KERTAS KERJA
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SK KEDAWANG.
1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan kualiti guru
Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid dan guru SK Kedawang.
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
AJK
:
:
:
:
En. Amiruddin Bin Hj. Mat,PJK
Pn. Bibi Binti Ibrahim
Pn. Nur Shazwani Binti Ahmad
Pn. Sharifah Ridzoh Binti Syed Ali (KP Bahasa Melayu)
Pn. Halimah Binti Bahari (KP Bahasa Inggeris)
Pn. Noor Azrina Binti Ibrahim (KP Matematik)
Pn. Che Intan Binti Din (KP Sains)
En. Mohd Izwan Bin Idris (KP Pendidikan Islam)
7.0 PROGRAM-PROGRAM TS25
Antara program-program TS25 yang dianjurkan pihak sekolah antaranya;
Taklimat kepada guru-guru SK Kedawang
Taklimat kepada murid-murid dan waris SK Kedawang
Bengkel Middle Leaders TS25
8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program-program TS25 adalah sebanyak RM 5628.00
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Disediakan oleh;
Diluluskan oleh,
………………………..
(NUR SHAZWANI BINTI AHMAD)
Setiausaha
………………………................
(AMIRUDDIN B. HJ.MAT,PJK)
Guru Besar
TS25 SK Kedawang
SK Kedawang