PeKA SAINS SPM 2023 1 1511/T5 NAMA: KELAS: TUGASAN 1 ( SET 2) Kaji situasi berikut : Puan Ani pergi ke pasar membeli 2 ekor ayam. Sampai di rumah, dia terus membersihkan ayam tersebut sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Selepas selesai bersihkan ayam, Puan Ani mendapat panggilan ibunya telah dimasukkan ke hospital. Dalam keadaan kelam kabut Puan Ani hanya memasukkan satu ekor ayam sahaja ke dalam peti ais manakala satu ekor lagi tertinggal di atas meja dapur sebelum ke hospital. Pagi keesokannya barulah dia sedar yang dia terlupa untuk memasukkan ayam ke dua dalam peti ais dan mendapati ayam tersebut telah busuk. Berdasarkan penyataan di atas, rancang dan jalankan eksperimen untuk mengkaji situasi di atas . Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan lengkap. Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : i. Pernyataan masalah [K1P1] ii. Tujuan [K1P2] iii. Hipotesis [K1P3] iv. Pemboleh ubah [K1P4] v. Radas dan Bahan [KIP5] vi. Prosedur [K1P6, K1P7] vii. Keputusan/Pemerhatian [K3P1, K3P2] viii. Mentafsir data a) Berdasarkan dapatan yang diperolehi, plotkan satu graf yang sesuai bagi suhu melawan bilangan koloni bakteria . [K4P1a, K4P1b, K4P1c, K4P1d ] b) Nyatakan pemerhatian terhadap bilangan koloni bakteria pada suhu bilik dan berikan sebab berlakunya pemerhatian tersebut. [K4P2(a)]. c) Berdasarkan graf yang anda perolehi, nyatakan hubungan antara suhu dengan bilangan koloni bakteria. [K4P2(b)] d) Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap bilangan koloni bakteria pada suhu bilik, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan mikroorganisma. [K4P2(c)] e) Mengapakah ayam yang berada di luar peti ais menjadi busuk? [K5P1] f) Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat keputusan yang lebih tepat bagi eksperimen ini.[K5P2] g) Pada pandangan anda, adakah data bilangan koloni bakteria daripada eksperimen di atas boleh diterima? Wajarkan pandangan anda. [K5P3, K5P4] h) Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini [K4P3] **Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif (K2) dan amalan sikap saintifik dan nilai murni (K6) akan dinilai. PEKA SAINS SPM 2023 1 1511/T5 NAMA: KELAS: TUGASAN 2 ( SET 2) Kaji situasi berikut : Sarah ingin pulang ke asrama. Ibunya membekalkan buah mangga segar dan jeruk mangga kepada Sarah. Selepas 2 hari, Sarah mendapati buah mangga segar itu telah rosak manakala jeruk mangga masih sedap untuk dimakan Berdasarkan penyataan di atas, rancang dan jalankan eksperimen untuk mengkaji situasi di atas . Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan lengkap. Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : ix. Pernyataan masalah [K1P1] x. Tujuan [K1P2] xi. Hipotesis [K1P3] xii. Pemboleh ubah [K1P4] xiii. Radas dan Bahan [KIP5] xiv. Prosedur [K1P6, K1P7] xv. Keputusan/Pemerhatian [K3P1, K3P2] xvi. Mentafsir data a) Berdasarkan dapatan yang diperolehi, plotkan satu graf yang sesuai bagi pH melawan bilangan koloni bakteria . [K4P1a, K4P1b, K4P1c, K4P1d ] b) Nyatakan pemerhatian terhadap bilangan koloni bakteria pada pH 7 dan berikan sebab berlakunya pemerhatian tersebut. [K4P2(a)]. c) Berdasarkan graf yang anda perolehi, nyatakan hubungan antara nilai pH dengan bilangan koloni bakteria. [K4P2(b)] d) Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap bilangan koloni bakteria pada nilai pH 7, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan mikroorganisma. [K4P2(c)] e) Mengapakah jeruk mangga tahan lebih lama? [K5P1] f) Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat keputusan yang lebih tepat bagi eksperimen ini.[K5P2] g) Pada pandangan anda, adakah data bilangan koloni bakteria daripada eksperimen di atas boleh diterima? Wajarkan pandangan anda. [K5P3, K5P4] h) Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini [K4P3] **Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif (K2) dan amalan sikap saintifik dan nilai murni (K6) akan dinilai. PEKA SAINS SPM 2023 1 1511/T5 TUGASAN 3 (SET 2) NAMA: 1. KELAS: Kaji situasi berikut : Adam dan Asyraf yang tinggal berjiran ditugaskan menyediakan satay ayam masakan sendiri untuk suatu majlis jamuan makan malam di kawasan perumahan mereka. Adam menyediakan potongan ayam yang lebih besar berbanding potongan ayam yang disediakan oleh Asyraf. Walaupun mereka menggunakan pembakaran ke atas saiz arang & jenis bahan ramuan yang sama, mereka mendapati bahawa potongan ayam yang disediakan oleh Adam mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak berbanding potongan ayam yang disediakan oleh Asyraf. a) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap. Laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : i. Pernyataan masalah [K1P1] ii. Tujuan [K1P2] iii. Hipotesis [K1P3] iv. Pemboleh ubah [K1P4] v. Radas dan Bahan [KIP5] vi. Prosedur [K1P6, K1P7] vii. Keputusan /Pemerhatian [K3P1, K3P2] viii. Mentafsir data a)Berdasarkan dapatan yang diperolehi, plotkan satu graf bagi saiz bahan melawan isipadu gas yang terkumpul. [K4P1a, K4P1b, K4P1c, K4P1d ] b) Nyatakan pemerhatian yang berlaku pada bahan bersaiz kecil dan berikan sebab berlakunya pemerhatian tersebut. [K4P2(a)] c) Berdasarkan graf yang anda perolehi, nyatakan hubungan antara saiz bahan dengan kadar tindak balas. [K4P2(b)] d) Berdasarkan kepada pemerhatian anda terhadap tindak balas bahan bersaiz kecil, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak balas.[K4P2(c)] e) Nyatakan satu faktor lain yang mempengaruhi kadar tindak balas dan jelaskan bagaimana faktor tersebut mempengaruhi kadar tindak balas di atas. [K5P1] f) Berikan satu langkah untuk memastikan anda mendapat keputusan yang lebih tepat bagi setiap tindak balas. [K5P2] g) Pada pandangan anda, adakah data gas yang terkumpul daripada eksperimen di atas boleh diterima? Wajarkan pandangan anda. [K5P3, K5P4] h) Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini [K4P3] **Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif (K2) dan amalan sikap saintifik dan nilai murni (K6) akan dinilai.