PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN TAHUN 2024 BIL 1 TARIKH PROGRAM BIDANG CATATAN Telah dijalankan (MAC) Telah dijalankan (MAC) Sedang dijalankan (Sepanjang tahun) Sedang dijalankan (Sepanjang tahun) Akan Dijalankan (April) PROGRAM PEMBINBING RAKAN SEBAYA (PRS) HEM 2 PROGRAM TRANFOMASI DIRI HEM 3 HEM 5 PROGRAM GURU PENYAYANG (MENGALU-ALUAN KEHADIRAN MURID) PROGRAM GURU PENYAYANG (PENYAMPUTAN HARI JADI MURID) PROGRAM MINDA SIHAT 6 PROGRAM ZIARAH CAKNA HEM 7 CERAMAH PENDIDIKAN SEKSUAL HEM 8 PROGRAM ‘SAHSIAH UNGGUL, MURID CEMERLANG’ HEM 9 SUDUT KERJAYA HEM Sedang dijalankan (sepanjang Tahun) Akan dijalankan (Jun) Sedang dijalankan (Sepanjang tahun) Akan dijalankan 10 UJIAN PSIKOMETRIK HEM Akan dijalankan 11 PROGRAM BIMBINGAN KASIH Kurikulum 12 PROGRAM MENTOR MENTEE HEM Akan dijalankan (JunDis) Sedang dijalankan 13 PROGRAM JADI ANAK YANG SOPAN (TAHUN 1-3) HEM Akan Dijalankan (Julai) 14 CERAMAH PENCEGAHANAN BULI (TAHUN 4-6) HEM Akan Dijalankan (Julai) 4 HEM HEM Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan April-Mei 2014) Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah ini. Antara aktiviti Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid. Guru akan mengalu-alukan dan menyambut murid di pintu pagar sekolah. Objektif: 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid Tarikh Pelaksanaan: Setiap hari waktu persekolahan Masa: 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi) 1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin - Khamis) 2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat) PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN BAHARU Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang melibatkan intervensi Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah yang dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik Covid19 atau krisis yang sedang berlaku. Program ini menggunakan moto ‘MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA’ bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental dalam kehidupan seharian mereka. Objektif pelaksanaan Program Minda Sihat ini adalah untuk: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan dirI Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau yang berlaku Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi; dan tingkah laku Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis. 1) Pencegahan. Dilaksanakan melalui aktiviti berikut: Mengenal pasti isu murid berdasarkan analisis senarai semak keperluan murid dalam kebiasaan baharu Mempromosikan kepentingan menjaga kesejahteraan, kesihatan dan mencegah penyakit mental Membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan gaya daya tindak Melaksanakan saringan minda sihat untuk pengesanan awal masalah mental. 2) Perkembangan. Dilaksanakan melalui perkara berikut: Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan daya tahan Meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan berterusan. 3) Pemulihan. Dilaksanakan melalui perkara berikut: Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy, Choice Theory Reality Therapy dan sebagainya. 4) Krisis. Dilaksanakan melalui perkara berikut: Mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan/gangguan mental contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar, cubaan dan perancangan psikososial negatif Melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang berperanan dan bertanggungjawab dalam Program Minda Sihat ini ialah: 1) Pentadbir Sekolah Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan Memantau pelaksanaan program secara berterusan Merujuk kes krisis murid kepada ibubapa/penjaga Melaporkan dan tindakan intervensi kes krisis serta psikososial negatif murid kepada PPD dan JPN mengikut SPI Bil. 7/2011 Pelaksanaan SOP 1:3:7. 2) Guru Bimbingan dan Kaunseling Menyelaras pelaksanaan program kepada guru dan murid Melaksanakan penataran program kepada guru Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru, ibu bapa dan murid Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru Melaksanakan saringan minda sihat melalui Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM) di laman sesawang http://sepkm.com/msihat/ Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut keperluan murid Memantau perkembangan murid dari masa ke semasa Melaporkan kes krisis dan psikososial negatif kepada Pengetua dan Guru Besar Melaksanakan intervensi umum, khusus dan krisis kepada sasaran murid yang dikenal pasti Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran. 3) Guru Memastikan program dilaksanakan dengan lancar Memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid Merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK Meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan diri dan kesihatan mental merentas kurikulum. Program minda sihat Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan satu usaha untuk mempromosikan kesihatan mental diperingkat sekolah rendah ekoran dari krisis Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Promosi minda sihat dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk kesejahteraan emosi murid-murid SKTPP. Program Minda Sihat yang bertemakan “Emosi Terjaga, Kehidupan sejahtera” bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan sentiasa bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Program Minda Sihat 2.0 lebih meniktikberatkan tentang kesejahteraan emosi murid sekembalinya ke sekolah selepas Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini. Unit bimbingan & Kaunseling (UBK) mengambil inisiatif dalam membantu mensejahterakan emosi murid dengan menjalankan aktiviti menggunakan modul dalam bidang Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid (PKM). Terima kasih kepada guru-guru yang membantu melaksanakan modul yang telah disediakan oleh UBK. Modul yang digunakan dalam aktiviti minggu ini https://anyflip.com/ksfcg/enzw/basic PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) KONSEP Konsep asas program PRS ialah "Rakan Bantu Rakan". Rakan boleh dalam lingkungan umur yang sama atau lebih tua/muda. Nama Pembimbing Rakan Sebaya adalah sama dengan program lain seperti : Mentor Sebaya, Kaunselor Sebaya, Adik angkat, Kelompok Sokongan Sebaya, College Sistem, Buddy atau Tutor Sebaya. FALSAFAH Falsafah asas program PRS adalah berdasarkan slogan " Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain". Oleh itu diperingkat sekolah, konsep PRS adalah Rakan Bantu Rakan. PRS yang terpilih akan diberikan latihan-latihan asas dalam hubungan membantu. Kemahiran-kemahiran asas ini diharapkan dapat dipraktikkan oleh PRS untuk membantu rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, akademik, perkembangan diri dan pelbagai lagi. MATLAMAT 1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar. 2. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada AlQuran dan AsSunnah. 3. Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi remaja yang peka, bertimbangrasa, rela membantu dan akhirnya berupaya untuk hidup dengan harmoni dalam masyarakat yang majmuk. 4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam pelbagai aktiviti sekolah, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan salah laku disiplin di kalangan pelajar justeru meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan samada dalam akademik mahu pun sahsiah diri. OBJEKTIF 1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan personaliti. 2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagai unit kecil yang membantu menyerap tuntutan dalam khidmat ini. 3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain. 4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program-program dan aktivitiaktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. ETIKA PRS Antara etika-etika penting sebagai PRS adalah: Amanah dan menyimpan rahsia. Memahami limitasi diri. Menerima rakan tanpa syarat. Merujuk kes sukar kepada kaunselor sekolah. Melapor kes merosakkan diri dan orang lain kepada kaunselor sekolah. Mematuhi ajaran agama, peka kepada norma-norma masyarakat dan patuh pada peraturan sekolah. LATIHAN ASAS PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum diiktiraf sebagai PRS dalam 4 aspek: Konsep Kendiri Asas Komunikasi Asas Kaunseling Isu Remaja LATIHAN LANJUTAN Lantihan lanjutan perlu diberikan kepada PRS untuk meningkatkan kemahiran membantu. Aspek latihan dinilai berdasarkan keperluan pelajar. Antara kemahiran-kemahiran lanjutan adalah seperti: Kemahiran Berucap Kemahiran Belajar (Smart Study) Kemahiran Tegas Diri Kemahiran Pengurusan Masa Kemahiran Kepemimpinan Kemahiran Fasilitator Kemahiran Penyelesaian Masalah (Problem Solving Skills) PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS 1. Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati. 2. Menerima rakan tanpa syarat. 3. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. 4. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. 5. Mematuhi etika kerahsiaan. 6. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi. 7. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian. 8. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamanya. 9. Merujuk kes-kes yang berat kepada kaunselor dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan kaunselor. 10. Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. 11. Memberatkan kesejahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu. PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH PRS Berikut adalah beberapa tindakan yang tidak sepatutnya diambil oleh PRS: 1. Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang tindakan yang harus mereka ambil. 2. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah rakan mereka. 3. Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk dituruti. 4. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri. 5. Bercerita masalah rakan kepada orang lain. 6. Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera. 7. Menghadapi sendiri masalah yang sukar sehingga menggangu emosi dan kesejahteraan diri.