Uploaded by Muhammad Hafizd

Tutorial 1 i20304993

advertisement
Nama : Muhammad Hafizd Bin Zainol Abidin
N/Matrik : I20304993
Tutorial 1 : Komen anda berkenaan isu semasa berkaitan hubungan etnik di Malaysia (100 patah
perkataan)
Assalamualaikum w.b.t, saya dahulukan komen saya ini dengan rasa simpati saya terhadap isu yang
tidak menyenangkan terutama di dalam konteks perkauman di Malaysia. Hal ini sebenarnya sudah lama
terjadi tetapi menurut pemerhatian saya, isu ini lebih bertambah semenjak kedatangan wabak COVID-19
di Malaysia. Disebabkan perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan yang diaplikasikan oleh
kerajaan ketika itu, isu perkauman ini lebih terlihat di alam maya berbanding di dunia luar. Dengan
adanya media sosial seperti 'Facebook' , 'Twitter', 'Tiktok' dan lain lain lagi, ucapan berbaur perkauman
dan juga melibatkan agama adalah sering diperkatakan terutama oleh warga 'Twitter' yang sering
mengecam antara satu sama lain. Jika dilihat pada awal kes COVID-19, kaum cina di Malaysia turut
terkesan dengan kecaman pihak tak bermoral sehingga menimbulkan pergaduhan fizikal atas sebab
virus itu disebarkan oleh orang cina walhal ada sesetengah dari mereka itu tidak pun pernah ada kontak
rapat dari orang cina yang duduk di negara China. Menurut saya, disebabkan ramai yang tidak boleh
bekerja maka mereka mempunyai lebih masa untuk melayari internet dan ini menyebabkan banyaknya
pengguna aktif media sosial dan menyebabkan timbulnya lebih banyak interaksi sebegini. Akhir sekali,
rakyat Malaysia perlu timbul rasa sedar dan empati terhadap satu sama lain agar tidak berlaku lagi
masalah perkauman ini.
Download