Uploaded by fidaus abdul rejab

CAMPURAN PEMASARAN

advertisement
CAMPURAN PEMASARAN
3.1 Definisi Empat Elemen Campuran Pemasaran
Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan
berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang
dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran
pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan
terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan
promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion).
a) Produk
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pemilikan
dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau
perkhidmatan.
b) Harga
Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.
c) Saluran Agihan
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di dalam proses
pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan.
d) Promosi
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan untuk
memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang
dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada
pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan persendirian.
Download