SCHOOL OF HEALTH SCIENCE WAR122 INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (INTEGRITY AND ANTI-CORRUPTION) SEMESTER 1 2023/2024 LAPORAN REFLEKSI NAME: ARRTHY A/P SUBRAMANIAM MATRIC NUMBER : 2230254 PROGRAM: BIOMEDICINE Kursus integriti dan anti-rasuah merupakan suatu kursus yang saya pelajari di universiti sebagai pelajar tahun 1. Kursus ini mempunyai kod subjek WAR 122 dan diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Kursus ini telah dijadikan wajib oleh Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semua mahasiswa tahun 1 di setaip universiti di Malaysia untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini merangkumi 14 topik yang mengajar tentang pelbagai jenayah rasuah yang berlaku di negara kita serta cara-cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menebus dan menangkap kes-kes ini pada setiap hari. Pada hari Sabtu, iaitu pada 23 Disember 2023 yang lalu, Seorang wakil ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Puan Wan Siti Junaida yang memegang jawatan sebagai Penguasa Kanan PENMAS telah dijemput untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai rasuah serta akibatnya. Puan Wan Siti Junaida telah memulakan ceramah beliau dengan suatu aura yang meriah, seperti bertanya soalan kepada murid dan memberikan beberapa personifikasi tentang integriti serta kejujuran. Beliau kemudian telah berbicara tentang kepentingan integriti dalam pengurusan awam . Antaranya adalah untuk mengelakkan penyelewengan dalam urusan dengan orang ramai atau pelanggan, mengelakkan salahguna kuasa, mengelakkan berlakunya rasuan, mempertahankan keutuhan pengurusan, menjamin kualiti pendidikan yang tinggi serta member keyakinan dan kepuasan kepada pelanggan, Belaiu juga telah menghuraikan tentang kemerosotan integriti yang berlaku. Antara sebabnya adalah dari segi kepimpinan, system dan prosedur, kelakuan individu itu sendiri serta budaya masyarakat. Daeipada bahagian ini, ia dapat difahamkan bahawa system hierarki serta sikap bertanggungjawab harus dipratikkan bagi mengekalkan integriti, dan mengelakkan rasuah. Beliau kemudian menerangkan tentang insiatif-inisatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam. Inisiatif ini telah dijalankan selama 44 tahun, iaitu sejak tahun 1979 lagi. Antara aktivitnya adalah Panduan Perkhidmatan Cemerlang, Kad Perakam Waktu, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Tanda Nama, serta Pelan Integriti Nasional. Beliau kemudian telah menerangkan tentang visi SPRM, iaitu untuk membanteras rasuah dengan bebas, telus dan professional. Beliau kemudian juga telah menyatakan tentang kepentingan SPRM. Anatara fungsi SPRM adalah untuk menerima adian kes rasuah dan kes salah guna yang dilakukan dan menjalankan siasatan. Selain itu, mereka juga harus menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk menambahbaik sistem, prosedur, serta tatacara yang lemah. Mereka juga harus mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah. Melalui ceramah yang diberikan oleh Puan Wan Siti Junaida, saya telah mendapat pelbagai iktibar. Antaranya adalah kita sebagai individu haruslah berhati-hati ketika kita berinteraksi dengan orang lain. Hal ini kerana jikalau orang tersebut menyalahgunakan hubungan kita untuk memberi rasuah untuk mendapatkan manfaat, maka kita akan terjebak dlam perkara yang tidak bermoral. Oleh itu, kita seharusnya bersikap bertanggungjawab supaya kita tidak terjebak dalam aktivti yang tidak bermoral ini. Selain itu, saya juga sedar bahawa saya seharusnya bersyukur dengan kehiduapan yang saya ada selama ini. Hal ini juga kerana rasuah dapat mewujud dalam pelbagai bentuk , iaitu, sebagai wang, hadiah, upah, diskaun, bonus, perkhidmatan dan sebagainya. Oleh itu, saya sebagai seorang individu yang bertauliah tidak seharusnya mudah dipengaruhi oleh tawaran sebegini yang tidak setaraf dengan usaha yang saya beri sama ada pembelajaran ataupun dalam pekerjaan. Hal ini akan mengelakkan penyelewengan wang daripada berlaku, serta memastikan bahawa tiada perkara buruk yang berlaku hanya kerana saya bersikap tamak dan terlalu memikirkan diri sendiri. Sebagai penutup kata, ceramah ini telah membuka mata saya tentang pelbagai kes rasuah serta korupsi yang berlaku di negara kita, dan betapa seriusnya skala kejadian ini. Kita sebagai masyarakt harus bersikap betanggungjawab dalam perlakuan seharian agar tidak terjebak dalam perkara ini, yang boleh menyebabkan maruah serta pembangunan negara terjejas.