Uploaded by KAMAL KASIM

Tamadun India KK1

advertisement
Pengenalan
Tamadun India ialah tamadun yang terawal di dunia. Sejarah unik dan tersendiri
tamadun ini bermula di pesisiran Sungai Indus pada tahun 2500 sebelum masihi (S.M.).
Sungai ini mengalir dari Pergunungan Himalaya ke Lembah Indus dan terus ke Laut
Arab. Pada waktu dahulu, tamadun ini turut dikenali sebagai Tamadun Indus sempena
nama sungai tersebut dan juga Harappa yang merupakan bandar utama mereka.
Bandar Harappa merupakan pembinaan manusia yang melangkau kemampuan
manusia biasa pada zaman tersebut dan merupakan lambang keemegahan Tamadun
India. Segala kecermelangan mereka mampu dicapai melalui sifat keterbukaan yang
diamalkan. Mereka telah banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu seperti
matematik, kimia, perubatan dan sebagainya. Keunggulan mereka teserlah apabila
kajian dan inovasi mereka masih digunakan dan menjadi asas peraturan dalam bidangbidang yang dinyatakan. Oleh demikian, jelas bahawa Tamadun India cemerlang dan
unggul di setiap penjuru dunia.
Pembentukan dan Kecermelangan Tamadun India
Sebelum pembentukan Tamadun India, masyarakat di sana mengamalkan gaya hidup
nomad, iaitu berpindah-randah mencari makanan dan memburu untuk meneruskan
kehidupan seharian mereka. Masyarakat ini kemudian membentuk penempatan tetap di
Sungai Indus. Penempatan kekal ini merupakan permulaan pembentukan Tamadun
India kerana telah mengembangkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek.
Faktor utama pembentukan Tamadun India bermula di Sungai Indus adalah sumber air
yang berterusan. Masyarakat India menggunakan air tersebut untuk menjalankan
aktiviti kehidupan seharian seperti membersihkan diri, minum dan sebagainya. Air
tersebut juga menyuburkan tanah yang membenarkan perkembangan aktiviti pertanian.
Aktiviti pertanian membekal sumber makanan yang stabil kepada masyarakat India dan
lantas meningkatkan jumlah penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada
perkembangan bandar yang menandakan permulaan awal Tamadun India.
Penempatan kekal di Sungai Indus juga telah membawa kepada pembentukan bandar
terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa. Bandar tersebut telah dibahagikan
kepada dua bahagian yang dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama terdiri daripada
pusat pentadbiran dan agama seperti pusat pentadbiran dan keagamaan, tempat mandi
awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersian, dan tempat menyimpan
hasil pertanian. Bahagian kedua pula merupakan kawasan perumahan. Temboktembok menyediakan pertahanan dan keselamatan kepada mereka daripada ancaman
luar. Tambahan pula, perancangan sistematik ini juga memudahkan sistem
pentadbiran. Selain itu, bandar-bandar dalam tamadun ini disusun rapi dan berasaskan
blok berbentuk segi empat. Setiap blok tersebut terbahagi dengan jalan yang lurus dan
bersambung antara satu sama lain. Hal ini memudahkan pergerakan logistik di dalam
bandar dan juga antara bandar. Rumah-rumah juga mereka dilengkapi dengan sistem
kumbahan yang sistematik. Sistem ini menyalurkan air ke dalam bilik mandi dan tandas.
Air yang telah digunakan akan disalur keluar melalui paip ke longkang berada di bawah
jalan dan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar. Pembinaan sistem ini telah
menjamin kebersihan masyarakat dan bandar mereka dan secara tidak langsung
mengurangkan penyebaran penyakit daripada kotoran najis.Namun begitu, longkang
tersebut tidak ditutup sepenuhnya bagi membolehkan kerja pembersihan dan
penyenggalaran dilakukan. Tamadun India telah berjaya membina sistem bandar
terancang yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Malah, kehabatan mereka dapat dilihat
melalui pembinaan zaman moden yang masih menggunakan pelan tersebut.
Kecermelangan Tamadun India pula terletak kepada sifat keterbukaan yang merupakan
kesanggupan mereka menerima kedatangan orang asing. Perlu ditekankan bahawa
Tamadun India percaya bahawa sesebuah tamadun tidak mampu mencapai kejayaan
jika tiada perkongsian ilmu dan perhubungan dengan tamadun lain. Sifat keterbukaan
ini telah menggalakan interaksi antara tamadun yang meperoleh kebaikan kepada
kedua-dua pihak. Interaksi yang berlaku mempunyai pelbagai bentuk seperti politik,
perdangan, keagamaan dan sebagainya. Antara kebaikan yang dapat diperhatikan
adalah pembinaan bandar terancang yang menjadi pujaan dunia pada ketika itu.
Pembinaan bandar-bandar seperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan
pemahaman yang mendalam dalam bidang geometri dan seni bina. Tamadun India
telah memperoleh ilmu tersebut melalui interaksi bersama Tamadun Mesir Purba dan
Tamadun Mesopotamia dan terus mengembangkannya. Malah, mereka juga
menjalankan perdagangan bersama tamadun lain lantas mengembangkan ekonomi
dengan pesat. Aktiviti perdagangan bukan hanya berlaku dalam lingkungan tamadun
India tetapi melibatkan tamadun-tamadun di sekitarnya.
Pencapaian dalam aspek ilmu saintifik
Tamadun India memainkan peranan besar dalam perkembangan ilmu saintifik. Salah
satu pencapaian Tamadun India dalam ilmu saintifik ialah kemahiran meraka dalam
bidang matematik. Mengikut Mohd Koharuddin Mohd Balwi, tamadun India telah
memperkenalkan nombor kosong atau sifar pada zaman Gupta. Pada zaman itu,
perkara ini merupakan pencapaian besar dalam ilmu matematik kerana penulisan
angka Brahmi hanya mempunyai nombor 1 hingga 9. Pengenalan nombor sifar ini
membantu mereka membezakan nombor abstrak, kuantiti objek dan keluasan objek.
Selain itu, mereka juga memperkenalkan nombor negatif yang masih digunakan
sehingga zaman ini. Mengikuti pengenalan nombor negatif pula, mereka telah berjaya
meneroka algebra yang merupakan bahagian matematik yang lebih sukar dan
kompleks. Kemahiran tamadun India dalam matematik dapat dibuktikan melalui
kewujudan karya Brahmasphutasiddhanta oleh Brahmagupta. Karya tersebut
membincangkan peraturan nombor sifar, nombor negatif dan algebra secara mudah.
Tambahan pula, Tamadun India mempunyai beberapa tokoh yang banyak
menyumbang kepada bidang astronomi dan matematik seperti Aryabhata (abad ke-4),
Varamahira (abad ke-5) dan Brahmagupta (abad ke-5). Oleh itu, hal ini telah
menjelaskan pencapaian Tamadun India dalam ilmu matematik.
Tamadun India juga mahir dalam bidang astronomi. Mereka mengetahui tentang
kewujudan sistem kalendar matahari (Mohd. Balwi, 2012), dan persamaan antara
bintang dan matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar (Sidek dan Mat
Sidek, 2020). Masyarakat India telah menentukan hari menggunakan dua kaedah yang
berbeza. Kaedah pertama merupakan pemerhatian kitaran bulan di mana satu kitaran
yang lengkap diambil kira sebagai satu bulan. Kaedah kedua pula menetapkan 360 hari
dalam setahun yang dibahagikan kepada 12 bulan. Pembahagiaan tersebut menjadikan
sebulan mempunyai antara 27 atau 28 hari. Kedua-kedua kaedah ini telah
mengutarakan kepentingan penggunaan sistem kalendar yang tepat dan sama bagi
menentukan hari dalam setahun. Kitab Rig Veda mengukuhkan lagi maklumat ini
kerana kitab tersebut menerangkan peredaran bumi yang terbahagi 360 bahagian. Hal
ini menerangkan logik disebalik keputusan mereka dalam menentukan bilangan hari
atau bulan dalam setahun. Selain bilangan hari, Tamadun India juga mempunyai
maklumat berkenaan buruj. Berdasarkan kitab Yajur Veda, terdapat 27 buruj dipanggil
nakshatra yang telah dikenal pasti oleh para ilmuwan Tamadun India. Nakshatra telah
dipercayai oleh para sejarawan sebagai cara untuk memahami dan menjejaki
peredaran matahari. Malah, kewujudan dan teori mengenai graviti pertama bermula
daripada Brahmagupta pada kurun ke-7 yang menyatakan bahawa bumi mempunyai
daya tarikan semula jadi yang menyebabkan semua jasad jatuh kearahnya. Idea ini
kemudian dikembang lagi oleh saitis barat, Sir Isaac Newton yang lebih dikenali oleh
masyarakat zaman moden. Oleh hal demikian, dapat dikatakan bahawa Tamadun India
sangat fasih dalam bidang matematik dan astronomi. Segala bukti pencapaian dan
ketiggian mereka dalam dua bidang ini terpapar di Universiti Nalanda yang merupakan
universiti terawal manusia yang menjadi tumpuan dunia.
Seterusnya, Tamadun India juga terkenal dalam ilmu perubatan. Mereka merupakan
salah satu tamadun awal dunia yang meneroka bidang ini. Terdapat beberapa karya
yang penting dalam bidang perubatan seperti Rig Veda, Ayur Veda dan SushrutaSanahita. Perubatan India sangat luas dalam isu pembedahan yang berkembang pesat
sejak kurun ke-3 S.M. pada zaman Gupta. Penciptaan pisau pembedahan atau dikenali
sebagai lancet digunakan untuk menyembuh penglihatan pesakit. Malah pembedahan
dilakukan untuk mengubati penyakit katarak, tulang dan hidung patah. Karya perubatan
yang menyentuh isu tubuh badan yang terawal di dunia ialah Sushruta-Sanahita yang
ditulis oleh Shushruta. Beliau merupakan seorang pakar bedah dan pakar mata yang
disanjung oleh para ilmuwan seluruh dunia. Karya beliau membincang teknik
pembedahan Rhinoplasty yang digunakan untuk mengubati bentuk hidung yang cacat
secara terperinci. Walaupun karya ini ditulis beribu tahun dahulu, teknik beliau masih
luas dipraktiskan terutamanya di dalam pembedahan plastik. Seterusnya, Tamadun
India juga menghasilkan Ayurveda yang masih menjadi rujukan dalam bidang
perubatan kini. Ayurveda mempunyai tujuh bahagian perubatan yang berbeza. Tujuh
bahagian tersebut adalah lima organ utama, organ dalaman, kaki, dadah, pembedahan
plastik, ginekologi dan penyakit orang tua. Salah satu cara perubatan yang dibicarakan
dalam Ayurveda ialah homeopathi, perubatan berteraskan herba. Homeopathi adalah
teknik perubatan masih luas diamalkan oleh masyrakat di sekitar dunia dan diakui
berkesan dan efektif mengubati penyakit. Oleh demikian, kewujudan karaya-karya
tersebut jelas memaparkan kejayaan Tamadun India dalam bidang perubatan.
Keunggulan sains dalam Tamadun India tidak terhenti di situ, malah mereka juga
mengembangkan ilmu kimia. Masyarakat India mengenali kimia melalui nama-nama
lain seperti Ragayan Shashtra, Raja-Vidya, Rasatantra dan Rasakriya yang bermaksud
sains yang bendalir. Ahli kimia pula dipanggil Rasadnya dan Rasa-tantra-vid yang
menjalankan kajian ilmu kimia yang dikenali sebagai Rasakriya-nagaram dan
Rasakriya-shala. Seorang ahli kimia India, Nagarjuna telah menyumbang besar dalam
teknik peleburan logam. Beliau menjalankan kajian mengenai cara mengubah logam
atau mineral kepada emas. Walaupun gagal mencari cara untuk penukaran tersebut,
beliau telah menghasilkan teknik penyaduran logam. Langkah-langkah yang digunakan
masih diaplikasikan dalam penghasilan barang-barang yang berbeza. Hal ini dapat
dilihat melalui penyaduran logam dengan emas untuk membuat barang kemas dan
penyaduran besi dengan logam lain untuk menghasilkan keluli tahan karat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Tamadun India telah banyak menyumbang kepada pembentukan
masyarakat moden sekarang. Setiap pencapaian mereka masih menjadi perbualan
masyarakat kini dan tidak akan dilupakan sepanjang masa. Demi mencapai kejayaan
dan membangkitkan nama negara, setiap bangsa perlu mengekori sifat dan tauladan
masyarakat India. Sejarah Tamadun India adalah bukti bahawa setiap Tamadun
berpeluang mencapai kejayaan jika mereka terus meneroka dan mencipta perkara
baharu. Konsep Penyelidikan dan Pembangunan atau lebih dikenali dangan “Research
and Development” bagi mengatasi isu-isu terkini adalah tidak lain dan tidak bukan
pengadaptasian daripada tradisi masyarakat India yang kian mencari dan meneroka
bidang baharu. Oleh demikian, jelas bahawa Malaysia mampu menjadi tumpuan
dengan menjejaki langkah sama dengan Tamadun India.
Download