaan di luar Malaysia?
A
: Tidak, operator tidak boleh membahagikan cukai perkhidmatan
tetapi perlu mengenakan bayaran berdasarkan penggunaan tanpa
mengira kereta itu digunakan di luar Malaysia ataupun tidak.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan panduan ini sila berhubung:Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Aras 3 – 7, Blok A, Menara Tulus,
No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3,
62100 Putrajaya.
BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI CUKAI PERKHIDMATAN
1.
Informasi selanjutnya boleh didapati di :
(i)
Pusat Panggilan Kastam:
•
Website: www.mysst.customs.gov.my
•
Tel: 03-7806 7200 / 1-300-888-500
•
Fax: 03-7806 7599
•
Email: ccc@customs.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
7
Download