KULIAH 10 Falsafah pendidikan Islam, contohnya yang dikemukakan oleh al-Ghazali; perbezaannya dengan falsafah pendidikan Barat (matlamat pendidikan, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan peranan guru). Analisis pengaruh ciri-ciri falsafah pendidikan Barat dan Islam yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara SILA RUJUK MS 32 (BUKU RUJUKAN YG DILAMPIRKAN) PERBEZAAN FALSAFAH ISLAM DAN BARAT Perbezaan falsafah Barat dan Islam adalah dari aspek konsep, matalamat pendidikan, peranan guru dan kurikulumnya. Konsep falsafah barat mempunyai ciriciri semulajadi manusia bersifat sejagat, menumpukan perkara-perkara asas sahaja serta bersifat praktikal dan pragmatik manakala konsep falsafah Islam pula pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia dan proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al quran yang menjadi teras pendidikan. Terdapat tokoh-tokoh mempelopori kedua-dua falsafah. Antara tokoh-tokoh dari falsafah Barat ialah Socrates (470399 sm), Plato (427-347) dan Aristotle (384- 1941) 322) manakala falsafah Islam pula ialah Ibnu Rushd (520595Hijrah), AlGhazali (10581111Hijrah) Ibnu Khaldun (1332-1406 Hijrah) dan Al-Farabi (870 ± 950 AD). Falsafah Barat dan Islam juga berbeza dari segi matlamatnya, Barat mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja, mengasaskan corak budaya baru dan menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian manakala Islam membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah allah s.w.t.yang bertakwa. Selain itu Islam bermatlamat untuk melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T, hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T. Falsafah Barat dan Islam telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu dalam falsafah Barat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden yang bersumberkan akal dan pengalaman manakala dalam falsafah Islam pula boleh dilihat dari dua sudut iaitu falsafah teori dan falsafah amalan yang bersumberkan akal, pengalaman Ilmu wahyu dan Ilmu akhirat. Justeru perbezaan dasar antara Barat dan Islam adalah Islam mempercayai bahawa manusia itu mempunyai kemampuan yang wajar dan dapat menghadapi serta mengatasi masalahmasalah yang bersifat menekan atau mengancam adanya manusia itu sendiri. Berbanding dengan falsafah Pendidikan Islam pula berusaha untuk melahirkan individu yang baik dan beramal soleh. Selain itu, melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani . Peranan guru juga adalah berbeza antara falsafah Barat dan Islam. Guru berperanan sebagai penyampai ilmu bagi yang pakar, pembimbing dan pengurus, agen perubahan da pemangkin ilmu bagi falsafah barat manakala falsafah Islam guru berperanan sebagai pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan juga pembentuk akhlak murid-muridnya. Justeru itu apabila peranan guru berbeza maka kurikulumnya juga terdapat perbezaan. Falsafah barat menjurus kepada bidang kemanusiaan dan kesusasteraan, kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira), bidang sains sosial dan bidang estetik manakala falsafah Islam pula berlandaskan sumber yang jelas dan kukuh iaitu Al Quran dan As Sunnah yang meliputi fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik dan vokasional. KESIMPULAN Apabila diamati dapat melihat bahawa falsafah Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang ekslusif berbanding dengan falsafah yang difahami oleh golongan barat. Falsafah Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Ilahi manakala falsafah barat yang wujud beberapa aliran pemikiran berperanan penting dalam meningkatkan pengamatan tentang sesuatu perkara kerana ianya hanya akal dan pengalaman. Justeru itu sekiranya berlaku pertentangan dengan ketentuan syara‟ maka nilai yang ada dalam falsafah Islam dianggap sebagai bukannya dari nilai yang dituntut oleh agama dan bertentangan dengan kemaslahatan manusia amnya. Walaubagaimanapun syara‟ tidak menafikan penglibatan manusia secara tidak langsung dalam mentafsir dan memahami sistem pembentukan falsafah tersebut