Uploaded by KUGINEESHNI A/P GOPAL

Ulasan Mat Kilau (renew)

advertisement
TUGASAN INDIVIDU
Ulasan Filem ‘Mat Kilau’
Nama
: Kugineeshni a/p Gopal
No. Matrik
: D20221102484
Kelas
: AB
Subjek
: UPU3312 Pengajian Kenegaraan
Nama Pensyarah
: Dr. Faizah Hanim binti Zainuddin
‘Mat Kilau : Kebangkitan Seorang Pahlawan’ merupakan sebuah filem biografi tokoh
sejarah Malaysia. Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem ini ditayangkan pada 23 Jun 2022 di
Malaysia dan ia mendapat sambutan yang hebat daripada penonton. Filem ini mengisahkan
tentang perjuangan seorang pahlawan Melayu negeri Pahang, iaitu Mat Kilau, bersama
sahabat-sahabatnya yang menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Dalam filem ini,
banyak nilai dan ciri-ciri kenegaraan telah diliputi dari permulaan cerita sehingga akhirnya.
Salah satu ciri kenegaraan yang terdapat dalam filem tersebut ialah kepentingan
perpaduan bangsa dan negara. Beberapa babak dalam filem itu mengetengahkan isu
perpaduan dan pecah belah dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya, Kapten H.C.
Syers menyatakan kepada Mat Kilau dan penduduk tempatan bahawa orang Melayu senang
dijajah dan dibeli kerana bangsa Melayu sentiasa berpecah belah dan tidak akan bersatu padu
menghalau British .Babak ini memberikan impak kepada pelajar dengan menyedarkan
mereka tentang kepentingan perpaduan kaum dalam pemeliharaan keamanan negara.
Impaknya kepada masyarakat pula ia dapat memupuk sikap bersatu padu dan tidak
berpecah belah kerana kekurangan perpaduan akan melemahkan kita sehingga ia
menjadi mudah untuk anasir luar menawan Malaysia.
Di samping ciri itu, filem ini juga merangkumi nilai keberanian dan kepahlawanan
dalam menentang penjajah. Kebanyakan watak dalam filem tersebut memaparkan ciri ini
dalam diri mereka. Misalnya, pada babak klimaks , Mat Kilau ,sahabat-sahabatnya berserta
dengan rakyat jelata berani menyerang tentera British dengan menggadaikan nyawa mereka
sendiri demi melindungi tanah air mereka. Pada pandangan saya, babak ini memberikan
impak kepada pelajar untuk memberanikan diri apabila menghadapi sesuatu ancaman
dalam kehidupan. Babak ini juga mengimpak masyarakat untuk memelihara
keselamatan dan kedaulatan bangsa dan negara kerana ia merupakan tanggungjawab
setiap warga Malaysia. Tanggungjawab ini perlu berani ditunaikan oleh setiap orang,
walaupun berhadapan dengan apa jua cabaran.
Filem ini, secara keseluruhannya, merangkumi pelbagai nilai kenegaraan dan
patriotisme yang mampu memberikan kesedaran kepada penonton-penonton tentang
pengorbanan dan kesusahan yang dilalui oleh para pejuang Tanah Melayu daripada
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pada pandangan saya, filem-filem
seperti ini harus dibuat lagi dan kita, sebagai masyarakat Malaysia, hendaklah menonton
filem berunsur patriotisme supaya ia dapat meningkatkan serta mengukuhkan lagi semangat
cinta akan bangsa dan negara dalam diri.
(350 patah perkataan)
Download