SEKOLAH _______________ 28100 CHENOR, PAHANG DARUL MAKMUR MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1/2021 Tarikh : 08.03.2021 Hari : Isnin Masa : 1.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : 1. BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan 2021 ini. 1.3 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru selepas pembukaan sekolah. Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama dan dapat bersama-sama memantapkan PdPC secara bersemuka ini. Tindakan: makluman semua guru. 2. JAWATANKUASA KURIKULUM. 2.1 Pengerusi berharap guru-guru mengambil maklum dengan jawatan-jawatan yang telah diagih dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tindakan: Makluman semua guru 3. DSKP, DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0 DAN TRANSISI TAHUN 1 3.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat menjalankan PdPC mengikut DSKP yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.2 Pengerusi menggalakkan semua guru untuk mencetak DSKP dan DPK 2.0 sebagai rujukan bagi kelancaran PdPC. 3.3 Program Transisi Tahun 1 telah tamat. Tahniah diucapkan kepada guru-guru mata pelajaran tahun 1 yang Berjaya menjalankan program tersebut melalui PdPR. Tindakan: Makluman semua guru 4. JADUAL WAKTU 4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan PdPR mengikut jadual yang disediakan. 4.2 Jadual waktu bagi pembelajaran bersemuka telah diedarkan 4.3 Diharapkan guru dapat mengikuti jadual tersebut dengan baik. 4.4 Sekiranya guru tidak dapat hadir ke sekolah, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran dengan segera agar jadual guru ganti (relief) dapat disediakan. Tindakan: Makluman semua guru 5. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) dan PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21) 5.1 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah membuat keputusan Rancangan Pengajaran Harian dibuat menggunakan fail. 5.2 Penulisan RPH perlu merujuk kepada DSKP terkini. Format penulisan terserah kepada perbincangan setiap panitia. 5.3 Fail Persediaan Mengajar perlu dihantar setelah dua minggu persekolahan. 5.4 Pengerusi meningatkan guru-guru untuk menerapkan PAK 21 di dalam PdPC harian bersesuain dengan SOP yang ditetapkan. Tindakan: Ketua Panitia dan guru mata pelajaran 5. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 5.1 Pengerusi nenyatakan PBD perlu dijalankan secara berterusan dan direkodkan pada Rekod Perkembangan Murid. 5.2 Tahap Penguasaan Murid juga perlu sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. 5.3 Pelaporan PBD dilakukan sebanyak 2 kali setahun menggunakan templet Pelaporan Offline BPK. Tindakan : Guru-guru mata pelajaran 6. PANITIA MATA PELAJARAN 6.1 Ketua Panitia perlu memastikan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun, berdasarkan situasi sekarang. 6.2 Fail panitia perlu sentiasa dikemaskini setiap tahun. 6.3 Pengerusi berharap agar sudut-sudut panitia dibaik pulih dan ditampal dengan informasi terkini. Tindakan: Ketua Panitia 7. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) 7.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat menjalankan PLC dan membuat laporan serta mengisi ke dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Tindakan: Semua Guru dan Ketua Panitia 8. HAL-HAL LAIN 8.1 Pengerusi meminta agar guru kelas mengutip fail modul PdPR dan kemudian guru mata pelajaran mengambil modul mata pelajaran masing-masing untuk semak hasil kerja murid. 8.2 Hasil kerja murid tersebut juga boleh direkodkan dalam PBD. 8.3 Puan Rozana memaklumkan ________ masih kekurangan 2 orang guru untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. 8.4 Diharapkan pada masa akan datang aka nada pertambahan guru bagi sekolah ini. Tindakan: Guru matapelajaran dan guru kelas 9. Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang Disediakan oleh: …………………............ (______________________) Setiausaha Kurikulum Disahkan oleh : …………………………………… (______________________ Guru Penolong Kanan Pentadbiran )