BAB 1 – ETIKA DAN PERADABAN Hasil Pembelajaran • Memahami latar belakang ilmu etika dan peradaban • Membuat perbandingan konsep etika berdasarkan kepada individu, masyarakat, negara dan sejagat • Menghuraikan prinsip-prinsip asas etika yang menjadi panduan dan amalan dalam kehidupan seharian • Mengaplikasikan konsep etika dan prinsip-prinsip asas etika dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri, dalam keluarga, masyarakat, negara dan di peringkat antarabangsa KANDUNGAN DEFINISI ETIKA DAN PERADABAN ETIKA DARIPADA PERSPEKTIF INDIVIDU, MASYARAKAT, NEGARA DAN SEJAGAT PRINSIP ASAS ETIKA PENGHAYATAN NILAI LATAR BELAKANG ILMU ETIKA DAN PERADABAN • Etika dan peradaban bergerak seiring • Socrates • menerangkan tentang konsep keadilan dan sama ada manusia yang adil lebih bahagia berbanding dengan manusia yang tidak berlaku adil • Socrates berpendapat, manusia yang baik akan melakukan kurang masalah atau kemudaratan kepada manusia yang lain walaupun kepada musuh mereka sendiri. • falsafah Socrates yang menyentuh secara langsung mengenai pembinaan peradaban manusia membahagikan manusia kepada tiga kelas sosial iaitu pekerja, tentera dan pemerintah. • Setiap kelas masyarakat ini mempunyai nilai moral atau etika yang harus dipegang dan dilaksanakan. 1. Peradaban Barat • Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘ethos’ • Bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesebuah masyarakat • Merupakan satu set prinsip-prinsip moral yang menentukan sesuatu tindakan adalah betul atau salah • Prinsip-prinsip moral ini sebagai panduan kepada kelakuan manusia sama ada menjadi baik atau buruk. 2. Peradaban India • Etika dalam masyarakat India dikenali sebagai ‘nitisastra’ (Bahasa Sanskrit) iaitu sebahagian daripada konsep ‘Rta’ • Dalam kitab Veda, konsep ‘rta’ ditakrifkan sebagai perintah, peraturan dan kebenaran yang dianggap sebagai prinsip peraturan semulajadi yang diamalkan dalam sistem alam semesta. • Secara konseptualnya, rta juga dikaitkan dengan konsep melaksanakan perintah dan peraturan yang dikenali sebagai ‘dharma’ dan konsep tindakan manusia yang menuruti perintah tersebut yang dipanggil sebagai ‘karma’ • Kedua-dua konsep ini iaitu dharma dan karma akhirnya menaungi konsep rta yang berkembang sebagai prinsip moral, agama dan semulajadi yang kemudiannya menjadi asas utama kepada kepercayaan ‘Hinduisme’ dalam masyarakat India. 3. Peradaban China • Confucius beranggapan bahawa etika amat berkait rapat dengan nilai kemanusiaan. • Etika berdasarkan kepada takrifan Confucius ialah nilai-nilai kebaikan berasaskan kepada lima prinsip utama ‘wuchang’ iaitu ‘ren’ (kebajikan dan kemanusiaan), ‘yi’ (kebenaran atau keadilan), ‘li’ (cara yang betul), ‘zhi’ (pengetahuan) dan ‘xin’ (integriti). • Lima prinsip ‘wuchang’ ini adalah selari dengan nilai kebaikan di dalam syurga dan harus diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan di dunia ini sama ada dalam sistem pentadbiran atau cara hidup manusia 4. Peradaban Arab • selepas kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, konsep etika ini ditemui dalam pengertian akhlak (Bahasa Arab ialah ‘khuluqun’) iaitu budi pekerti, tabiat atau tingkah laku. • Etika atau akhlak ini ialah tingkah laku manusia yang menggambarkan sifat dan budi pekerti mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa berasaskan kepada ajaran Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan hadith. • Konsep akhlak ini berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu fitrah (keadaan semulajadi seseorang individu), tabiat (tingkahlaku yang berulang-ulang sehingga menjadi sikap seseorang individu) dan amalan (perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu dan menjadi kebiasaannya). Etika Individu • pengertian etika adalah berbeza-beza dan kebiasaannya bergantung kepada prinsip-prinsip asas dan nilai yang dipegang oleh seseorang individu • Etika individu ini menjadi kawalan kepada tindakan seseorang apabila berurusan dengan pihak lain sama ada individu, masyarakat, haiwan, alam sekitar atau hubungannya dengan Tuhan. • Dikategorikan sebagai falsafah atau gaya pemikiran yang dipegang oleh oleh seseorang individu mengenai kepercayaannya terhadap prinsipprinsip moral seperti prinsip betul atau salah • Dalam dunia sebenar, etika individu ini amat penting sebagai panduan hidup manusia demi mencapai matlamat masing-masing Etika individu ini menjadi asas yang penting dan utama kepada pembentukan etika sekelompok individu yang dipanggil masyarakat. • dirujuk sebagai panduan dan prinsip-prinsip moral yang dipersetujui dan diterima oleh sesebuah masyarakat • penting untuk dipatuhi dan diamalkan oleh seseorang individu dalam sesebuah masyarakat • definisi etika juga adalah berbeza-beza mengikut masyarakat yang disebabkan oleh perbezaan nilai yang diterima ini • Etika dalam masyarakat memainkan peranan yang penting sebagai panduan dalam membentuk tingkahlaku individu dalam masyarakat berkenaan • nilai-nilai etika dan moral yang harus ada dan diamalkan oleh setiap rakyat dalam sesebuah negara dan pelanggaran terhadap nilai etika dan moral berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang berkaitan dalam negara berkenaan. • Bello (1995) menyatakan etika negara ini didefinisikan sebagai sistem moral, peraturan dan tingkahlaku di mana setiap komuniti dalam negara berkenaan adalah terikat dengannya dan sebarang pelanggaran terhadapnya akan berhadapan dengan hukuman undang-undang sedia ada di negara berkenaan. • Keperluan dan kepentingan etika negara ini dapat dilihat di negara sedang membangun atau negara maju sebagai indikator atau petunjuk kepada kematangan rakyat negara berkenaan dalam menguruskan kehidupan seharian daripada peringkat rakyat bawahan mahupun pemimpin atasan. • etika yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa • Etika sejagat ini mengandungi pelbagai standard etika yang dianggap berdiri dengan sendiri dan boleh diaplikasikan kepada semua manusia tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur, politik, kelas sosial atau ekonomi. • Semua prinsip atau nilai etika yang tidak dianggap sebagai agresif, mencegah penggunaan kekerasan atau menghalang keganasan di antara manusia dianggap sebagai prinsip etika sejagat. PRINSIP-PRINSIP ASAS ETIKA • Prinsip nilai hidup manusia • Prinsip kebaikan dan keburukan • Prinsip keadilan dan saksama • Prinsip kejujuran • Prinsip kebebasan PENGHAYATAN NILAI • Setiap tamadun mempunyai maksud dan interpretasi etika yang tersendiri • Etika dalam setiap tamadun ini mementingkan tingkahlaku dan pemikiran manusia untuk membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk • Sebagai individu, etika itu menjadi panduan hidup mereka ketika berada dalam keluarga, organisasi dan masyarakat. • Sebagai masyarakat, etika menjadi panduan kepada masyarakat berkenaan untuk diuruskan secara baik