Uploaded by fidaus abdul rejab

kerja kursus pengajian perniagaan

advertisement
Tajuk:
Kajian terhadap Encik Umayun Kabeer dari aspek ciri-ciri usahawan, kaedah
memulakan perniagaan, peranan dan cabaran usahawan dalam menguruskan
perniagaan Katering Shahul
Oleh
Farahmunisyah binti Abdul Razak
ABSTRAK
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dua ciri peribadi dan tabii orang Berjaya
yang ada pada usahawan tersebut dan kaedah usahawan memulakan perniagaan serta kemudahan
pembiayaan dengan bantuan yang diterima. Selain itu,objektif ketiga menjelaskan dua fungsi
pengurusan yang diamalkan oleh usahawan. Objektif keempat menjelaskan dua cabaran
persekitaran dalaman dan dua cabaran persekitaran luaran yang dihadapi oleh usahawan. Kaedah
yang digunakan untuk mencapai objektif berikut ialah dengan temu bual sebagai data primer
serta rujukan perpustakaan sebagai data sekunder. Kajian telah membuktikan bahawa usahawan
memiliki ciri-ciri peribadi iaitu berani mengambil risiko dan bersikap inovatif manakala menurut
tabii orang yang Berjaya, usahawan memiliki sikap ‘lakukan perkara utama dahulu’ dan juga
tajamkan gergaji’. Usahawan memulakan perniagaan menggunakan modal peribadi dan
menerima khidmat nasihat dari sebuah agensi swasta. Sebagai kesimpulan, beberapa cadangan
telah dikemukakan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh usahawan Katering Shahul
supaya tidak memberikan kerugian yang besar. Misalnya, membuat penambahbaikan tempat
memasak supaya mengendalikan bahan mentah serta kutlerinya. Selain daripada itu, kekurangan
tenaga buruh boleh diatasi dengan mengupah atau mempelawa beberapa orang untuk bekerja
sebagai pelayan. Akhir sekali, usaha mengembangkan lagi perniagaan boleh dilakukan dengan
mempromosikan hasil masakan melalui platform-platform media sosial serta menjual makanan
menggunakan platform dalam talian seperti aplikasi FoodPanda dan Grab food supaya tidak
melambung kerugian.
Penghargaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada tuan pengetua Razak Malek bin Taharim kerana memberi kebenaran kepada saya
untuk menjalankan kerja kursus ini. Di samping itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Yasmin Syahnaz binti Mokhtar selaku penyelia saya di atas kesudian beliau
meluangkan amsa untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja
kursus ini. Segala teguran dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga buat abang saya iaitu
Mohd Rafiq bin Abdul Razak kerana banyak membantu saya dari segi kewangan serta sokongan
moral. Tidak lupa juga buat ibu saya yang tercinta Farah Nisyah bt Abdullah dalam memberi
pendapat semasa melakukan kerja kursus serta semangat yang diberikan olehnya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada yang terlibat dalam proses pembuatan
kerja kursus ini sama ada langsung atau tidak langsung. Terima kasih kerana sudi membantu
saya. Jasa anda semua amat saya hargai.
Sekian terima kasih.
Objektif kajian
1. Mengenal pasti dua ciri peribadi dan tabii orang Berjaya yang ada pada usahawan
tersebut
2. Mengenal pasti kaedah usahawan memulakan perniagaan dan kemudahan pembiayaan
serta bantuan yang diterima.
3. Menjelaskan dua fungsi pengurusan yang diamalkan oleh usahawan
4. Menjelaskan dua cabaran persekitaran dalaman dan dua cabaran persekitaran luaran yang
dihadapi oleh usahawan.
Latar belakang kajian
Pengkaji membuat kajian ke atas ciri,kaedah memulakan perniagaan, peranan dan cabaran
usahawan dalam menguruskan perniagaan Katering Shahul.
Tujuan kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti dua ciri usahawan dan tabii orang
Berjaya yang ada pada usahawan Katering Shahul iaitu Umayun Kabeer bin Meerasah bagi
menjalankan perniagaan. Melalui carian atas talian,https://ms.facts-news.org/definisi-mengenalpasti mengenal pasti membawa maksud mengiktiraf identity sesuatu dengan membayangkan
situasi atau perangai. Selain itu, menurut
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mengenal+pasti mengenalpasti ialah mengetahui serta
menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti. Dengan menggunakan laman
sesawang yang sama, https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-valores-personales
ciri peribadi bermaksud garis panduan yang ditetapkan oleh setiap individu untuk
menyesuaikannya dengan gaya hidup mereka, menentuakn keperibadian mereka, memenuhi
tujuan, memenuhi keperluan dan mengikuti senarai tindakan positif serta menggambarkan
keperluan dalam setiap orang, kehendak mereka dana pa yang mereka anggap penting. Maksud
tabii pula menurut
https://American_Journal_of_Psychology%7CAmerican sesuatu tabiat
dari sudut pandangan psikologi merupakan cara pemikiran, kehendak atau perasaan yang sedikit
sebanyak ditetapkan, yang diperoleh melalui pengulangan pengalaman mental terdahulu.
Tujuan kajian seterusnya ialah mengenal pasti kaedah usahawan memulakan perniagaan
dan kemudahan pembiayaan serta bantuan yang diterima oleh Katering Shahul. Selain itu,satu
blog https://rifdiazmi.blogspot.com/2016/10/pengenalan.html menurut Mc Clelland(1961)
menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi dan menurut
salah satu pelopor perniagaan, Schumpeter(1934) mentakrifkan usahawan sebagai individu yang
melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri. Beliau
menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan tersebut. Di
samping itu, menurut http://www.balohpedia.com/2017/03/pengenalan-kepada-perniagaan.html
definisi oleh Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan Abdullah Munsi b. Abdul Rahim(1999)
perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan
tujuan mendapat keuntungan.
Tujuan kajian ialah menjelaskan dua fungsi pengurusan yang diamalkan oleh usahawan. Menurut
rujukan
arkib,
http://www.balohpedia.com/2017/05/pengenalan-kepada-pengurusan.html
Pengurusan merupakan proses menentukan dan mencapai matlamat melalui perlaksanaan fungsifungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpimpinan dan kawalan dengan
menggunakan sumber manusia, kewangan, bahan dan peralatan secara cekap dan berkesan.
Pengurusan melibatkan proses merancang, mengorganisasi, meimpin dan mengawal kesemua
ahli organisasi untuk mencapai objektif organisasi. Ia adalah proses berterusan yang menumpu
pada pencapaian matlamat melalui kerjasama dengan sumber-sumber organisasi. Pengurusan
adalah penting bagi mencapai objektif organisasi.
Tujuan terakhir kajian ialah adalah untuk menjelaskan dua cabaran persekitaran dalaman dan dua
cabaran persekitaran luaran yang dihadapi oleh usahawan. Menurut blog,
https://ms.mldunbound.org/contrast/difference-between-internal-and-external-businessenvironment/ Persekitaran dalaman merujuk kepada persekitaran yang bersentuhan langsung
dengan organisasi perniagaan dan boleh menjejaskan aktiviti harian perniagaan secara langsung.
Persekitaran dalaman terdiri daripada faktor seperti pesaing, pembekal, pelanggan, pekerja,
pemegang saham. Dengan kata lain, persekitaran dalaman adalah koleksi semua kuasa yang
dekat dengan organisasi perniagaan. Selain itu, faktor-faktor ini mempunyai impak jangka
pendek ke atas organisasi. Persekitaran luaran sesuatu perniagaan merujuk kepada faktor luar
yang mempengaruhi prestasi organisasi, membuat keputusan dan strategi semua perniagaan. Ia
tidak menjejaskan hanya satu entiti perniagaan tetapi mempunyai kesan ke atas kumpulan
perniagaan yang sama pada masa yang sama. Menurut laman sesawang, https://ms.factsnews.org/definisi-cabaran cabaran adalah sama seperti kata objektif yang membayangkan
cabaran pada tahap peribadi. Manusia, kerana keinginan yang tidak boleh dipenuhi, kita
mendapati diri kita sentiasa mencabar. Walau bagaimanapun, perjuangan ini untuk memenuhi
matlamat akan melibatkan mengikuti pelan tindakan yang telah ditubuhkan sebelum ini dan
akan menjadi panduan untuk mencapai matlamat yang dicadangkan .
1.0 PENGENALAN
Kajian dilakukan bagi melengkapkan tugasan kerja kursus 946/4 sebagai syarat
untuk lulus STPM subjek Pengajian Perniagaan. Kajian dibuat bagi mengenal pasti dua
ciri peribadi dan tabii orang Berjaya yang ada pada usahawan tersebut, serta pasti kaedah
usahawan memulakan perniagaan dan kemudahan pembiayaan serta bantuan yang
diterima oleh Katering Shahul. Seterusnya kajian ini juga dilaksanakan bagi menjelaskan
dua fungsi pengurusan yang diamalkan oleh usahawan dan dua cabaran persekitaran
dalaman serta dua cabaran persekitaran luaran yang dihadapi oleh usahawan. Tajuk
pengkaji ialah kajian terhadap Encik Umayun Kabeer dari aspek ciri-ciri usahawan,
kaedah memulakan perniagaan, peranan dan cabaran usahawan dalam menguruskan
perniagaan Katering Shahul.
Encik Umayun Kabeer merupakan seorang usahawan yang berkemahiran dalam
bidang masakan. Beliau merupakan seorang lelaki yang berumur 54 tahun yang kuat
bekerja untuk menyara keluarga. Beliau pernah bekerja sebagai seorang pemandu teksi
pada umur 20-an sehinggalah beliau memulakan perniagan katering ini. Pada tahun 2007,
beliau memulakan sebuah catering yang dinamakan Katering Shahul selepas pelbagai
kontroversi daripada rakan-rakan sekerjanya. Beliau tidak pernah lelah untuk bekerja
walaupun sudah meningkat usia.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian bererti kegiatan iaitu usaha dan proses mengkaji tentang sesuatu isu berdasarkan data dan
maklumat secara terperinci yang dikumpulkan dalam suatu jangka masa tertentu (Kamus Dewan
Edisi Keempat). Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori
pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.
4.1 Data primer
Persoalan kajian akan dijawab dengan menggunakan kaedah pengumpulan data primer
(primary data collection) di mana perkara ini merupakan satu kaedah yang asli digunakan
oleh para pengkaji dengan menggunakan sesi temu bual. Kelebihan menggunakan data
primer ialah memperoleh maklumat yang terkini dan boleh dipercayai berdasarkan
persoalan yang dikehendaki. Data primer diperoleh dengan menggunakan kaedah temu
bual bersemuka dilakukan dengan usahawan terpilih.
4.1.1 Temua bual
Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data
berkenaan. Soalan dikemukakan untuk mengenal pasti kaedah usahawan
memulakan perniagaan dan kemudahan pembiayaan serta bantuan yang diperoleh.
4.2 Data Sekunder
Data yang dikumpulkan oleh sumber maklumat yang sedia ada seperti sumber internet
dalam pelbagai blog dan laman sesawang.
4.2.1 Rujukan Perpustakaan
Kajian perpustakaan memuatkan huraian yang sistematik tentang kajian literatur
dan hasil penelitian sebelumya yang ada hubungan dengan penelitian yang akan
dilakukan. Untuk mencari informasi atau maklumat yang relevan dan bersesuaian
dengan permasalahan yang diteliti,kajian perpustakaan digunakan. Perpustakaan
SMK Kampong Pasir Puteh Ipoh menjadi tempat mencari maklumat yang dicari.
Banyak buku-buku yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari maklumat
tentang pelakanaan perniagaan dan inisiatifnya kepada usahawan.
4.2.2 Laman Sesawang
Laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara maya untuk
menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan
teknologi internet dan multimedia. Laman sesawang, yang dirujuk seperti http://
jameah220972. Blogspot.com/2012/10/ konsep-laman-sesawang.html . Pada masa
yang sama pengkaji menggunakan laman web untuk mencari maklumat yang
lebih terperinci mengenai perniagaan yang dikaji.
4.2.3 Buku rujukan.
Menurut https://makna.online/buku/ buku bermaksud berhelai-helai kertas berjilid
yang berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong untuk ditulisi;
kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. Manakala maksud
rujukan menurut laman web yang sama ialah keterangan lanjut mengenai sesuatu
perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Sebagai conoth
buku itu dijadikan rujukan dalam bidang ekonomi.
5.0 DAPATAN KAJIAN.
Menurut
laman
web
https://ustazkenali.wordpress.com/2013/03/17/dapatan-kajian/
Dapatan Kajian yang diperolehi daripada pemerhatian, temubual dan soal selidik perlu dianalisa
untuk mendapat jawapan kepada objektif kajian. Adakah dapatan kajian anda menjawab soalansoalan kajian anda? Adakah alat ukur yang anda kemukakan itu dapat mengukur apa-apa yang
hendak diukur.
5.1 Analisis berkaitan dua ciri peribadi dan tabii orang Berjaya yang ada pada usahawan
tersebut
5.1.1 Dua ciri peribadi
i) Berani mengambil risiko
Usahawan Katering Shahul mempunyai dua ciri peribadi yang dapat dilihat
dengan jelas. Encik Umayun Kabeer merupakan seorang yang berani mengambil
risiko dalam melaksanakan perniagaannya. Risiko merupakan elemen utama di
dalam proses keusahawanan.Namun begitu,kebanyakan usahawan adalah
merupakan pengira risiko daripada pengambil risiko.Encik Umayun Kabeer
selalunya mencari informasi & membuat perancangan sebelum melakukan
sesuatu aktiviti dan selalu melakukan kerja secara teratur dan mengira risiko yang
akan berlaku. Seterusnya, ia merupakan satu peluang pendedahan kepada
kerugian atau kecederaan yang mungkin akan dijalankan selepas kelebihan dan
kekurangan telah diteliti dan dipertimbangkan. Ramai pengusaha perniagaan perlu
mengambil risiko mengira untuk mengembangkan aktiviti perniagaan beliau ke
peringkat yang lebih baik. Sebagai contoh, pengambilan risiko dapat dilihat dalam
melaksanakan perniagaannya terutamanya ketika memasak dalam kuantiti yang
sangat banyak. Apabila memasak dalam kuantiti yang besar seperti mengambil
tempahan makanan untuk 1000 orang, makanan yang dimasak mencukupi dan
mempunyai rasa yang lazat. Sekiranya makanan yang dimasak tidak mencukupi,
sudah tentu para pelanggan atau tetamu kehadiran memberikan komen atau tidak
mungkin akan memberi servis katering kepadanya lagi. Walau bagaimanapun,
Encik Umayun Kabeer pandai dan cekap dalam memasak dengan mengenal pasti
jumlah atau kuantiti yang seharusnya digunakan atau dimasukkan dalam setiap
masakannya.
ii) Inovatif
Seterusnya, ciri peribadi yang dilihat lagi ialah bersikap inovatif. Usahawan
haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan
inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang
kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan
berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan
yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yang sentiasa ingin
memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada
abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat
kelebihan persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi
tinggi dan terkini. Encik Umayun Kabeer sentiasa mempunyai sikap inovatif
dalam melaksanakan perniagaannya. Sebagai contoh, beliau pernah membuat
pembaharuan dalam menu atau masakan beliau iaitu beliau memasak sebuah
masakan india iaitu ayam chettinad sebagai kombinasi kepada nasi biriyani
beliau. Selain daripada itu, beliau juga memasak makanan Barat yang mana bukan
termasuk dalam menu kateringnya dan dapat sambutan yang banyak juga untuk
makanan baratnya itu. Jelaslah bahawa ciri peribadi ini menjadikan satu kayu
pengukur dalam mengembangkan lagi perniagaannya itu.
5.1.2 Tabii orang Berjaya
i) Lakukan perkara utama dahulu
Seseorang individu yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut
keutamaan iaitu melakukan perkara yang penting dahulu. Faktor ini berkait rapat
dengan pengurusan masa yang berkesan. Senarai semak bagi setiap tugas,bila
tugas perlu disediakan dan kepada siapa laporan perlu dibuat harus disediakan.
Seseorang juga perlu mengenal pasti kepentingan aktivit dan keputusan tentang
keutamaan setiap aktiviti mengikut kepentingan,membuat penjadualan
pelaksanaan, membuat senarai semak dan melakukan pengurusan masa yang
berkesan. Hal ini dapat dibuktikan bahawa Encik Umayun Kabeer menyusun
tugasan atau kerja mengikut keutamaan. Sebagai contoh, beliau akan mula
membeli atau membuat senarai bahan yang hendak dibeli sebulan sebelum
mengendalikan masakan untuk sebarang kenduri. Pada malam sebelum hari
kelangsungan kenduri, beliau akan mula mengarahkan pekerjanya untuk
memotong sayur-sayuran dan membersihkan ayam untuk mengorengnya. Aktiviti
ini akan dilaksanakan oleh beliau apabila tempahan catering untuk kelangsungan
kenduri pada waktu pagi. Beliau akan mengagihkan tugas kepada beberapa orang
pekerjanya seperti menyediakan buffet, cuci pinggan dan kira pinggan mengikut
kuantiti yang dinyatakan.
ii) Tajamkan gergaji
Individu yang efektif akan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dan meningkatkan kemajuan dalam empat dimensi iaitu jasmani,emosi, rohani
dan intelek serta mengadakan pembaharuan pada diri sendiri. Encik Umayun
Kabeer sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahirannya,misalnya,
Encik Umayun Kabeer mempunyai kemahiran dalam mengendalikan alatan
semasa memasak seperti menguruskan gas serta bahan mentah untuk memasak.
Beliau juga antara orang yang pandai mengoperasikan ketuhar yang mempunyai
suhu yang tinggi untuk membakar ayam untuk mengupas kulitnya.
5.2 Analisis kaedah usahawan memulakan perniagaan dan kemudahan pembiayaan serta
bantuan yang diterima.
5.2.1 Kaedah usahawan memulakan perniagaan
Usahawan Katering Shahul memulakan perniagaannya dengan menubuhkan
sendiri satu perniagaan baharu dengan usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan
membuka perniagaan bermula pada peringkat awal lagi. Encik Umayun Kabeer
memulakan perniagaannya pada pertama sekali dengan menjual makanannya
seperti nasi beriani dan ayam masak merah di sebuah Bazaar. Beliau
mengembangkan perniagannya dengan memulakan sebuah catering daripada hasil
yang dipungut ketika beliau berniaga di sebuah Bazaar itu. Encik Umayun Kabeer
juga telah dinasihatkan oleh beberapa pelanggan tetapnya supaya memulakan
sebuah catering bagi mengaut untung yang lebih banyak. Oleh itu, beliau
mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan kateringnya dengan nama
Katering Shahul. Catering Shahul ini dinamakan oleh beliau atas nama anak
sulungnya,Shahul Azlan.
5.2.2 Kemudahan pembiayaan serta bantuan yang terima
Encik Umayun Kabeer menerima khidmat nasihat program peningkatan kualiti
barangan dan produktiviti. Program peningkatan kualiti barangan dan produktiviti
ialah perkhidmatan berkaitan pendaftaran kawalan mutu, membuat penyelidikan
dan pembangunan serta bantuan bagi meningkatkan penggunaan teknologi tinggi,
memodenkan sistem pengeluaran serta meningkatkan mutu barangan dan
produktiviti. Beliau menghadiri program itu dua kali seminggu untuk
mendapatkan penjelasan dalam meniaga dengan cara dan etika yang betul. Beliau
telah menambahbaikan perniagaannya dalam proses transformasikan inputnya
seperti bahan mentah kepada output iaitu satu masakan dengan lebih efisien.
Usahawan yang berdikari ini juga tidak menerima sebarang pinjaman daripada
mana-mana institusi kewangan. Seluruh pembiayaan yang digunakan oleh beliau
sepenuhnya ialah modal tidak formal iaitu simpanan sendiri. Terdapat pelbagai
jenis manfaat diperoleh oleh usahawan ini apabila melabur modal peribadi
pemilik, misalnya tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana,
tidak perlu menghubungi bank mahupun institusi kewangan dan tidak perlu
membuat sebarang bayaran faedah.Simpanan sendiri itu diperoleh ketika beliau
berniaga di sebuah bazaar selama 5 tahun berturut-turut. Oleh itu,sehinggalah
sekarang Encik Umayun Kabeer mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas
perjalanan perniagaannya itu tanpa campur tangan pihak ketiga.
5.3 Analisis dua fungsi pengurusan yang diamalkan oleh usahawan Katering Shahul
Usahawan Katering Shahul memperlihatkan dua fungsi pengurusan dalam menjalankan
perniagaan beliau. Fungsi pengurusan
ialah melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-
sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan. Satu fungsi pengurusan
dapat dilihat dari segi perancangan. Menurut laman sesawang ini,
https://uniprof.wordpress.com/2013/06/26/bahagian-2-definisi-perancangan/ perancangan
merupakan perancangan merupakan satu proses yang melibatkan pentakrifan objektif dan
matlamat organisasi, mewujudkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat-matlamat ini
dan membangunkan rancangan yang menyeluruh untuk menyelaras dan mengintegrasikan semua
aktiviti dalam organisasi. Usahawan Katering Shahul mempunyai pelbagai kemahiran dalam
melaksanakan perniagaannya ini antaranya ialah kemahiran teknikal, kemahiran masa dan
kemahiran pembuatan keputusan.
5.3.1 Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merujuk kepada keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan
menggunakan teknik, kaedah, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan. Antaranya ialah
Encik Umayun Kabeer mempunyai kemahiran dalam mengendalikan alatan semasa memasak
seperti menguruskan gas serta bahan mentah untuk memasak. Beliau juga antara orang yang
pandai mengoperasikan ketuhar yang mempunyai suhu yang tinggi untuk membakar ayam untuk
mengupas kulitnya. Kemahiran teknik ini adalah diperlukan bagi tujuan mengoperasi mesin dan
peralatan serta penggunaan prosedur dan kaedah melakukan kerja.
5.3.2 Kemahiran masa
Kemahiran masa juga digunakan dengan baik oleh usahawan ini. Kemahiran masa merujuk
kepada penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti kerja. Hal ini dapat dibuktikan bahawa Encik Umayun Kabeer menyusun
tugasan atau kerja mengikut keutamaan. Sebagai contoh, beliau akan mula membeli atau
membuat senarai bahan yang hendak dibeli sebulan sebelum mengendalikan masakan untuk
sebarang kenduri. Pada malam sebelum hari kelangsungan kenduri, beliau akan mula
mengarahkan pekerjanya untuk memotong sayur-sayuran dan membersihkan ayam untuk
mengorengnya. Aktiviti ini akan dilaksanakan oleh beliau apabila tempahan catering untuk
kelangsungan kenduri pada waktu pagi. Beliau akan mengagihkan tugas kepada beberapa orang
pekerjanya seperti menyediakan buffet, cuci pinggan dan kira pinggan mengikut kuantiti yang
dinyatakan. Oleh itu, kemahiran bekerja secara berkesan dan mengagihkan tugasan dan kerja
secara tersusun dan berjadual amat berkesan supaya tidak mudah terleka.akhir sekali.
Kemahiran pembuatan keputusan pada Encik Umayun Kabeer menunjukkan cara teknik belaiu
memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih
alternative terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Beliau mengatakan bahawa
salah satu daripada pekerjanya mengalami kecederaan yang parah sewaktu mengendalikan kuali
panas yang penuh dengan minyak yang panas. Peristiwa ini menyebabkan beliau terpaksa
memanggil orang lain sebagai ganti kepada pekerja yang mengalami cedera parah itu.
Kekuatan(Strength)
Kelemahan(Weakness)
- Mempunyai usahawan yang berkemahian dan
sumber
kewangan
yang
stabil
untuk - Masih tidak mempunyai tenaga kerja untuk
mengembangkan perniagaan
mengendalikan operasinya
- Usahawan yang berkebolehan mengurus dengan - Bahan mentah yang kurang kualiti
cekap.
Analisis SWOT
Peluang( Opportunity)
- Usahawan Katering Shahul pernah dipelawa
untuk bekerja sebagai cef di sebuah hotel bertaraf
5 bintang di India.
- Usahawan juga pernah dipelawa untuk bekerja
bawah satu restoran sebagai rakan kongsi.
Ancaman(Threat)
- Mempunyai pesaing yang bernama Encik
Nathan atau Nathan caterings yang juga merupai
menu masakan Katering Shahul.
RAJAH 1 : ANALISIS SWOT
Fungsi pengurusan yang seterusnya ialah perancangan. Menurut analisis SWOT, Kekuatan
Katering Shahul ialah mempunyai pekerja atau usahawan yang berkemahiran dan sumber
kewangan yang stabil untuk mengembangkan perniagaan serta usahawan yang berkebolehan
mengurus dengan cekap. Kelemahan merujuk kepada kelemahan yang ada dalam sesebuah
organisasi yang boleh menjadi penghalang kepada proses perancangan startegik. Hal ini
dibuktikan Encik Umayun Kabeer masih tidak tenaga kerja untuk mengendalikan operasinya
supaya dapat kurangkan bebab beliau. Selain itu, beliau menggunakan sumber bahan mentah
yang kurang kualiti kerana menjual dalam harga yang murah dan dapat dibeli dengan kuantiti
yang banyak. Peluang pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran yang boleh
menyediakan ruang atau peluang kepada organisasi membuat perancangan strategic yang baik.
Encik Umayun Kabeer pernah dipelawa untuk bekerja sebagai cef di sebuah hotel bertaraf 5
bintang di India untuk mendapatkan satu pendapatan yang lumayan. Selain itu, beliau juga
pernah dipelawa untuk bekerja bawah satu restoran sebagai rakan kongsi. Ancaman merujuk
kepada ancaman yang disebabkan oleh factor persekitaran. Usahawan Katering Shahul ini
mempunyai pesaing dalam bidang catering.
5.4 Analisis dua cabaran persekitaran dalaman dan dua cabaran persekitaran luaran
yang dihadapi oleh usahawan
5.4.1 Cabaran persekitaran dalaman
i) Pelanggan
Dari segi cabaran persekitaran dalaman, pelanggan antara pengguna atau pembeli
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. Pengguna akan membeli
barangan dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan maksimum dan memenuhi
keperluan serta kehendak mereka. Pengguna inginkan barangan dan perkhidmatan yang
berkualiti, selamat dan pada harga yang berpatutan. Pelanggan menentukan jenis produk
dan perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh syarikat. Oleh demikian pengeluar perlu
peka terhadap kehendak dan keperluan pelanggan. Jika pengeluar tidak memenuhi
kepuasan pengguna, hasil jualan akan terjejas dan perniagaan tidak akan Berjaya.
Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mempengaruhi
keupayaan syarikat untuk beroperasi.
Usahawan catering Shahul ini mempunyai majority pelanggan yang tinggi berbanding
peniaga di sekeliling perniagaannya. Walau bagaimanapun, majority pelanggan yang
diperolehnya mempunyai sifat serta kehendak yang berbeza. Misalnya, ada antara
pelanggan yang memberikan tempahan servis catering dengan menyenaraikan menu
dalam kadar yang banyak tetapi membayar deposit yang sedikit. Hal ini mengakibatkan
Encik Kabeer tidak dapat membeli input mengikut tempahan makanan kerana wang yang
dibayar oleh pelanggan hanya dapat menampung separuh input sahaja.
ii) Pesaing
Cabaran persekitaran dalaman selain yang dinyatakan di atas ialah pesaing. Menurut
Buku Pelangi Bestseller(PENGAJIAN PERNIAGAAN), pesaing merupakan syarikat lain
dalam industry sama yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang hampir sama.
Justeru,firma perlu bersaing untuk mendapatkan syer pasaran bagi produk mereka.
Persaingan yang dijalankan harus adil dan tidak berlanggar etika perniagaan. Persaingan
yang sihat akan meningkatkan kecekapan pengeluaran dan memberi manfaat kepada
pengguna. Firma perlu mengenal pasti strategi-strategi persaingan yang digunakan oleh
pesaing agar dapat menghadapi persaingan tersebut dan melakukan inovasi dalam
pengeluaran produk.
Usahawan catering shahul mempunyai persaingan yang sengit dalam perniagaan
kateringnya. Beliau mendapati bahawa seorang pengusaha India, Encik Nathan, yang
juga menjalankan perniagaan catering serta menawarkan menu yang hampir sama dengan
menu Katering Shahul. Hal ini menyebabkan separuh daripada pelanggan Encik Kabeer
mula memberi tempahan kepada Encik Nathan. Oleh hal yang demikian, Encik Kabeer
masih ada majority pelanggan yang amsih membuat tempahan servis catering,tetapi yang
tidak sama berbanding sebelum munculnya Katering Nathan.
5.4.2 Cabaran persekitaran luaran
i) Ekonomi
Keadaan ekonomi negara, serantau dan dunia mempunyai pengaruh besar terhadap
perkembangan sesuatu perniagaan. Perubahan akn mempengaruhi kuasa beli dan corak
perbelanjaan pengguna. Jika ekonomi meleset, pendapatan pengguna jatuh,kuasa beli
menurun akan menyebabkan perbelanjaan pengguna jatuh dan aktivit perniagaan
merosot. Sebaliknya, jika ekonomi negara adalah stabil dan maju, maka aktiviti
perniagaan akan turut berkembang. Kestabilan ekonomi dapat menjamin perkembangan
perniagaan.
Bermula tahun 2020, dunia telah berhadapan dengan satu masalah yang sangat serius
iaitu penyakit berjangkit Coronavirus. Hal ini dikatakan telah mengundang kepada krisis
ekonomi yang amat dahsyat. Usahawan catering shahul juga terpaksa berdepan dengan
krisis ini. Apabila didapati kes jangkitan meningkat, kerajaan dengan kerjasama beberapa
kementerian telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan. Hal ini telah
menyebabkan semua platform urusniaga ditutup dan tiada urus niaga yang boleh
dilaksanakan sepanjang perintah itu. Pengumuman perintah kawalan ini bukan sahaja
menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara, maka kepada pengusaha-pengusaha
perniagaan. Dengan peningkatan kes jangkitan, sebarang kenduri juga dilarang
berlangsung sesama sekali. Oleh itu, ini menyebabkan tempahan servis catering yang
ditempah kepada usahawan Katering Shahul sepanjang tahun itu terpaksa dibatalkan
kerana risau menghadapi risiko dan usahawan ini mengalami kerugian yang besar
sepanjang tahun 2020.
ii) Prasarana
Merujuk kepada kemudahan infrastruktur yang tersedia ada bagi memudahkan operasi
perniagaan. Antara kemudahan fizikal yang diperlukan ialah sistem pengangkutan,utiliti,
pergudangan, zon perdagangan dan pembangunan setempat. Encik Umayun Kabeer
menghadapi masalah kekurangan infrastruktur yang lengkap,misalnya, pengangkutan
untuk membawa makanan ke tempat kelangsungan kendiri. Beliau sentiasa menempah
lori dari luar dengan membayar upah kepada pemandu lori itu, hal ini menyebakan beiau
terpaksa menggunakan separuh daripada duit yang diterimnya untuk membayar upah
kepada pekerja serta pemandu lori. Selain daripada itu, beliau tiada gudang yang luas
untuk menyimpan inputnya seperti barangan dapur yang digunakan untuk memasak. Hal
ini menyebabkan inputnya cepat rosak serta menunjukkan kerjanya kurang professional.
6.0 PENUTUP
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri usahawan pada Encik Umayun Kabeer
usahawan katering Shahul. Ciri-ciri yang terdapat pada Encik Umayun Kabeer mempunyai
gayanya tersendiri dalam melaksanakan aktiviti perniagaannya.. Sebagai contoh, beliau
mengambil pelbagai inisiatif dalam mempelbagaikan aneka masakannya dengan kreatif dan
inovatif. Usahawan ini juga menggunakan wang dan aset tersendiri dalam memulakan
perniagaannya tanpa mengambil bantuan untuk membiaya perniagaan beliau.
Namun
begitu,perniagaannya tidak terlari dari mendepani cabaran dari segi luaran dan dalaman.
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil oleh usahawan perniagaan ini adalah
dengan menambah dan memperbaiki tempat masaknya supaya mudah mengendalikan bahan
mentah serta kutlerinya. Memandangkan Encik Umayun Kabeer kekurangan tenaga buruh,beliau
masih boleh mempelawa lagi beberapa tenaga buruh supaya aktiviti perniagaan berjalan dengan
lebih lancar dan efisien. Contohnya, untuk bekerja sebagai pelayan serta upah mencuci pinggan
mangkuk setelah selesai sesuatu kenduri.Tambahan pula, Encik Umayun Kabeer boleh
mengembangkan lagi perniagaannya dengan mempromosikan hasil masakannya melalui
patform-platform media sosial supaya menarik lebih banyak pelanggan serta dapat mengaut
keuntungan yang lumayan. Pada waktu sekarang, terutamanya pada musim pandemik ini
kebaanyakan usahawan mengalami kerugian kerana tidak dapat berniaga dan populasi rakyat
yang tidak mengunjung ke gerai ataupun restoran.Hal ini kerana, orang ramai risau akan
dijangkiti oleh wabak penyakit ini. Walau bagaimaanapun, rakyat tetap menggunakan beberapa
aplikasi-aplikasi untuk menempah makanan dengan hujung jari untuk menghantar di rumah
supaya selamat. Hal ini jelaslah bahawa cadangan seterusnya yang dapat Encik Umayun Kabeer
laksanakan, iaitu mengunakan platform dalam talian seperti aplikasi FoodPanda dan Grab Food
supaya tidak mengalami kerugian.
Menurut sistem Covey, Usahawan Katering Shahul dapat memperlihatkan beberapa Tabii
orang Berjaya. Antara tabii-tabii tersebut ialah lakukan pertama utama dahulu serta tajamkan
gergaji. Lakukan perkara utama dahulu berkait rapat dengan pengurusan masa yang berkesan dan
mengenal pasti kepentingan aktivit dan keputusan tentang keutamaan setiap aktiviti. Usahawan
Katering Shahul bijak dalam menguruskan masanya dengan memulakan tugasnya untuk
mengarahkan orang yang diupahnya untuk memotong sayur-sayuran dan membersihkan ayam.
Selain itu, tajamkan gergaji mengenai peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta
kemajuan dalam empat dimensi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Misalnya, Encik
Umayun Kabeer sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran misalnya, Encik
Umayun Kabeer mempunyai kemahiran dalam mengendalikan alatan semasa memasak seperti
menguruskan gas serta bahan mentah untuk memasak. Beliau juga antara orang yang pandai
mengoperasikan ketuhar yang mempunyai suhu yang tinggi untuk membakar ayam untuk
mengupas kulitnya.
Kesimpulannya, dengan adanya kajian ini,pengkaji berharap agar usahawan mebuat
penambahbaikan supaya aktivit perniagaan tidak tergendala. Pada masa yang sama syarikatsyarikat yang lain akan menggunakan kajian ini sebagai sumber rujukan pada masa hadapan.
7.0 RUJUKAN
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mengenal+pasti
https://rifdiazmi.blogspot.com/2016/10/pengenalan.html
https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-valores-personales
https://American_Journal_of_Psychology%7CAmerican
http://www.balohpedia.com/2017/03/pengenalan-kepada-perniagaan.html
http://www.balohpedia.com/2017/05/pengenalan-kepada-pengurusan.html
https://ms.mldunbound.org/contrast/difference-between-internal-and-external-businessenvironment/
, https://ms.facts-news.org/definisi-cabaran
Lampiran
Download