SAINS PEMBIAKAN MANUSIA DALAM AL-QURAN HAJI KADER BIN MOHAMED Abstrak Al-Quran yang mulia ialah mukjizat utama Allah SWT dan hadiah paling mengagumkan untuk manusia. Perintahperintah yang berkesan, jaminan yang menenangkan, teguran dan larangan Allah SWT, peringatan yang menakutkan tentang peristiwa yang lepas, kewajipankewajipan semasa, dan ramalan-ramalan yang akan datang, semuanya dipersembahkan dalam bahasa yang tiada tandingannya. Kesemuanya ini dapat dirasai dan dinikmati sepenuhnya oleh mereka yang takut kepada Allah SWT, mencintai Rasul-Nya serta mempraktik Islam dengan penuh kepercayaan. Al-Quran memperlihatkan bagaimana Allah SWT yang bergelar al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Badi' (Yang Maha Mengadakan) dan al-Musawwir (Yang Maha Membentuk Rupa) mencipta pelbagai benda di langit dan di bumi termasuk manusia. Artikel ini ialah hasil penelitian terhadap fenomena yang diterangkan di dalam al-Quran tentang penciptaan manusia yang kemudiannya disokong oleh penemuan rains moden. Al-Quran telah mencatat peristiwa-peristiwa utama fisiologi pembiakan manusia lebih 14 abad yang lalu, lama sebelum saintis melihat keajaibannya melalui mikroskop elektron. Pendahuluan Lima ayat pertama daripada Surah al-`Alaq yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ketika baginda berusia 40 tahun menjelaskan siapa yang menciptakan manusia dan bagaimana Dia menciptakannya. Firman Allah SWT: 163 Jurnul Penvelidikan Islam L.541 ((7.t (Surah al-`Alaq, ayat 1 — 5) Terjemahan: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah - Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak di ketahuinya. Wahyu-wahyu Allah SWT berikutnya yang menyusul melalui pelbagai surah selama 23 tahun menjelaskan tentang asal-usul manusia, perkembangannya di dalam rahim ibu (uterus) dan pelbagai peringkat intrauterin yang hanya dapat dibongkar oleh sains moden embriologi beberapa dekad lalu. Penciptaan dan Pembentukan Sel bagi Penghamilan Kehamilan bermula dengan persenyawaan sperma lelaki dengan ovum perempuan. Penghasilan sperma (spermatogenesis) berlaku di dalam tubul seminiferus di testis yang terdapat di dalam skrotum. Semasa baligh, pituitary anterior iaitu suatu kelenjar endokrin di otak merembes Hormon Perangsang Folikel yang bertindak terhadap sel Sertoli untuk memulakan spermatogenesis. Hormon peluteinan pula bertindak terhadap sel interstitium Leydig untuk merembes testosterone yang mengawal ciri-ciri kelelakian. Keduadua hormon ini dikawal atur oleh hormon pembebas gonadatropin dari hipotalamus di otak. 164 Sa ns Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran Firman Allah SWT : fi A 1r :. „ ? ' ' '1 ,A Y Uj c- ,13,747! 4-6L 1 C?II * 9 c ff " :9 ' 4 C. .Q1a- 4J1 9 L.:4j- L4 -i.i.i l (Surah Faatir, ayat 11 ) Terjemahan: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah... d o)...,', I9 j_C-0 I '4" - fi I jia. )4...) 19 (Surah An-Najm, ayat 45 — 46) Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan — lelaki dan perempuan. - Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim). Sperma terbentuk daripada sel precursor tak matang di membrane basemen tubul seminiferus. Setiap sel mengandungi 46 kromosom atau 23 pasang (diploid) kromosom. Setiap sel mengalami dua pembelahan nukleus (meiosis) dan menghasilkan empat spermatid. Setiap satu spermatid mengandungi 23 kromosom 165 Jurnal Penyelidikan Islam (haploid). Spermatid akhirnya matang membentuk spermatozoa atau sperma. Pembahagian sel ini penting supaya apabila sperma bersenyawa dengan ovum, seseorang manusia itu akan mewarisi sebahagian ciri bapa dan sebahagian lagi ciri ibu. Oleh itu, sperma dan ovum berbeza sama sekali dengan sel-sel tubuh yang lain kerana ia mengandungi hanya setengah jumlah kromosom. Penghasilan ovum (oogenesis) berlaku di dalam folikel yang terdapat di dalam ovari yang menyerupai testis lelaki. Ovum yang matang mengandungi kromosom haploid berikutan pembahagian nucleus yang kompleks. Ovum yang matang dibebaskan (ovulasi) semasa pertengahan kitaran haid dari folikel Graaf di bawah pengaruh hormon seks wanita terumatanya estrogen dan juga LH. Perembesan hormon seks wanita dikawal atur oleh GnRH hipotalamus. Struktur Spermatozoa dan Ovum Sperma amat berupaya bergerak bebas. Ini kerana ia mempunyai komponen yang sangat unik (Rajah 1). Sperma berukuran 50mm panjang dan terdiri daripada: a. kepala yang mengandungi bahan nucleus dan akrosom yang meliputi bahagian kepala ; b. bahagian tengah, mengandungi banyak mitokondria yang membekalkan tenaga bagi pergerakan sperma; dan c. ekor yang menggerakkan sperma melalui trek genital wanita. 166 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran Rajah 1: Struktur Sperma Ovum yang matang lebih besar daripada spermatozoa yang panjangnya sama dengan garis pusat nucleus ovum (Rajah 2). Pada keadaan normal, pembahagian sel yang lengkap dicetuskan oleh kemasukan sperma. Lazimnya, satu ovum dibebaskan dari folikel ovari dan hanya satu sperma diperlukan untuk persenyawaan. Untuk berlakunya penghamilan, sperma mesti bertemu dengan ovum. Rajah 2: Struktur Ovum 167 Jurnal Penvelidikan Islam Kehamilan Kehamilan merangkumi tiga perkara iaitu persenyawaan, pembenaman, dan perkembangan embrio serta pertumbuhan fetus bayi dalam rahim ibu Al-Quran merakamkan tempat terjadinya penghamilan dan apa yang berlaku selepas proses tersebut. Firman Allah SWT: L5,:if 5A . LAr-c (Surah Ali 'Imran, ayat 6) Terj emahan: Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak di sembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. AA cst ' 0 L.:, (Surah Ar-Ra'd, ayat 8) Terj emahan: Allah mengetahui apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan kadar yang tertentu. 168 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quinn 1. Persenyawaan Sperma mampu hidup dalam trek genital wanita tidak melebihi 72 jam, tetapi aktiviti terbaiknya adalah dalam tempoh empat hingga enam jam. Hanya satu sperma diperlukan untuk mensenyawakan ovum. Dengan kehadiran 300 hingga 500 juta sperma dalam air mani yang diejakulasi, persenyawaan biasanya berlaku. Namun, banyak halangan yang berlaku semasa proses perjalanannya. Firman Allah SWT: j , ft fi 4 c ).-,) c:74 _94 • _ LI.- ff, Law. (..51 (:).0 1.• • (Surah 'Abasa, ayat 18 — 19) Terjemahan: (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? - Dari air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. fi ,s4 9 4 a ),•) L74 fi Oiir) L, • . -4 (Surah Yaa Siin, ayat 77) Terjemahan: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena- 169 Jurnal Penyelidikan Islam mena menjadilah is seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (tentang kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati). Sesetengah sperma mati akibat dikelilingi asid uretra lelaki dan vagina wanita. Sesetengahnya pula tidak tahan hidup dengan suhu abdomen wanita yang tinggi, sementara yang lain tidak berupaya menghabiskan perjalanan dari vagina ke tiub rahim. Sperma yang berdaya hidup bergerak dan memasuki serviks menuju ke badan uterus pada kelajuan 1 hingga 2 mm seminit. Akhirnya sperma tiba di tiub rahim kira-kira setengah jam kemudian. Sekiranya ovum telah dibebaskan dan berada di hujung tiub pada peringkat ini, satu sperma akan menghampirinya dan menembusi membran-nya dengan bantuan enzim hialuronidase yang dirembes oleh akrosom kepala sperma. Oleh sebab ovum lebih besar berlipat kali ganda berbanding dengan sperma, sperma yang menembusi ovum lenyap dalamprotoplasma ovum. Membran ovum seterusnya berubah menjadikannya tidak dapat ditembusi oleh sperma yang lain. Pronukleus lelaki dan wanita yang setiap satunya mengandungi 23 kromosom (haploid) bercantum menghasilkan nukleus mengandungi 23 pasang kromosom (diploid). Demikianlah berlakunya persenyawaan dan bermulalah kehidupan seorang anak dari satu sel bergelar zigot. Pembahagian sel zigot atau belahan berlaku dengan pantas menghasilkan sel-sel kecil yang dinamakan blastomer. Pembelahan sel seterusnya menghasilkan struktur bebola yang dinamakan morula. Morula melalui tiub rahim menuju ke badan uterus dan terus bertukar kepada struktur yang mengandungi ruang yang terisi cecair, blastosista. Blastosista memasuki ruang uterus pada kira-kira hari kelima selepas berlakunya persenyawaan. 170 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran 2. Pembenaman Proses pembenaman terjadi apabila Blatosista terbenam dalam endometrium sekitar enam hingga tujuh hari selepas persenyawaan. Kemudian, endometrium uterus berubah menjadi desidua. Blastosista pula bertukar menjadi sato lapisan luar sel yang dinamakan trofoblas yang akhirnya menjadi sebahagian daripada plasenta. Sekumpulan sel di bahagian dalamnya akan menjadi embrio serta ruang yang dinamakan blastosel. Firman Allah SWT: c).& - - wA (Surah al-Mu'minuun, ayat 13) Terjemahan: Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh. (Surah al-Mursalaat, ayat 21) Terjemahan: Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh. Trofoblas merembes enzim yang membolehkan blastosista menembusi dan membenam ke dalam endometrium uterus. Tempat yang selamat bagi ovum yang tersenyawa adalah di dalam badan uterus. 171 Jurnal Penyelidikan Islam 3. Perkembangan embrio dan pertumbuhan fetus Dua bulan pertama perkembangan intrauterine manusia dinamakan embrio. Selepas itu janin dinamakan fetus. Menjelang akhir tempoh embrio, rudiment kesemua organ utama manusia, membran embrio dan plasenta terbentuk (Rajah 3). Rajah 3: Fetus dan Placenta Al-Quran juga menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa fasa embrio. Firman Allah SWT: wp - -L4_4- _,-42,1ait.11 fi ,t is AZ I 1; L.a.1.;- Al.:1 as) I (Surah al- Mu'minun, ayat 14) Terjemahan: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang 172 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta. Terdapat tiga lapisan utama Massa Sel Dalam Blastosista iaitu ektoderma, mesaderma dan endoderma. Pada umumnya, sel ektoderma membentuk epidermis kulit, rambut, kuku, sistem saraf, reseptor mata, telinga, hidung, lidah, dan enamel gigi. Mesoderma membentuk otot rangka, otot licin, otot jantung, tulang dan tisu perantara. Endoderma pula membentuk lapisan trakea, urakus, sebahagian daripada sistem urinari dan sistem pembiakan. Semasa tempoh ini, membrane ekstra-embrio telah terbentuk. Membran ini melindungi dan membekalkan makanan kepada embrio dan kemudiannya fetus. Trofoblas menjadi sebahagian membran yang dinamakan korion yang meliputi embrio. Korion dan desidua basalis ibu turut menyumbang kepada pembentukan plasenta yang merupakan penghubung antara ibu dan anak. Darah ibu dan darah fetus tidak bercampur tetapi pertukaran oksigen dan nutrien daripada ibu dan bahan sisa daripada fetus boleh berlaku melalui resapan. Massa Sel Dalam bergerak ke bawah pada hari ke-12 dan membentuk suatu ruang amnionatik yang dikelilingi oleh selapisan sel membentuk amnion. Membran yang mengandungi cecair amnion bertindak sebagai penyerap gegaran bagi fetus. Membran ini pecah semasa proses kelahiran untuk mengeluarkan "air". Satu lagi membran iaitu kantung yolka dibentuk daripada sel endoderma. Membran fetuss alantois membantu perkumuhan bahan sisa dan pembentukan plasenta. Ia mengalami degenerasi pada minggu keenam (Rajah 4). 173 Jurnal Penyelidikan Islam Rajah 4: Embrio berusia satu bulan dan membrannya Perubahan kepada ibu dan janin semasa kehamilan Banyak perubahan fisiologi berlaku semasa kehamilan. Perkara ini diterangkan dengan ringkas di dalam al-Quran dengan begitu indah sekali. Menjelang minggu ke-12, uterus membesar ke arah abdomen dengan menolak beberapa organ visera. Menjelang bulan kelapan, uterus mencapai ke aras xifisternum dan ibu yang hamil terpaksa mencondong ke belakang semasa berdiri atau berjalan untuk menampung beban berat abdomen. Bentuk badan ibu yang hamil berubah dan tidak akan kembali 100% seperti keadaan sebelum kehamilan pertama. Ibu yang hamil bertambah berat dan isi padu darahnya meningkat 30%. Mungkin berlaku bengkak di kaki, di mata dan di muka. Si ibu juga akan kerap membuang air kecil akibat tekanan ke atas pundi kencing. Dia mungkin mengalami loya, terutama selepas bangun tidur pada waktu pagi. 174 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran Pembentukan tulang fetus menggunakan kalsium dan bahanbahan nutrient lain daripada ibu. Oleh sebab itu, ibu memerlukan lebih bekalan galian dan vitamin dalam pemakanannya untuk mengelakkan kekurangan bahan-bahan tersebut. Tekanan darah ibu mungkin meningkat. Ginjalnya pula mengumuhkan bahan sisa yang berlebihan untuk mengelakkan toksemia. Sungguhpun "lemah dan payah" si ibu tetap berasa gembira. Firman Allah SWT: , (DI tc fi fi 4-Lf0.9 (Surah Luqman, ayat 14) Terj emahan: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya; ibunya yang telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurla kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Jangka Waktu Kehamilan Tempoh kehamilan ialah selama 280 hari. Tarikh jangkaan kelahiran dikira dengan menambah sembilan bulan dan tujuh hari kepada hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. 175 Jurnal Penyelidikan Islam Firman Allah SWT: ct._) - - • (Surah al-Hajj, ayat 5 ) Terjemahan: dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; (Surah al- Mursalaat, ayat 21-22) Terj emahan: Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh hingga ke suatu yang terma'lum? Pelahiran Apabila sampai waktu yang telah ditetapkan, bayi dalam kandungan akan berpisah daripada ibunya. Proses melahirkan anak dinamakan pelahiran. la melibatkan kontraksi uterus, dilatasi serviks, pembentukan saluran bagi laluan bayi dan penurunan bayi melalui saluran tersebut. Serat-serat otot uterus berkontraksi dan retraksi. Kontraksi serat otot berlaku tetapi tidak kembali kepada panjang asal, sebaliknya semakin memendek. Keadaan ini menyebabkan penebalan dinding uterus meningkat sementara kapasitinya berkurang. Kontraksi uterus menghasilkan rasa sakit dan ibu yang pertama kali hamil biasanya akan menderita kesaki tan . 176 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran Firman Allah SWT: fi C.te;5 fi Ls35 J.k.; I fi (Surah al- Ahqaaf, ayat 15) Terjemahan: ...Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah Pada peringkat awal pelahiran, membran amnion akan pecah. Dilatasi serviks yang lengkap mengambil masa yang lama sehingga 12 jam. Peringkat kedua pula memakan masa selama satu jam bagi proses primigravida. Pada peringkat ini, kontraksi uterus yang lebih kuat dan kerap berlaku menyebabkan kesakitan semakin bertambah. Ibu akan menahan nafas sementara dinding abdomen berkontraksi. Dia berasa loya dan ingin membuang air besar akibat tekanan kepala bayi ke atas rektum. Selepas 30 minit, peringkat ketiga berlaku di mana plasenta dikeluarkan. Puerperium dan Laktasi Puerperium ialah tempoh antara kelahiran anak dan pemulihan ibu kepada keadaan asalnya seperti sebelum hamil. Proses ini berlaku selama kira-kira tiga minggu. Pada ketika itu, ibu mungkin mengalami kelemahan dan kepayahan. Otot-ototnya lemah dan jiwanya mungkin tidak tenteram. Di samping itu, dia juga akan mengalami lokia di mana darah tisu yang mati akan keluar dari vagina. Jangkitan trek genital yang menyebabkan demam (pireksia puerperium) kadangkala boleh mengakibatkan komplikasi renjatan septik yang teruk. Keadaan ini berlaku akibat koagulasi intravascular yang tersebar dari toksin bakteria. Payudara juga mungkin mengalami keradangan, merah, dan sakit. 177 Jurnal Penyelidikan Islam Firman Allah SWT: (Surah al-Baqarah, ayat 233 ) Terjemahan: Dan ibu-ibu itu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap... c,1-4 lc J 'AL4-9.9e9 plcc.:%3 (Surah Luqman, ayat 14) Terjemahan: ...ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;.... Laktasi bermakna perembesan susu dari kelenjar mamari. Setiap kalenjar terdiri daripada 15 hingga 20 lobus atau kompartmen. Setiap lobus pula terbahagi kepada beberapa lobul yang terdiri daripada sel-sel perembes susu atau alveolus yang berbentuk seperti anggur. Susu mengalir melalui duktus-duktus yang menumpu ke puting susu. Prolaktin, hormon yang dirembes oleh kelenjar pituitary anterior ialah hormon utama yang merangsang laktasi. Rembesanprolaktin dipengaruhi oleh dopamine dan faktor pembebas prolaktin dari hipotalamus. Islam menyarankan supaya ibu menyusukan anak dalam tempoh sehingga dua tahun selepas kelahirannya. Pertumbuhan gigi susu atau gigi desiduos pada kanak-kanak akan lengkap menjelang usia dua tahun. Selepas itu, anak wajar bercerai susu kerana gigi susu yang telah lengkap tumbuh akan menyakitkan ibu semasa proses penyusuan. Tambahan pula, dia tidak boleh lagi bergantung 178 Sains Pembiakan Manusia Dalam Al-Quran sepenuhnya kepada ibu dari segi pemakanan. Penceraian susu berlaku secara berperingkat-peringkat dan apabila penghisapan puting berhenti, paras prolaktin menurun dan laktasi terhenti menjelang bulan ke-24. Penutup Permulaan dan kesudahan kehidupan manusia telah dijelaskan di dalam al-Quran. Bagaimana seseorang manusia diciptakan dan apa keadaannya sebelum lahir ke dunia semuanya dengan ketentuan dan keizinan daripada Allah SWT. Justeru, setiap orang Islam wajib beriman kepada al-Quran dan menjadikannya sumber rujukan utama dalam kehidupan. Al-Quran ialah satu-satunya mukjizat kurniaan Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang masih kekal hingga ke hari ini, bahkan sehingga ke hari kiamat. Ia mengandungi khazanah yang sangat tinggi nilainya. Antaranya ialah ilmu yang berkaitan dengan diri manusia sendiri. Sebagai umat yang telah dijanjikan kemenangan dan kecemerlangan, orang Islam wajib menggunakan kelebihan ini untuk memacu diri membina tamadun agung yang mampu memberi sumbangan kepada manusia sejagat. 179 Jurnal Peqvelidikan Islam Rujukan Abdullah Basmeih (Syeikh)(2001), Taftir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darulfikir Al-Hilali M T & Khan MM (1993), The Noble Quran in the English Language, University Islam Madinah. Bucaille M, The Bible, the Quran and Science. Davies DV, Coupland RE (1972), Gray's Anatomy — Descriptive and Applied, Edisi ke-34, London: Logman. Irvibf TB, Ahmad K, Ansar MM (1979), The Quran Basic Teaching, Leicester: Islamic Foundation. Miller A, Callender R. (1989), Obstetric Illustraed, 4th Edition, Churchill Livingstone, Edinburgh. Moffett D, Moffett SB (1990), Human Physiology, Mosby, St. Loius. The Holy Quran: English Translation of The Meanings and Commentary. Disemak dan disunting oleh Presiden Penyelidikan Islam, IFTA Madinah. Tortora GJ. Anagnostakos NP (1978), Princples of Anatomy and Physiology, New York: Harper & Row. 180