Uploaded by afiqahisa49

306252747-Ideologi-Sosialisme

advertisement
PENGANTAR SAINS POLITIK
IHEH 1101
SEMESTER 1, 2015/2016
“IDEOLOGI SOSIALISME”
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHAMAD ZAIDI BIN ABDUL RAHMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
NOR ADILAH FITRI BINTI AZHAR
1
NO.MATRIK
IEP 150019
ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
1
PENGHARGAAN
MUKA
SURAT
1
2
PENDAHULUAN
2
3
DEFINISI IDEOLOGI SOSIALISME
4
4
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN IDEOLOGI SOSIALISME
5
5
CIRI-CIRI IDEOLOGI SOSIALISME
7
6
PEMBAHAGIAN ALIRAN SOSIALISME MODEN
10
7
TOKOH AGUNG SOSIALISME
15
8
PENUTUP
17
9
RUJUKAN
18
2
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan yang bertajuk “Sosialisme”. Tugasan ini amat penting buat saya
memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Pengantar
Sains Politik.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar sepanjang menyiapkan tugasan
ini iaitu Dr. Mohamad Zaidi Bin Abdul Rahman yang merupakan pensyarah bagi subjek ini.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang terlibat dengan memberi
kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini. Bantuan rakan-rakan
seperjuangan yang sanggup meluangkan masa memberikan maklumat tidak akan saya
lupakan. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang menyumbang daripada segi sokongan
dan kewangan dalam menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Akhir sekali terima
kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang tugasan dijalankan.
3
PENDAHULUAN
Hasil pemerhatian dan kajian daripada pemikir-pemikir politik seperti Plato1, Aristotle2, Karl
Marx3 telah melahirkan pelbagai corak pemerintahan yang sesuai sebagaimana yang dituntut
oleh masyarakat. Keadaan ini telah membawa kepada pertumbuhan pelbagai ideologi moden.
Ideologi ini mula diperkenalkan oleh Antoine Louis Claude Destutt de Tracy4. Antoine Louis
berpendapat, pertambahan ilmu sains dalam bidang politik membawa kepada kemunculan
idea-idea baru bagi memperolehi kehidupan yang lebih sempurna. Menurut Karl Marx dan
Friedrich Engel5, mereka mengatakan ideologi merupakan satu perkara yang amat penting
bagi memberi kuasa ke atas tindakan pemerintah dalam sesebuah negara. Sargent pula
menyatakan kebanyakan ideologi mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Namun secara amnya, ideologi ialah sekumpulan doktrin, kepercayaan atau mitos
yang berperanan membimbing individu atau pengerakan sosial, institusi, sesuatu kelas atau
kumpulan. Ideologi membincangkan nilai-nilai asas politik, ekonomi, sosial, corak sistem
politik, penggunaan kuasa, peranan individu dan objektif masyarakat. Terdapat beberapa
jenis ideologi iaitu liberalisme, konservatif dan ini termasuklah sosialisme. Sosialisme adalah
falsafah politik yang memberi perubahan yang besar dalam sistem sosial masyarakat. Ideologi
ini menggabungkan tiga aspek iaitu sosial, politik dan ekonomi. Ideologi sosialisme
mempunyai pelbagai corak. Namun, para pejuang sosialisme mempunyai satu unsur
persamaan iaitu menentang amalan kapitalisme. Antara negara yang mengamalkan ideologi
sosialisme ialah Belanda, Denmark, Australia dan sebagainya.
1
Ahli falsafah zaman Athens dan merupakan anak murid kepada Socrates.
2
Ahli falsafah yang lahir pada 469 B.C.E di Athens. Beliau digelar sebagai bapa falsafah barat.
3
Karl Heinrich Marx, ahli ekonomi, sosiologi dan politik yang terkenal di Jerman yang membawa pemikiran
Marxisme dan terkenal dengan karyanya The Communist Manifesto.
4
Ahli Falsafah dan pengasas ideologi yang berasal daripada Perancis.
5
Sahabat Karl Marx yang meneruskan perjuangan sahabatnya selepas kematian Karl Marx.
4
Asas utama pejuang sosialisme (sosialis) adalah mereka menginginkan faktor
pengeluaran menjadi hakmilik secara bersama. Mereka mengutamakan kepentingan semua
lapisan masyarakat lebih-lebih lagi dalam hal ekonomi. Mereka juga tidak bersetuju dengan
prinsip hak individu dan kebebasan yang diasaskan oleh demokrasi liberal. Ini adalah secara
ringkas penerangan mengenai ideologi dan sosialisme. Tugasan ini akan membincang dengan
lebih terperinci mengenai ideologi sosialisme daripada sudut definisi, ciri-cirinya,
pembahagian alirannya dan sejarah kemunculan ideologi tersebut.
5
1.0
DEFINISI SOSIALISME
Leon P. Baradat mendefinisikan sosialisme sebagai satu sistem idea yang kompleks iaitu
sesuatu yang disalahfahami. Ia mungkin ideologi politik yang lengkap kerana matlamatnya
yang menyeluruh kerana ia bukan sahaja mengandungi aspek ekonomi semata-mata tetapi
melibatkan falsafah, sosial, moral serta politik. Ideologi sosialisme dikaitkan dengan
pemikiran Marxisme yang merupakan salah satu jenis pembahagian sosialisme. Ideologi ini
juga dikaitkan dengan Soviet Union dan corak pemerintahan Stalin yang bersifat kuku besi.
Persengketaan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union adalah disebabkan perbezaan
ideologi. Persengketaan ini dikenali sebagai “Perang Dingin” yang merupakan persaingan di
antara Amerika Syarikat yang pemerintahannya bercorak kapitalis dan demokrasi liberal
manakala lawannya Soviet Union adalah negara yang berpegang kepada fahaman sosialisme
dan komunisme.
Sosialisme juga boleh diertikan sebagai satu tindakan yang mana keuntungan dikongsi
bersama di antara pekerja dan pemilik kilang. Maka, sosialisme adalah fahaman yang
meletakkan kebajikan rakyat dikawal oleh pemerintah sebagai satu tindakan supaya rakyat
hidup sama rata dan sejahtera. Kamus Webster mendefinisikan sosialisme sebagai satu teori
penyusunan masyarakat dan mempunyai ciri utama dalam mengawal kegiatan ekonomi secara
lansung dengan tujuan memupuk kerjasama di kalangan rakyat. Namun, dalam banyak
definisi tersebut, tiada definisi yang tepat mengenai sosialisme.
Beberapa rumusan boleh dibuat tentang definisi sosialisme berdasarkan idea-idea yang
dikeluar oleh pemikir-pemikir sosialis. Antara rumusan tersebut ialah:
I.
Satu teori politik dan satu pengerakan untuk mewujudkan masyarakat yang
mengambil perhatian semua lapisan masyarakat. Ini memberi makna, hasil
pengeluaran menjadi hak milik bersama dan rakyat mempunyai kuasa mengurus
semua keperluan rakyat.
II.
Satu usaha untuk melahirkan sifat prihatin dalam jiwa rakyat. Ini menunjukkan
tiadanya kelas manusia dan tidak wujud jurang pemisahan antara golongan miskin
atau kaya. Semua orang diberi layanan yang sama.
III.
Mencapai layanan yang sama, proses pengeluaran dan agihan perlu ditingkatkan.
IV.
Ramai ahli sosialis menekankan segala kemudahan dan perkhidmatan diagihkan oleh
negara dapat mengurangkan jurang di antara golongan. Jika perkara ini berlaku,
manusia akan prihatin terhadap saudaranya. Dengan ini taraf hidup rakyat akan
6
meningkat dengan wujudnya pengagihan kemudahan dan perkhidmatan secara
saksama.
V.
Satu teori dan pengerakan serta amalan yang bertentangan dengan peraturan sosial dan
ekonomi kapitalisme. 6
2.0
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN IDEOLOGI SOSIALIME
Istilah “sosialist” berasal daripada perkataan Latin iaitu “sociare” yang bermaksud
menggabungkan atau berkongsi. Penggunaan perkataan “sociare” yang paling awal adalah di
Britain pada tahun 1827 yang diterbitkan dalam sebuah isu dalam sebuah majalah iaitu“Cooperative Magazine”. Pada tahun 1830, para pengikut Robert Owen di Britain dan Saint
Simon di Perancis sudah mulai meletakkan kepercayaan mereka ke atas “sosialisme” dan
pada tahun 1840, istilah tersebut menjadi kebiasaan digunakan di negara-negara maju dalam
bidang perindustrian, terutama negara Perancis, Belgium, dan Jerman.7
Walaupun begitu, sosialis mendakwa bahawa warisan para intelek purba iaitu Plato,
dengan karyanya Republic, Thomas More dengan hasil penulisannya iaitu Utopia adalah
karya agung yang menjadi asal usul kemunculan sosialisme pada abad ke-9. Lebih kurang
beberapa dekad pertama abad ke-9, sekumpulan pemikir politik mulai mencabar idea dengan
menyatakan pihak kerajaan tidak boleh lansung terlibat dalam kegiatan ekonomi negara.
Idealogi yang berkuasa ini telah menjadi jawapan kepada masalah ekonomi dalam
pembangunan industri sistem kapitalis. Sosialisme memperjuangkan ekonomi secara
pemilikan awam sebagai satu cara mencapai ekonomi yang terancang dan menolak campur
tangan kerajaan dalam kuasa pasaran.
Sebagai mana yang dilihat kumpulan yang semakin meningkat iaitu pekedai dan
perniagaan kecil di Eropah Barat mula tertarik dengan prinsip asas liberalisme dan usahawanusahawan ini bergelut untuk memajukan kedudukan mereka di mata masyarakat. Para pekerja
yang mula berkumpul di kota dan bandar juga menemui banyak prinsip liberalisme yang
menarik perhatian mereka. Mereka kebiasaaannya berminat pada idea yang meletakkan
manusia pada aras politik yang sama dan harus mempunyai peluang yang sama untuk
mengembangkan bakat mereka. Walaubagaimanapun, pada abad terakhir isu perjuangan
6
K. Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Keempat, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor, 2013, hlm. 506-507.
7
Andrew Heywood, Political Ideologies an Introduction, Palgrave Macmillan, New York, 2013, hlm. 105.
7
liberalisme semakin berkurangan kerana banyak pekerja bandar semakin teruk. Liberalisme
semakin meningkat pada pandangan kumpulan ini pekerja ini sebagai satu alat kapitalis yang
baru . Pekerja ini memerlukan bantuan daripada negara, tetapi liberalisme telah memutuskan
bahawa mereka akan hanya memberi sedikit membantu. Mereka, iaitu pekerja perlu berjuang
secara persendirian walaupun sehingga melibatkan perlindungan kerajaan yang paling utama
seperti penyalagunaan buruh kanak-kanak, kilang yang tidak selamat dan lebihan waktu
berkerja. Golongan perkerja adalah pencetus utama kepada ideologi baru iaitu sosialisme. 8
Idea sosialisme juga muncul melalui karya-karya hasil penulisan ahli falsafah Yunani.
Sebahagian karya, contohnya dalam “New Testament” dan dalam organisasi awal masyarakat
Kristian juga menyatakan beberapa idea yang diperjuang oleh para sosialis. Kemudian, pada
awal abad ke-9, dua versi telah wujud iaitu “Utopia” versi yang ditemui di Britain dan
terutamanya di Perancis dan “Saintifik” iaitu versi oleh Karl Marx di Jerman. Bagi
meningkatkan keadaan pekerja dalam masyarakat, para sosialis Utopia telah membentang idea
bahawa mereka menginginkan perancangan kerajaan untuk memajukan industri teknologi.
Manakala di Britain, Robert Owen (1771-1858) dan organisasi kilang yang lain
menunjukkan keadaan di mana tenaga kerja/buruh perlu lebih cekap dan produktif. Di
Perancis, Louis Blanque (1805-1888) dan yang lain meminta kepada kerajaan untuk
menubuhkan bengkel untuk penggangur.
Sosialis saintifik yang lebih terpengaruh dengan intelektual Jerman iaitu Karl Marx
telah mempengaruhi penduduk dunia pada tahun 1818 sehingga pada tahun 1883. Idea-idea
pemikiran yang diutarakan oleh Karl Marx telah mendapat perhatian sosialis pada
pengakhiran abad tersebut. 9
8
Robert J. Jackson, Dorreen Jackson, A Comparative Introduction to Political Science, Prentice Hall, United
State, 2012, hlm. 160.
9
Robert J. Jackson, Dorreen Jackson, A Comparative Introduction to Political Science, Prentice Hall, United
State, 2012, hlm. 160.
8
3.0
CIRI-CIRI IDEOLOGI SOSIALISME
Kumpulan pejuang sosialisme mempunyai beberapa ciri. Antaranya ialah:
I.
Sifat tidak berpuas hati terhadap masyarakat tentang keadaan masyarakat sezaman. Ini
dapat dilihat pada zaman pemikir agung politik iaitu Plato yang dianggap sebagai
perintis ideologi sosialisme telah mencadangkan sosialisme sebagai satu langkah bagi
memulihkan nilai-nilai sivil yang semakin merosot di negara-negara semasa
kehidupannya. Pada abad ke-18, Rousseau telah mewakili sekumpulan pemikir yang
mempunyai pemikiran yang sama telah menerangkan amalan yang merosakkan
kehidupan bermasyarakat. Beliau berpendapat, hanya tindakan yang bersifat
sosialisme akan membentuk masyarakat yang sempurna yang mengutamakan nilainilai bersama. Perjuangan ini diteruskan pada abad ke-19, di mana pemikir-pemikir
seperti Saint-Simon, Fourier, Owen dan lain-lain turut mengutarakan idea sosialisme.
Pemikir-pemikir pada abad ke-19 sangat kecewa dengan sifat-sifat buruk masyarakat
seperti rasuah dan penipua. Berikutan daripada sifat buruk masyarakat mereka telah
mengeluarkan pendapat dengan mengatakan hanya sosialisme dapat membantu
mengubah keadaan tersebut. Pada abad yang sama juga, Karl Marx telah menolak
corak ekonomi kapitalisme yang berasaskan mencari keuntungan semata-mata yang
diamalkan oleh pengusaha industri. Beliau juga menindas corak ekonomi sosial yang
mengabaikan kebajikan golongan bawahan iaitu perkerja. 10
II.
Penaja-penaja ideologi sosialisme ialah satu pendirian bahawa cadangan penaja
tertentu adalah penawar yang baik untuk masyarakat. Contohnya, Thomas More
mencadangkan masyarakat ideal adalah masyarakat yang meletakkan nilai-nilai moral
yang tinggi, kejujuran dan mengutamakan keadilan serta keamanan. Namun, berbeza
dengan pejuang sosialisme pada abad ke-19 yang mengutamakan nilai-nilai murni
Kristian. Bagi sosialis Islam, mereka pula memperjuangkan nilai-nilai murni agama
Islam sebagai tunjang kepada ideologi sosialisme yang dibawa. Pejuang sosialisme
yang beraliran Marxisme mencadangkan bahawa ideologi yang diperjuangkan oleh
10
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 500-501.
9
mereka adalah ideologi yang paling sesuai dalam memulihkan keadaaan masyarakat
serta mencadangkan reformasi dalam masyarakat.11
III.
Pemikiran sosialis diajukan seperti satu agama dan seolah-olah mempunyai unsurunsur dakwah. Pengikut sosialisme berpendapat ideologi mereka adalah benar dari
segi moral dan mempunyai keyakinan sama seperti penganut agama lain.12
IV.
Ciri yang keempat berkait dengan ciri yang ketiga yang dinyatakan sebelum ini.
Walaupun penganut sosialisme memperjuangkan ideologi sebagai alat untuk mencapai
masyarakat yang sempurna, namun cadangan yang dikemukakan oleh mereka adalah
bersifat realistik. Mereka menganjurkan beberapa amalan untuk mencapai ideal-ideal
sosialis. Misalnya, mereka mencadangkan kehidupan dalam komuniti di mana harta
dan kemudahan dimiliki secara bersama. Idea-idea juga diperjuangkan melalui partiparti politik yang ditubuhkan oleh mereka. 13
V.
Pejuang sosialisme mempunyai sifat prihatin terhadap manusia. Mereka mengambil
perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan menjadikan ideologi
sosialisme sebagai penawar masalah tersebut. Mereka juga menginginkan manusia
yang mempunyai sifat prihatin, bermaruah dan mengetahui hak-hak asasi mereka
sebagai manusia. Pejuang ini percaya kehidupan ini akan tercapai melalui ideologi
sosialisme yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat berbanding kepentingan
peribadi. 14
VI.
Ciri yang keenam ialah masalah-masalah kehidupan masyarakat. Golongan sosialis
berpendapat corak kehidupan dan amalan masyarakat adalah punca kemunduran
manusia. Misalnya, penguasaan syarikat-syarikat besar ke atas sumber-sumber utama
seperti air, tanah, emas
dan sebagainya. Syarikat-syarikat besar ini berkait rapat
dengan pihak berkuasa dan memajukan dasar-dasar yang berat sebelah yang
11
Ibid., hlm. 501.
12
Ibid., hlm. 501.
13
Ibid., hlm. 501-502.
14
Ibid., hlm. 502.
10
memenuhi kepentingan mereka sahaja. Keadaan demikian menyebabkan berlakunya
penyelewangan terhadap kepentingan manusia secara am iaitu manusia bawahan
menjadi mangsa monopoli kuasa oleh golongan atasan iaitu pengusaha. Pejuang
sosialis sangat berasa simpati terhadap golongan pekerja dan orang yang kurang
bernasib baik yang dijadikan hamba oleh pengusaha dalam mendapatkan keuntungan
dalam ekonomi.15
VII.
Ciri yang ketujuh, ideologi sosialisme adalah dokumen asal yang mengenai ekonomi.
Para sosialis membidas corak ekonomi yang sedia ada. Mereka mengemukakan
pendapat bahawa corak ekonomi yang dikuasai oleh pengusaha atau bersifat kapitalis
perlu disusun semula. Misalnya, jurang pendapatan, mengejar keuntungan dan
monopoli perlu diatasi agar golongan yang berpendapatan rendah turut diberi
keutamaan. Antara tindakan sosialis ialah dengan menggantikan hak milik harta secara
persendirian kepada harta milik bersama. Ini bermakna hasil pengeluaran dan
pengagihan barang perlu dilakukan secara bersama dan dibahagikan hasil tersebut
secara sama rata. Syarikat-syarikat besar milik perseorangan perlu diubah milik
menjadi milik bersama rakyat. Dengan tindakan ini, keburukan sistem kapitalis dapat
dihapuskan.16
VIII.
Ciri yang terakhir ialah revolusi industri dan corak produksi sistem perkilangan adalah
pencetus sosialisme moden. Revolusi industri yang mengeluarkan barang secara besarbesaran telah menambahkan pendapatan dan peningkatan taraf kehidupan tetapi telah
memberi impak yang negatif terhadap pekerja. Di mana pekerja menjalankan kerja
yang membahayakan kesihatan dan keselamatan mereka. Malahan mereka terpaksa
berkerja lebih daripada waktu minimum dan memperoleh pendapatan yang tidak
memadai dengan usaha mereka. Pemilik kilang atau penguasa beruasaha mengaut
keuntungan yang maksimum tanpa mengira kebajikan para pekerja. Jelas keadaan ini
mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza. Daripada segi sosial, pekerja tinggal
ditempat yang tidak selamat dan kurang selesa dan ada pekerja yang dibuang kerja
tanpa sebarang ganti rugi. Golongan wanita dan kanak-kanak juga dikerah dalam
15
Ibid., hlm. 502.
16
Ibid., hlm. 502-503.
11
memajukan industri ekonomi. Kejadian ini telah membawa suara yang lantang para
sosialis untuk membuat reformasi demi mendapatkan kebajikan para pekerja.17
4.0
PEMBAHAGIAN ALIRAN SOSIALISME MODEN
Pada amnya, sosialisme moden dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu:
I.
II.
4.1
Sosialisme berpendirian sederhana yang dikenali sebagai sosialisme demokratik
Sosialisme radikal atau sosialisme Marxisme atau Komunisme
Sosialisme Demokratik
Istilah sosialisme demokratik merujuk kepada banyak pertubuhan yang berorientasi ideologi
sosialisme. Namun, perkara yang berbeza di antara sosialisme demokratik dan sosialisme
radikal ialah keyakinan aliran sosialisme demokratik terhadap proses politik demokrasi.
Walaupun aliran sosialisme demokratik mengkritik penguasaan proses politik oleh golongan
kapitalis, mereka yakin dan percaya bahawa sosialisme akan dapat diterapkan dalam dalam
amalan sosiopolitik dan ekonomi negara. Mereka juga berpendapat, matlamat sosialisme
dapat dicapai secara aman melalui proses politik demokrasi. 18
Aliran sosialisme demokratik bermula di Britain. Britain adalah negara yang mulamula menerima kesan positif dan negatif daripada revolusi industri. Ia muncul sebagai sebuah
negara yang kuat dalam bidang perindustrian. Ini menyebabkan pekerja-pekerja di negara
tersebut merasaikan tindakan eksploitasi pekerja dan penindasan serta taraf kehidupan oleh
golongan pengusaha. Semua kesan ini telah memberi ilham kepada pemikir berkaitan ideologi
sosialisme. Di Britain, proses pemerintahan adalah berdasarkan demokrasi berparlimen dan
pemerintahan ini adalah teratur dan bersifat fleksibel. Segala tuntutan rakyat akan disalurkan
melalui institusi berparlimen. 19
Pemikir-pemikir di Britain telah menggabungkan perjuangan sosialisme dengan
pemerintahan demokrasi berparlimen yang telah sedia ada. Penaja sosialisme sedar bahawa
mereka boleh mencapai kehendak mereka dengan cara demokratik kerana corak pemerintahan
demokrasi berparlimen adalah berasaskan permuafakatan dan menjadi tanggungjawab kepada
17
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 500-505.
18
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 508.
19
Ibid., hlm. 508.
12
rakyat untuk membendung kuasa mutlak yang diberikan kepada pemerintah. Malahan, proses
demokrasi terbukti dapat menyekat kuasa mutlak golongan aristokrasi yang memiliki kuasa
mutlak. Maka, pejuang sosialis ini berpendapat sistem ekonomi perlu dikawal untuk kebaikan
semua manusia bukan hanya untuk dinikmati oleh golongan pemerintah. Mereka sangat yakin
perjuangan akan berjaya dengan cara demokrasi berparlimen. Bahkan di Britain ketika itu
telah wujud pergerakan buruh aktif yang berfahaman sosialis. 20
4.2
Sosialisme Radikal Atau Marxisme Atau Komunisme
Istilah sosialisme radikal membawa maksud satu pengerakan atau pertubuhan yang
berpegang kepada aliran sosialisme tetapi menggunakan cara kekerasan untuk mencapai
matlamat ideologi. Pejuang beraliran ini berpendapat sistem kapitalis yang menindas perlu
dihapuskan untuk mendapatkan masyarakat yang setara. Pejuang sosialisme Marxisme ini
mengkritik secara tegas penguasaan politik oleh golongan kapitalis. Mereka berpendapat,
tindakan radikal perlu diambil untuk menyusun semula sistem sosioekonomi dan politik yang
ada serta mereka kurang yakin kepada sistem politik demokrasi sebagaimana yang dipercayai
oleh golongan sosialisme demokratik.
Dengan kata lain, sosialisme hanya boleh dicapai melalui cara kekerasan. Karl Marx
dan Friedrich Engels telah menganjurkan cara revolusioner iaitu perubahan radikal untuk
mencapai matlamat sosialisme. Ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx iaitu Sosialisme
Marxisme adalah ideologi yang paling terpengaruh di sebahagian besar dunia pada abad ke20. Ia bukan sahaja dianggap sebagai ideologi tetapi sebagai satu cara menjalani kehidupan.
Walaupun sebelum sosialisme Marxisme muncul terdapat ramai pemikir yang memajukan
ideologi sosialisme namun pendirian-pendirian yang ditampilkan oleh pemikir ketika itu
adalah bersifat sederhana. Mereka percaya bahawa sistem sosial dan ekonomi yang sedia ada
mampu mengubah kepada sosialisme secara beransur-ansur. Karl Marx menggelar mereka ini
sebagai golongan sederhana yang tidak realistik dan bercorak utopia yang tidak menyedari
akan kekuatan golongan kapitalis dalam ekonomi dan pemerintahan. 21
20
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 508-509.
21
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 520-521.
13
Terdapat beberapa aliran sosialisme demokratik yang lain. Antaranya ialah:
I.
Sosialisme Utopia
Istilah “socialist” telah digunakan Robert Owen dalam karyanya “Poor Man’s
Guardian”. Beliau adalah pengasas sosialisme di Utopia. Beliau berasal daripada
golongan miskin dan menjadi pengusaha yang berjaya. Beliau sangat memberi
perhatian kepada pekerjanya dan menulis risalah mengenai kesengsaraan yang dialami
oleh pekerja. Beliau menyatakan pendapatnya bahawa sistem ekonomi memerlukan
keadilan. Beliau juga mengembangkan fahaman beliau di Amerika Syarikat tetapi
tidak berjaya kerana Amerika Syarikat lebih mengutamakan keuntungan daripada
kebajikan pekerja. Owen hampir hilang harta dan keuntungan perniagaan demi
golongan pekerja. Oleh sebab ini, beliau digelar sebagai sosialis Utopia di Britain.22
II.
Sosialisme Kristian
Pada abad ke-19, di Eropah munculnya satu aliran pendapat sosialis yang berasaskan
agama Kristian. Penaja-penaja ini dikenali sebagai “Christian Socialist”. Mereka
menggunakan prinsip dalam agama Kristian iaitu prihatin terhadap golongan miskin
dan kurang upaya. Agama Kristian mempunyai unsur-unsur yang terdapat dalam
ideologi sosialisme. Antara pemikir yang terkenal yang memajukan sosialisme
Kristian ialah Frederick Denison Maurice dan Charles Kingley.
III.
23
Sosialisme Fabianisme
Sosialisme Fabianisme adalah fahaman yang dipelopori oleh golongan cerdik pandai.
Pada awal lagi, golongan ini sangat menginginkan masyarakat British untuk memeluk
fahaman sosialis. Persatuan ini telah menarik perhatian tokoh-tokoh seperti Sidney
Webb, Bernard Shaw, Sydney Oliver dan Graham Wallas. Matlamat utama persatuan
adalah untuk menyusun semula masyarakat berdasarkan prinsip moral.24
22
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 509-511.
23
Ibid., hlm. 511.
24
Ibid., hlm. 512-513.
14
IV.
Sosialisme Revisionisme
Fahaman ini berasal daripada negara Jerman dan mendapat sokongan daripada
golongan buruh. Fahaman ini berpunca daripada pendapat Eduard Bernstein. Beliau
dalam bukunya yang bertajuk Evolutionary Socialism yang menekankan dasar-dasar
sosialis yang diamalkan secara berperingkat dengan tujuan mencapai kebahagiaan
golongan pekerja. Eduard Bernstein tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan
oleh Karl Marx dan sahabatnya Friedrich Engels bahawa kebahagian perlu dicapaikan
mengunakan cara revolusi.25
V.
Sosialisme Sindikalisme
Fahaman yang berasal daripada negara Perancis dan Itali. Istilah sindikalisme berasal
daripada bahasa Perancis “syndical” yang bererti pertubuhan buruh. Namun demikian,
terdapat beberapa ramai pertubuhan buruh yang ingin mencapai perjuangan mereka
secara aman dan terdapat juga pertubuhan buruh yang ingin mencapai keseimbangan
kelas dengan cara perjuangan kelas yang dipimpin oleh pertubuhan buruh. Kumpulan
ini dikenali sebagai sindikalisme revolusioner yang memilih kekerasan dan
berpendapat sendiket atau pertubuhan buruh akan menggantikan jentera negara serta
memainkan fungsi yang sama seperti institusi negara. Selain itu, sindikalisme wujud
kerana kecewa dengan pemerintahan corak demokrasi yang tidak menitikberatkan
golongan pekerja. 26
VI.
Sosialisme Guild
Sosialisme Guild lebih bercorak mencapai kompromi iaitu melalui perjanjian damai
dan bertolak ansur serta memajukan pendirian yang moderat. Pengerakan ini berasal
dari Britain. Penyumbang-penyumbang idea sosialisme Guild ialah A.J. Penty, S.G.
Hobson, A.R. Orage dan G.D.H. Cole. Pada tahun 1915, National Guild League
ditubuhkan dan liga tersebut terdiri daripada pelbagai persatuan tukang-tukang dan
memutuskan untuk memperjuangkan untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi bagi
kerja mereka. Mereka mencadangkan supaya semua pekerja tidak kira sama ada yang
berkerja atau tidak hendaklah dibayar wang imbuhan terlebih dahulu. Mereka juga
menginginkan corak kebajikan kepada pekerja. Selain itu, mereka juga mahu proses
pengeluaran barang dikuasai oleh golongan pekerja. Mereka tidak persetuju dengan
25
26
Ibid., hlm. 513.
Ibid., hlm. 514.
15
golongan sosialisme sindikalisme yang menukar institusi negara kepada pertubuhan
buruh. Walaupun sosialis Guild mengakui sistem demokrasi berparlimen tetapi
mereka mengatakan ia memerlukan pengubahsuaian. 27
VII.
Sosialisme Aliran (Awal) Jerman
Arus sosialisme juga mempengaruhi pemikir negara Jerman. Pada awalnya, Karl Marx
disanjung tinggi sebagai pemikir yang beraliran sosialis yang sebelumnya banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan sosialisme. Pemikir beraliran sosialisme
yang juga terkemuka iaitu Johann Gottlieb Fichte menyuarakan pendapat beliau
mengenai golongan buruh yang perlu diberi perhatian. Beliau menambah dalam
pendapatnya
dengan
mengatakan
negara
dan
masyarakat
perlu
membantu
membangunkan persatuan kerjasama.28
VIII.
Sosialisme Islam
Sosialisme Islam adalah ideologi kini telah hilang pengaruhnya di dunia. Beberapa
pemikir politik Islam serta pemimpin-pemimpin Islam pernah menyatakan persetujuan
bahawa agama Islam mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ideologi sosialis. Mereka
menekan dengan menggunakan hujah daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad
s.a.w dan serta tindakan ulama, para khalifah berkait dengan unsur sosialisme.
Contohnya, dalam pemerintahan Saidina Ali yang membahagikan harta kepada
golongan miskin dikatakan mempunyai unsur-unsur fahaman sosialisme. 29
27
Ibid., hlm. 515.
28
Ibid., hlm. 516.
29
Ibid., hlm. 517.
16
5.0
TOKOH AGUNG SOSIALISME
5.1
Karl Marx
Karl Heinrich Marx adalah seorang ahli falsafah, ekonomi dan pemikir politik Jerman yang
meninggalkan karya-karya sosialisme yang memberi kesan yang besar kepada perubahan
sistem sosial manusia.30 Beliau dilahirkan pada tahun 1818 di Their di Prussia yang kini
dikenali sebagai Jerman. Beliau mendapat pendidikan di Bonn, Berlin dan Jenna. Beliau
adalah lulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada University of Jena. Karl Marx adalah ahli
politik yang mempunyai ideologi yang sangat berbeza yang dikenali sebagai Marxisme.
Kehidupannya di Jerman telah melatih Karl Marx terhadap falsafah Hegel dan melahirkan
teori yang lengkap daripada tiga elemen yang berasingan iaitu ekonomi, kelas sosial dan
sejarah.31 Pendapatnya yang bersifat radikal telah menyebabkan beliau dilucut jawatan
sebagai pensyarah universiti dan dibuang negeri. Atas sebab keadaan itu beliau tinggal di
Perancis dan Belgium, namun sikap beliau yang radikal juga tidak disukai oleh pemerintah
Perancis dan Belgium dan akhirnya beliau tinggal di London. Beliau menetap di London
selama 34 tahun dan banyak menghasilkan karya yang berkaitan sosialisme. Hasil karya
beliau yang dijadikan rujukan sehingga ke hari ini ialah The Communist Manifesto dan Das
Capital.
Kehidupan Marx sentiasa dipenuhi cabaran. Beliau tidak mempunyai pekerjaan yang
tetap dan kehidupannya serba kekurangan. Beliau juga mengalami masalah kesihatan dan hal
ini telah dibantu oleh rakannya Friedrich Engels yang merupakan anak golongan usahawan
yang melihat sendiri keadaan yang dialami oleh golongan bawahan iaitu pekerja di kilangkilang. Engels yang bersimpati dengan keadaan tersebut, membawa dirinya untuk
menghasilkan sebuah karya iaitu ‘The Condition Of Working Class in England’. Karya ini
telah mendapat perhatian dan sanjungan daripada golongan sarjana dan pekerja ketika itu.
Marx dan Engels yang bersahabat baik telah bersama-sama menghasil sebuah karya yang
bertajuk ‘The Communist Manifesto’. Engels telah menambahbaik karya Karl Marx yang
belum sempat diterbitkan selepas kematian Karl Marx pada tahun 1883. 32
30
Andrew Heywood, Political Ideologies an Introduction, Palgrave Macmillan, New York, 2013, hlm.126.
31
Michael G. Roskin, Robert L.Cord, James A. Medeiros, Walter S. Jones, Political Science: An Introduction,
Pearson Prentice Hall, United State of America, hlm. 23.
32
K. Ramanathan, op.cit., hlm. 522-523.
17
Antara sumbangan Karl Marx dan Engels dalam memperjuangkan sosialisme ialah
yang pertama, Karl Marx telah menjalankan kajian yang teliti mengenai sistem kapitalis serta
masalah yang dialami oleh golongan pekerja. Beliau telah mengariskan tindakan dan panduan
bagi mencapai masyarakat tanpa wujudnya kelas dan menikmati nilai sama rata dan keadilan.
Karl Marx secara keras membidas golongan kapitalis yang mengambil kesempatan terhadap
golongan pekerja yang tidak lansung mempunyai belas kasihan kepada golongan bawahan.
Perjuangan Karl Marx dan Engels telah menarik perhatian pemikir politik yang lain
seperti Hegel yang juga memperkenalkan teori ‘dialektik’ dan teori ini telah diubai suai oleh
Karl Marx. Pada tahun 1948, Karl dan sahabatnya Engels telah mengeluarkan sebuah karya
yang agung yang isinya secara jelas menentang kezaliman yang dilakukan oleh golongan
kapitalis. Mereka telah mengesa para pekerja supaya bertindak tegas terhadap sistem ekonomi
kapitalis. Mereka telah menyeru golongan pekerja supaya bersatu padu untuk membebaskan
mereka daripada perhambaan kerana apabila sistem harta persendirian dihapuskan maka
wujudlah sistem yang sama rata. 33
33
Ibid., hlm. 521-522.
18
PENUTUP
Segala puji bagi Allah s.w.t pemilik mata air cinta yang tidak pernah kering kerana
dengan aliran kasih sayang-Nya bersyukur saya dapat menyiapkan tugasan. Daripada tugasan
ini, saya dapat mengetahui secara mendalam mengenai salah satu idealogi politik moden iaitu
sosialisme. Selain itu, daripada tugasan ini, ia membantu saya untuk lebih memahami makna
sebenar sosialisme iaitu ajaran atau fahaman yang diamalkan oleh sesebuah negara yang
mementingkan masyarakat yang sama rata bukan sahaja dari segi politik, sosial dan ekonomi
tetapi turut dari sudut kemudahan dan perkhidmatan.
Selain itu, dapat disimpulkan juga bahawa ideologi sosialisme ini adalah ideologi
yang bertentangan dengan sistem kapitalis di mana sosialisme menekan hak milik bersama
secara adil dan saksama. Ini membawa maksud rakyat mempunyai kuasa dalam menikmati
hasil ekonomi negara dan kuasa pasaran bukan dibawah kerajaan dan mungkin kerajaan
hanya mengurus dan mentadbir ekonomi tetapi hasil pengeluaran dibahagikan secara sama
rata antara rakyat.
Di samping itu, hasil tugasan ini juga saya mendapat pengetahuan baru bahawa
dibawah ideologi sosialisme mempunyai dua aliran sosialisme iaitu sosialisme demokratik
dan sosialisme radikal. Kedua-dua sosialisme dibezakan dengan keyakinan mereka iaitu
sosialisme demokratik mempercayai bahawa melalui sistem demokrasi mereka mampu
menerapkan sosialisme dan perjuangan mereka adalah bersifat sederhana, manakala
sosialisme radikal atau sosialisme Marxisme yang didukung oleh tokoh sosialisme agung iaitu
Karl Marx memperjuangkan matlamat sosialisme mereka dengan menggunakan cara
kekerasan dan para pejuangnya mengkritik secara tegas masalah yang berlaku dalam sistem
kapitalis dan memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sosialisme adalah teori yang
mampu mewujudkan negara yang sejahtera dan rakyat yang mempunyai nilai-nilai moral
yang tinggi serta saling hormat-menghormati. Akhir sekali, semoga hasil tugasan dapat
diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan yang lain dengan lebih sempurna dan mampu
disesuaikan dalam bidang politik.
19
RUJUKAN
1. K. Ramanathan. 2013. Asas Sains Politik Edisi Keempat. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
2. Andrew Heywood. 2013. Political Ideologies an Introduction. New York: Palgrave
Macmillan.
3. Robert J. Jackson., Dorreen Jackson. 2012.
A Comparative Introduction to Political
Science. United State: Pearson Prentice Hall.
4. Michael G. Roskin., Robert L.Cord., James A. Medeiros., Walter S. Jones. 2006. Political
Science An Introduction. United State: Pearson Prentice Hall.
5. http://www.iep.utm.edu/. The Internet Encyclopedia of Philosophy. Plato.
6. http://www.britannica.com/biography/Karl-Marx.
20
Download