MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUCHING KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN BAGI MENGANJURKAN ‘HISTORICAL AND CULTURAL ONLINE QUIZ’ 1.0. TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan bagi melaksanakan kuiz atas talian iaitu ‘HISTORICAL AND CULTURAL ONLINE QUIZ’. Kertas kerja ini juga untuk memohon bajet sebanyak RM130.00 bagi penyediaan hadiah untuk para pemenang bagi pertandingan ini. 2.0 LATAR BELAKANG Dasawarsa ini sering meniti ke bibir-bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu, pelajar semakin melupakan tradisi,budaya dan warisan serta dengan peristiwa bersejarah yang menarik di Malaysia. Pelajar menganggap bahawa perkara ini merupakan sesuatu yang remeh serta tidak seyogianya diambil kira. Namun, perkara seperti ini sangatlah penting untuk diimplementasikan dalam diri pelajar dalam melahirkan pelajar yang boleh menghargai seni kebudayaan dan kemampuan diri melalui aktiviti berasaskan kebudayaan dan seni. Tambahan pula, aktiviti yang berteraskan kebudayaan dan kesenian dapat membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Oleh itu, dengan pelaksanaan aktiviti ‘HISTORICAL AND CULTURAL QUIZ’ ini diharapkan agar mampu memperoleh impak yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mendedahkan pelajar kepada budaya kaum di Malaysia. 3.2 Melahirkan pelajar yang boleh menghargai seni kebudayaan dan kemampuan diri melalui aktiviti berasaskan kebudayaan dan seni. 3.3 Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis pelajar 3.4 Menguji pengetahuan pelajar berkaitan pelbagai tradisi, seni dan budaya negara secara atas talian serta peristiwa bersejarah yang menarik. 3.5 Mengisi masa lapang pelajar ketika berada di rumah. 4.0 TEMA “BUDAYA WARISAN DAN SEJARAH TANAH AIR KU” 5. 0 PELAKSANAAN PROGRAM Program ini dicadangkan diadakan pada: TARIKH : 18 Disember 2023 hingga 22 Disember 2023 MASA : 9.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari SASARAN : Semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kuching tingkatan 1 hingga 4 TEMPAT : Secara atas talian tidak kira di rumah kediaman atau tempat tinggal masing- masing. Pelancaran program akan dilaksanakan menerusi Instagram Badan Wakil Pelajar. PERSON-IN-CHARGE 1. Mohd Haziq Izzuddin Bin Abd Aziz 2. Nur Aina Maisarah Binti Jabni JADUAL PERGERAKAN PERTANDINGAN HARI MASA AKTIVITI CATATAN 2.00 PM – 3.15 PM Latihan Menentukan pihak lawan 2.00 PM – 4.00 PM Pertandingan Menentukan TOP 6 2.00 PM – 4.00 PM Pertandingan Menentukan TOP 3 Pertandingan Pemilihan pemenang bagi mewakili maktab untuk perlawanan akhir antara MRSM di Sarawak 18 DISEMBER ISNIN 19 DISEMBER SELASA 20 DISEMBER RABU 21 DISEMBER KHAMIS 2.00 PM – 4.00 PM Perlawanan antara TOP 3 MRSM Kuching, MRSM Betong dan MRSM Mukah Perlawanan akhir antara MRSM 22 DISEMBER JUMAAT 2.00 PM – 4.00 PM Pertandingan Kuching, MRSM Betong dan MRSM Mukah Penentuan Juara HADIAH Bil. 1. 2. Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah 3 30.00 90.00 1 40.00 40.00 130.00 Pemenang dari setiap MRSM Pemenang keseluruhan 6.0 PERMOHONAN BAJET Kami memohon peruntukan sebanyak RM130.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh sahaja) seperti yang dinyatakan dalam jadual tertera. 7.0 PENUTUP Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diingini. Semoga aktiviti yang telah dirancang ini mendapat sambutan baik dari semua pihak sama ada guru atau pelajar. Disediakan oleh, Disemak oleh, MOHD HAZIQ IZZUDDIN BIN ABD AZIZ Biro Kebudayaan dan Kesenian Badan Wakil Pelajar 23/24 MRSM Kuching SRI RAHAYU BINTI SUMARDI Penasihat Badan Wakil Pelajar 23/24 MRSM Kuching Disokong oleh, Diluluskan oleh, MOHD FIRDAUS BIN ABD MUNIR Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Kuching MOHD JUNAIDI BIN JULAM Pengetua MRSM Kuching