Uploaded by Aaron Daniel

TEKS DIALOG PRESTASI T5 2021

advertisement
MAJLIS DIALOG PRESTASI TAHUN 6 2021
CUE/CATATAN
PENGUMUMAN
/ PERINGATAN
1.
2.
3.
4.
SALUTASI
PENGUMUMAN
Mohon semua agar tidak mengaktifkan mikrofon bagi mengelakkan gangguan
suara dan bunyi sepanjang program ini berlangsung.
Semasa sesi soal jawab, para jemputan boleh mengaktifkan mikrofon untuk
mengajukan soalan jika ada sebarang pertanyaan.
Sila bersedia di hadapan kamera semasa program ini berlangsung dan di akhir
konsultasi bagi sesi fotografi.
Kerjasama daripada semua amat kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.
Yang Berusaha Puan Salmah Binti Hj Achil
Guru Besar SK Pekan Kota Marudu
Yang Dihormati Puan Rosmin Binti Ondong
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pekan Kota Marudu
Yang Dihormati Encik Larry Leong
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pekan Kota Marudu
Yang Dihormati Encik Hilyadi Bin Joseph
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Pekan Kota Marudu
Yang Dihormati Puan Rosidah Binti Jainal
Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pekan Kota Marudu,
Yang Dihormati,
Puan Sutina Binti Sukur
Guru Penyelaras Tahun 5 SK Pekan Kota Marudu 2021,
Yang Dihormati,
Barisan guru Tahun 5 SK Pekan Kota Marudu
Serta ibu bapa murid Tahun 5 yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
UCAPAN ALUALUAN EMCEE
BACAAN DOA
Alhamdulillah. Dalam kesungguhan mencapai imuniti kelompok menuju fasa
endemik, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya kita diberi
kesempatan ruang masa dan peluang untuk berkumpul dalam satu majlis
perkongsian ilmu secara maya melaui aplikasi Google Meet iaitu Dialog Prestasi
Tahun 5 bagi tujuan Follow Up & Follow Through pembelajaran murid di SK PEKAN
KOTA MARUDU bersama Guru Besar.
Ibu bapa warga pendidik sekalian,
Bagi memanjatkan kesyukuran, memohon keberkatan dan kelancaran program
kita pada hari ini, acara dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh USTAZ
MUHAMMAD KHAIRUN BIN YAAKUB. Dipersilakan.
…………………………………...………BACAAN DOA……………………………………………………
MAJLIS DIALOG PRESTASI TAHUN 6 2021
Amin Ya Rabbal Alamin.
UCAPAN GURU
BESAR SK PEKAN
KOTA MARUDU
Acara diteruskan dengan mempersilakan PUAN SALMAH BINTI HAJI ACHIL,
GURU BESAR SK PEKAN KOTA MARUDU bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.
…………………………………...…….........…UCAPAN……………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan itu tadi.
PEMBENTANGAN Ibu bapa warga pendidik sekalian,
PENYELARAS T6
Seterusnya dipersilakan Puan Sutina Binti Sukur, Guru Penyelaras Tahun 5 untuk
membuat pembentangan.
..................................PEMBENTANGAN PENYELARAS T5.....................................
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rasinah atas pembentangan itu tadi.
RUMUSAN
Seterusnya, acara diteruskan dengan rumusan dialog pada hari ini oleh Puan
Salmah Binti Haji Achil, Guru Besar SK Pekan Kota Marudu. Dipersilakan.
…………………………...........………...….RUMUSAN ………………....………………………..………
Saya ingin berkongsi sebuah kisah ketika Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab
menjadi khalifah yang mana suatu hari seorang lelaki datang berjumpa dengannya
mengadu perihal anaknya yang didakwa derhaka kepadanya.
Umar memanggil anak yang dikatakan derhaka itu. Beliau mengadili anak itu secara
berhadapan dengan ayahnya. Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta
khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya.
Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak anak terhadap ayahnya adalah
ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya yang
bakal lahir ke dunia.
"Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan
nama yang baik. Setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran."
Mendengar demikian, si anak lantas berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Itu semua
tidak dilaksanakan oleh ayahku. Ibuku daripada orang Majusi yang menyembah
api. Namaku nama yang tidak baik dan aku tidak diajar membaca al-Quran."
MAJLIS DIALOG PRESTASI TAHUN 6 2021
Khalifah Umar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata
kepadanya: "Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu
derhaka kepadamu? Ternyata engkau derhaka kepadanya sebelum dia derhaka
kepadamu. Engkau berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat
kepadamu."
Melalui kisah ini, ibu bapa adalah warga pendidik SK Pekan KM secara tidak formal
bagi pembelajaran di rumah dalam menyahut seruan Kementerian Pendidikan
Malaysia mendepani cabaran pendidikan norma baharu kini demi membangunkan
pendidikan murid SK Pekan KM. Adab dan nilai seseorang itu juga sebahagiannya
adalah dalam kalangan keluarga mereka. Marilah kita bersama tunaikan hak anakanak ini kerana akan dipersoalkan di akhirat nanti apakah amalan dan tindakan kita
menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberi.
Sejajar dengan itu, melalui perkongsian data dan maklumat serta ilmu pada hari
ini diharap dapat menjentik akal kita semua dan memberikan suntikan semangat
agar perkembangan pendidikan murid Tahun 5 itu kembali menjadi keutamaan.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas rumusan itu tadi.
PENGUMUMAN
Terdapat beberapa pengumuman penting.
1. Unit Kokurikulum SK Pekan Kota Marudu menganjurkan Karnival Sukan &
Kokurikulum 2021. Pelbagai acara dipertandingkan seperti Virtual Cross
Country (Larian Merentas Desa), Virtual Fun Run, Jump Rope Challenge, Push
Up Warrior, Poster Digital, Video Khidmat Masyarakat dan Kuiz Kokum Online.
Murid-murid digalakkan untuk menyertai kerana pemenang akan diberikan
hadiah yang menarik dan sijil penyertaan. Tambahan juga, penglibatan aktif
akan dinilai dalam pentaksiran PAJSK.
2. Bagi acara Virtual Fun Run, ia terbuka kepada ibu bapa & penjaga serta ahli
keluarga murid SK Pekan Kota Marudu sahaja. Jom bersama meriahkan
karnival ini sebagai #keluargaskpekankotamarudu. Setiap penyertaan hanya
RM10 seorang sahaja. Penyertaan murid2 SK Pekan Kota Marudu sesi 2021
sahaja adalah percuma. Larian boleh direkodkan lebih dariapada satu kali.
Peserta yang telah lengkap larian sebanyak 3KM akan memperoleh sebuah
medal dan sekeping sijil. Untuk maklumat lanjut sila layari Group WhatsApp
Pembelajaran Murid-Murid PPKI sehingga Tahun 6.
3. Pemberian Modul Fasa 4 Bulan November akan dilaksanakan pada 01 & 02
November 2021 bersamaan hari Isnin & Selasa. Modul Fasa 3 Bulan Oktober
boleh dikembalikan setelah semuanya telah lengkap.
MAJLIS DIALOG PRESTASI TAHUN 6 2021
4. Guru2 pasti dapat mengenalpasti ia adalah tulisan tangan murid. Komitmen
murid2 terhadap Modul PdPR dan Projek Mudah menjadi sebahagian penilaian
Pentaksiran Bilik Darjah.
5. Ibu bapa juga boleh mengemaskini atau membuat pindaan maklumat melalui
portal public.moe.gov.my. Pindaan ini juga membantu mempermudah urusan
kemaskini data terkini murid-murid.
SESI FOTOGRAFI
Sebelum majlis bersurai, mohon kepada Guru Besar, guru-guru dan semua ibu
bapa untuk mengaktifkan kamera bagi sesi fotografi.
BERSURAI
Burung Kedidi terbang rendah,
Dari Bengkalis ke Seberang Prai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda acara melabuhkan tirai.
Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai guru antara nampak,
Modul PdPR jangan dilupakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Salmah Binti Haji Achil, Guru
Besar SK Pekan Kota Marudu atas perkongsian dalam Dialog Prestasi pada hari
ini.
Dan terima kasih kepada semua warga ibu bapa murid Tahun 6 SK Pekan Kota
Marudu yang sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam program kita pada
hari ini.
Akhir kata, “Biarpun boleh rentas tetapi patuhilah SOP. Kita Jaga Kita. Stay Safe.
Stay Healthy.” Jumpa lagi dalam program akan datang dan Assalamualaikum
WBT.
Download