Uploaded by anass mohd

4 Model Pembelajaran Personal Behavioris, Sosial, Koperatif SlideShare 30122023

advertisement
1. TAJUK 5 : MODEL PENGAJARAN
2. Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem
aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahanperubahan tingkah laku di kalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkahlangkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.
3. P &P Yang Berjaya : Mencapai objektif perubahan tingkah laku. Guru perlulah jelas
dengan jenis perubahan yang dikehendaki. Kemudian merancang aktiviti yang sesuai
untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis
pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Melalui kaedah
dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
murid-murid.
4. Apakah itu Model Pengajaran? • Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh
dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta
menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media, pengajaran
berbantukan komputer, lembaran- lembaran kerja dan sebagainya.
5. Model-Model Pengajaran • Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang
diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009). • Setiap mazhab tersebut mengandungi
beberapa jenis model pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia dan
cara manusia belajar. 1. Model Pemprosesan Maklumat 2. Model Behavioral 3. Model
Sosial 4. Model Personal
6. 1. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT Pembentukan konsep Perolehan konsep
Inkuiri Synectics Implikasi Model Pemprosesan Maklumat terhadap P & P
7. http://youtu.be/wBCLpVnai2c http://youtu.be/GaucLgI9Hzo
8. • Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk
memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan
berturutan iaitu: – Kepekaan terhadap masalah yang timbul, – Pemerolehan dan
penyusunan maklumat, – Penjanaan cara-cara
penyelesaian yang sesuai, –
Pengembangan konsep yang berkenaan. Model Pemprosesan Maklumat
9. • Konsep: menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan
model input-output. • Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku
dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan
jangka panjang. • Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan
maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila
diperlukan. • Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana
dan bila maklumat mengalir melalui sistem. Pembentukan Konsep
11. • Ramai orang m’bandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan
komponen komputer. • Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana
maklumat disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran
maklumat. Kotak diatas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran
maklumat sistem berkenaan.
12. • “Perolehan Konsep” merujuk kepada usaha mencari, kemudian menyenaraikan
atribut @ ciri-ciri yg membezakan contoh daripada bukan contoh bagi suatu kategori yg
dikenalpasti. Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah: Model ini sesuai di
Prasekolah. Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak singkat
masanya serta diarahkan oleh guru. Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg
terdapat dalam bilik darjah. Jawapan murid mungkin kepelbagaian:meja, kerusi, papan
tulis dll. Perolehan Konsep
13. Inkuiri Saintifik • Dipelopori oleh Joseph Schwab. • Direka bentuk bertujuan
meningkatkan kecekapan murid-murid mempelajari dan seterusnya mengembangkan
konsep-konsep. • Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses
menyoal. • Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal dan sistematik.
• Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam
memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk
menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan membuat inferens
serta kesimpulan.
14. • Teknik Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian
masalah. • Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau
dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. • Proses inkuiri
boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. • Pendekatan inkuiri juga
merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan
terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.
15. • Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. •
Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk
hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya
mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. • Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’.
Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses
kajian.
16. • Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah.
• Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat
pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. • Kesimpulannya, model inkuiri ini amat
berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan.
17. Kebaikan Model Inkuiri • Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital
dan kemahiran pemikiran aras tinggi; • Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif
dalam pembelajaran; • Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid
memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang
mungkin; perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya; dan • Kurang
perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif
sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada. • Guru berperanan sebagai
fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran
yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia
yang baik serta memberi sokongan psikologi.
18. Synectics • Dipelopori oleh Gordon (1961). • Istilah synectics bermaksud membawa
kesemua perkara dalam satu perkaitan yang bersepadu. • Synectics (aplikasi kreativiti
seperti membuat analogi dan metafora) yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu
pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif. • Elemen utama
dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi
untuk menyelesaikan masalah. • Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk
membentuk struktur yang baru. • Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran
synectics.
19. • Satu pendekatan yg amat menarik untuk mencipta inovasi. • Murid akan mula
menganalisis elemen berdasarkan masalah tersebut atau menyediakan satu senarai
karangan fakta yg penting. • Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.
• Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa yang berlaku, meluahkan
perasaan & menghadapi masalah dari perpektif baru.
20. Aplikasi Model Synectics Dalam Bilik Darjah Penggunaan model ini merentasi
keseluruhan kurikulum. Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan sesuana yg
kondusif.
21. Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran •
Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab pemprosesan maklumat berasaskan
psikologi kognitif. • Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus diberikan
kepada cara mereka memperoleh maklumat, menguruskan data, merangka masalah dan
menjana penyelesaian. • Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah yg
sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka. • Implikasi kedua: Pengetahuan
dan kemahiran yg harus ada pada guru supaya murid yakin dan kompeten untuk
melaksanakan model pengajaran.
22. • Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep
dalam sesuatu topik pengajaran. • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan
baik. • Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. • Menambah konsepkonsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali
konsep-konsep tersebut. Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran
Dan Pembelajaran
23. 2. MODEL BEHAVIORAL • Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur. •
Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas terhadap sesuatu tugasan. • Idea
Skinner. • Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan sampaikannya
langkah demi langkah mengikut kadar penerimaan pelajar. • Bila semua langkah dikuasai
maka dapatlah menguasai keseluruhan tajuk itu.
24. http://youtu.be/xQWSsPvVUaY
25. Model Behavioral Pelopor Tujuan Pengajaran Langsung Thomas Good Jere Brophy
Wes Becker Siegfried Englemann Carl Bereiter Penguasaan kandungan dan kemahiran
akademik dalam bidang pengajian yang luas. Pembelajaran Masteri Benjamin Bloom
James Block Penguasaan kemahiran akademik dan pelbagai jenis kandungan. Simulasi
Carl Smith Mary Smith Penguasaan kemahiran dan konsep kompleks dalam bidang
pengajian yang luas. Pembelajaran Bersifat Program B.F Skinner Penguasaan
kemahiran, konsep dan maklumat berbentuk faktor. Pembelajaran Sosial Albert Bandura
Pengurusan tingkahlaku, belajar pola tingkahlaku yang baru dan kawalan kendiri.
26. Pengajaran Langsung • Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran
asas. • Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.
• Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek: 1. Jenis hasil pembelajaran pelajar. 2.
Aliran aktiviti pengajaran. 3. Persekitaran pembelajaran. • Pengajaran jenis ini
berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/
demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.
27. • Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu
penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan
amalan/ praktis lanjutan. Pengajaran Langsung
28. • Proses Pengajaran Langsung 1. Pengenalan (Orientasi) 2. Perkembangan
(Penyampaian) 3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur) 4. Latihan terbimbing (Amalan
Terbimbing) 5. Latihan kendiri (Amalan Berdikari) 6. Penilaian Pengajaran Langsung
29. 1. Pengenalan / Orientasi: • Guru membentuk kerangka pengajaran dari segi: i.
Objektif dan tahap pencapaian. ii. Isi kandungan dan hubungan dengan pengetahuan
atau/dan pengalaman sedia ada. iii. Langkah-langkah dan peranan murid bagi aktiviti yang
dijalankan. Pengajaran Langsung
30. 2. Perkembangan (Penyampaian) Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru
melalui contoh dan demonstrasi secara visual dan lisan. 3. Latihan Struktur (Amalan
Berstruktur) Guru membimbing murid-murid dengan menggunakan contoh-contoh dan
memberi maklum balas kepada respons mereka. Pengajaran Langsung
31. 4. Latihan Terbimbing (Amalan Terbimbing) • Murid-murid berpeluang membuat
latihan secara individu dengan bimbingan guru. 5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari) •
Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid telah mencapai tahap 85% hingga 90%,
mereka laksana latihan sendiri tanpa bimbingan guru. Pengajaran Langsung
32. Kebaikan dan Keterbatasan Pengajaran Langsung Kebaikan: • Meningkatkan gred
pencapaian • Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar • Berkesan untuk murid-murid
yang kecerdasan sederhana dan lambat Batasan: • Hadkan pemikiran yang kritis dan
kreatif • Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri • Kurang mencabar untuk pelajar
yang cemerlang Pengajaran Langsung
33. Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah: • Sesuai bagi pengajaran
maklumat dan kemahiran asas yang terkandung dalam kurikulum teras. Pengajaran
Langsung
34. • Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang
menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan
serta kemahiran yang akan dipelajari. • Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran Masteri
35. Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri: 1. Semua murid normal boleh menguasai
apa-apa yang diajar oleh guru. 2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana
pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.
3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai
objektif pembelajaran. Pembelajaran Masteri
36. Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri: i. Satu matapelajaran mempunyai objektif
utama tersendiri yang mewakili objektif satu kursus atau unit. ii. Satu unit besar
dibahagikan kepada unit-unit kecil yang mempunyai objektif masing-masing. iii. Bahan
pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model pengajaran dipilih. iv. Setiap unit
disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang mengukur kemajuan murid-murid secara
berterusan serta mengenalpasti masalah setiap murid. v. Guru boleh merancang
seterusnya
melaksanakan
pengajaran tambahan
untuk
membantu
murid-murid
berkenaan menyelesaikan masalah pembelajaran masing-masing. Pembelajaran Masteri
37. Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran
Individu) • Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif kendiri, arah kendiri, penilaian
kendiri dan motivasi terhadap pembelajaran. • Terdapat perbezaan antara murid-murid
dari segi kuantiti masa dan praktis yang diperlukan untuk menguasai objektif-objektif
pengajaran. Pembelajaran Masteri
38. • Murid-murid belajar mengikut kadar masing-masing dengan persekitaran yang
kondusif dan pertimbangan terhadap perbezaan masing-masing. • Tahap penguasaan
yang minimum bagi satu-satu unit pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan
unit baru. • Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan murid- murid amat penting
supaya dapat menjadi asas membentuk pakej pembelajaran secara individu.
Pembelajaran Masteri Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program
Pengajaran Individu)
39. Aplikasi Pembelajaran Masteri Dalam Bilik Darjah • Sesuai digunakan bagi pelbagai
jenis matapelajaran (BI, MT, GEO, SN, Statistik) • Sesuai bagi semua peringkat
persekolahan bermula daripada prasekolah hingga ke kolej. • Juga diaplikasikan bagi
mengajar pembentukan konsep, hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah. • Guru
perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan suatu sistem pembelajaran yang
positif dan kondusif. • Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu sebagai
pemangkin kepada harga diri positif murid-murid. Pembelajaran Masteri
40. • Melibatkan murid-murid main peranan watak-watak tertentu yang ada dalam
kehidupan harian mereka. • Penjelasan model simulasi akan dibuat berdasarkan empat
fasa : i. Sinopsis ii. Sistem sosial iii. Prinsip reaksi iv. Sistem sokongan Simulasi
41. Sinopsis
Model
Pengajaran Langsung
Simulasi
Fasa
1:
Orientasi
-
Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu disisipkan
ke dalam aktiviti simulasi. -Guru menerangkan tentang prosedur simulasi. Fasa 2: Latihan
Peserta -Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu
dan mengadakan sesi latihan. Fasa 3: Operasi Simulasi -Guru melaksanakan aktiviti
simulasi. -Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian. -Guru menjelaskan sebarang
miskonsepsi yang timbul -Aktiviti simulasi diteruskan. Fasa 4: Debriefing Peserta -Guru
membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses, membandingkan
aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan matapelajaran serta menilai
dan merekabentuk semula aktiviti.
42. Sistem Sosial • Suasana persekitaran yang bersifat koperatif dan interaktif harus
wujud. • Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar membentuk satu sistem sosial
rakan sebaya. Simulasi
43. Prinsip-prinsip Reaksi: • Guru tidak menjalankan sebarang penilaian sepanjang
aktiviti simulasi. • Guru hanya perlu membawa murid-murid yang kurang berminat semasa
aktiviti simulasi kembali ke pangkuan simulasi tersebut. Simulasi
44. Sistem Sokongan: • Bahan-bahan simulasi khususnya dalam bidang sains sosial. •
Berbentuk komputer Simulasi
45. Aplikasi Model Simulasi Dalam Bilik Darjah • Berupaya merangsang pembelajaran
mengenai unsur- unsur: i. Persaingan ii. Bekerjasama iii. Empati iv. Sistem sosial v.
Konsep vi. Kemahiran vii. dan lain-lain Simulasi
46. Implikasi Model Behavioral Terhadap P&P 1. Guru harus berpegang kepada prinsip
rangsangan-gerakbalas. 2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan
murid-murid, maka tumpuan diberikan kepada pengukuhan positif dan bukannya
pengukuhan negatif atau hukuman. 3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru
haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian bagi memastikan penguasaan murid-murid.
47. 4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. 5. Guru berkeyakinan bahawa
semua pelajar berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. 6. Guru digalakkkan untuk
mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa- apa yang
diajar dalam masa yang paling singkat.
48. 3. MODEL SOSIAL • Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun
maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. • Model
ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam
memperjelas dan mengembangkan idea-idea. • Mementingkan unsur interaksi sosial
sambil murid-murid bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan. • Contoh: mengumpul - mengkaji dan menganalisis maklumat - menilai dan mentafsir - membuat
kesimpulan
49. 3. MODEL SOSIAL • http://youtu.be/ikTxfIDYx6Q • http://youtu.be/t6WX11iqmg0
50. Pembelajaran Koperatif • Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen. • Pembelajaran
koperatif berkisar atas tiga perkara: 1. Pencapaian akademik, 2. Penerimaan
kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan 3. Perkembangan sosial. • Pelajar-pelajar dalam
situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.
51. • Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar
muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam
tugasan dan pembelajaran. • Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran
bersama. Pembelajaran Koperatif
52. Konsep Utama Pembelajaran Koperatif: 1. Pasukan 2. Pengurusan pembelajaran
koperatif 3. Keinginan untuk bekerjasama 4. Kemahiran untuk bekerjasama 5. Prinsipprinsip pembelajaran koperatif Pembelajaran Koperatif
53. • Pelopor: Byron Massialas dan Benjamin Cox. • Tujuan: – Penyelesaian masalah
sosial melalui pembelajaran kolektif dan penaakulan logikal. Inkuiri Sosial
54. • Pelopor: James Shaver dan Donald Oliver. • Tujuan: – Analisis isu-isu polisi melalui
kerangka Jurisprudential (Realiti Berhemah). – Pengumpulan data analisis soalan nilai,
kajian kepercayaan peribadi. Inkuiri Jurisprudential
55. • Pelopor: Robert Salvin dan rakan-rakan. • Tujuan: – Fokus kepada inkuiri akademik
dan perkembangan sosial serta peribadi. – Penggunaan strategi koperatif sebagai
pendekatan pengajian akademik. Inkuiri Sosial Berstruktur
56. • Pelopor: David Johnson, Roger Johnson, Elizabeth Cohen. • Tujuan: –
Pembentukan strategi interaksi sosial yang bersifat saling pergantungan. – Pemahaman
hubungan dan emosi kendiri- orang lain. Saling Pergantungan
57. • Pelopor: Fanny Shaftel. • Tujuan: – Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi
sosial. – Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku. Main Peranan
58. • Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu
peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain. • Main peranan bertujuan
untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan
perbincangan. • Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
bahasa daripada laras bahasa dan sebutan. Main Peranan
59. • Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui dalam lakonan dan
perbincangan. • Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri
dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. • Pelajar juga
dapat memupuk sifat-sifat sosial. • Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai
perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah
sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara lebih mendalam Main Peranan
60. • Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. • Satu
pengajaran dalam mata pelajaran dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan
berkesan. Main Peranan
61. Jenis-jenis Peranan 1. Memerihal 2. Demonstrasi 3. Latihan 4. Cerminan 5.
Kepekaan Main Peranan
62. • Simulasi boleh dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan
atau koperatif. • Model ini terdapat empat fasa, iaitu: 1. Orientasi 2. Latihan peserta 3.
Proses simulasi dan 4. Perbincangan. Simulasi
63. Fasa 1: • Guru akan megemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep
dalam simulasi dan pakah sebenarnya semulasi serta gambaran umum permainan
tersebut. Fasa 2: • Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan peraturan, peranan,
prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat simulasi.
Simulasi
64. Fasa 3: • Pelajar melibatkan diri dalam simulasiu. • Guru sebagai pengadil dan
jurulatih. • Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh maklum balas, menilai
prestasi dan keputusan serta memperjelas salah tanggapan. Fasa 4: • Merangkumi
perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan
banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan
kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka cipta semula simulasi.
Simulasi
65. Implikasi Model Sosial Terhadap P & P 1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara
tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. 2.
Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta
perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. 3. Guru menasihati pelajar
tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak sesuai ditonton
oleh mereka.
66. • Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip psikologikal dalam bilik darjah. •
Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid- guru. • Pola interaksi yang positif akan
membawa kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap, dan konsep
kendiri.
67. 4.
MODEL
PERSONAL
• http://youtu.be/FteC-XBE8BU
•
http://youtu.be/FoDA9_q24oY • Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang
kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri. • Model pembelajaran melalui kaunseling
ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran
peribadi yang tinggi.
68. Kesedaran Peribadi • Pelopor: Carl Rogers. • Tujuan: – Membina kapasiti untuk
perkembangan, pemahaman kendiri, autonomi, dan harga diri. • Model ini mementingkan
peranan guru sebagai fasilitator, di mana guru akan cuba melihat dunia dari perspektif
murid-murid, serta mewujudkan komunikasi bersifat empati bertujuan memupuk dan
mengembangkan arah kendiri masing-masing. • Persekitaran pembelajaran dapat
membantu murid untuk mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan penilaian
kendiri yang realistik.
69. • Pelopor: Abraham Maslow. • Tujuan: – Meningkatkan perkembagan pemahaman
personal dan kapasiti untuk berkembang. Penyempurnaan Kendiri (Self-actualization)
70. • Pelopor: Fritz Perls. • Tujuan: – Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga diri. –
Mengembangkan kepekaan interpersonal sensitiviti dan empati. Latihan Kesedaran
71. • Pelopor: William Glasser • Tujuan: – Meningkatkan pemahaman kendiri dan
tanggungjawab terhadap diri dan orang lain. Perjumpaan Kelas
72. Aplikasi Model Kesedaran Peribadi Dalam Bilik Darjah • Sesuai digunakan dalam
beberapa jenis situasi bermasalah seperti personal, sosial dan akademik. • Juga sesuai
digunakan dalam bilik darjah di mana murid-murid sudah kurang berminat terhadap
pengajaran yang disampaikan, dan guru sedang mengahadapi masalah kawalan murid.
73. Pemupukan Konsep Kendiri dan Harga Diri • Ahli psikologi Maslow dan Rogers
menegaskan bahawa kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita
dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri. • Apabila kita mempunyai konsep kendiri
yang tinggi, kita akan bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin diri.
• Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan membantu
perkembangan orang lain. • Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung
kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
74. Implikasi Model Personal Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Berdasarkan
prinsip-prinsip
psikologi
humanistik
yang
berfokuskan
kepada
individu
dan
menitikberatkan kendiri. 2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri
mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup
masing-masing. 3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung dengan
peranan mereka sebagai fasilitator yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan
peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing
Download