ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA (MPU3333) TAJUK PENULISAN: CABARAN LIBERALISME TERHADAP UMAT ISLAM DAN KESANNYA DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO MATRIKS NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ALHARAS 62211121471 NUR SYAMIN AQILA BINTI RAFI’EI 62211121409 NUR SOFEA MAHIRAH BINTI JAZIMIN IZZAT 62212121012 SITI NAJWA BINTI ABD RAHMAN 62211121360 JULIA BT NOR AZLAN 62211121475 NUR BATRISYIA BALQIS BINTI ADZMAN 62212121305 DISEDIAKAN UNTUK: MUHAMMAD ILHAM BIN RADUAN TARIKH PENYERAHAN: 20 JUN 2021 1 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Pengenalan 3-4 2. Objektif Kajian 5-7 3. Analisis Perbincangan 8-22 3.1 Apa itu Liberalisme? 3.2 Ciri-ciri Pemikiran Islam Liberal 3.3 Cabaran Liberalisme terhadap Umat Islam 3.4 Kesan Liberalisme terhadap Umat Islam dari aspek Syariah dan Akidah 4. Kesimpulan Kajian 23-24 5. Rujukan 25-27 2 1.0 PENGENALAN Kebebasan dalam berfkir, bertoleransi, berfikiran terbuka, tidak sempit dan tidak harfiah merupakan definisi pemikiran liberal (Mohd. Salleh et al., 2017, 166). Berasalkan perkataan Latin liber membawa maksud bebas iaitu bebas daripada penguasaan orang lain dan berkeadaan bebas. Hal ini kemudian telah menjadi sebuah sikap kelas masyarakat manusia yang berpendidikan di Barat dan kini ideologi liberalisme sudah berleluasa termasuk rakyat Malaysia. Menurut Ludwig von Mises (2005) dalam karyanya yang berjudul The Old Liberalism, liberal turut bermaksud membuka pintu kebebasan berfikir dan melalui kebebasan itu, liberal kini telah mengembangkan nilai-nilai di dalam pemikiran tersebut. Pada era globalisasi yang serba canggih, pemikiran dan ideologi liberalisme ini semakin berkembang pesat dengan teknologi telekomunikasi. Justeru, serangan dari segi pemikiran sebegini boleh menyerap masuk dalam pemikiran seseorang sama ada melalui saluran media, komunikasi, internet dan medium-medium lain yang semakin berkembang serta serangan seumpama ini agak sukar untuk ditolak melainkan mereka yang mempunyai pegangan yang jelas tentang agama Islam dan pengajarannya (Mohd Salleh et al., 2015, 35). Menurut Syaikh Sulaiman al-Khirasyi (2015), liberalisme ialah mazhab pemikiran yang memerhatikan kebebasan individu. Mazhab ini memandang, wajibnya menghormati kemerdekaan individu, serta berkeyakinan bahawa tugas utama seseorang pemerintah ialah menjaga dan melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan pemilikan peribadi, kebebasan individu, dan sejenisnya. Hal ini demikian mendorong generasi kini bebas memberikan pendapat walaupun membincangkan isu-isu perihal keagamaan tanpa merujuk kepada sumber yang sahih. Maksud yang hampir serupa menjelaskan liberalisme adalah pemikiran yang cuba membebaskan Islam dari sebarang ikatan syara’ dengan cara mentafsir, mengolah atau menafikan apa sahaja dalil syara’ agar bersesuaian dengan pemikiran yang berteraskan falsafah Barat (Mohd. Salleh et al., 2017, 166). Isu liberalisme dalam kalangan umat Islam di Malaysia semakin berleluasa sejak kemunculan pelbagai ideologi Barat yang telah memberi kesan kepada sarjana-sarjana Melayu yang menyambung pengajian di Barat dan Eropah dan membawa pulang ke Malaysia cara berfikir dan budaya yang diambil daripada Barat termasuk sistem pendidikan yang merujuk kepada teori teori yang dikembangkan oleh Yahudi di Barat (Norsaleha et al. 2015). Daripada AbiSa’id al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: 3 “Kamu akan mengikuti jalan-jalan golongan yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak (pasir) sekalipun, kamu akan mengikutinya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi?” (Sahih al-Bukhari) Di samping itu, sebuah perbincangan ringkas ini turut bersumberkan teks utama yang boleh diguna pakai dan diaplikasikan untuk kefahaman pembaca secara lebih mendalam mengenai isu liberalisme terhadap umat Islam dengan konteks cabaran dan kesan yang dihadapi. Analisis ini mengambil potongan ayat-ayat al-Quran sebagai bukti yang menyokong kuat perbincangan tentang liberalisme dan impak yang diberikan kepada umat Islam. Justeru, analisis ini adalah penting bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam konteks Malaysia secara lebih terperinci dan kesan yang terpalit akibat ideologi liberalisme yang semakin menulusuri minda generasi kini. 4 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif yang pertama adalah pemikiran masyarakat Islam mengenai liberalisme. Pemikiran masyarakat Islam di Malaysia adalah berbeza dengan pandangan masyarakat Islam yang berada di United Kingdom. Ini kerana kejiranan yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah berbeza dengan kejiranan yang terdiri daripada satu kaum. Menurut Mohd Nasir Masroom (2015), pemikiran masyarakat umat Islam yang sedang melingkar kini boleh menyebabkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah. Kadang kala juga, membuatkan kerosakan yang melampau di atas muka bumi ini. Kita tidak mahu menjadi seperti golongan yang diistilahkan oleh al-Qur’an sebagai yang membuat kerosakan tetapi menyangka mereka membawa keharmonian: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah, 2: 11-12) Pada era globalisasi ini, ancaman pemikiran liberal ini terus dihidupkan dengan semangat untuk menjadikan agama agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman sehingga ke tahap melanggar batas syariah Islam itu sendiri. Sebagai contoh penggunaan aplikasi media sosial. Sesetengah masyarakat yang mempunyai kegemaran untuk memuat naik atau berkongsi mengenai informasi-informasi yang menyebabkan interpretasi yang pelbagai daripada pengguna-pengguna media sosial atau internet yang beragama Islam yang ditafsirkan sendiri dan tidak mempunyai pandangan agamawan atau pihak yang berkuat kuasa (Ismail et al., 2005). Selain itu, batasan bertindak bebas seseorang individu. Falsafah liberalisme yang menganjurkan idea kebebasan individu ini semakin berkembang luas, didapati kebebasan tanpa sekatan ini boleh memudaratkan, malah boleh meruntuhkan ideologi liberalisme itu sendiri. Manakala konsep kebebasan ini merujuk kepada ketiadaan undang-undang atau perjanjian yang menghalang seseorang melakukan sesuatu (Ismail et al., 2005). Pilihan seseorang untuk memilih dan bertindak adalah terhad kerana sekatan monopoli. Walau bagaimanapun, dalam konteks agama, sikap menerima dan mengiktiraf bahawa manusia diberikan kebebasan, perlu ditapis dengan kesedaran bahawa kebebasan itu suatu keadaan, bukan tindakan manusia itu sendiri. Maknanya, manusia tidak boleh bertindak 5 bebas, tetapi diberikan peluang dan ruang untuk bertindak dan memilih secara bebas. Tatkala, sehingga asas ini memberikan kebebasan kepada manusia untuk berbuat, berkata, berkeyakinan, dan berhukum sesukanya tanpa dibatasi oleh syariat Allah. Manusia menjadi tuhan untuk dirinya dan penyembah hawa nafsunya. Manusia terlepas dari hukum, dan tidak diperintahkan mengikuti ajaran Ilahi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: علَ ٰى ش َِري َع ٍة ِ ِّمنَ ْاْل َ ْم ِر فَاتَّ ِب ْع َها َو ََل تَتَّ ِب ْع أ َ ْه َوا َء الَّذِينَ ََل َي ْعلَ ُمون َ ََث ُ َّم َج َع ْلنَاك Maksud: Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jatsiyah; 45:18) Objektif yang ketiga menerangkan mengenai isu yang telah menimbulkan pelbagai percanggahan dan kekeliruan dari unsur istilah dan kefahaman yang sememangnya bercanggah dari konsep dan ajaran Islam yang sebenar. Berdasarkan John Schwarzmantel (1997) dalam The Age of Ideology: Political Ideologies from the American Revolution to Postmodern Times, beliau menyatakan liberalisme sebagai suatu konsep, teras kepada idea tersebut ialah keprihatinan dalam melindungi dan menggalakkan kebebasan dan autonomi individu, dalam konteks penentangan terhadap pihak lain sama ada negara, masyarakat atau individu lain yang mengganggu kebebasan dan autonomi dalam segala aspek ini (London: Macmillan Press, 1998). Justeru, konsep dan pemikiran tanpa bimbingan al-Quran dan hadis dan berasaskan akal semata-mata akan memberi kepincangan dalam pembangunan umat Islam pada zaman yang serba membangun ini. Generasi yang bakal menjadi para pemimpin dan bakal-bakal ahli sarjana dan cendekiawan hendaklah mempersiap sediakan fizikal dan mental bagi menepis ideologi-ideologi yang tidak berteraskan landasan sebenar agama Islam. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Imran: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguhsungguh) beriman.” (Surah al-Imran, 3: 139) 6 Namun yang demikian, analisis perbincangan ini turut membahaskan mengenai tindakan golongan liberal dalam memperbaharui dan menyebarkan dakyah mengenai pemikiran Islam yang moden dan rasional. Menurut pengalaman sejarah Kristian Barat, Revolusi Protestan telah mencetuskan aliran pemikiran modenisme dan liberalisme agama dengan tafsiran keagamaan yang terbuka kerana metodologi revolusi tersebut yang telah menepis autoriti keagamaan yang sedia ada, lantas membuka ruang tafsiran kepada semua pihak. Hal ini demikian, tafsiran-tafsiran alternatif terhadap doktrin-doktrin agama, sama ada dengan bias fundamentalisme atau liberalisme atau lain-lain dikemukakan secara bebas oleh individu dan pihak yang tidak berautoriti (Wan Ramli, 2014, 30). Dengan kehebatan arus pemodenan kini, bukti-bukti pemikiran liberalisme dalam agama Islam semakin berleluasa terutamanya dalam pendebatan di alam maya. Isu-isu keagamaan yang sensasi sentiasa mendapat tempat di mata masyarakat terutamanya umat Islam sebagai contoh isu menyentuh anjing, isu perkahwinan mengikut budaya selain daripada agama Islam, isu kebangkitan golongan G25 dan isu peningkatan jumlah bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadi Sugar Baby. Menurut Rosni Wazir (2020), dalam Hadis Ahad Menurut Perspektif Islam Liberal: Refleksi Terhadap Cabaran Penuntut Pengajian Hadis Di Malaysia, Imam Al-Syafi’i menyatakan: “Aku belum pernah mengetahui bahawa ulama kaum muslimin berselisih pendapat mengenai diterimanya khabar Ahad. Pada pendapatku, tidak boleh bagi seorang yang berilmu untuk menetapkan kesahihan berbagai hadis Ahad tetapi kemudian dia menghalalkan dan mengharamkan hanya apa yang bertepatan dengan akalnya (bukan berdasarkan hadis tersebut).” (Wazir et al., 2020, 93) 3.0 ANALISIS PERBINCANGAN 3.1 Apa Itu Liberalisme Menurut sumber daripada teks Almanhaj (2020), liberalism merupakan suatu istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud kebebasan. Malah menurut Bahasa Perancis, “liberte” ia juga membawa maksud bebas. Menurut Syaikh Sulaiman alKhirasyi (2020), beliau ada menyebutkan bahawa liberalisme merupakan mazhab pemikiran yang memfokuskan kepada kebebasan individu, di mana ia menghormati kemerdekaan individu di samping menyatakan tugas utama pemerintah adalah untuk menjaga dan 7 melindungi kebebasan rakyat termasuk kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan kepemilikan peribadi, kebebasan individu dan sebagainya. Seterusnya, berdasarkan teks daripada SautunNahdah (2018), fokus utama bagi fahaman liberalisme adalah kebebasan individu dalam setiap perkara di mana kekuasaan negara seharusnya dipisahkan daripada campur tangan agama. Disamping itu, melalui liberalism agama ianya mengajar setiap penganutnya (setiap individu) alah pemegang autoriti muktamad bagi menilai serta mentafsir ajaran agama mengikut akal sendiri tanpa merasa terikat dengan mana-mana kaedah sekalipun. Tambahan pula, mengikut peredaran zaman, para penyokong idea liberalisme adalah suatu kelompok yang sangat progresif berbanding pihak yang menentangnya dan mereka dilabel sebagai jumud, ketinggalan zaman dan tidak toleran. Malah, terdapat sebahagian kelompok liberal ini yang menggunakan nama Islam semata-mata untuk membawa pemahaman kepada konsep liberalisme. Justeru, “Islam Liberal” atau kelompok individu yang membawa agenda liberalisme dalam agama Islam juga sering memberi penekanan di mana Al-Quran sewajarnya ditafsirkan semula mengikut konteks kontemporari, serta mereka juga memanipulasikan konsep maqasid Syariah berdasarkan hawa nafsu dan sebagainya. 3.2 Ciri-Ciri Pemikiran Islam Liberal 3.2.1 Bersifat Sekularisme Menurut Hartno Ahmad Jaiz (2002), secara asasnya pemikiran Islam Liberal menjurus kepada pemikiran rasionalisme dan sekularisme sehinggakan ia menafikan kesempurnaan Islam itu sendiri. Malah ia juga telah dipengaruhi pandangan dan menyatakan bahawa agama Islam hanyalah memfokuskan kepada pelaksanaan ibadah semata-mata dan bukannya untuk menguruskan pentadbiran di dunia ini. Justeru, agama Islam ini dipinggirkan daripada sebahagian kehidupan dan ianya hanya melibatkan ibadah secara ritual semata-mata serta agama juga telah dianggap sebagai rantai pengikat yang menyekat kepada kebebasan dalam kehidupan. Berdasarkan Charles Kurzman (1998), ada menyatakan pendapat daripada Nurcholish, salah seorang tokoh Islam Liberal yang mendakwa Islam adalah al-Din iaitu bukan sekadar agama semata-mata kerana jika dilihat dari beberapa sudut terutamanya dari segi Bahasa, perkataan al-Din (agama) itu sendiri dipakai oleh agama-agama lain termasuklah agama syirik yang dalam kalangan orang-orang Quraisy di Makkah. Maka, Islam hanyalah agama semata-mata dan tidak ada hubungan terus yang melibatkan pengurusan negara. 8 3.2.2 Penolakan Terhadap Syariah Menurut sumber daripada Agama Islam Selangor (2011), idea penolakan ini lahir dalam pemikiran kalangan Islam Liberal apabila mereka mula dengan beraninya menimbulkan persoalan “Kalau Allah itu Maha Adil atau kalau Islam itu adil, kenapa masih ada undangundang atau polisi yang dibentuk atas nama Islam akan tetapi ianya menimbulkan ketidakadilan itu sendiri”. Dalam mencari solusi itu sendiri, diatas nama pembelaan agama Islam, tetapi mereka sendiri juga yang telah mencemarkan kesucian Islam itu. Penolakan Syariah itu sendiri secara total dapat dilihat apabila mereka menutup minda dan amalan sunnah mula dipersoalkan. Mereka berpendapat bahawa ianya tampak releven bagi masyarakat arab pada zaman Baginda akan tetapi tidak lagi relevan pada zaman modern ini. Tertutupnya minda mereka apabila mereka memandang orang yang menyimpan janggut, berserban, jubah dan sebagainya adalah orang ketinggalan zaman. Abdullah (2007), tika minda seseorang itu tertutup, semestinya pintu-pintu kejayaan juga ditutup selama-lamanya. 3.2.3 Penolakan Terhadap Autoriti Keagamaan Abdullah (2007), turut menghuraikan bahawa ahli pemikiran liberal ini, mengasingkan konteks wahyu kepada dua konsep iaitu wahyu bertulis yang merupakan al-Quran di mana ia hanya mengandungi teks semata-mata dan wahyu tidak bertulis itu lebih mempengaruhi di mana ia melibatkan akal manusia yang secara terangnya menghidupkan teks al-Quran itu kepada suatu tujuan, konteks serta mengikut peredaran zaman itu sendiri. Rumusannya, alQuran itu hanya mempunyai sifat yang bertujuan untuk menerangkan agama dan akal manusialah yang menyempurnakannya sejajar dengan konteks zaman. Malah mereka tidak menghormati ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, fiqh, hadis dan sebagainya dan hanya melemparkan pendapat bahawa para mujtahid ini mempunyai banyak kepincangannya serta mereka sememangnya menggunakan tafsiran meraka sendiri di atas nama “membuka dan membebaskan” Islam. 3.2.4 Kebebasan Mentafsir Teks Al-Quran Sejajar dengan peredaran zaman kini, para liberalism ini menggelarkan diri mereka sebagai mujtahid alaf baru maka sewajarnya mereka bertindak dengan mentafsirkan teks alQuran mengikut pemahaman liberal mereka tersendiri. Sebagai contoh, firman Allah SWT: 9 Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Maidah, 5:38) Berdasarkan firman ini, mereka menyatakan bahawa makna sebenar yang diperintahkan dalam al-Quran adalah dengan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pencuri di mana bentuk hukuman harus berubah-ubah selaras dengan peradaban manusia kini (Abdullah, 2007). Menurut Abdullah (2007) lagi, seperti yang kita tahu, pada zaman Baginda SAW, bentuk hukuman yang dijatuhkan kepada pencuri adalah dengan memotong tangan mereka akan tetapi pada zaman kini, bentuk hukuman yang sewajarnya adalah dengan menjatuhkan hukuman penjara sesuai dengan zaman moden kini. 3.3 CABARAN LIBERALISME TERHADAP UMAT ISLAM ٰ ْ اَلس ََْل ِم ِد ْي ًنا فَلَ ْن ُّي ْق َب َل ِم ْنهُ َوه َُو فِى َ َو َم ْن َّي ْبت َِغ َاَل ِخ َرةِ ِمنَ ْال ٰخ ِس ِريْن ِ ْ غي َْر Maksudnya: “Dan barangsiapa mencari agama lain selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 03:85) َ س ْو َل َواُو ِلى ْاَلَ ْم ِر ِم ْن ُك ْم فَا ِْن تَنَازَ ْعت ُ ْم فِ ْي ُ الر َّ ّٰللا َوا َ ِط ْيعُوا ُش ْيءٍ فَ ُرد ُّْوه َ ٰ ٰٓيا َ ُّي َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْٰٓوا ا َ ِط ْيعُوا ه ٰ ْ اّٰلل َو ْال َي ْو ِم ِ س ْو ِل ا ِْن ُك ْنت ُ ْم تُؤْ ِمنُ ْونَ ِب ه ِ اِلَى ه ࣖ س ُن تَأ ْ ِوي ًَْل ُ الر َّ ّٰللا َو َ ْاَل ِخ ِۗ ِر ٰذلِكَ َخي ٌْر َّواَح Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amr (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (kitab) Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan juga hari akhirat.” (Surah An-Nisa’ 04:59) Menurut Ahmad dan Zakaria (2019), bagi menggantikan gelaran Islam Protestan, Asa Ali Ashgar (1959) telah mengeluarkan istilah Islam Liberal pertama kali di dalam artikelnya “The Reinterpretation of Islam”. Gerakan ini kini semakin berleluasa di kalangan umat Islam dan mampu untuk memesongkan segelintir daripada mereka. Selain itu, gerakan liberalisme 10 berjaya menimbulkan pelbagai spekulasi dan kekeliruan dari segi istilah dan fahamannya yang sememangnya bercanggah dari konsep dan ajaran Islam yang sebenar. Apabila timbul isu sedemikian rupa, sudah tentu akan wujud penentangan terhadapnya. Salah satu cabaran yang boleh dilihat dalam tentangan terhadap gerakan ini ialah terdapat unsur-unsur penyelewengan dari segi akidah dan syariah di dalam ajaran-ajaran gerakan liberalisme itu sendiri. Di dalam Surah An-Nisa ayat 59, Allah SWT telah memerintahkan hambaNya untuk taat kepadaNya, beriman terhadap segala yang terkandung di dalam Al-Quran, beriman kepada segala yang diajar oleh Rasulullah SAW serta merujuk kepada ulama-ulama Islam. Menurut Burhanuddin Jalal (2017) menyatakan bahawa fahaman liberalisme ini mementingkan kewajipan menghormati kebebasan individu, serta mempercayai bahawa tugas utama pemimpin ialah menjaga, melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan mengutarakan pendapat, kebebasan hak peribadi dan juga kebebasan individu. Mohd Hambali Rashid et al. (2017) telah menyenaraikan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam liberalisme dan dari segi akidah, ajaran-ajarannya ialah berpegang kepada konsep pluralisme, akal manusia adalah wahyu, meragui ketulinan Al-Quran. Manakala dari segi syariah pula mempersoalkan metodologi pentafsiran Al-Qur’an dan AlHadith, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian, sikap terhadap ilmu-ilmu Islam, dan sikap terhadap Hukum Fiqh. Jika diteliti dengan kritikal senarai tersebut, terbukti lah bahawa segala isi kandungan ajaran liberalisme merupakan fahaman atau falsafah yang salah dan bercanggah dari ajaran Islam yang berlandaskan AlQuran dan hadis. Oleh yang demikian, masyarakat perlulah yakin bahawa Islam adalah agama yang suci dan benar seperti yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran di atas, sesiapa yang menolak ajaran Islam dan menganut agama lain selain Islam akan tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat kelak. Selain itu, antara cabaran lain yang dihadapi untuk membanteras gerakan liberalisme yang telah memberi ancaman besar terhadap masyarakat ialah golongan liberal ini bertindak agresif dalam usaha membuat pembaharuan dan mempromosikan Islam secara moden dan rasional. Hal ini dipersetujui oleh Muhamad Faiz Ismail et al. (2012) yang menyatakan bahawa gerakan ini bekerja keras mempersembahkan Islam secara rasional dan up to date. Tambahan lagi, Ahmad dan Zakaria (2019) juga ada menyebut di dalam artikelnya bahawa pemikiran liberal adalah pemikiran yang berasaskan logik atau pemikiran yang bercanggah dengan pemikiran tradisional atau berlainan sama sekali dengan pemikiran fundamentalis. Golongan ini terus menjadikan akal sebagai sumber hukum dan asas kepada fahaman liberal dan juga bersepakat mengutamakan logik akal daripada menggunakan al-Quran dan al-Hadis dalam hujah (Burhanuddin Jalal, 2017). Perkara yang ingin disampaikan oleh golongan liberal ini adalah untuk menyamaratakan ajaran Islam dengan kehendak Barat dengan merungkai 11 semula asas-asas agama Islam yang dilihat seperti bersifat tradisional dan perlu diselaraskan dengan agama lain agar masyarakat Islam tidak ketinggalan zaman. Mereka mempercayai bahawa pemikiran rasional dalam menerangkan teks-teks keislaman mampu menjadikan Islam terus relevan dan boleh kekal teguh pada setiap era dan keadaan (Wan et al., 2015). Seperti yang telah dibahaskan terlebih awal dalam penulisan ini, hujah-hujah yang sering dikemukakan oleh golongan fahaman songsang ini adalah berkaitan dengan isu-isu yang menentang syariat Islam seperti kesetaraan gender, pluralisme agama, kebebasan berfikir dan beragama serta lain-lain lagi. Menurut Burhanuddin Jalal (2017), ada dalam kalangan kumpulan liberal secara terus terang mengungkapkan niat mereka menghancurkan Islam kerana terpengaruh pemikiran liberalisme dan juga sekular. Oleh yang demikian, hal ini boleh mempengaruhi pegangan dan menggugat keimanan masyarakat yang kurang berilmu pengetahuan tentang agama Islam dan menganggap fahaman-fahaman yang dikemukakan ini sebagai sesuatu yang boleh diterima akal dan berasas. Selain itu, konsep Islam modernisme yang cuba diketengahkan oleh golongan liberal ini juga menyumbang kepada kecelaruan pemahaman dan pegangan masyarakat yang mempercayai bahawa dengan adanya gerakan liberalisme ini, mampu meletakkan ajaran Islam sejajar dengan budaya dan pemikiran Barat yang memperlihatkan kemajuan dan kebebasan dan mereka tidak akan dianggap seperti katak dibawah tempurung. Segala tafsiran mengenai agama yang dianggap lama dan kolot termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasullah dan sahabat serta ulama mujtahid ditentang oleh mereka (Mohammad, n.d). Dalam meniti kehidupan pada marcapada, tidak dinafikan lagi bahawa teknologi maklumat dan komunikasi juga merupakan cabaran lain dalam memerangi gerakan liberalisme yang telah menyumbang kepada kerosakan akidah umat Islam. Engku Ahmad (2014) juga mempersetujui perkara ini dalam artikelnya yang menyatakan bahawa fahaman liberal berdasarkan perkembangan dan pertembungan budaya melalui pendidikan, proses sosial dan teknologi maklumat, semakin mengambil tempat dalam masyarakat. Pada masa kini, segala perkara dapat dikongsi dan disebarkan melalui media massa dengan mudah dan pantas ke seluruh pelosok dunia termasuk ideologi dan fahaman pegangan golongan liberal ini. Hal ini kerana kemajuan teknologi dan perkembangan media massa ini merupakan sumber maklumat yang utama dan meluas. Terdapat pelbagai laman-laman sesawang yang mengandungi maklumat berkenaan ideologi dan fahaman songsang liberalisme ini seperti lesbian, gay, bisexual yang tersebar dengan luas dikalangan masyarakat Islam lebih lebih lagi dalam kelompok remaja. Ernie, Kamarudin dan Nur Farhana (n.d) menyatakan bahawa ajaran pluralisme yang dituntut dalam gerakan liberalisme ini ada disebarkan melalui pelbagai medium seperti laman sesawang internet melalui laman web http://islamlib.com dan email 12 Islib@yahoo.com, dan penyebaran melalui filem yang boleh dilihat dalam dua buah filem arahan Yasmin Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Bukan sahaja di laman sesawang, perkara ini juga telah tersebar dengan jayanya di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang telah menjadi sesuatu yang wajib dimiliki oleh remaja kini. Hal ini dipersetujui di dalam kajian oleh Mohd Hambali et al. (2017), mereka menyuarakan pendapat bahawa media sosial mempunyai pengaruh terhadap masyarakat dalam perkembangan fahaman liberalisme dan dianggap sebagai pendidikan tidak formal kerana sesiapa sahaja boleh menerima maklumat dengan cara yang senang. Hal ini amat membimbangkan kerana penyebaran maklumat ini secara meluas dan berlebihan boleh mempengaruhi keimanan dan kefahaman sesiapa yang menonton atau melayari laman sesawang tersebut. Oleh itu, ini membuktikan bahawa perkembangan pesat teknologi maklumat dan media sosial ini merupakan pengaruh besar yang buruk kepada seluruh umat Islam dalam menyebarkan semua ideologi dan fahaman tentang gerakan liberalisme ini yang akhirnya boleh mengeruhkan penghayatan dan pegangan agama Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah meruntuhkan akidah dan iman mereka serta menjatuhkan imej agama Islam yang suci. Rajah 1: Poster Filem Gubra Rajah 2: Poster Filem Sepet 13 Rajah 3: Laman sesawang: http://islamlib.com 3.4 Kesan Liberalisme Terhadap Umat Islam Dari Aspek Syariah dan Akidah Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai kepercayaan dan pemikiran yang wujud seperti liberalisme, sekularisme, dan pluralisme. Perbezaan kepercayaan dan permikiran ini membuatkan banyak golongan yang terkesan dari segi individu, masyarakat, dan negara. Namun, Islam sendiri mengajar umat Islam untuk menghormati perbezaan kepercayaan selagi ia tidak meruntuhkan akidah umat Islam atau melanggar perkara-perkara yang dilarang hukum Islam (Jasni, 2016). Tidak dinafikan juga pemikiran ini ada kalanya dapat menyatukan sesebuah kumpulan masyarakat kerana mereka merasakan kebebasan permikiran dan pemilihan adalah di atas hak diri sendiri. Perbincangan ini memberi fokus kepada kesan liberalisme terhadap umat Islam di Malaysia kerana negara ini juga tidak terlepas dari pengaruh Barat. Pengaruh fahaman liberal lebih berbahaya dari musuh Islam yang nyata, kerana mereka datang dari kalangan umat Islam. Golongan Islam liberal ini tidak menolak agama, namun berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula Al-Quran, menilai semula syariat, dan hukum-hukum fiqh Islam (Ismail et. al., 2015). Perkembangan semasa liberalisme di Malaysia menunjukkan bahawa pemikiran liberal terus disebarkan secara meluas dalam kalangan umat Islam walaupun fatwa pengharamannya telah dikeluarkan. Ini disebabkan pengaruh media sosial di mana siapa sahaja dengan cara yang mudah dapat menerima maklumat sebagai pendidikan tidak formal. Generasi muda terutamanya secara bebas boleh melayari maklumat di internet yang disampaikan oleh 14 golongan liberal yang mungkin kerana kurang kemantapan akidah menyebabkan mereka menerima idea-idea baru. Allah SWT berfirman dalam kitab Al-quran menjelaskan Al-quran tidak memerlukan keterangan tambahan lagi kerana penjelasannya tentang Islam sebagai agama sudah sempurna: Bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”. (Surah Al-Maaidah, 5:3) Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Nahl ayat (89): 15 Bermaksud: “Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” Dan Allah SWT berfirman dalam Surah A-li'Imraan ayat 85: Bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” 3.4.1 Kesan Liberalisme Terhadap Individu dan Masyarakat Antara kesan liberalisme dari aspek syariah kepada individu dan masyarakat ialah memesongkan umat Islam dari landasan yang betul. Pada zaman moden ini, terdapat beberapa hak-hak individu yang disokong ramai oleh umat Islam di Malaysia terutamanya hak-hak asasi LGBT. Terdapat pelbagai organisasi yang kuat memperjuangkan dan menyokong kebebasan memilih gender seseorang individu. Berdasarkan Jabatan Agama Islam Selangor (2011) yang dipetik oleh Ismail dan Nasir (2016), Islam liberal mengiktirafkan hak-hak golongan lesbian dan gay ini serta menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, dan individu yang mengamalkan interseksual. 16 Agenda yang ingin dibawa adalah untuk memberikan hak-hak yang sama rata kepada semua golongan manusia tidak mengira bangsa, agama, fahaman, budaya, dan, gaya hidup seseorang. Merujuk kepada Zainatul (2018), sebuah organisasi dari Malaysia yang memperjuangkan kesamaan gender dan menyuruh agar undang-undang syariah dimansuhkan di Malaysia. Ianya digerakkan oleh Sally Wang Sawijaya mewakili Joint Action Group (JAG). Selain itu, Nisha Ayub juga telah menggesa supaya golongan LGBT ini diiktirafkan di dalam Malaysia. Nisya Ayub ialah seorang aktivis yang memperjuangkan hak transgender. Pada tahun 2015, beliau telah menerima anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat kerana membawa nama International Women of Courage Award. Beliau dikenali sebagai transgender pertama yang menerima pingat ini secara terbuka (Zainatul, 2018). Ini telah membuktikan bahawa golongan liberal ini telah membuka pintu kepada aktiviti homoseksual yang memang bercanggah dengan hukum syariah Islam dan memberi kesan negatif kepada seseorang individu dan masyarakat. Firman Allah SWT dalam surah At-Tin (95) ayat 4 yang menjelaskan betapa besar perhatian Allah SWT kepada manusia: Bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Selain itu, kesan liberalisme kepada individu dan masyarakat dari aspek akidah ialah mendatangkan kesesatan dan kekeliruan dari sudut faham dan permikiran umat Islam. Berdasarkan John Stuart Mill pada tahun 1859, dalam bukunya yang berjudul On Liberty, menegaskan bahawa dalam perkara yang berkaitan dengan diri sendiri bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan dan kawalan moral adalah dibenarkan jika tidak melibatkan orang ketiga atau orang sekeliling. Seterusnya, beliau juga menyebut tiada autoroti atau sesiapa pun yang berhak untuk menghalang seseorang individu untuk melakukan apa sahaja yang ia mahukan asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain. Oleh itu, tiada hukuman yang patut dikenakan ke atau seseorang individu yang melakukan perkara yang hanya melibatkan diri mereka sendiri (Hambali et al., 2015) Di dunia Islam, pengaruh permikiran liberal semakin meluas dan semakin tidak dijadikan suatu topik yang penting bagi umat Islam kerana masyarakat mula berfikir bahawa aktiviti seperti zina, minum arak, judi, menonton pornografi adalah dosa peribadi yang tidak melibatkan orang lain dan hanyalah diri sendiri (Hambali et 17 al., 2015). Justeru itu, perkara ini menyebabkan tercetusnya kekeliruan dalam pemikiran manusia terutama generasi muda yang baru melihat dunia. Berdasarkan Ismail et al., (2015), Islam dikenalkan dengan konsep bertanggungjawab dalam segala apa yang dilakukan secara individual dan akan berhadapan di akhirat kelak juga secara individu. Ini bermakna segala dosa perbuatan seseorang akan menjadi tanggungan sendiri. Namun, ini tidak bermaksud segala perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu tidak akan memberi kesan kepada orang sekeliling, tidak mengira jika perbuataannya baik atau buruk kerana kedua-duannya membawa kesan. Disebabkan itu, merujuk kepada Norsaleha et al., 2018), dalam Islam setiap perbuatan diambil kira sebagai contoh, jika kelakuan tersebut adalah baik dan ianya menjadi tiitk permulaan kepada orang lain untuk membuat sedekimian, individu tersebut akan terkesan dengan kesan-kesan positif. Tetapi jika seseorang melakukan perkara yang buruk dan ianya menjadi penyebab kepada orang sekelilingnya untuk berbuat demikian juga, individu tersebut akan memberi kesan-kesan negatif. Justeru, setiap perbuatan yang ingin dilakukan jika tidak pasti, kita perlu merujuk kembali kepada Al-quran atau ulama-ulama serta muhasabah diri dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya akidah seseorang individu itu terjaga. Firman Allah SWT dalam Surah Fathir ayat (31): Bermaksud: “Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.” Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat (36) : 18 Bermaksud: “Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” 3.4.2 Kesan Liberalisme Kepada Negara Seterusnya, kesan liberalisme kepada negara dari aspek syariah adalah melenyapkan pemikiran Islam di kalangan umat Islam. Menurut Muhammad Nur Manuty (2006), golongan liberalisme mempunyai pendapat bahawa kemajuan dan kemakmuran sebuah negara terletak keatas perkembangan keperibadian seseorang manusia yang bebas. Ini bermakna, dengan adanya kebebasan ke atas seseorang manusia yang berhak melakukan apa sahaja walaupun ianya melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh agama Islam dan mengabaikan struktur pentadbiran sesebuah negara. Selain itu, golongan liberalisme juga berpendapat bahawa sesebuah negara perlu mempunyai nilai-nilai keadilan supaya masyarakat mendapat kebebasan memilih undang-undang mana yang mahu diterima dan ditolak (Earnie Elmie, Kamarudin Salleh, & Nur Farhana, 2018). Di samping itu, buktinya boleh dilihat apabila JAWI menahan beberapa gadis Melayu yang telah menari bogel di pusat hiburan di Kuala Lumpur. Tetapi, rakyat Malaysia merasakan tindakan JAWI itu terlalu kasar dan bertentangan dengan kebebasan individu seperti yang diperuntukkan. Tambahan pula, terdapat menterimenteri yang beragama Islam membantah tindakan JAWI tersebut (Ismail et. al., 2015). Merujuk kepada Mazlan et al., (2013), golongan liberal muslim tidak lagi mahu mendukung atau mengikuti prinsip “amar ma’ruf nahi munkar”. Alasan mereka kerana Malaysia ialah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Dengan adanya menteri-menteri yang beragama Islam menyokong liberal dalam Islam dan tidak lagi berminat untuk menerangkan konsep syariah Islam secara objektif dan komprehensif telah membuatkan menteri-menteri yang bukan agama Islam menyuarakan pendapat mereka untuk menentang syariah Islam (Ismail et. al., 2015). Bukan itu sahaja, ini juga peluang bagi golongan liberal Islam menghasut dan mengusutkan pemikiran umat Islam. Daripada Abu Maryam al-Azdi, Dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberikan kuasa oleh Allah untuk menguruskan urusan kaum muslimin, lalu dia membina persempadanan (menutup ruang komunikasi atau menyusahkan) dari keperluan mereka, perdampingan 19 dengan mereka dan kebersamaan dengan orang-orang miskin, maka Allah akan menghalang keperluannya, perdampingannya dengan Allah dan kefakiran (keperluannya kepadaAllah). Mendengarkan hadis ini, Saidina Muawiyyah melantik seorang lelaki bagi menjaga segala keperluan rakyatnya. (Sunan Abu Daud, no: 2948 - dinilai Sahih oleh al-Albani) Di samping itu, kesan liberalisme kepada negara dari aspek akidah adalah pertentangan antara kepercayaan agama dengan rasionalisasi akal kerana pemimpin yang mempunyai permikiran liberalisme. Tidak dapat dinafikan peranan ahli politik yang mempunyai pemikiran liberal banyak membantu gerakan Islam liberal di Malaysia. Merujuk kepada Kamaruddin, K. (2017), gerakan liberal di Malaysia tidak berlaku secara besarbesaran seperti di negara Indonesia kerana Malaysia tidak mempunyai pertubuhan khusus yang menggunakan perkataan Islam liberal secara terbuka namun terdapat pertubuhanpertubuhan yang bertopengkan Islam yang menyebarkan pemikiran liberalisme kepada umat Islam. Pada zaman yang moden ini, kecanggihan komunikasi dan media massa telah memudahkan dan mempercepatkan penyebaran pemikiran liberalisme ini berlaku sehinggakan terdapat bantuan dana dari antarabangsa kepada organisasi di Malaysia yang menggerakkan liberalisme ini (Muhammad Nur Manuty, 2006). Namun begitu, pergerakan pemikiran liberalisme tidak terlalu laju dan mendapat kurang sambutan kerana adanya sokongan dan bimbingan dari tokoh-tokoh sarjana Pengajian Islam di Malaysia (Wan Ismail et al., 2015). Tetapi, bukan ini bermakna kita boleh memandang remeh kepada perkara ini kerana jika kerajaan tidak melakukan apa-apa inisiatif untuk mengurangi pergerakan ini, negara Malaysia mungkin akan hilang identitinya sebagai negara Islam. Berdasarkan Ismail et al. (2015), umat Islam di Malaysia pernah dikejutkan dengan hebahan kedatangan Irshad Manji bagi melancarkan buku terbarunya yang berjudul Allah, Liberty & Love. Buku ini dilancarkan bertujuan memberi sokongan kepada pejuang-pejuang hak lesbian, gay, biseksual, dan transeksual yang dikenali sebagai ‘LGBT’. Merujuk kepada Ismail et al., (2015), isu ini dilihat sebagai bukti bahawa Malaysia mempunyai penyokong kepada budaya songsang sehinggakan Irshad Manji bersedia untuk menampilkan dirinya di Malaysia bagi menunjukkan sokongan penuh secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Walaupun pihak berkuasa telah menjalankan tugas mereka bagi memberhentikan program tersebut dari dilaksanakan, namun pengaruh liberalisme ini sudah pun berjaya memasuki dan membentuk permikiran penduduk di Malaysia (Mazlan et al., 2013) Jelaslah bahawa, permikiran liberal ini telah meresap masuk ke dalam negara Malaysia secara langsung dan tidak langsung sehingga boleh mendatangkan kekeliruan dan ketidak harmonian kepada negara Malaysia. 20 Firman Allah SWT dalam Surah al-Syu’ara ayat (165-166) yang menjelaskan menempelak umat Nabi Luth A.S yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki: Bermaksud: “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, (165) Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas! (166)” 21 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian merumuskan bahawa para belia sangat prihatin dan mengambil berat terhadap Islam. Walaubagaimanapun, umat Islam akan sentiasa melalui pelbagai onak duri seperti mana kita boleh pelajari melalui sejarah Islam. Pelbagai rintangan dan cabaran yang akan cuba untuk menggugat umat Islam agar boleh menyesatkan akidah dan keimanan umat Islam. Seperti yang diperkatakan di dalam Surah Al-Baqarah. ِ َّ ص ٰـ َر ٰى َحتِّ ٰى تَتَّ ِب َع ِملَّتَ ُهم ِۗ قُل ِإ َّن ُه َدى دى ِۗ َولَ ِئ ِن اتَّ َبعتَ أَهوا َءهُم َبع َد الَّذي َولَن ت ٰ ّٰللا ه َُو ال ُه َ َرضى ٰ َ َّعنكَ ال َيهو ُد َو ََل ٱلن ِ َّ ٍَجا َءكَ ِمنَ ال ِع ِلم ۙ ما لَكَ ِمن ي ٍ َوَل نَصير ِّ ّٰللا ِمن َو ِل (Surah Al Baqarah 02:120) “Orang- orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan setuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadanya (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Darwasa ini, pengikutan agama dilihat sebagai suatu halangan daripada sesiapa sahaja untuk maju dan menjadi masyarakat yang berinovasi. Pemikiran sebegini menganggap bahawa pengikutan kepada sesebuah keagamaan adalah pemikiran kolot dan kekunoan. Golongan liberalis menolak segala restriksi dan supresi terhadap manusia kerana ia dianggap sebagai suatu hambatan kepada hak mutlak asasi manusia. Pandangan daripada Al-Bakri (2020) Faham kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan pula nampaknya hanya mencedok daripada teori-teori Barat. Sementara Islam mengiktiraf hikmah dan mengambil manfaat produk yang baik daripada mana-mana tamadun, Islam juga mengajar agar kita menyaring terlebih dahulu pemikiran-pemikiran Barat dan memastikan ia benar-benar selari dengan pandangan alam (worldview) Islam. (Al-Bakri, 2020) Daripada ini kita dapat mengaitkan dengan bidang media dan komunikasi di mana kerana Umat Islam sentiasa dibelenggu dengan ajaran dan pemikiran Barat, masyarakat Islam seratanya haruslah berhati-hati apabila menelusuri segala pertimbangan dan turutan yang sedia ada pada zaman modernisasi ini. 22 Para belia generasi kini haruslah bersiap sedia dengan pengetahuan serta apresiasi terhadap segala teladan berkaitan dengan ajaran Islam agar tidak mudah hanyut dengan segala gerakan yang menyesatkan dan menjauhkan daripada Allah SWT. Peredaran zaman akan menjadi lebih mencabar bagi generasi yang akan datang. Sejajar dengan itu, para belia Islam haruslah mengikuti perkembangan terkini dan juga memeriksa bahawa pengajaran yang dibawa oleh perkembangan isu-isu semasa adalah selaras dengan tuntutan Islam daripada al-Quran serta al-Sunnah. 23 RUJUKAN Ahmad Munawar Ismail, Z. S. (2019). Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia. ISLAMIYYAT 41(2), 12. https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/36936/10160 (7 Jun 2021) Al-Bakri, Z. (2020, September 14). AL-BAYAN SIRI 12: DARI LIBERALISME KE ISLAM LIBERAL: SATU SOROTAN. https://zulkiflialbakri.com/al-bayan-siri-12dari-liberalisme-ke-islam-liberal-satu-sorotan/ (9 Jun 2021) Al-Bukhari, 1987, Sahih al-Bukhari, KItab al-Anbiya’, Bab MaZukira ‘An Bani Isra’il, hadith no. 3269, j.3, hlm. 1272. Dlm. Mohd Aizam Mas’od. 2012. Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Penyelidikan Islam, Bil. 25. http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20M ABIMS%2043%202018%20-%20Malaysia.pdf (9 Jun 2021) Baharuddin, A. (2018). ISLAM LIBERALISASI: ISU, ANCAMAN, CABARAN DAN USAHA MEMBENDUNGNYA – PENGALAMAN MALAYSIA. 28 http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20M ABIMS%2043%202018%20-%20Malaysia.pdf (7 Jun 2021) Dr. Haji Muhammad Nur Manuty, (2006). Fenomena permikiran islam liberal dan implikasinya kepada kedudukan islam dan penganutnya di Malaysia: Beberapa refleksi. Diambil dari http://www.darulkautsar.net/wp-content/uploads/wp-postto-pdf-enhanced-cache/1/fenomena-pemikiran-islam-liberal-dan-implikasinyakepada-kedudukan-islam-dan-penganutnya-di-malaysia-beberapa-refleksi.pdf (15 Jun 2021) Earnie Elmie Hilmi, Kamarudin Salleh, & Nur Farhana Abdul Rahman, (2018). Perkembangan awal pluralisme agama di Malaysia. Diambil dari http://www.ukm.my/isoit/wp-content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf (15 Jun 2021) Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2014). Fahaman liberalisme perlu dipantau. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/12/21581/fahamanliberalisme-perlu-dipantau (14 Jun 2021) Ismail, H. A. (2005). CABARAN AKIDAH : PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL. 46. https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/36534492/ISI_DALAM_LIBERAL.pdf (7 Jun 2021) Islam Dan Liberalisme: Almanhaj. Media Islam Salafiyyah, Ahlussunnah wal Jama'ah. (2020, September 29). https://almanhaj.or.id/3129-islam-dan-liberalisme.html. (7 Jun 2021) 24 Jasni Bin Sulong, (2016). Pemeliharan Akidah Islam: Analisis daripada sudut penguasaan undang-undang dan fatwa di Pulau Pinang. Afkar Vol. 18 Special Issue (2016): 1-34 (15 Jun 2021) Kamaruddin, K. (2017). ISLAM LIBERAL DI INDONESIA: TINJAUAN SOSIOLOGI. Jurnal Ilmu Agama: Mengkaji Doktrin, Pemikiran, Dan Fenomena Agama, 18(1), 105–117. (15 Jun 2021) Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul Kadir, & Fadlan Mohd Othman, (2013). Pengajian islam di IPT Malaysia dalam menangani islam liberal. Diambil dari https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/12597/4067 (15 Jun 2021) Mohd Hambali Rashid, Siti Suhaila Ihwani, Nik Mohd Zaim AbRahim, Zaharah Mustaffa, Aminuddin Hehsan, & Zulkifli Tukiman, (2017). Pengaruh liberalisme terhadap masyarakat islam di Lembah Klang: Tinjauan awal pengaruh dan faktor penularan. Diambil dari https://www.academia.edu/35171433/PENGARUH_LIBERALISME_TERHAD AP_MASYARAKAT_ISLAM_DI_LEMBAH_KLANG_TINJAUAN_AWAL_PEN GARUH_DAN_FAKTOR_PENULARAN (15 Jun 2021) Mohd Nasir Masroom, & Wan Ismail Wan Dagang. (2015). CABARAN ISLAM LIBERAL KEPADA UMAT ISLAM. Diambil dari Academia.edu. https://www.academia.edu/download/32573910/Cabaran_Islam_Liberal_Kep ada_Umat_Islam.pdf (15 Jun 2021) Muhamad Faiz Ismail, Ab. Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Pengaruh Elemen Islam Liberal Terhadap Aqidah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Tinjauan Awal in International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012 at Elaf Kinda Hotel Mecca, Saudi Arabia, on 1st-2nd June 2012, p. 289-300, ISBN: 978- 967-10160-3-9. http://eprints.utm.my/id/eprint/53947/1/MuhamadFaizIsmail2012_Pengaruhele menIslamliberalterhadapaqidah.pdf (9 Jun 2021) Norsaleha Mohd. Salleh, Ahmad Munawar Ismail, Noor Hafizah Mohd. Haridi & Zainora Daud. 2015. Pemikiran Tidak Beragama dalam Kalangan Belia Islam di Malaysia: Satu Kajian Rintis. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 11(1): 34-46. (15 Jun 2021) Norsaleha Mohd Salleh, Mohd Shairawi Mohd Noor, Phayilah Yama, 1Abu Zaki Ismail, Hamidun Mohamad Husin, & Ahmad Munawar Ismail, (2018). Liberalisme dalam kerangka permikiran barat: Satu kajian literatur sistematik. Diambil dari http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2018/09/277-292-DRNORSALEHA-.pdf (15 Jun 2021) 25 Nur Zainatul Nadra Zainol, (2018). Ancaman aliran permikiran liberal terhadap akidah dan ahli sunnah wal jamaah. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/328214051_ANCAMAN_ALIRAN_P EMIKIRAN_LIBERAL_TERHADAP_AKIDAH_AHLI_SUNNAH_WAL_JAMAA H (15 Jun 2021) Prof Madya Leftenan Kolonel Dr Burhanuddin Jalal. (2017). Menyanggah fahaman liberalisme. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggahfahaman-liberalisme (14 Jun 2021) Sains Full paper Humanika core.ac.uk. https://core.ac.uk/download/pdf/78379176.pdf. (10 Jun 2021) (2015). Wan Ismail W Dagang, Mohd Nasir Masroom, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Ismail Mustari, (2015). Ancaman Pemikiran Aliran Islam Liberal Kepada Umat Islam di Nusantara: Satu Sorotan Kajian. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/315794934_Cabaran_Islam_Liberal _Kepada_Umat_Islam (15 Jun 2021) Wan Ramli, W. A. (2014, Disember 31). Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Jurnal Usuluddin, 40(JulaiDisember 2014), 27-49. https://ajap.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7482/5109 Wazir, Rosni & Abur, Hamdi & Amran, Najah & Ismail, Khairunnisa & Nasiruddin, Mohd. (2020). Hadis Ahad Menurut Perspektif Islam Liberal: Refleksi Terhadap Cabaran Penuntut Pengajian Hadis Di Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/340500278_Hadis_Ahad_Menurut_ Perspektif_Islam_Liberal_Refleksi_Terhadap_Cabaran_Penuntut_Pengajian_ Hadis_Di_Malaysia (12 Jun 2021) 26