1. Makanan tradisi membentuk sesebuah budaya. Makanan tradisi amat dihargai pada era sekarang kerana ia memainkan peranan yang penting dalam membentuk budaya bagi sesebuah masyarakat (Sibal, 2018). Malaysia dikenali dengan integrasi budaya oleh tiga kaum utama iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India. Makanan tradisi boleh dijadikan sebagai simbol bagi sesebuah kaum atau masyarakat. Ia menunjukkan ciri-ciri cara hidup kaum tertentu sejak zaman dahulu dan menyumbang kepada sejarah dan budaya negara kita. Misalnya, masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis makanan tradisi seperti Nasi Lemak dan Nasi Kerabu yang memerlukan proses yang panjang. Masyarakat Cina terkenali dengan makanan mi, “dimsum” dan sebagainya. Semua makanan tradisi membawa sejarah yang lama dan menunjukkan perbezaan cara mengendali makanan antara kaum lain. Sekiranya ia tidak diwarisi, sesebuah bangsa itu akan kehilangan identiti kaum sendiri. Selain itu, makanan tradisi juga menunjukkan hubungan yang unik dan budaya yang istimewa antara sesebuah masyarakat dengan agama yang dianuti. Makanan tradisi bukan sahaja merangkumi kebijaksaan nenek moyang tetapi juga mengandungi amaran dan nasihat daripada Tuhan agama masing-masing. Misalnya, umat Islam tidak mengambil daging khinzir sebagai makanan mereka manakala masyarakat India tidak mengambil daging lembu sebagai makanan mereka. Oleh sedemikian, masyarakatmasyarakat tersebut telah menghasilkan pelbagai juadah yang menggunakan bahan lain seperti daging ayam dan ikan dalam makanan tradisi mereka. Sesetengah penganut Buddhist dan Hindu merupakan vegetarian di mana mereka mempercayai bahawa melarangkan diri daripada makan daging dapat mengurangkan atau mengelakkan dosa mereka terhadap binatang yang dibunuh. Makanan tradisi merupakan satu budaya bagi masyarakat khususnya penganut agama tertentu untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan Tuhannya. Oleh itu, jelaslah bahawa makanan tradisi haruslah diwarisi agar dapat mengekalkan budaya bangsa dan kaum yang unik masing-masing. 2. Makanan tradisi memupuk perpaduan keluarga Malaysia. Makanan tradisi amat mempengaruhi sosiobudaya di Malaysia. Hal ini dikatakan sedemikian kerana makanan tradisi merupakan satu budaya yang dapat mengeratkan interaksi dan komunikasi antara masyarakat majmuk di negara kita. Makanan tradisi yang sedap dapat menumpukan rakyat di restoran tertentu di mana masyarakat yang berbilang kaum boleh duduk bersama untuk berkomunikasi dan berinteraksi tentang makanan tradisi ataupun kehidupan harian mereka antara satu sama lain. Misalnya, Nasi Lemak merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu tetapi tetap disukai oleh masyarakat Cina dan India. Masyarakat Cina akan mengunjungi kedai restoran Melayu untuk menikmati Nasi Lemak dan makanan tradisi Melayu yang lain di mana pelanggan akan berkomunikasi dengan penjual makanan ataupun pelanggan yang lain semasa menikmati makanan tradisi ini. Contoh yang lain kita dapat dilihat ialah kedai restoran Mamak yang dioperasi oleh masyarakat India. Bukan sahaja masyarakat India yang mengunjungi tetapi juga kaum yang lain menggemari makanan tradisi kaum India seperti Roti Canai, dosai dan sebagainya. Tuntasnya, Makanan tradisi penting untuk negara kita dalam mengukuhkan perpaduan melalui mengeratkan silahturahim antara pelbagai kaum (Nawal Farhani Nidzamuddin, 2022). Selain itu, makanan tradisi juga dapat menghapuskan jurang pemahaman antara kaum yang berbeza supaya perpaduan dan kesatuan bangsa dapat dicapai. Hal ini kerana makanan tradisi merupakan bahasa universal yang dapat memupuk sikap saling menghormati antara kaum yang berlainan (Nawal Farhani Nidzamuddin, 2022). Rakyat akan dikagumi oleh makanan tradisi kaum lain yang sedap dan lebih menikamatinya. Sebagai contoh, kuih bulan (yue bing) merupakan makanan tradisi masyarakat Cina yang diwarisi dari negara China. Makanan tradisi ini adalah untuk masyarakat Cina pada zaman itu untuk menghayati bulan dan terdapat cerita di sebaliknya. Melalui perkongsian budaya seperti makanan tradisi dengan kaum lain, kita dapat menggalakkan integrasi budaya antara budaya kaum lain dalam Malaysia. Contoh yang lain kita dapat lihat ialah Yee Sang, makanan tradisi bagi kaum Cina. Yee Sang merupakan juadah yang perlu digaul oleh semua pemakan di atas meja yang melambangkan kesatuan keluarga (Reunion). Ia sering dihidangkan sempena majlis-majlis perasmian formal sebagai simbol perasmian dan kesatuan. Yee Sang meenggunakan bahan yang biasa sahaja tetapi makanan ini kelihatan menarik ketika digaulkan kesemuanya dan menjadi lebih enak jika dinikmati bersama dengan masyarakat yang berbilang bangsa ini (Nawal Farhani Nidzamuddin, 2022). Justifikasinya, makanan tradisi merupakan salah satu budaya yang penting bagi masyarakat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Kita haruslah menghayati dan memulihara budaya kita agar generasi yang akan datang dapat menikamati keistimewaan yang khasnya terdapat di negera ini. Bibliography Nawal Farhani Nidzamuddin. (2022, January 11). Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional. SOLIDARITAS. https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-keluarga-malaysia-melaluikepelbagaian-makanan-tradisional/ Sibal, V. (2018, September). Food: Identity of Culture and Religion, ResearchGate. Www.wathi.org. https://www.wathi.org/food-identity-of-culture-and-religionresearchgate/