SOALAN TAMBAHAN 1. Apakah jangkaan pemerhatian sekiranya pita magnesium digantikan dengan jalur kuprum? Terangkan jawapan anda. What is the expected observation if magnesium ribbon is replaced by copper plate. Explain your answer. - Tiada perubahan yang berlaku. Ini kerana kedudukan kuprum lebih rendah daripada hidrogen dalam siri elektrokimia. No visible changes. This is because position of copper is lower than hydrogen in the Electrochemical Series. 2. Apakah jangkaan pemerhatian sekiranya pita magnesium digantikan dengan jalur plumbum? Terangkan jawapan anda. What is the expected observation if magnesium ribbon is replaced by lead strip. Explain your answer. - - Pembuakan gas berlaku dengan sekejap sahaja dan kemudian berhenti. Ini kerana mendakan putih garam tak terlarut iaitu plumbum(II) klorida akan terbentuk. Mendakan putih akan menutup lapisan pita magnesium dan menghalang asid hidroklorik untuk bertindak balas dengan pita magnesium. Effervescence occurs only for a moment and then stop. This is because white precipitate lead(II) chloride, PbCl2 will formed. The white precipitate will covers the magnesium ribbon and prevents hydrochloric acid from further reacting with magnesium ribbon. 3. Selain faktor suhu, bagaimana anda boleh meningkatkan kadar tindak balas antara magnesium dan asid hidroklorik. Terangkan jawapan anda. Beside factor of temperature, how you can increase rate of reaction between magnesium and hydrochloric acid. Explain your answer. - - - Dengan meningkatkan kepekatan asid hidroklorik. Bilangan ion H+ per unit isipadu dalam asid hidroklorik akan bertambah // By increasing the concentration of hydrochloric acid. The number of H+ per unit volume in hydrochloric acid will increases // Dengan meggunakan serbuk magnesium menggantikan pita magnesium. Saiz serbuk magnesium lebih kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang terdedah lebih besar daripada pita magnesium // By using magnesium powder to replace magnesium ribbon. The size of magnesium powder is smaller and has a larger total surface area exposed than magnesium ribbon. Dengan menambahkan larutan kupum(II) sulfat. Larutan kurpum(II) sulfat bertindak sebagai mangkin dengan menyediakan laluan alternatif dengan tenaga pengaktifan yang lebih rendah. By adding copper(II) sulphate solution. Copper(II) sulphate solution acts as a catalyst by providing an alternative path with lower activation energy. 4. Kelaskan logam2 berikut yang boleh bertindak balas dengan asid dan logam yang tidak boleh bertindak balas dengan asid. Classify the following metals that can react with acid and metal that cannot react with acid. Logam yang boleh bertindak balas dengan asid Metal that can reacts with acid Zink / Zinc Stanum / Tin Logam yang tidak boleh bertindak balas dengan asid Metal that cannot reacts with acid Kuprum / Copper Argentum / Silver 5. Lakarkan graf isipadu gas hidrogen yang terbebas melawan masa. Sketch a graph of volume of hydrogen gas liberated against time. 6. Lakarkan graf panjang pita magnesium melawan masa untuk ketiga-tiga suhu yang berbeza pada paksi yang sama. Sketch a graph of length of magnesium against time for three different temperature on the same axis.