Uploaded by Haikal Taufik

GDI0001 Kuiz 2022-2023-2

advertisement
UNIVERSITI MALAYA
PENILAIAN ALTERNATIF IJAZAH SARJANA MUDA
SESI AKADEMIK 2022/2023 : SEMESTER II
GDI0001 : Pemantapan Akidah Islam
Jun 2023
Masa : 2 hari
ARAHAN KEPADA CALON :
1. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
2. Calon dikehendaki menjawab secara bersendirian.
3. Calon dikehendaki menjawab dengan menyatakan abjad yang mewakili jawapan
pilihan.
4. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan melalui Spectrum.
5. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan sebelum 23 Jun 2023.
(Kertas soalan ini mengandungi 16 soalan dalam 4 halaman)
GDI0001
1.
Berapakah rukun Iman?
A. 4
B. 7
C. 6
D. 5
2.
Berapakah rukun Islam?
A. 7
B. 5
C. 6
D. 4
3.
Berikut tidak termasuk dalam hikmah penciptaan manusia.
A. Memakmurkan bumi sebagai khalifah.
B. Menghambakan diri kepada Tuhan Pencipta.
C. Memenuhi kehendak nafsu sepuas-puasnya sebelum mati.
D. Menyebarkan kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia sejagat.
4.
Pernyataan di bawah menunjukkan Tuhan penting dalam kehidupan, kecuali:
A. Mengimbangi keperluan fizikal dan spiritual.
B. Jiwa menjadi tenang apabila menghadapi musibah.
C. Menjamin kekayaan di dunia semata-mata.
D. Memupuk keikhlasan dalam hubungan sesama manusia.
5.
Berdasarkan ayat al-Qur’an, Surah Saba’, ayat 12, nabi yang menguasai jin
untuk mengkhidmatinya adalah:
A. Nabi Isa AS.
B. Nabi Yusuf AS.
C. Nabi Sulaiman AS.
D. Nabi Ayub AS.
6.
Antara hikmah dirahsiakan bilakah berlakunya kiamat adalah :
A. Supaya manusia leka dengan nikmat di dunia.
B. Supaya manusia dapat berhibur tanpa batasan .
C. Supaya manusia sentiasa berwaspada terhadap kemurkaan Tuhan .
D. Supaya manusia sentiasa pesimis dan berputus asa dalam hidup.
7.
Berikut bukan termasuk justifikasi atau kewajaran berlakunya kehidupan
selepas mati.
A. Menghukum sesiapa yang menderhakai Tuhan semasa di dunia.
B. Menenangkan jiwa ketika menghadapi cabaran dan ujian kehidupan.
C. Menzahirkan keadilan Tuhan terhadap perlakuan manusia di dunia.
D. Mendorong manusia menghimpunkan dosa sebelum benar-benar
bertaubat.
2/4
GDI0001
8.
Merujuk pada kitab Faridah al-Fara’id halaman 22, apakah yang dimaksudkan
dengan “Berdirinya dengan sendirinya”?
A. Allah SWT memerlukan tempat untuk berdiri.
B. Allah SWT mengambil manfaat daripada kejadiannya.
C. Adakala makhluk tidak perlu bergantung kepada Allah SWT.
D. Allah SWT Maha Kaya dan makhluk yang memerlukannya.
9.
Merujuk pada kitab Faridah al-Fara’id halaman 22, apakah yang dimaksudkan
dengan “Satu akidah pula yang harus pada hak Allah Ta’ala”?
A. Allah SWT wajib menjadikan alam.
B. Allah SWT wajib menjadikan manusia.
C. Allah SWT wajib mengutuskan Rasul.
D. Allah SWT menciptakan apa yang dikehendaki dan Dialah juga yang
memilih.
10. Merujuk pada kitab Faridah al-Fara’id halaman 23, apakah yang dimaksudkan
dengan “Satu perkara yang harus bagi Rasul”?
A. Istilah ‘tipu sunat’ menunjukkan adakala Rasul berdusta.
B. Rasul juga melakukan perkara kurang sopan seperti membuang air kecil
dalam keadaan berdiri.
C. Rasul menyimpan rahsia daripada pengetahuan masyarakat.
D. Rasul merupakan individu sebagaimana manusia, namun
kedudukannya adalah tinggi.
11. Allah menurunkan kitab suci al-Qur’an dan kitab berikut melainkan .
A. Taurat.
B.
Zabur.
C.
Injil.
D.
Talmud.
12. Mengengkari sifat Allah yang wahdaniyyah, seseorang hamba Allah itu
menjadi:
A. Muslim.
B. Muslih.
C. Murtad.
D. Munafiq.
13. Berikut adalah nabi yang menerima kitab suci yang diturunkan Allah
melainkan:
A. Nabi Ibrahim AS.
B. Nabi Musa AS.
C. Nabi Isa AS.
D. Nabi Daud AS.
3/4
GDI0001
14. Tandakan sifat wajib bagi Rasul.
A. Al-Amanah.
B. Al-Baladah.
C. Al-Khianat.
D. Al-Khitman.
15. Manakah yang salah dalam kenyataan berikut?
A. Malaikat Ridwan – menjaga syurga.
B. Malaikat Mikail – meniup sengkakala.
C. Malaikat Raqib – mencatat amalan kebaikan.
D. Malaikat Munkar Nakir – menyoal di dalam kubur.
16. Antara tanda-tanda besar kiamat ialah:
A. Tiupan sangkakala.
B. Bangunan pencakar langit dibina.
C. Matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat.
D. Adanya anak derhaka yang menjadi tuan kepada ibu bapanya.
(32 markah)
TAMAT
4/4
Download