Teori dan pemikiran mengenai hubungan etnik adalah satu artikel yang ditulis bagi merumus kajian yang dibuat oleh banyak pengkaji berkaitan isu perkauman dalam industri pekerjaan. Artikel ini sedikit sebanyak menyentuh tentang kajian yang dilakukan di beberapa kilang yang melibatkan beberapa kumpulan kaum atau etnik di atas faktor faktor tertentu atas tujuan mengkaburkan sifat perkauman didalam diri pekerja bagi menimbulkan suasana harmoni dalam perpaduan masyarakat. Kesimpulan yang boleh dikeluarkan dari artikel ini adalah sangat menarik namun artikel ini juga menunjukkan kesukaran dalam mengaplikasikan dasar dasar yang dibina oleh pihak kerajaan ataupun majikan untuk membentuk perpaduan dalam kelompok pekerja. Hal ini dapat dilihat di dalam artikel dibawah Masalah Pengkajian. Artikel juga ada memperkenalkan interaksi sosial dan integrasi sosial dimana interaksi sosial melibatkan hubungan di antara dua atau lebih individu atau kelompok disesuatu tempat yang melibatkan beberapa unsur seperti kerjasama, konflik dan lain lain. Manakala integrasi sosial pula ialah satu proses yang menyatukan kumpulan-kumpulan yang berasingan dari segi budaya dan sosial menjadi satu territorial unit dan membentuk perpaduan nasional. Artikel juga menekankan pembawaan konsep asimilasi dan akomodasi oleh Malaysia bertujuan untuk memupuk dan mewujudkan nilai bersama seperti melalui penggubalan Rukun Negara dan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Di samping mempunyai nilai bersama, melalui pendekatan akomodasi tiap-tiap etnik bebas mengamalkan cara hidup mereka secara aman. Seterusnya, kesimpulan yang dapat dipetik dari masalal pengkajian pula adalah banyaknya terlibat dengan masalah dalam peluang interaksi. Hal ini kerana, seperti kajian yang dibuat oleh Fatimah Daud atas integrasi berlainan kaum didalam satu sektor atau kumpulan kerja tidak berhasil untuk menimbulkan suasana perpaduan diantara lain bangsa. Maka dilihat dari sini faktor luar seperti arahan majikan juga memainkan peranan dalam menambahkan peluang interaksi antara satu sama lain. Kajian lain yang disebut di dalam artikel menunjukkan jelas faktor luar amat memainkan peranan bagi menghilangkan prejudis atau sangkaan dalaman dalam diri setiap pekerja agar mereka dapat mengadakan peluang interaksi itu. Faktor faktor yang disebut adalah sperti faktor umur, jantina, personaliti, darjat, hubungan diluar pekerjaan dan lain lain. Apa yang dapat dilihat dalam kajian dimana subjek mereka mempunyai hubungan seperti berjiran dan berurus niaga dengan kaum lain ini mengikis sikap prejudis terhadap kaum lain. Tidak dilupakan juga personaliti atau sikap keterbukaan oleh subjek dalam menerima pertembungan banyak kaum di dalam kehidupan mereka. Kesimpulan ringkas yang dapat diambil dari kajian yang dilakukan adalah peluang interaksi sememangnya memberi impak kepada perpaduan dan keharmonian hidup berbilan kaum namun keberkesannya tidaklah menyeluruh oleh sebab pelbagai faktor yang ditemukan oleh pengkaji dimana menyukarkan integrasi sosial berlaku dengan aman.