Uploaded by Atsani Katmin

BULI SK ABDULLAH

advertisement
Buli adalah salah satu gejala yang boleh meninggalkan kesan yang buruk
kepada fizikal dan juga mental mangsa-mangsanya. Acapkali kita melihat
laporan berita dan perkongsian di media tentang kes-kes buli yang berlaku
dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana pembuli-pembuli
ini dipengaruhi oleh aksi-aksi gangsterisme yang berlaku di persekitaran
mereka atau dipertontonkan di media massa.
Terdapat juga kes pembuli yang membuli kerana mereka adalah mangsamangsa buli terlebih dahulu dan ingin melakukan perkara yang sama kepada
orang lain. Mutakhir ini, timbul perkataan buli siber yang semakin popular
kerana berlaku pembulian di alam siber yang banyak memberi kesan kepada
mangsa terutamanya anak-anak muda di negara kita.
Melihat kepada pembentukan negara Malaysia, kita didirikan atas sifat
hormat-menghormati serta toleransi antara satu sama lain. Nilai murni ini jika
berjaya dipupuk dalam diri pelajar di sekolah, pastinya masalah buli dapat
diatasi kerana mereka mempunyai belas ihsan serta mampu menyelesaikan
sebarang pertikaian dengan rasional.
Untuk memastikan nilai ini dipupuk dalam kalangan pelajar, ia bergantung
kepada persekitaran mereka daripada keluarga, guru-guru, masyarakat dan
media massa yang memainkan peranan masing-masing. Intihannya, gejala
buli-membuli dapat dibendung jika pelajar mengamalkan nilai toleransi dan
hormat-menghormati.
Download