Uploaded by ipgm-1740

Estetika dan kepengarangan dalam Misa Melayu

advertisement
Estetika dan kepengarangan dalam Misa Melayu
1. Seni Kepengarangan
Konsep
Kaedah penulisan yang terkandung dalam Misa Melayu juga seakan-akan
dengan Salalatus Salatin. Pengarang Misa Melayu iaitu Raja Chulan
menghasilkan karya tersebut dengan rendah hati setelah menerima titah
sultan pada zaman itu. Bagi menghasilkan karya yang terbaik, Raja Chulan
turut menjalankan penyelidikan dan rujukan. Ia dapat dibuktikan dengan
meneliti penggunaan klausa dalam karyanya misalnya seperti klausa
‘tersebutlah perkataan’, ‘diceritakan oleh orang empunya cerita’ dan
‘tersebutlah kisah’. Penggunaan ini adalah kerana Raja chulan
menghasilkan Misa Melayu ini berdasarkan cerita benar dan ia memerlukan
pengalaman dan pengamatan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku
pada zaman tersebut.
Kekuatan kepengarangan
Nilai kepengarangan yang terdapat dalam Misa Melayu juga amat tinggi.
Misa Melayu menggunakan tarikh yang tepat walaupun penggunaan tarikh
bagi menyatakan peristiwa tidak banyak seperti karya-karya lain. Misa
Melayu juga mengandungi ciri pensejarahan Islam dalam penulisannya. Ini
dapat dilihat melalui penggunaan lafaz bismillah pada awal penulisannya.
Selain itu, Misa Melayu juga menggunakan kata-kata lain yang
menggambarkan unsur islam misalnya seperti ‘dengan izin Allah’.
Penggunaan kata-kata yang berunsurkan islam ini mungkin disebabkan oleh
pengetahuan pengarangnya hasil daripada pembacaan terhadap karya
pensejarahan Melayu-Islam atau hasil daripada pendidikan Islam yang
diterimanya.
Karya ini juga mempunyai kelainan dan keistimewaan yang
tersendiri. Misa Melayu tudak mempunyai unsur-unsur mitos atau dongeng
kerana karya ini merupakan karya penting negeri Perak. Karya yang
mengandungi sejarah negeri Perak ini tetap menggunakan pantun dan syair
sebagai penyeri karya. Karya ini mengandungi peristiwa yang benar-benar
berlaku dan dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai sruktur
politik kerajaan, kegiatan ekonomi, undang-undang dan lain-lain perkara
tentang pemerintahan Perak pada zaman itu. Salasilah keluarga dan jurai
keturunan kerajaan Perak, susunan pembesar, kerajaan negeri, struktur
masyarakat, adat istiadat, dan bentuk kesenian yang wujud pada zaman
tersebut juga turut tercatat dalam Misa Melayu ini.
Penggunaan syair dalam karya ini juga bukan untuk tujuan hiburan
semata-mata kerana ia mengandungi pelbagai keterangan peristiwa sejarah
tentang kerajaan Perak pada zaman tersebut. Kesahihan peristiwa dalam
karya ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada beberapa sumber lain
seperti sejarah Belanda. Persamaan ini dapat mengukuhkan lagi ketepatan
maklumat dalam Misa Melayu dan jelas menunjukkan kesedaran dan
pengetahuan mendalam pengarangnya dalam sejarah ini.
Motif pengarang
Karya Misa Melayu ini ditulis kerana ingin menurut titah sultan pada zaman
tersebut. Ini jelas dapat dilihat dalam Misa Melayu dengan serangkap syair
yang ditulis oleh Raja Chulan. Pengarangnya dengan rela hati menerima
arahan untuk menghasilkan karya ini kerana beliau ingin menyebarkan
tentang kegemilangan sesebuah zaman pemeritahan seseorang raja
kepada generasi muda. Hal ini dapat dibuktikan dengan satu frasa dalam
karya ini iaitu ‘supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang kelak’.
1. Estetika
Dari segi penilaian nilai estetika dari sudut gaya bahasa pula terdapat
beberapa gaya bahasa yang jelas dilihat iaitu gaya bahasa perbandingan,
gaya bahasa pertentangan, gaya bahasa pertautan, dan gaya bahasa
perulangan, serta beberapa unsur-unsur lain yang terkandung dalam karya
Misa Melayu.
Gaya Bahasa Perbandingan
Gaya bahasa perbandingan atau dikenali sebagai majaz perbandingan
merupakan penggunaaan bahasa yang bersifat membandingkan dua hal
yang pada hakikatnya perkara yang berlainan atau dengan sengaja
menganggapnya sama. (Anton Moeliono, 1989:67)
Gaya Bahasa Pertentangan
Gaya bahasa pertentangan atau dikenali sebagai majaz pertentangan
merujuk kepada penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan, dari
segi makna sama ada secara simbolik, tersurat atau tersirat dalam struktur
ayat yang sama atau yang berhubungan.
Gaya Bahasa Pertautan
Gaya bahasa pertautan atau dikenali sebagai majaz pertautan merujuk pada
hubungan pertautan makna, sama ada bersifat simbolik, perumpamaan atau
tamsilan.
Gaya Bahasa Perulangan
Gaya bahasa perulangan atau dikenali sebagai skema perulangan merujuk
kepada perulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna, nada,
dan bunyi yang puitis, berirama, atau pelbagai.
Unsur-unsur lain
Dalam Misa Melayu, dapat dilihat dengan jelas penggunaan pengaruh islam,
Bahasa Melayu lama, dan unsur perkataan asing yang telah dimelayukan.
Contohnya ialah:
Download