Uploaded by Shahrul Nizam Hamka

kertas kerja pembentangan titas

advertisement
Sumbangan Manuskrip Melayu kepada Peradaban Bangsa
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Mohamad Shahrul Nizam Bin Mohd Hamka
Asmaa’ binti Ahmad
Nor Izzati Hayani binti Nor Azman
Nur Adlina binti Azman
Abstrak
Kegemilangan tamadun alam Melayu terakam dalam lipatan sejarah didasari oleh satu tradisi penulisan
ilmu yang hebat, iaitu penulisan manuskrip Melayu. Manuskrip Melayu merupakan khazanah Melayu yang
sangat penting kerana bersifat worldview yang berkaitan dengan sistem kepercayaan atau agama,
falsafah, ketatanegaraan, undang-undang, perubatan tradisional, kesenian, persenjataan dan aspekaspek lain peradaban bangsa. Terdapat kira-kira 10,000-15,000 manuskrip Melayu yang terdapat di
seluruh dunia dan sebahagiannya telah menjadi panduan kepada pembinaan tamadun bangsa seperti
yang berlaku di barat. Penulisan manuskrip Melayu sebagai wasilah peradaban bangsa Melayu terzahir
ketika datangnya Islam ke tanah Melayu sekitar abad ke-13. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah
mencorakkan banyak aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Pendahuluan
Manuskrip atau manuscript merupakan istilah yang diambil daripada bahasa Latin manus cript (manus
bererti ‘tangan’ dan scriptus bererti ‘tulisan’). Penghasilan manuskrip mencerminkan keupayaan sesuatu
bangsa telah mencapai tahap ketamadunan yang begitu tinggi melalui pelbagai pencapaian ilmu dan
pengetahuan yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. Daripada sudut linguistik pula, penghasilan
manuskrip menandai tahap tinggi peradaban apabila fikiran, teori, proses dan hasil kreativiti serta inovasi
bangsa ditransformasikan daripada bentuk lisan kepada bentuk yang lebih abadi dan memungkinkan
peluasan ilmu, iaitu tulisan.
Manuskrip Melayu umpama kapsul masa kerana merakamkan ketamadunan Melayu dan
khazanah keilmuan yang berharga untuk diketengahkan khususnya kepada orang Melayu. Sehingga kini,
hanya 5% sahaja daripada manuskrip Melayu telah dikaji manakala baki 95% masih menunggu untuk
diselidiki dan digali oleh pencinta manuskrip serta budayawan di negara ini. Setakat ini, manuskrip Melayu
telah banyak mempengaruhi peradaban bangsa dan memberikan sumbangan yang cukup banyak bukan
sahaja ketika zaman manuskrip itu ditulis tetapi sehingga ke zaman kini. Oleh sebab itu, manuskrip Melayu
boleh dikatakan sebagai artifak bangsa Melayu yang hidup kerana mampu menyumbang tanpa mengira
zaman walaupun telah berabad lamanya usia manuskrip itu.
MANUSKRIP MELAYU MELARATI DUNIA
Manuskrip Melayu merupakan khazanah Melayu yang amat berharga kerana secara nyatanya dapat
menjadi penanda dan petunjuk perkembangan peradaban bangsa Melayu. Hal ini demikian kerana nukilan
ilmu, pemikiran, huraian dan tafsiran yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan tercantum dalam
manuskrip yang jumlahnya mencecah puluhan ribu. Menurut Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu,
terdapat 10,000-15,000 judul manuskrip yang bertulisan Jawi lama di 151 perpustakaan, arkib dan
muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia. Banyak manuskrip Melayu di simpan di luar negara
khususnya di Universiti Leiden, Belanda dan selebihnya manuskrip Melayu lama tersimpan di negara
Rusia, Jerman, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Algeria, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Di alam
Melayu, sebahagian manuskrip Melayu lama terdapat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei
Darussalam dan Thailand (khususnya di bahagian selatan).
Di Malaysia, pusat penyimpanan manuskrip yang utama berada di Perpustakaan Negara Malaysia
(PNM) dengan memiliki bilangan naskah menghampiri 5,000 buah termasuk pusat penyimpanan lain
seperti Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
pondok-pondok agama. Di luar Malaysia, terdapat pusat penyimpanan manuskrip Melayu lama, iaitu di
Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, perpustakaan Universiti Leiden di Belanda, British Library,
Bodlein Library di Universiti Oxford, Universiti Cambridge, British Museums dan Universiti Manchester
(semua di United Kingdom), perpustakaan Australian National University, New York Public Library dan
beberapa perpustakaan di Eropah.
Manuskrip Melayu yang banyak disimpan di luar alam Melayu berlaku kerana faktor penjajahan,
khususnya dari pihak Inggeris dan Belanda. Kuasa penjajah telah membawa banyak manuskrip Melayu
baik yang datang daripada etnik Melayu atau milik etnik lain seperti Jawa, Sunda, Bugis dan Bali.
Penjarahan manuskrip Melayu juga berlaku ketika zaman penjajahan Portugis di kota Melaka.
Dikhabarkan kapal Flor De La Ma yang belayar dari Melaka ke Portugis dimuatkan dengan sekian banyak
harta rampasan dan manuskrip Melayu. Semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pula, sejumlah
manuskrip Melayu lama turut dibawa pulang ke negara induk penjajah dan sebahagian yang tersimpan di
British Library dan institusi lain di Great Britain merupakan koleksi tersebut, di samping yang diperoleh
secara persendirian oleh peminat manuskrip lama.
Rajah 1: Lokasi Simpanan Manuskrip Melayu di Seluruh Dunia
DASAR ISLAMISASI YANG DIBAWA MANUSKRIP MELAYU DALAM PERKEMBANGAN PERADABAN
MELAYU
Manuskrip Melayu lama ditakrifkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 2006 sebagai
“Karya dalam tulisan Jawi yang bertulis tangan di atas bahan seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh,
gading dan kayu yang dihasilkan seawal-awalnya dalam lingkungan abad ke-16 dan selewat-lewatnya
pada abad ke-20.”
Perkembangan dan permulaan penulisan manuskrip Melayu berkait erat dengan proses
pengislaman di kepulauan Melayu. Islam telah banyak membuat pembaharuan dalam sistem kehidupan
orang Melayu baik sistem kepercayaan, pendidikan, undang-undang, ekonomi, perubatan, dan
ketatanegaraan. Salah satu kesan besar pengislaman di kepulauan Melayu ialah kelahiran bahasa baharu
bagi bahasa Melayu yang dinamai ramai pengkaji sebagai bahasa Melayu Klasik bagi menggantikan bahasa
Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik menghasilkan banyak tranformasi ke atas dunia Melayu. Pertama,
kewujudan bahasa Melayu baku, iaitu bahasa dan sistem tulisan yang seragam di seluruh kepulauan
Melayu. Kedua, wujud sistem tulisan yang menjadi medium perkembangan dan penyuburan budaya ilmu
dalam masyarakat Melayu. Ketiga, wujud tradisi persuratan, iaitu tradisi yang melonjakkan peradaban
Melayu menjadi peradaban besar daripada peradaban yang dahulunya banyak bergantung pada tradisi
lisan. Erti bahasa tulisan atau bahasa persuratan dalam perkembangan peradaban manusia amat besar
kerana bahasa tulisan memberikan sifat abadi atau berkekalan dalam mendokumentasikan ilmu dan
maklumat.
Jadual di bawah merupakan pembaharuan yang telah dilakukan Islam ke atas aspek kehidupan
bangsa Melayu melalui penulisan manuskrip Melayu;
Aspek Kehidupan
Pembaharuan yang Berlaku
Manuskrip Melayu yang Terlibat
Aspek Sosial
-masyarakat Melayu menolak
Munyatul Musalli-Tatmimul Faedah
ciri-ciri sosial Hindu yang
(Penyempurnaan Faedah)
mementingkan sistem kasta.
Dikarang oleh Syeikh Daud al-fatani.
-wujud semangat persaudaraan
Naskhah
ini
-wujud institusi kemasyarakatan
bagaimana
memelihara
baharu seperti masjid dan
antara
madrasah.
pemerintah
manusia
membincangkan
hubungan
dengan
dengan
Allah,
rakyat,
dan
sebagainya mengikut acuan Islam.
Aspek Politik
-kebajikan rakyat dapat
Thamarat al-Muhimmah
disempurnakan dengan ada
Dikarang oleh Raja Ali Haji. Naskhah ini
pemerintah
membincangkan adab dan peraturan
-mempengaruhi akhlak
dalam sistem pemerintahan negara.
pemerintah
Naskhah ini menjadi panduan kepada
-istana menjadi pusat pengajian
raja
dan
pentadbir
untuk
melaksanakan pemerintahan mereka.
Aspek Undang-Undang dan -sistem undang-undang dan
Hukum Kanun Melaka
Pentadbiran
pentadbiran kerajaan Melayu
Disalin oleh Sayid Al-Syarif Jamaludin
dipengaruhi sistem
pada tahun 1075 H. Manuskrip ini
perundangan Islam
menceritakan sejarah perundangan
kerajaan Melaka yang menjadi amalan
masyarakat Melayu.
Aspek Ilmu Pengetahuan
-kedatangan Islam telah
Tibyan al-Maram Talibah al-Talabah
memberi kesedaran akan
Kitab ini membincangkan petua belajar
kepentingan ilmu.
yang merangkumi adab, tatacara, etika
-seluruh masyarakat didedahkan
dan teknik yang perlu diketahui oleh
dengan ilmu pengetahuan
setiap orang.
-lahir ulama nusantara seperti
Syeikh Nuruddin Al-Raniri,
Tokku Paloh, dan Abdul Rauf AlFansuri.
Jadual 1: Pembaharuan yang Telah Dilakukan Islam Melalui Manuskrip Melayu
RAHSIA MANUSKRIP MELAYU DALAM MENYUMBANG RENAISSANCE KEDUA BARAT
Nilai pengetahuan di dalam manuskrip-manuskrip Melayu telah lama diketahui oleh para pengkaji
orientalis. Contohnya, manuskrip “Petua Membina Rumah” yang merupakan ilmu konsultansi strategik
bidang hartanah yang terhasil dari kegeniusan tempatan masyarakat Melayu sendiri. Terdapat juga
manuskrip yang memperihalkan manual ilmu bedil senjata api seperti manuskrip “Ilmu Petunang”,
manuskrip “Ilmu Pamor”, manuskrip “Ilmu Tupai Nandong”, dan manuskrip “Inti Besi”. Ilmu kita daripada
manuskrip-manuskrip Melayu telah lama menjadi dasar kepada Neo-Renaissance di negara-negara barat.
Perkara ini dapat dibuktikan apabila The Smithsonian telah menaungi Ekspedisi Wilkes (bermula 1836)
untuk mencari ilmu-ilmu baharu dari manuskrip Melayu setelah mengetahui sifat sebahagian menuskrip
itu yang ‘preserved’ ilmu-ilmu daripada ‘lost civilization’.
Ilmu pengetahuan yang datang daripada tamadun Islam sekitar abad ke-13 dan abad ke-14
telah mengeluarkan Eropah dari zaman gelap dan memulakan zaman Renaissance dari abad ke-14 hingga
ke-17 masihi. Ilmu pengetahuan yang datang daripada alam Melayu pula telah menganjakkan Eropah dari
Renaissance kepada Age of Aquarius. Hal ini dapat dibuktikan kerana banyak universiti di Eropah telah
menubuhkan jabatan kajian Asia Tenggara, bahan-bahan dari dunia Melayu majoriti menempatkan diri
dalam ranking terbanyak dan paling berharga dalam koleksi mereka.
Ada manuskrip yang diyakini merupakan terjemahan dari karya-karya yang sudah pupus dan
hilang, contohnya koleksi manuskrip di dalam perpustakaan Alexendria Mesir, perpustakaan imperial di
Persepolis serta perpustakaan kuil/istana di India yang musnah ketika peperangan dengan Malik Kafur,
Alauddin Khiji, Vijayanagra, empayar Mughal dan Maratha. Dasar orientalis yang dibawa Winstedt, Low,
Swettenham, Wilkinson, dan Clifford lansung tidak pernah mendedahkan rahsia ini kepada orang Melayu.
Mereka hanya mendedahkan kepada orang Melayu dengan karya-karya yang menjelaskan Darkside orang
Melayu itu sendiri seperti ‘The Malay Magic’, dan ‘Malay Ran Amock’. Orang Melayu juga telah
ditinggalkan dengan pemikiran pemalas, bodoh dan mundur seperti yang telah dinukilkan oleh Prof Syed
Hussein Al-Attas dalam bukunya ‘The Myths of Lazy Native’.
PENUTUP
Daripada perbincangan dalam tulisan ini, telah dibincangkan bahawa manuskrip Melayu lama
mempunyai pertalian yang erat dengan pertumbuhan dan perkembangan peradaban umat
Melayu, yang sifatnya merentas ratusan etnik di alam Melayu. Manuskrip Melayu lama menjadi
tanda:
1. Bermulanya tradisi ilmu secara lebih meluas.
2. Bermulanya tradisi persuratan atau ragam bahasa tertulis yang berkesan.
3. Meluasnya garapan ranah atau bidang (falsafah, pemikiran, sejarah, seni bina, teknologi,
perubatan, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, persenjataan, susastera dll.)
dalam manuskrip Melayu lama menjadi tanda peradaban yang tinggi.
4. Berkembangnya retorik dan wacana bahasa Melayu melalui penghasilan manuskrip
Melayu yang menayangkan kecanggihan dan ketinggian pemikiran, kreativiti dan inovasi
pemikir, pujangga, ulama dan “pandai-pandai” Melayu.
5. Manuskrip Melayu lama menayangkan pandangan sarwa (worldview) yang berlunaskan
Islam sebagai cara hidup yang syumul dan diredhai Allah.
RUJUKAN
Abu Hassan Sham. (2003). Melestarikan Manuskrip Melayu: Sejarah Awal Penulisan Manuskrip
Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Abu Hassan Sham. (2006). Sejarah Awal Penulisan Manuskrip Melayu. Prosiding Seminar
Antarabangsa Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia.
Atikah Abd. Azam dan Othman Yatim. (2012). Manuskrip Melayu Lama: Asas Keupayaan dan
Kearifan Melayu Tradisi. International Journal of the Malay World and Civilization (IMAN),
30 (1). 29-39.
Cik Srikandi. (2018). Kursani Segenap Bimasakti. Selangor: Write & Brave Sd. Bhd.
Cik Srikandi. (2018). Rentaka Sekalian Bijasura. Selangor: Write & Brave Sd. Bhd.
Hamzah Hamdani. (2005). Islam di Malaysia dan sastera nusantra. Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd.
Khalif Muammar A. Harris. (2016). Ilmu Ketatanegaraan Melayu Raja Ali Haji: Thamarat alMuhimmah dan Muqaddimah fi Intizam Waza’if al-Malik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Download