Uploaded by NORIZA BT ZAINAL ABIDIN KPM-Guru

kertas-kerja-TS25 (5)

advertisement
KERTAS KERJA
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SK METHODIST
1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan

Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

Komitmen komuniti yang padu
2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;

Memantapkan kepimpinan sekolah

Memaksimumkan kualiti guru

Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna

Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi

Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;

Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan

Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid dan guru SK Methodist
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
AJK
: Puan Zaini binti Othman
: Puan Rozina binti Esmail
:
: Pn. Sharifah Ridzoh Binti Syed Ali (KP Bahasa Melayu)
Pn. Halimah Binti Bahari (KP Bahasa Inggeris)
Pn. Noor Azrina Binti Ibrahim (KP Matematik)
Pn. Che Intan Binti Din (KP Sains)
En. Mohd Izwan Bin Idris (KP Pendidikan Islam)
7.0 TRANSFORMASI FIZIKAL PROGRAM TS25
Antara transformasi fizikal Program TS25 yang dijalankan oleh pihak sekolah antaranya;

Laluan STEM

The Glory of SK Methodist
8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan yang diperuntukkan bagi transformasi fizikal program TS25 adalah sebanyak
RM _________ .
Perincian peruntukan perbelanjaan adalah seperti berikut
BIL PERKARA
1.
Laluan The Glory of SK Methodist
1.1 Gegantung Mantan Guru Besar
SK Methodist
1.2 Gegantung “The Glory of SK
Methodist”
1.3 Gegantung program TS25
1.4 Cat dinding (Hitam)
1.5 Cat dinding (Merah)
1.6 Wainscoting
2.
HARGA /SEUNIT
SUMBER
RM
RM
RM
Laluan STEAM
1.1 Gegantung mata pelajaran Sains
1.2 Gegantung mata pelajaran
Matematik
1.3 Gegantung mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual
1.4 Gegantung RBT/TMK
1.5
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
JUMLAH PERUNTUKAN YANG ADA
PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Disediakan oleh;
Diluluskan oleh,
………………………..
(NUR SHAZWANI BINTI AHMAD)
Setiausaha
………………………................
(ZAINI BINTI OTHMAN)
Guru Besar
TS25 SK Methodist
SK Methodist
Download