Uploaded by forty.lapan

Untitled Presentation

advertisement
TAUHID
1. Ilmu Tauhid ialah ilmu yang menerangkan keesaan Allah subhanahu wa ta'ala menerusi dalil-dalil yang
meyakinkan.
(i) Tuliskan TIGA nama-nama lain bagi Ilmu Tauhid berserta huraiannya.
(ii) Apakah hukum mempelajari Ilmu Tauhid serta nyatakan LIMA keutamaan atau faedah mempelajari
Ilmu Tauhid?
2. Sifat Salbiah ialah sifat-sifat penafian terhadap perkara yang tidak layak bagi Allah subhanahu wa ta'ala.
Huraikan secara ringkas sifat-sifat wajib bagi Allah subhanahu wa ta'ala yang terkandung dalam sifat
Salbiah berserta dalil aqli dan naqli.
3. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Al-An'aam ayat 48:
.‫وﻣﺎ ﻧﺮﺳﻞ اﻟﻤﺮﺳﻠﻴﻦ اﻻ ﻣﺒﺸﻴﺮﻳﻦ وﻣﻨﺬرﻳﻨﺺ‬
Terjemahannya: "Dan tiada kami utuskan rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan
pembawa amaran."
(i) Nyatakan sebab Allah subhanahu wa ta'ala hanya mengutus nabi dan rasul itu dari golongan lelaki
sahaja.
(ii) Huraikan EMPAT sahaja tugas-tugas utama seorang rasul.
(iii) Huraikan sifat-sifat wajib bagi rasul berserta dalil aqli dan naqli.
4. Mu'jizat hanya dianugerahkan kepada nabi dan rasul.
TASAUF
6. Menurut ajaran Tasauf, untuk mendekatkan diri kepada Allah, manusia harus melalui latihan rohani
dengan menempuh beberapa tingkatan, antaranya ialah Tingkatan Takhalli iaitu mengosongkan atau
menyucikan diri dari sifat-sifat tercela yang mengotori hati seperti maksiat lahir dan maksiat batin.
Huraikan dengan jelas maksud maksiat lahir dan maksiat batin serta bagaimana cara menyucikan
dosa-dosa tersebut.
7 Tawakkal antara sifat-sifat terpuji yang harus dimiliki oleh setiap individu muslim. Bincangkan
perkara-perkara berikut:
(i) Nyatakan pengertian Tawakkal berserta tingkatan-tingkatannya.
(ii) Seringkali terjadi kesalahfahaman individu mengenai Tawakkal. Jelaskan mengenai perkara tersebut
dan nyatakan cara bertawakkal yang betul.
(iii) Tuliskan EMPAT kelebihan orang yang bertawakkal.
8. Pilih DUA soalan dari perkara-perkara berikut:
(i) Tuliskan syarat-syarat penting bagi seorang syeikh tarikat yang murshid di dalam Ilmu Tasauf.
(ii) Dalam Ilmu Tasauf "Yakin" itu ada TIGA peringkat. Jelaskan berserta contoh.
(iii) 'Uzlah (mengasingkan diri) hanya akan dianggap baik dan sempurna jika memenuhi syarat-syaratnya.
Nyatakan syarat-syarat tersebut.
9. Tuliskan riwayat hidup salah seorang tokoh ulama Tasauf di bawah ini:
(i) Beri pengertian Mu'jizat serta nyatakan perbezaannya dengan al-Irhash, al-Karamah, al-Istidraj dan
al-Ihanah.
(ii) Islam menyatakan bahawa al-Quran itu adalah sebesar-besar mu'jizat Rasulullah sallallahu 'alaihi
wassalam. Jelaskan hujjah kamu mengenainya bagi membuktikan bahawa perkara itu adalah benar dan
diterima oleh akal manusia.
5. Pilih SATU soalan daripada soalan-soalan berikut:
(i) Nifaq, Riddah, Syirik, Fasiq dan Kufur merupakan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Sila
tuliskan pengertian kelima-lima perkara berkenaan berserta huraiannya.
(ii) Huraikan EMPAT sahaja daripada tanda-tanda besar hari Qiamat.
(iii) Tuliskan catatan ringkas mengenai puak Muktazilah dan ENAM sahaja daripada dasar-dasar
kepercayaan mereka serta jelaskan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai dasar-dasar tersebut.
(i) Abu Yazid al-Bustami.
(ii) Imam Junaid al-Baghdadi.
(iii) Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
Zoho Show
Untitled Presentation.pdf
(This PDF has been generated using Zoho Show)
To create beautiful presentations, download Zoho Show from Play Store https://zoho.to/cy7
Download