CADANGAN KERTAS KERJA MINGGU MATEMATIK 2014 “3M – Matematik Memang Mudah” 1.0 Tajuk Kertas kerja Kertas kerja sempena Minggu Matematik Tahun 2014, anjuran Panitia Matematik, SK Saint Paul, Beaufort, Sabah. 2.0 Pengenalan Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif dalam bidang matematik. Selain itu, program ini cuba mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang Matematik. Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Minggu Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya. 3.0 Objektif Program 3.1 Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. 3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda. 3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan. 3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P d P matematik di dalam kelas. 3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan. 3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan. 4.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN Pendapatan atau sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah melalui peruntukkan dari PCG Panitia Matematik. 5.0 TEMPAT Tempat yang dicadangkan ialah di SK Saint Paul, Beaufort. 6.0 TARIKH / HARI Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah dari 14 – 16 April 2014. 7.0 MASA / TEMPOH Program akan dijalankan di dalam kelas dalam waktu Matematik. 8.0 BILANGAN PESERTA Program ini melibatkan semua murid SK Saint Paul Tahun 1 hingga Tahun 6. 9.0 TENTATIF MINGGU MATEMATIK HARI AKTIVITI (a) 14 April 2014 TINDAKAN Membina model menggunakan bentuk asas 2D Tahun 1 hingga Tahun 3 Semua Guru (b) Kuiz Bertulis – Sifir Petak 100 Matematik Tahun 4 hingga Tahun 6 (a) 15&16 April 2014 Pertandingan Mewarna Tahun 1&2 Guru Matematik Semua Kelas (b) Pertandingan Usahawan Muda Tahun 3 hingga Tahun 6 21 April 2014 Perasmian Penutup Minggu Matematik dan Penyampaian hadiah *Perincian aktiviti sila rujuk Lampiran 1 Semua guru 10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PENGERUSI EN. JALIUS GADSONG(GURU BESAR) NAIB PENGERUSI PN HJH HADIMAH TASSIM CATATAN (GPK KURIKULUM) EX-OFFICIO PN LEN LEE JIN (GPK HEM) PN SALMIAH AG CHUCHU(GPK KO-KURIKULUM) PENYELARAS SETIAUSAHA PN. DG NOOR AIDAH ABD MOMIN KESELURUHAN (KETUA PANITIA) PROGRAM & EN LAI JI KIONG DOKUMENTASI BENDAHARI PN. SUZIE JOE LAIJOH BAJET & PERBELANJAAN PENYELARAS CIK RAISAH NAYAN MENYEDIAKAN AKTIVITI PN DG NOOR AIDAH ABD MOMIN PERALATAN PN. SUZIE JOE LAIJOH PERJALANAN EN LAI JI KIONG AKTIVITI 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan keseluruhan RM 184.00 Perincian perbelanjaan sila rujuk Lampiran 2 & 12.0 PENUTUP Minggu Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi. Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi perancanaan aktiviti dan juga bajet yang sangat membantu kelancaran keseluruhan program. Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan juga merupakan di kalangan mereka yang berkaliber dan bersesuaian dengan tugasan dan kemahiran masing-masing. Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan seperti yang telah dirancangkan. Diharap juga bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan di awal kertas ini. Disediakan oleh, Disahkan oleh, _________________ _________________ Dg Noor Aidah Abd Momin En Jalius Gadsong Panitia Matematik Guru Besar SK St paul, Beaufort SK St Paul, Beaufort LAMPIRAN 1 AKTIVITI MINGGU MATEMATIK HARI MURID AKTIVITI a) Peraduan Isnin Tahap 1 (14 Februari 2014) meneka bilangan, berat, panjang dan isipadu b) Membina model menggunakan bentuk asas 2D 1 kumpulan 4-6 orang murid (Tindakan : Cik Raisah Nayan) a) Peraduan Tahap 2 meneka bilangan, berat, panjang dan isipadu b) Kuiz Bertulis – Sifir Petak 100 (Tindakan : En Lai Ji Kiong) Selasa & Rabu (15&16 Februari 2014) 21 Februari 2014 Pada waktu perhimpunan pagi Tahun 1 & 2 Tahun 3 hingga Tahun 6 Semua warga Pertandingan Mewarna (Tindakan : Cik Raisah Nayan) Pertandingan Usahawan Muda 1 kumpulan 4-6 orang murid (Tindakan : Pn Dg Noor Aidah Abd Momin) Perasmian Penutup Minggu Matematik dan Penyampaian hadiah (Tindakan : Dg Noor Aidah Abd Momin & Cik Raisah Nayan) LAMPIRAN 2 PERBELANJAAN MINGGU MATEMATIK 2014 BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH BESAR 1 Peraduan meneka bilangan, berat, RM 6 RM 6 Tempat pertama 8 x RM 3 RM 24 RM 52 Tempat kedua 8 x RM 2 RM 16 Tempat ketiga 8 x RM 1.50 RM 12 panjang dan isipadu 2 x RM 3 2 3 4 5 6 Kuiz Bertulis Sifir Petak 100 Pertandingan Mewarna Tempat pertama 2 x RM 3 RM 6 Tempat kedua 2 x RM 2 RM 4 Tempat ketiga 2 x RM 1.50 RM 3 RM 13 Membina Model Bentuk Asas 2D Tempat pertama 4 x RM 3 RM 12 Tempat kedua 4 x RM 2 RM 8 Tempat ketiga 4 x RM 1.50 RM 6 RM 26 Pertandingan Usahawan Muda Johan 8 x RM 7 RM 56 RM 56 Modal Usahawan Muda 38 x RM10 RM 380 RM 380 JUMLAH KESELURUHAN RM 533.00