Uploaded by Atsani Katmin

TEKS JURUACARA BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL SLB SK ABDULLAH 2024

advertisement
TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ABDULLAH, SG MATI TANGKAK
Semua murid diminta untuk senyap dan bersedia kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.
Bismillahirahmanirahim
Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Ke Pekan Kuala Membeli Bingka
Sayang Pesanan Terlupa Sudah
Majlis Bermula Tirai Dibuka
Dengan Alunan Madah Yang Indah
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi
Yang berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Maskor Bin Sakirman .
Yang berusaha Guru Penolong kanan KO Kurikulum, Cikgu Siti Zanariah binti Zainal.
Barisan guru-guru dan anak murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan syukurke hadrat ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul di dewan pada pagi ini bagi meraikan PROGRAM KEMPEN
HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH.
Bagi memulakan majlis pada pagi ini, pihak majlis menjemput Yang berusaha Guru
Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Maskor Bin Sakirman / Guru Penolong kanan
KO Kurikulun Cikgu Siti Zanariah binti Zainal untuk menyampaikan ucapan beliau
mewakili Tuan Guru Besar dan sekaligus merasmikan PROGRAM KEMPEN
HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH
kita pada hari ini.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maskor Bin Sakirman / Cikgu
Zanariah di atas lafaz rasmi itu tadi.
Majlis menjemput Cikgu Maskor Bin Sakirman Guru Penolong HEM diiringi Cikgu
Zanariah GPK KoKurikulum tampil ke hadapan bagi merasmikan GIMIK
PELANCARAN kita pada hari ini.
Majlis menjemput Cikgu Zanariah diiringi Cikgu Zainuddin bin Atan tampil ke
hadapan bagi merasmikan gimik pelancaran kita pada hari ini.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua, diminta untuk Cikgu Maskor
dan Cikgu Zanariah untuk terus berada di atas pentas bagi acara seterusnya iaitu
pelantikan Duta Sahsiah Anti buli dan Seksual.
Majlis menjemput Duta bagi program ini untuk naik ke pentas bagi menerima
watikah perlantikan. Duta bagi PROGRAM KEMPEN HENTIKAN BULI DAN
GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH ialah Aish Humairah binti
Mohamad Hafiz dan Muhammad Afiq bin Azmi. Majlos mempersilakan.
Tahniah kepada duta yang telah dilantik.
Majlis diteruskan lagi dengan lafaz bacaan ikrar Anti Buli yang akan diketuai oleh
..................................................... Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih kepada .......................................... atas lafaz ikrar sebentar tadi.
Marilah bersama-sama kita menyanyikan Lagu Anti Buli bersama iringan muzik
dengan penuh semangat tanda sokongan kita kepada program pada hari ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua atas nyanyian
itu tadi. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Maskor Bin
Sakirman dan Cikgu Zanariah.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan tayangan video berkaitan dengan program
kita pada hari ini. Dengan itu marilah bersama-sama kita menumpukan perhatian
kita kepada tayangan ini.
Dengan berakhirnya tayangan video kita pada hari ini maka berakhirlah Majlis kita
pada hari ini. Sebelum kita bergerak ke kelas masing-masing, marilah kita
bersama-sama mengabadikan kenangan dan suasana program ini dalam sesi
fotografi sebentar nanti. Saya
ingin mengundur diri dan sekiranya ada salah dan silap mohon dimaafi. Segala yang
baik itu datang dari Allah swt yang buruk itu adalah dari kekhilafan saya sendiri.
Sekian terima kasih
Download